Support My Blog

Tuesday, October 7, 2025

ITEK KHAKI CAMBELL - POTENSINYA

ITEK PENELUR KHAKI CHAMPBELL
merupakan salah satu jenis itek penelur yang disyorkan untuk diternak di Malaysia. Walau pun kini aktiviti penternakan itek masih kurang diceburi oleh orang bumiputra di Malaysia akn tetapi pada masa ini telur itek semakin mendapat permintaan yang tinggi dikalangan ramai penduduk Melayu di Malaysia terutama dalam bentuk Telur Itik Masin. Telur itik mempunyai kulit yang berwarna putih krim dengan saiz yang lebih besar daripada telur ayam biasa. Ia berkulit tebal dengan kandungan isinya juga lebih banyak. Pada penulis blog yang telah menulis beberapa artikel mengenai ternakan itik memang sering juga membuat tinjauan kelokasi penternakan itik telur dan itik daging (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan beberapa kali lawat projek membuat telur masin. Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dimana ia dikelaskan dalam kategori burung. Itik Telur juga kebiasaannya ialah jenis burung akuatik yang bersaiz lebih kecil daripada saudaranya iaitu angsa dan sering juga ianya ditemui di air tawar dan sesekali ada pada air laut. Umumnya ternakan itik memang dipelihara untuk daging atau telurnya bergantung kepada spesisnya. Di Malaysia dari maklumat yang saya kumpulkan antara negeri utama pengeluar telur itek ialah Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Kebanyakan haiwan itek mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itek makan pelbagai jenis makanan semulajadi seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil tetapi kini ada makanan formulasi berbetuk pelet yang dijual. Terdapat beberapa usahawan bumiputra menternak itik untuk penghasilan telur seperti dilaporkan oleh media dan akhbar tempatan. Artikel malam yang sunyi ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya teruskan menulis mengenai penternakan itek Telur Khaki Champbell sebagai sejenis itek telur yang disyorkan sebagai bahan bacaan dan rujukkan.


Penulis blog cari info daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia iaitu mereka memaklumkan dimana itek Khaki Campbell ini berasal dari British iaitu hasil kacukan dari baka itek jenis  Champbell dan itik Indian Runner. Kemungkinan besar itik ini mengandungi baka darah itik Rouen disebabkan juga rupanya hampir serupa cuma dilihat bulunya lebih terang dan badannya lebih kecil atau lebih ringan. Itek ini adalah hasil persilangan yang dilakukan oleh pembiakaka bernama Mrs. Adale Campbell di British dimana itek ini adalah merupakan pesaing utama iaitu itek spesis Indian Runner yang tinggi penghasilan telur. Kacukan ini memberikan baka itek telur yang mempunyai daya tahan hidup lebih kuat, hasilkan telur lebih banyak walau pun saiz telurnya agak kecil sedikit. Biasanya telur itek ini berwarna keputihan dengan kulit tebal. Itek ini lebih bersifat sangat aktif dan sesuai diternak dipelbagai kawasan. Ia lebih sesuai dengan sistem penternakan lepas bebas daripada dianya dikurung sahaja. Keinginan itek khaki champbell ini untuk berenang sangat kurang berbanding dengan spesis itek telur lain. Biasanya apabila ia berdiri atau berjalan tidak seperti Indian Runner dimana itik ini sedikit lebih datar (horizontal). Uniknya itek jenis ini tidak mahu mengeramkan telurnya  (Sila lihat foto itek itu disebelah). Amalan penternakan dengan cara makanan yang baik dan teratur maka biasanaya itik ini akan bertelur dalam tempoh umur 6 bulan. Kapasiti penghasilan telurnya adalah sebanyak sekitar 280 biji setahun. Pada masa motling (tukar bulunya) apa yang dilaporkan pengeluaran telur berkurang atau berhenti sama sekali. Penternak perlu menternak itek khaki champbell ini didalam jumlah yang banyak dengan umur setiap ekor berbeza-beza aagar tahap pengeluaran telut konsisten setiap masa. 


Antara beberapa ciri Itek Khaki Campbell adalah dimana warna bulu adalah khaki atau sama warna pakaian tentara Inggris atau coklat kelabu (Sila anda lihat foto disebelah). Pada bulunya dapat dilihat adanya ''lacing feathers'' yang hitam. Pada bahagian badan dan punggungnya juga agak lebar tetapi tidak begitu panjang.  Kepala agak tegak dan panjang dengan ada paruh panjang dan agak melebar hampir lurus dari atas ke bawah. Ia juga mempunyai warnanya hijau pekat dan juga dibahagian bawaahnya selalu berwarna hitam.Ciri pada matanya adalah mempunyai mata berwarna cokelat tua, penglihatan terang dan juga terletak dibagian atas dari kepala. Mempunyai bahagian leher sedikit panjang dan hampir tegak sesuai dengan saiz badannya. Itek khaki champbell ini mempynyai sepasang sayap terletak tinggi dan rapat di tubuh. Biasanya itek dewasa mempunyai sepasang kaki sedikit panjang yang terletak agak di belakang tubuh dan terpisah dengan baik. Itik Khaki Campbell mempunyai sifat yang amat sensitif serta ia mudah stress dan itek jenis ini mmang liar. Sebarang ada bentuk gangguan yang mereka tidak biasa akibatnya akan menyebabkan mereka bertempiaran lari ketakutan. Ia seperti bunyi letupan mercun, detuman petir, bunyi horn loi atau kereta dan sebagainya. Perkara ini yang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan pengeluaran telur itek. Walau bagaimana pun itik ini mudah dikawal dan agak berdisiplin. Semasa itik ini masih diperingkat anak lagi sebaiknya diajar mereka dengan sejenis bunyian isyarat. Isyarat ini dibunyikan setiap kali memberi makan kepada mereka sehingga mereka sudah biasa dan kenal bunyi itu. Lazimnya penternak akan mereka gunakan kaedah pemeliharaan lepas bebas (itik tidak dikurung) dihadapan reban itik ada sebatang parit taliar. Pada waktu pagi itek ini akan dilepaskan keluar dari reban dan kemudian bebas mereka diberi makan. Sebaiknya itek ini bebas merayau kemana-mana sahaja dalam taliar itu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mereka stress


Kadangkala itek ini akan merayau melebihi 500 meter atau lebih dari reban. Tetapi bagi ramai penternak itek ianya tidak menjadi masalah kerana lazimnya apabila dipanggil untuk pulang berduyun-duyun akan datang balik (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya dengan hanya perlu membunyikan isyarat itu dari reban dan mereka akan pulang ke reban dengan sistematik. Kepada mereka yang tidak pernah melihat agaimana menternak itek telur memang ianya nampak agak ganjil tetapi itu sebenarnya yang berlaku. Dari aspek disiplin pula kadang kala berlaku perkara penternak terlupa memanggil pulang itik itu pada petangnya itik yang merayau itu akan pulang sendiri bila hari beransur senja. Memang orang kata pelihara itek, lembu tenusu ini tidak boleh ditinggalkan walau pun sehari sama ada hari raya puasa, heri kemedekaan, cuti Hari Jadi Agong pun tetap kena melihat ternakannya. Kadang-kala semua itik sudah masuk ke reban dan pintu reban dan sudah ditutup maka itue tersebut akan taat dipintu cuba masuk. Kalau ada seekor dua itik yang terlewat balik maka biasanya akan mengetahuinya pada pagi besok itu pun kalau tidak ianya dicuri orang atau dirembat oleh haiwan pemangsa. Dilaporkan dengan kaedah menternak itek ini menggunakan kaedah lepas bebas ini serta hanya menggunakan makanan yang diproses sendiri dilaporkan lebih dari 90% itik ini akan bertelur dengan baik. Apa pun penting mengambil umur itek telur ini berbeza-beza umurnya kerana apabila itek ini luruh bulunya (tukar bulu) maka pengeluaran telur akan kurang atau tidak bertelur langsung.  Kesan bulu yang meluruh akan menyebabkan itek ini dianggap ''bercuti'' dan apaila penuh bulunya tumbuh penuh semula baru ia akan bertelur lagi. Dalam aspek ini penternak faham ada sebab dimana berlaku peningkatan dan penurunan hasil telur mengikut keadaan semulajadi ini.


Dalam laporan akhbar tempatan bertajuk 'Menternak itik Khaki Campbell' menarik untuk penulis blog rujuk. Akhbar utusan nyatakan jika diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari sudah tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu kini masih terdapat segelintir dari siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik. Elly Yuza Mahmud, 24 tahun dan pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara. Beliau bertekad untuk berdikari selepas bepeluang menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini. Beliau pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor. Dia belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur yang di temui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka. Beliau telah memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah. Ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu. Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam. Dalam pada itu sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain. Aktiviti dia menternak itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong.


Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor semuanya. Ternakan iteknya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur. Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan. Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur. Terkini dimana teknologi peggunaan Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan elakkan pencemaran lain. Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu. Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu maka para pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak. lazimnya mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ. Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin. Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur. Kini melalui syarikatnya iaitu Bella Projek Sdn Bhd maka telur itek hasil usaha beliau telah pun dijual di seluruh negara.  Semuga artikel ini memberi info beguna kepada pembaca anima gro tchnology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK ITEK... KHAKI CHAMBELL JENISNYA...
DIBERI MAKAN... BEBAS PERGERAKNNYA...
TELUR DIKUTIP... SETIAP HARI LAZIMNYA....
KEJAYAAN DILAPOR... USAHAWAN MUDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpaangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1440H).
Artikel di kemaskini pada 19 RabiulAkhir 1447H.

Monday, October 6, 2025

CARA MEMOTONG DAGING BERKUALITI

CARA MEMOTONG GAGING LEMBU adalah penting diketahui oleh semua orang yang inginkin potongan daging berkualiti. Ini kerana daging lembu boleh dijadikan pelbagai jenis hidangan yang enak dan ia merupakan satu pertiga sumber makanan yang paling banyak dimakan oleh manusia dan penduduk seluruh dunia. Tulisan kali ini saya akan berkongsi dengan anda informasi berkenaan daging lembu dan perkara dalam pemotongan daging. Pada penulis 'Primal cuts' merupakan potongan paling asas yang untuk seekor lembu yang telah disembelih. Daripada 'primal cuts' pula potongan-potongan lain boleh didapati contohnya, pelbagai potongan stik yang boleh anda beli di pasar raya. Daging lembu juga ada yang diproses menjadi produk makanan lain seperti burger dan sosej. Namun setiap negara mempunyai pelbagai potongan daging yang tersendiri dan namanya juga berbeza. Dalam ilmu ini sebenarnya ada juga jenis-jenis potongannya perlu mengikut kesesuaian masakan yang ingin dimasak. Gred atau kualiti memilih daging yang baik dilihat dalam dua kriteria utama iaitu kandungan 'marbling' iaitu lemak dalam daging yang memberi kelembutan pada daging dan mengikut usia kematangan lembu. Dalam kes lain selalunya daging yang disimpan dalam peti ais akan bertambah lembut teksturnya. Proses ini akan menyebabkan enzim proteolitik dalam daging berupaya untuk melembutkan protein myofibrillarTetapi ini adalah pada bahagian daging yang kurang bergerak dan usia lembu yang muda. Terdapat cara lain bagaimana anda boleh melembutkan daging dengan menggunakan cara mekanik seperti menggunakan pengetuk daging supaya proteinnya dapat dipecahkan. Daging lembu memang dimakan ramai manusia dalam bentuk separa masak, masak dan dibakar dengan pelbagai kaedah penyediaan. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa cara memotong daging terutama daging lembu, kerbau dan kambing sekadar menambah ilmu pengetahuan semua pembaca blog ini.


Didapati kandungan protein daging juga boleh dilembutkan dengan beberapa cara termasuk menggunakan cara tradisional seperti merebus daging menggunakan daun betik dan buah betik atau dengan menggunakan nanas muda. Enzim 'papain' dalam betik muda dan daun betik serta enzim bromelin dalam nanas muda dapat melembutkan daging. Garam dan sodium phosphate juga boleh juga digunakan untuk melembutkan daging dengan meletakkan dalam air rebusan daging. Bahan lain seperti Sodium phosphate akan memberikan rasa sabun jadi jangan diletakkan terlalu banyak manakala garam akan memberikan rasa tambahan dalam daging rebusan. Teknik memilih daging juga ada caranya. Sebaiknya belilah daging yang baru daripada lembu yang baru disembelih. Daging yang baru disembelih warnanya masih lagi merah menyala dan dagingnya pejal dan baunya masih segar. Elakkan membeli daging yang sudah kusam warnanya atau gelap warnanya. Kesan penggunaan bahan awet telah berjaya mengelirukan pengguna kerana bahan pengawet ini akan mengekalkan warna merah daging untuk simpanan jangka masa yang lama. Sebagai pengguna anda hendaklah bijak memilih daging di pasaran. Kerana itu lebih baik jika dibeli pada peniaga daging yang mempunyai khidmat memotong terus daripada lembu yang telah disembelih kerana anda boleh melihat sendiri yang mereka ini terus memotong daging daripada seekor lembu. Daging lembu yang anda beli itu memang betul-betul dari lembu yang segar.


Cara memotong daging lembu juga memberi kesan kepada kelembutan daging yang akan anda nikmati. Hiris daging lembu kaedah urutan melawan urat lembu. Ini adalah teknik asas apabila anda menghiris lembu. Jika salah menghiris mengikut urat, daging akan liat. Jadi sebaiknya anda harus peka apabila menghiris daging. Gunakan pisau tajam yang membolehkan kita mendapatkan kualiti potongn daging yang baik. Kini 'PISAU SERAMIK' didapati amat sesuai digunakan untuk memotong daging kerana sentiasa tajam dan tiduk tumpul walau pun harganya mahal (Sila lihat foto disebelah)Daging lembu sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Walaupun semua sumber protein seperti daging merah dan daging berwarna putih adalah sumber protein yang tinggi, khasiat daripada sumber protein daging lembu ternyata berlainan dari segi kandungan lemak, komposisi asid lemak, dan mikronutriennya. Protein daging lembu lebih mudah dihadam berbanding protein daripada kekacang dan penting untuk pertumbuhan, mengekalkan kecantikan kulit, kekuatan tulang dan pembinaan otot. Daging lembu juga membekalkan sumber zat besi yang baik untuk peredaran oksigen dalam badan dan memberi tenaga yang mencukupi untuk kecerdasan otak dan daya tahan penyakit. Zink dalam daging lembu dikatakan 21-26 peratus lebih efektif diserap dalam badan berbanding hanya 11-14 peratus serapan zink yang kita dapat daripada sumber tumbuhan. Vitamin B12 dalam daging lembu dapat mengawal sistem saraf badan. Daging lembu merupakan penyumbang utama Asid lemak omega 3 iaitu lemak tidak tepu poli yang baik untuk perkembangan otak, kesihatan jantung dan mata.


Cara memotong daging yang betul mudah dipelajari jika sesiapa mahu melakukannya. Semasa aktiviti gotong royomg pada Hari Raya Qurman atau Hari Raya Haji sering kita melihat bagaiman beberapa ekor lembu disembelih dan dipotong oleh mereka yang tidak profesional tetapi selesai akhirnya. Ini kerana kaedah pemotongan adalah peringkat asas (Primmal cut) sahaja dan untuk kegunaan memasak simpel. Selalunya se
belum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut. Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong. Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong. Daging yang siap dipotong boleh terus dimasak atau disimpan dalam bilik sejuk atau dipamerkan dipusat jualan terus kepada pengguna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog ini anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MEMOTONG DAGING... ADA CARANYA...
PISAU TAJAM... IANYA MESTI DIGUNA...
DIPOTONG BETUL... EMPUK DAGINGNYA...
BACA ARTIKEL... KELAK NANTI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 Syaaban 1437H)
DIkemaskini pada 18 RabiulAkhir 1447H.

Sunday, October 5, 2025

TANAM DAN BUAH MATA KUCING - APA DIA?

POKOK BUAH MATA KUCING
(Dimocarpus longan) masih menjadi tanda tanya kebanyakan petani di negara kita kerana pokok ini secara konvensional adalah pokok yang besar dan tinggi. Terdapat kekeliruan dikalangan orang kita mengenai nama Longan, Mata Kucing, Lychee, Kelengkeng, lo han dan beberapa lagi walau pun ianya merupakan jenis buah yang ada beberapa ciri persamaannya. Bagaimana pun saya ada menulis dua artikel mengenai buah mata kucing (Sila klik disini), (Sila klikdisini) dan juga beberapa artikel mengenai longan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk rujukkan. Memang dikalangan orang biasa ada yang memanggilnya buah mata kucing dan selalu juga penulis blog dengar ada juga memanggilnya longan. Namun begiru anda jangan keliru dengan mata kucing dan longan kerana ia buah yang berbeza walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama. Pokok mata kucing sebenarnya juga sejenis subspesies pokok longan. Ia juga dinamakan demikian kerana rupa dan saiz buahnya seperti mata kucing, tetapi kecil sedikit berbanding longan. Pokok mata kucing dipercayai ia berasal dari Malaysia dan Indonesia dengan nama botani atau saintifiknya ialah Euphoria malaiense. Setiap pokok mata kucing dewasa mampu mengeluarkan 2,000 hingga 3,000 biji buah pada setiap musim berbuah. Ada beberapa jenis pokok mata kucing yang telah dikenalpasti dikenali dengan nama tempatan sebagai Belian, Isau dan Kakus. Bagaimanapun didapati setiap kali tiba musim buah berkenaan selalunya ramai yang sering membeli buah mata kucing atau longan diimport dari Thailand sahaja bukan yang ditanam dinegara kita Malaysia. Artikel malam Ahad ini sempana cuti hujung minggu di Melaka saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai aktiviti penanaman buah mata kucing untuk dijadikan sumber ilmu pengetahuan dan bahan bacaan semua.


Buah mata kucing mempunyai pelbagai khasiat seperti meningkatkan sistem imunti seseorang sebab dilapor ia kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah segar memberikan tenaga dengan gula semula jadi. Buah ini melancarkan pencernaan melalui kandungan bahan seratnya serta menjaga aspek kesihatan jantung dan melancarkan peredaran darah. Buah mata kucing dilaporkan juga kaya dengan zat antioksidan yang melawan radikal bebas serta berguna untuk menjaga kulit dengan sifat anti-penuaan (awet muda) dan sesuai untuk mereka yang mana sedang menjalani diet kerana buah ini memang rendah lemak dan rendah kalori. Dalam beberapa kajinan dilaporkan dimana diantara khasiat buah mata kucing termasuk ia adalah buah dengan bahan Antioksidan Semula Jadi tinggi serta ia juga mengandungi vitamin C dan sebatian asid fenolik yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Ini menyebbkan ia mampu mengurangkan risiko penyakit kronik dan berpotensi memerangi sel kanser. Kedua khasiatnya dimana buah ini mampu Meningkatkan Sistem Imunyi dan ada zat Vitamin serta bahan mineral di dalamnya menyokong sistem imunti seseorang untuk lebih kuat melawan jangkitan seperti demam dan selsema. Pasti buah mata kucing memang ia mampu Memberikan Tenaga sebab ada kandungan gula semula jadi seperti glukosa dan sukrosa memberikan tenaga segera, menjadikannya pilihan baik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina. Keempat ia sangat baik untuk proses penghadaman apabila bahan serat diet dalam buah mata kucing membantu melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Kelima yang ramai perlu tahu adalah dakwaan buah ini akan menjaga Kesihatan Jantung dengan cara membantu mengurangkan tahap stres dan keletihan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kelima adalah khasiat dalam kemampuan buah ini untuk dapat melancarkan Perjalanan Darah dimana ini sekaligus akan melancarkan aliran darah, sekali gus dapat mencegah anemia. Khasiat keenam adalah ia mampu untuk meningkatkan akan Kesihatan Kulit sebab ada bahan 'anti-penuaan' dalam buah mata kucing membantu mencegah kedutan dan mencerahkan warna kulit. Apa pun memang buah mata kucing ini sesuai untuk semua pengamal diet sebab ia mempunyai kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dimana ini akan menjadikannya pilihan yang baik untuk individu yang ingin mengawal berat badan. Terakhir yang pembaca perlu tahu fakta jika memakan buah mata kucing akan mampu untuk mengatasi Tekanan dan Tidur. Buah ini didakwa ia berfungsi sebagai agen 'anti-tekanan' yang memberikan kesan menenangkan, membantu mengatasi masalah tidur dan meningkatkan fungsi saraf. Di Malaysia buah mata kucing boleh di berli ketik musim ia matang di atas pokok dan di beli atau dimakan sebaiknya sebagai buah segar. Paling tidak pun boleh ujirasa minuman air mata kucing (panas atau sejuk) yang ada di jual banyak di gerai makanan.


Pokok Mata Kucing adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. Daunya berwarna hijau gelap berukuran 18-25 cm panjang dengan susunan bersilang. Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan. Terdapat Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hermaprodit pada pokok mata kucing. Lazimnya hanya bunga hermaprodite sahaja yang akan membentuk buah. Pendebungaan dijalankan oleh serangga seperti semut, lalat dan juga angin. Buah Mata Kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika di kupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar didalamnya seperti 'MATA KUCING' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat. Penulis blog yang aktif menulis sebagai senior agronomist dan lama bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia mendapati ada terdapat 3 spesis pokok mata kucing yang terdapat di Malaysia iaitu Mata Kucing Sau, Mata Kucing Isau dan Mata Kucing Kakus. Perbezaan antara ketiga-tiga spesis ini hanya pada saiz buah dan juga bentuk serta tahap rasa kemanisannya. Ramai orang biasa tidak mengenali varieti mata kucing ini dan kesemuanya memang tidak didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Oleh itu tidak ada lagi pencirian ketiga-tiga varieti tersebut di buat dan kita lebih mudah dengan panggilan 'Mata Kucing Tempatan' sahaja. Pemehatian saya di Kg Redong yang mempunyai lebih 250 pokok mata kucing tempatan telah berumur lebih 20 tahun mendapati sistem penanaman dahulu juga tidak tersusun. Sebahagian pokok yang ada mungkin tumbuh sendiri kerana biji benih yang di makan oleh Kelawar atau Keluang mungkin jatuh dan tumbuh di kawasan kampong tersebut. Bagaimana pun kampong ini memang terkenal sebagai kampong yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.


Penulis blog masih sering di tanya apakah dia p
erbezaan diantara Buah Mata Kucing dengan Buah Longan yang ada dijual di negara kita. Ini kerana selalunya buah mata kucing dan buah longan kelihatannya seakan serupa dari bentuk buahnya, warna kulitnya dan mungkin juga rasanya yang agak sama dan ini menyebabkan berlaku kekeliruan umum namun sebagai penjelasan sebenarnya ada terdapat beberapa perbezaan ketara yang membolehkan semua akan dapat membezakannya. Apa pun buah mata kucing sering disalah anggap sebagai longan sebab ada kes terdapat beberapa perbezaan jelas antara kedua-dua buah ini yang kurang di ketahui umum. Buah Mata Kucing (Dimocarpus longan subspecies malesianus) biasanya lebih kecil dengan ia selalu berikan citarasa juga berbeza. Buah ini memiliki rasa yang lebih manis dan kurang berair berbanding buah longan. Dalam pada itu buah longan mempunyai warna kulitnya yang lebih gelap dengan ada kelainan iaitu ia sedikit keperangan. Dari segi tekstur isi pula dimana buah mata kucing adalah ia lebih tebal isinya manakala longan cenderung mempunyai isi yang lebih lembut dan berjus. Bagi penulis blog mendapati dimana buah mata kucing bukan sahaja lazat rasanya malah ia lebih kaya dengan pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Antara khasiat dan kelebihan buah mata kucing ini termasuklah kandungan bahan antioksidan semulajadi yang tinggi baik untuk kesihatan. Isi buah mata kucing di laporkan ia ada mengandungi vitamin C dan sebatian asid fenolik yang membantu melawan radikal bebas dalam badan dimana ini sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik yang berpunca dari makanan harian. Kandungan gula semula jadi dalam buah ini seperti glukosa dan sukrosa memberikan tenaga segera, menjadikannya pilihan baik untuk mengatasi keletihan. BUah ini memang ia baik untuk proses penghadaman atau untuk proses pencernaan. Buah mata kucing dilaporkan ia juga ada mengandungi serat diet yang membantu memperbaiki sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah ini menyokong sistem imun agar lebih kuat melawan jangkitan. Pernag dilaporkan dimana buah mata kucing kering memang ada dijual di kedai Singseh atau dalam kaedah perubatan tradisional Cina yang penulis blog sering membelinya sama ada jenis gelap atau jenis kuning-coklat. Bila di rebud di rumah dan bubuh sedikit gula perang memang sedap diminum selalu. Buah mata kucing kering ini atau buah longan dipercayai membantu menyejukkan badan iaitu ia sesuai dimakan semasa cuaca panas. Bagaimana pun ada beberapa petua dan pantang larang atau keburukan buah ini. Pertama dari segi kandongan kalori pengambilan buah mata kucing secara berlebihan boleh mendatangkan keburukan termasuk kesan 'Alergi' kepada sesetangah individu. Simptom ini boleh berlaku yang mungkin individu tertentu akan mengalami reaksi alahan seperti gatal-gatal, ruam atau bengkak. Keburukan kedua adalah buah mata kucing cukup matang dan manis akan mempunyai kandungan Gula Tinggi: Buah ini tinggi gula semula jadi ini jika dimakan berlebihan oleh penghidap diabetes atau mempunyai masalah gula darah perlu berhati-hati dalam pengambilannya sebab ada kesan lain kelak. Agak unik dalam kalangan tabib perubatan tradisional Cina iaitu ia boleh beri kesan seperti memanaskan badan jika diambil secara berlebihan. Menurut mereka kepercayaan perubatan Cina dima memakan buah ini terlalu banyak boleh menyebabkan ‘panas dalam’ seperti sakit tekak atau demam. Kajian mendapati dimana dalam satu hidangan buah ini (kira-kira 100 gram) mengandungi sekitar 60 hingga 70 kalori tenaga. Walaupun rendah kalori dilaporkan yang kandungan gula semula jadinya agak tinggi maka adalah baik dan penting untuk mengawal pengambilan buah ini agar tidak melebihi jumlah yang disyorkan. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam1..
BUAH MATA KUCING....KECIL SAIZNYA...
BOLEG DI BELI... BILA MUSIMNYA TIBA...
SANGAT BERKHASIAT...BACA SEMUA...
JANGAN KELIRU...BUAH LONGAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 52012, Hotel Ramada-Merridien,
No 5, Jalan Legeland-Iskandar Puteri,
Iskandar Puteri, Johor Bahru,
Johor, 
Malaysia.
(14 RabiulAKhir 1447H).

Saturday, October 4, 2025

SEPERTI PIPIT MENELAN JAGUNG

PERIBAHASA lama 'SEPERTI PIPIT MENELAN JAGUNG' merupakan satu peribahasa Melayu yang agak kurang di gunakan oleh masyarakat tempatan masa ini. Penulis blog pun agak kurang mendengar peribahasa ini berbanding dengan peribahasa lain seperti 'Burung Terbang di pipiskan lada' dan beberapa lagi. Apa pun maksud bagi peribahasa 'Seperti pipit menelan jagung' adalah 'Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya tetapi akhirnya susah sendiri. Mengupas mengenai maksud peribahasa ini memang logik sebab burung pipit merupakan sejensi burung yang kecil badannya dan juga kecil mulutnya untuk menelan sebiji jagung yang besar saiznya. Walau pun burung pipit ini suka mekan makanan jenis bijirin seperti biji padi dan biji kecil lain seumpamanya akan tetapi ia tidak boleh menelan sebiji jagung. Bagaimana pun ada yang berpendapat jika biji jagung ini di kisar menjadi saiz yang kecil-kecil atau bentuk serbuk berkemungkinan yang burung pipit boleh menelannya (itu pun jika burung pipit berselera untuk memakannya). Peribahasa Pipit menelan biji jagung' atau dalam bahasa mudah sebagai 'Seperti pipit menelan jagung dimana ia merujuk kepada orang yang cuba meniru atau mengikut orang besar atau kaya sehingga kesannya akan menyebabkan kesusahan kepada dirinya sendiri. Ia juga boleh bermaksud orang yang sudah diberikan  pangkat atau kedudukan yang terlalu tinggi sehingga dia cuba menyusahkan kehidupannya. Ada yang jelaskan jik maksud kepada peribahasa ini adalah seseorang atau kumpulan orang yang cuba meniru orang besar atau orang kaya. Seseorang yang berusaha untuk meniru gaya hidup atau mencuba untuk mencapai tahap kehidupan orang-orang yang lebih tinggi daripadanya akan tetapi akhirnya mendapati diri sendiri dalam kesusahan seakan peribahasa lain yang ugib relevan iaitu ' Biar Papa Asal Bergaya' pula kaitannya. Biasanya sesiapa yang berjawatan terlalu tinggi atau seseorang yang menerima jawatan atau pangkat yang tidak sesuai dengan tahap seperti keupayaannya sehingga sebenarnya ia lebih menjadi beban daripada kebahagiaan keluarga atau masyarakatnya atau bagi prestasi organisasinya. Beberapa contoh penggunaan bagi peribahasa ini seperti 'Dia cuba membeli kereta mewah walaupun gaji masih rendah, akhirnya terpaksa berhutang keliling pinggang. Benarlah, seperti pipit menelan jagung gayanya'. Perkara ini juga menunjukkan kesusahan akibat cuba meniru gaya hidup orang kaya. Dalam makna lain ia boleh di maksudkan dimana 'Meskipun dia seorang yang pandai, jawatan yang diberikan terlalu berat, sehingga dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini seperti pipit menelan jagung' juga sesuai di jadikan ayat contoh bagi peribahasa ini. Ia merujuk kepada situasi di mana seseorang diberi tanggungjawab yang terlalu besar dalam masyarakat atau organisasinya. Artikel pada malam Sabtu ini dari Aras 20, Hotel Ramada. Inkandar Puteri, Nusajaya, Johor Bahru saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kupasan peribahasa burung pipit menelan jagung untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


BURUNG PIPIT
(Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami didalam dipelbagai kawasan lapang dan belukar. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit yang saya tahu mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi saya dikawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yang habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Saya memang gemar menangkap dan belajar mengenai burung pipit semanjak zaman kanak-kanak lagi. Burung pipit mempunyai nilai ekonomi kerana ada dijual dikedai-kedai jualan haiwan ternakan. Ramai peminat memelihara burung pipit didalam sangkar yang digantung dikawasan rumah sebagai hobi. Banyak kalangan penduduk kampong dan pendalaman dijadikan lauk makan. Dalam pembacaan saya mengenai burung pipit boleh dikatakan bahawa terdapat sebanyak 15 jenis burung pipit yang popular di Malaysia dan kebanyakkannya dinamakan mengikut rupabentuk fizikal, habitat, tempat populasi banyak ditemui dan warna bulu. Berikut adalah 15 jenis burung pipit iaitu Pipit Raya, Pipit Kepala Hitam, Pipit Kepala Putih, Pipit Rumah, Pipit Batu, Pipit Kuning, Pipit Dada Kuning, Pipit Jawa, Pipit Padi, Pipit Pinang, Pipit Rawa, Pipit Rimba, Pipit Tanah, Pipit Tuli dan Pipit Uban (Foto di kiri). Burung pipit kebanyakkannya terbang secara berkumpulan dan mendiami kawasan tanaman padi yang hampir masak. Kumpulan burung ini terbang beramai-ramai dan sering mengeluarkan bunyi yang kuat dan bersahutan. Burung ini mempunyai kepak yang kuat untuk terbang dengan sepasang kaki yang ada kaki untuk hinggap pada ranting atau daun. Burung pipit membiak dengan bertelur dalam sarang yang diperbuat daripada ranting dan daun rumput kering.


Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang atau kawasan terpencil menjadi satu ancaman kepada pesawah. Jika serangan burung pipit tidak dikawal maka serangan oleh burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 40-70% jika tiada kawalan langsung. Biasanya petani akan membuat objek seperti 'ORANG-ORANG' diletakkan tengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik dari satu punca (Sila lihat foto disebelah). Objek orang-orang ini akan bergerak-gerak seperti manusia sambil petani menjerit-jerit menghalau burung tersebut. Tali tersebut juga di gantung dengan tin-tin susu (2-3 tin) yang digantung dan akan mengeluarkan bunyi yang mengejutkan burung pipit lalu terbang. Pengalaman saya ketika menanam padi di Solok Komong Muar dan Sawah Ring, Muar, Johor dulu mendapati penat juga nak goyang tali kerana burung pipit yang lapar tetap terbang dan datang balik makan padi hingga kenyang. Sebenarnya burung pipiy pada musim menuai hanya aktif pada masa siang hari sahaja iaitu dalam cuaca panas yang baik. Ia kurang aktif pada masa hujan atau mendung. Beberapa teknik mengurangkan serangan burung pipit juga dapat dilakukan dengan memasang jaring atau pukat dikawasan strategik. Burung yang terkejut akan terbang dan terlanggar jaring lalu melekat. Saya sering membuat tinjaua =n di banyak lokasi dan ada ada mendengar pengalaman seorang rakan daripada Sungai Rambai di Melaka iaitu En Zulkifli mengenai kaedah profesional yang menangkap burung pipit secara komersil menggunakan pukat atau jaring pipit. Rakan beliau ini perlu mendapatkan lesen dari JABATAN PERHILITAN untuk menangkap burung pipit kerana ia adalah dikawal dibawah akta tersebut. Katanya kaedah yang mereka digunakan mampu tangkap burung pipit pada musim puncak dengan jumlah yang banyak iaitu sehingga 300 - 400 ekor. Permintaan untuk memelihara burung pipit memboleh mereka menjual dengan harga RM 0.50 - RM 1.00 seekor di kedai jual burung atau individu yang berminat. Burung pipit dalam sangkar mampu menghasilkan bunyai kuat yang nyaring bergantung kepada spesisnya.


Tanaman jagung
(Zea mays) mempunyai potensi yang besar di banyak negara di seluruh dunia. Asasnya ada beberapa jenis jagung yag di tana sama ada ia ditanam sebagai Jagung Bijirin (Grain Corn) atau untuk di Makan Segar atau Sweet Corn. Dalam sepokok jagung yang matang selepas 4 - 5 bulan lebih (untuk jagung bijirin) atau selama 3 bulan untuk jagung manis selalunya akan menghasilkan satu atau dua tongkol bergantung varieti, amalan agronomi dan tujuan penanaman. Saya ada menulis berpuluh artikel mengenai tanaman jagung dalam blog ini yang boleh di baca. Selalunya pada tongkol jagung ia diselimuti oleh selaput jagung yang nipis dan didalamnya ada banyak biji-biji jagung yang boleh dileraikan apabila cukup matang. Apa pun selalunya tongkol jagung yang terletak pada bahagian atas umumnya lebih dahulu terbentuk dan lebih besar berbanding dengan tongkol jagung yang terletak pada bahagian bawah. Setiap tongkol jagung umumnya terdiri atas 10-16 baris biji yang jumlahnya selalu genap. Biji jagung disebut kariopsis yang mana ia mempunyai dinding ovari atau perikarp menyatu dengan kulit biji atau testa serta ia membentuk dinding buah. Biji jagung terdiri atas tiga bagian utama iaitu Bahagian Perikap yang berupa lapisan luar yang tipis yang berfungsi mencegah embrio dari organisma lain mengganggu dan elak akan proses kehilangan air. Lapisan kedua di namakan sebagai Lapisan Endosperm iaitu lokasi untuk penyimpanan makanan dimana komposisinya sekitar 75% dari berat biji jagung tersebut dimana ia mengandung 90% pati dan 10% protein, mineral, minyak, dan lainnya. Bahagian ke tiga adalah Lapisan Embrio (lembaga) yang berfungsi sebagai terpenting bagi tanaman untuk proses pembiakan yang terdiri iaitu di atas sekali adalah plamule, akar radikal, scutelum, dan koleoptil. Dalam isi jagung atau pati endosperm tersusun dari bahan zat termasuk Anhidroglukosa yang sebahgian besarnya adalah ia terdiri atas dua molekul iaitu Amilosa dan Amilopektin. Namun dalam beberapa jenis jagung terdapat variasi kadar zat atau kandungan amilosa dan amilopektin yang menentukan apa kegunaan terbaik varieti tersebut dalam industri. Protein dalam endosperm biji jagung terdiri atas beberapa pecahan yang berdasarkan kelarutannya diklasifikasikan menjadi Albumin (larut dalam air), Globumin (larut dalam larutan salin), Zein atau Prolamin (larut dalam alkohol konsentrasi tinggi), dan Glutein (larut dalam alkali). Pada sebahagian besar varieti atau jenis jagung kadar pecahan protein adalah albumin 3%, globulin 3%, prolamin 60%, dan glutein 34% yang menjurua akan produk yang akan di perlukan. Di Malaysia penanaman jenis Jagung Manis (Sweet Corn) adalah paling popular untuk pelbagai kegunaan sama ada di makan segar atau di jadikan 'cup corn' yang banyak rantaian syarikat jualannya. Jenis Jagung Manis (Zea mays saccharata) selalunya mempunyai saiz sederhana dan semasa matang atu dimasak ia berkeriput dan agak transparan. Biji yang belum masak mengandungi bahan seperti kadar gula (water-soluble polysccharride) lebih tinggi daripada jagung bijirin. Kandungan gula jagung manis dari analisa makmal dilaporkan ia adalah 4 - 8 kali lebih tinggi dibandingkan jagung biasa pada umur 18-22 hari setelah ia didebungakan. Ukuran biji jagung adalah agak 'terlalu besar' untuk di telan oleh seekor burung pipit sehingga ujud peribahasa Melayu 'Burung Pipit Telan Burung' seperti yang sudah di kupas. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIBAHASA LAMA... PIPIT MENCUBA...
MANA BOLEH TELAN... BESAR SAIZNYA...
ORANG SUSAH...TIRU CARA ORANG KAYA...
MEMANG TIDAK KENA...BOLEH MATI DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201012, Tingkat 20,
Hotel Ramada, No 5, Jalan Medini-Iskandar,
Iskandar Puteri, 
Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(Jumaat, 11 RabiulAkhir 1447H).

Friday, October 3, 2025

HIBRID, KLON, VARIETI DAN KULTIVAR - ANDA TAHU?

Apakah dia istilah HIBRID, VARIETI, KLON DAN KULTIVAR BAGI TUMBUHAN?. Dalam dunia pertanian memang banyak terminology yang harus ifahami oleh mereka yang belajar didalam sektot pertanian atau pun penggiat dalam sektor tanaman. Penulis blog sejak tingkatan 4 lagi sudah masuk dalam aliran Sains Pertanian sehingga masuk universiti pun Universiti Pertanian (Sekarang dipanggil sebagai Universiti Putra Malaysia) dan bekerja pun didalam sektor pertanian juga. Pernh menjawat jawatan sebagai Pegawai Pertanian Daerah, Timbalan Pengarah Hortikultur dan PTIF, Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Ketua Pengarah LPNM sehingga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia medominasi banyak penulisan teknikal amalan agronomi tanaman di Malaysia sejak 38 tahun lamanya. Kini telah berjaya menulis lebih 9,300 artikel sejak 18 tahun lalu mengenai pelbagai imu mengenai pertanian dalam blog "Anim Agro Technology" dan blog "Anim Agriculture Technology" yang telah dibaca lebih daripada 42 juta orang dan diciplak oleh beratus-ratus (mungkin ribu orang) bloggers serta para siswa, pelajar, penyelidik dan petani. serta baneratus-ratus video dalam Tiktok (M anem) serta ribuan kisah dalam facebook. Dalam usaha untuk buat penulisan saya ini memang banyak saya ada membuat rujukkan dengan pembacaan dan lawatan teknikal kelokasi projek pertanian dengan tinjauan dan pebincangan di seluruh negara untuk mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan dalam sektor ini. Lazimnya semasa membuat lawatan akan ditanya pelbagai soalan dan ramai dikalangan aktivis ada membuat rujukkan dengan tulisan dari blog saya. Antaranya adalah seperti Hj Abas dari Labuan, Dr Jeffery dari UMS Tawau, Prof Dr Shukor dari UPM, Prof. Dr. Viknesvary dari UM, Kamal sebagai wartawan dan ramai usahawantani dari seluruh negara. Antara asas tumbuhan adalah seperti pengkelasan tumbuhan tersebut seperti nama saintifik tumbuhan dan pengkelasan tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan adalah dari kumpulan Plantae dimana ia mempunyai banyak genus dan seterusnya. Ramai juga dikalangan kita yang kurang jelas apabila dinyatakan mengenai perkataan seperti Klon, Hibrid, Varieti dan Kultivar tumbuhan. Kalau dulu ada orang jual durian dakwanya durian 'Klon D24' atau pun buah Rambutan 'Klon Anak Sekolah' dan sebagainya sebagai satu istilah biasa sahaja. Bagaimana pun pada kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis fakta pentingnya dimana semua pembaca perlu tahu beberapa istilah penting iaitu apakan dia perbezaan asas tentang Klon, Hibrid, Varieti dan Kultivar untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Mungkin ada dikalangan anda pernah dengar perkataan-perkataan tersebut diatas dimana-mana sebelum penulisan artikel ini yang di tulis 17 tahun dahulu tetapi tidak sempat di buat posting sebab terlalu banyak artikel saya. Semasa belajar dahulu pun ramai pelajar menggunakan perkataan-perkataan ini dimana mungkin berlaku kekeliruan. Ada juga diantara kita sangka maksudnya sama tapi sebenarnya setiap perkataan tersebut adalah berbeza maksudnya. Paling biasa di sebut didalam kes ini adalah Keluarga atau Family untuk tumbuh-tumbuhan tersebut. Keluarga adalah salah satu daripada 8 pengkelasan hieraki tumbuhan dimana berada dibawah kelas Order dan diatas SubFamili didalam sistem Linneous. Terdapat 3 keluarga tumbuhan berbunga yang ujud didunia dimana kandungan tertingggi spesis iaitu Famili Asterceae (24,000 spesis), Famili Ochidaceae (20,000 spesis) dan juga Famili Kekacang atau Fabaceae (18,000 spesis). Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan dunia tumbuhan perlu difahami sebelum seseorang itu mahir didalam dunia penglekasan tumbuhan. Nama saintifik tanaman mesti dikaitkan dengan famili dimana ianya adalah berkait dengan kaedah amalan agronomi dan pengurusan tanaman. Pada tahun 2014 saya semasa bertugas sebegai Penolong Pengarah di Bahagian Hortikultur bersama Bahagian awalan Kualiti Tanaman telah membuat perubahan besar didalam memberika koding dan cara mendaftarkan nama-nama varieti tanaman (terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran di Jabatan Pertanian Malaysia). Saya bersama Hj Nasir Waris (Bekas KP) dan Hj Esa telah menyesesuaikan sietem ini di Malaysia yang disesuaikan dengan Skim Pendaftaran Varieti Tanaman MAlaysia dan Skil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) untuk kegunaan Jabatan Pertanian Malaysia. Masa itu baru di perkenalkan akan Skim Alaman Ladang Baik Malaysia (SALM) sebelum di tukar kepada Skim MyGap dan MyOrganik sesuaidengan piawaian antarabangsa.


Apakah dia KLON (Clone) dalam dunia ilmu pertanian ini. Pada penulis blog setelah ada merujuk beberapa bahan rujukkan dan hasil benyak perbincangan dengan team dimana ia dimaksudkan dengan cara atau KAEDAH PEMBIAKAN SECARA TAMPANG (Assexual). Pembiakan secara tampang (aseksual) ini juga bermaksud kepada jenis pokok yang dibiakkan tanpa ianya melibatkan persenyawaan genetik diberi nama 'Klon'. Sebagai contohnya klon Durian Musang King (Durio zibethinus) dimana kemudian ada benih tanaman Musang King dihasilkan menggunakan biji benih durian biasa sebelum ianya dicantumkan dengan mata tunas  Musang King. Biji benih dari buah durian musang king yang bercambah tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman yang mampu menghasilkan buah yang sama dengan pokok induk. Ini kerana dalam proses pembiakan cantuman pucuk atau tunas dari pokok Musang King akan dicantumkan dengan sebatang pokok penanti untuk menghasilkan pokok Musang King baru yang 100% sama dengan pokok induk. Dalam contoh lain adalah benih pokok rambutan dimana mata tunas rambutan jenis Anak Sekolah akan dicantum dengan pokok penanti dan menghasilkan pokok yang 100% sama dengan induknya. Dalam kes lain iaitu pembiakan cara klon kepada jenis orkid. Tisu daripada pokok orkid terpilih diambil dan dibiakkan dalam medium khas untuk menghasilkan ribuan pokok baru yang sama ciri-cirinya dengan orkid asal tadi.


Dalam kes ini ia berlainan dengan istilah HIBRID (Hybrid) dimana istilah 'hibrid' merupakan hasil daripada persenyawaan seksual daripada dua tumbuhan induk yang berlainan atau sama jenis. Dalam kes pokok kelapa (Cocos nucifera) dari keluarga Arecaceae lazimnya bunga jantan daripada pokok Kelapa Tinggi Tagnanan (CN 7, CN9 dan CN) akan dikahwinkan dengan bunga betina daripada pokok kelapa jenis renek Malayan Red Dwarf (MRD atau CN4) atau jenis renek Malayan Yellow Dwarf (MYD atau CN5) sehingga akan menghasilkan benih kelapa hibrid MATAG. Kemudian barulah selepas 12 bulan buah kelapa kacuk (hibrid ini) matang dan di semai di tapak semaian selama 6 bulsn. Apa pun benih yang dihasilkan ini ada beberapa variasi seperti Benih Matag yang sebenarnya ada tiga jenis iaitu Kelapa Matag Green (CN13, Matag Oren (CN14) dan Matag Gold (CN15) yang mana kesemua sistem pendaftaran tersebut saya sediakan prosedurnya dahulu. Dalam pada itu ada benih yang perlu dibuang kerana tiada ciri kelapa matag F1 (Sila lihat buah kelapa hibrid matag di pokok seperti foto disebelah).  Contoh lain yang sangat popular mengenai hibrid di Malaysia adalah pokok hibrid di Malaysia ialah kelapa sawit Tenera (terhasil daripada varieti Dura dan Pisifera) hasil proses pembiakan yang terkawal. Hibrid membawa ciri-ciri daripada kedua-dua pokok induk tadi dimana a memberi ciri baik dan bukan ciri yang tidak dikehendakkai. Pokok hybrid yang terhasil ini dipanggil dengan nama Hibrid F1 dimna maksudnya ia generasi pertama daripada penyatuan dua induk tadi. Hibrid F1 ini jika berbuah dan menghasilkan benih dimana benih tersebut jika dijadikan bahan tanaman dan ditanam maka tidak akan sama dengan pokok induknya.  Pernahatau tidak pembaca blog membeli benih sayur di kedai dimana jika diteiti ada diletak label Hibrid F1 pada kaedah pembungkusannya. Sebagai contoh benih bendi dimana ada benih yang dibeli itu apabila ditanam dan hasilnya kesemua pokok bendi tu pendek dan cepat berbuah dengan banyak. Akan tetapi bila buah bendi ni kering dan anda ambil benihnya dan tanam. Bagaimana pun pokoknya menjadi lain seperti ia menjadi tinggi dengan bentuk daun berbeza dan hasilnya amat sdikit serta tidak sedap dimakan. Menydediakan benih hibrid kosnya tinggi maka harga jualan runcit benih hibrid agak tinggi. Proses memilih bunga dari pokok tertentu dan ia dikahwinkan dengan bunga dari pokok terpilih sehingga berjaya. Disyorkan semasa menanam benih hibrid sebaiknya anda perlu beli benih baru untuk musim penanaman seterusnya. Benih hibrid yang ada tidak boleh dikitar semula jika mahu hasil yang sama.


Terkini selalu penulis blog lebih minat untuk membincangkan atau cara mengenaii VARIETI (Variety). Varieti dalam bahasa mudahnya pokok yang berlainan jenis yang mana istilah ini lebih sesuai digunakan merujuk kepada kepelbagaian jenis pokok dalam spesis yang sama. Sebagai contoh adalah varieti bagi tanaman padi (yang mana nama saintifik spesis padi ialah Oryza sativa) . Bagaimana pun Oryza sativa ini ada banyak varieti seperti ciri padi yang bijinya panjang, ada yang pendek, ada yang banyak hasil ada yang sikit hasil serta jangkamasa tanaman sebelum dituai. DI Malaysia sahaj terpta beratus-ratus varieti padi yang telah diistiharkan semenjak tahun 1970'an lagi. Saya ada senaraikan berpuloh varieti padi yang telah diistiharkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi yang menulsi dalam blog masing-mmasing. Antara jenis varieti padi yang kini paling popular adalah seperti MR220CL2, ME220, MRQ76, MR229, MR 302 dan berpuloh lagi. Terbaru yang dilancarikan pada bulan Mac 2019 iaitu oleh YB Menteri Pertannian adalah varieti baru UMKRC2 dan varieti padi UKMRC8. Secara teorinya jenis yang pelbagai inilah yang dipanggil varieti dinamaknan varieti A, varieti B dan jjuga mendapat Varieti C. Kalau varieti ini dibiakkan secara tampang maka sebaiknya anda dia Klon pula. Klon A, Klon B, Klon C dan seterusnya. Dalam beberapa prosedur untuk membuat pengesyoran varieti tanaman di Malaysia melalui Jabatan Pertanian Malaysia dimana semua varieti padi ysng sudah di istiharkan oleh MARDI melalui sistem mereka akan terus disyorkan untuk ditanam di kebayakkan jelapang padi di Malaysia. Lazimnya varieti padi akan dan perlu di tukar dengan varieti baru selepas beberapa musim atau beberapa tahun ia di tanam secara meluas. Ini disebabkan serangga perosak dan patogen penyakit padi akan menjadi lebih kebal terhadap varieti padi yang sudah lama di tanaman akibat penggunaan pelbagai bahan kimia sepert racun kimia dan baja kimia. Contohnya varieti padi zaman saya mula kerja dulu seperti Padi Ria, Padi Bahagia, MR27 dan sebagainya yang ssudah lama pupus.


Istilah terakhir yang agak jarang digunakan di Malaysia adalah istilah KULTIVAR (Cultivar). Dalam bahasa Inggeris ia mudah difahami kerana dikatakan juga bermakns 'Cultivated Variety'. Kultivar maknyanya tidak jauh dengan varieti sebab perkataan kultivar berasal daripada ‘cultivated variety’ atau maksudnya varieti tumbuhan yang ditanam. Dalam wikipedia kultivar dimasudkan sebagai sekumpulan tumbuhan dipilih mempunyai ciri sama dikehendakki dan ditanam berterusan (sustainable) cirinya selepas dibuat pembiakan (propogation). Istilah kultivar adalah kaedah pengkelasan tumbuhan yang paling asas dimana ciri-cirinya dapat ditonjolkan. Ia biasanya dibiakan melalui kaedah kertan atau tut dimana hasilnya ada hasil yang sama dengan ciri pokok induknya (true-to-type). Biasanya ada yangbertanya apakah dia perbezaan diantara kultivar dengan varieti. Tidak semua varieti sesuai ditanam seperti jenis 'cultivated cultivar' dan sebaliknya. Apa pun dilaporkan yang 'Kultivar' juga ia merujuk kepada varieti tanaman yang selalu di tanam (cultivated variety) atau jenis tanaman yang memiliki ciri-ciri khusus dan dipertahankan melalui cara penanaman tertentu seperti dibiakkan dengan cara aseksual maupun seksual. Contohnya termasuk  tanaman seperti kelapa tertentu yang di simpan dalam bank janaplasma untuk kekalkan sumber genetiknya. Kelapa Matang sebagai contoh adalah sebuah kultivar kelapa yang disyorkan di Malaysia dengan program pembiakannya mesti melalui prosedur tertentu dan hanya ada di keluarkan dengan kawalan Jabatan Pertanian Malaysia dan pihak swasta melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Banya benih kelapa matag tulin F1 yang di periksa dan di sahkan dalam SPBT sahaja boleh ditanam sebagai kultivar yang di benarkan. Mudahnya kultivar adalah varieti tanaman yang sesuai di tanam atau sering ditanam yang berasal dari frasa bahasa Inggris iaitu 'cultivated variety' yang maknanya 'varieti yang disyorkan di tanam'. Kultivar adalah jenis tanaman yang memiliki sifat-sifat khusus yang konsisten dan dipertahankan melalui prosedur pembiakan terkawal. Istilah kultivar digunakan sebagai untuk menjaga KUALITI tanaman sesuai di tanam agar petani kemudian dapat mempastikan dan memilih kultivar tertentu untuk memastikan sifat-sifat yang diinginkan. Antaranya adalah ciri kultivar yang berikan hasil tuaian tinggi, tahan serangan penyakit dan perosak, mempunyai kualiti hasi dari aspek rasa (manis, ranguup, sedap) untuk harga terbaik.
Sistem penamaan kultivar diatur secara internasional untuk memastikan amalan agronomi pertanian yang standard dan memudahkan identifikasi tanaman. Diharap artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
FAHAM ISTILAH... ADA BANYAK NAMANYA...
HIBRID, VARIETI... IA ADALAH BERBEZA...
KULTIVAR PALING ASAS... ADA DIGUNA...
FAMILI TERBIASA... RAMAI TAHU NAMANYA...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Room 508, The Putra Regency Hotel,
Kangar, 
Perlis,
Malaysia.
(7 Ramadan 1440H). 
Telah dikemaskini artikel pada 15 RabiulAkhir 1447H.
Setelah hampir 17 tahun dulu di tulis.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...