Support My Blog

Sunday, March 15, 2026

SEGALANYA TENTANG SEMUT (PART 4)

SEMUT (Ants) ada ialah serangga bersosial daripada keluarga Formicidae dimana ia juga dikenali dengan sepasang sesungut atau antena serta mempunyai pinggang langsing. Terdapat lebih 22,000 spesies diseluruh dunia diman selalunya berada didalam koloninya atau kelompoknya dengan sistem masyarakat yang teratur daripada ratu, pekerja dan askarnya. Semut boleh di jumpai di seluruh dunia akan tetapi tidak ada di kawasan yang sangat sejuk seperti di Antartika. Semut hidup dalam keadaan komuniti berstruktur dalam sarangnya dimana ia membentuk 15-25% biojisim haiwan darat dan saintis sering menganggap semut ini sebagai haiwan super-organisma. Bagi penulis blog mendapati semut merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis di Wikipedia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel subuh bulan ramadan ini saya menulis mengenai segalanya fakta semut dalam ''Anim Agro Technology'' untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Memang bagus untuk mengetahui akan beberapa f
akta unik dan dan dunia yang menakjubkan tentang semut untuk di kongsikan. Dalam satu hal dimana kehadiran semut ia boleh menjadi lebih mengganggu daripada serangga jenis lain. Sebenarnya isu pasal semut banyak bergantung di negara mana lokasi tinggal sama ada ia merupakan habitat kegemaran semut atau bukan. Gangguan dari semut api sebagai contoh memang ia menganggu apabila gigitannya yang membahayakan dari semut. Semut adalah makhluk yang benar-benar mempesona dan tidak seburuk yang semua fikirkan selama ini sebab penulis blog akan konikan perkara pelik dan unik tentang semut yang tidak ia tidak diketahui oleh orang awam. Pertama adalah Aspek Kekuatan Semut dimana kekuatanya memang tidak dapat di sangkal lagi. Semut adalah haiwan kecil yang sangat kuat dengan kepuayaan untuk membawa antara 10 sehingga sampai 50 kali ganda berat badannya. Apa pun di ihat berat yang dibawa oleh semut tergantung pada tiap spesies diman contohnya Jenis Semut Penenun Asia ia juga di laporkan mampu mengangkat beban 100 kali beratnya sendiri. Persoalan unik di mana mngapa semut menjadi kuat berpunca dari ukurannya yang kecil, otot semut memiliki otot kuat yang menampung jumlah berat lebih besar dibandingkan dengan saiz badannya endiri. Otot ini mampu untuk menghasilkan lebih banyak kekuatan. Fakta dunia semut kedua dimana  Semut Tidak Memiliki Paru-Paru sebab saiznya kecil dan tidak perlukan paru-paru untuk sistem pernafasan. Semut mempunyai sistem dan cara respirasi sendiri untuk membantu mengangkut oksigen di sekitar tubuhnya. Ia bernafas dengan meyedut oksijen melalui spirakel yang merupakan salah atu rangkaian lubang yang terletak di sekitar sisi tubuh mereka. Spirakel terhubung melalui jaringan tabung yang membantu mengagihkan oksigen ke hampir setiap sel di tubuhnya. Car asemut bergerak di laporkan dapat membantu oksigen untuk beredar melalui tabung iaitu dengan melepaskan karbon dioksida yang keluar melalui tabung tersebut juga. Tahukah semua jika Semut Tidak Memiliki Telinga atau ia sebenarnya pekan atau tuli dan mendengar melalui sistem getaran untuk mendengar. Semut akan menggunakan getaran tersebut untuk mencari makanan atau sebagai singnal amaran dan juga semut akan menggunakan getaran di tanah untuk mendengar dengan menganalisa di 'organ subgenual' yang terletak di bawah lutut mereka. Umum tahu jika Ada Banyak Jenis Semut di Dunia dimana kajian mendapati kadar banyaknya semut di dunia ini dengan nisbah 1 juta semut bagi setiao 1 orang manusia.  Memang jumlah semut sangat banyak untuk ianya boleh menakluki seluruh dunia dimana dengan sahaja cuma pengecualian di Antartika, di Arktik dan di segelintir pulau dimana setidaknya ada satu spesies asli yang boleh ditemui di setiap benua. Pakar entomologi Ted Schultz mengatakan bahwa kehadiran semut di seluruh dunia dilaporkan satu kisah kejayaan dalam sejarah metazoa terestrial.


Fakta penting tentang semut adalah bagaimana 'Ada beberapa Spesies Semut Adalah Aseksual' dimana ada jenis smeut yang membiak melalui proses dipanggil sebagai 'kloning'. Dilaporkan bahwa semut ratu menyalin diri mereka untuk menghasilkan anak perempuan secara genetik, lalu menghasilkan koloni tanpa lelaki. Proses k
loning semut secara semula jadi berlaku melalui proses partenogenesis di mana ratu atau semut pekerja betina menghasilkan zuriat betina baru daripada telur yang tidak disenyawakan. Ini menghasilkan keturunan yang merupakan klon genetik (salinan tepat) daripada ibunya untuk dapat mengekalkan struktur koloni tanpa memerlukan semut jantan.rtenogenesis adalah proses dimana ratu semut membiak tanpa persenyawaan untuk menghasilkan pekerja atau ratu baru. Anak yang dihasilkan mempunyai DNA yang sama dengan ibunya bertujuan bagi mempastikan proses kesinambungan koloni dan mengekalkan struktur sosial. Ini berbeza dengan kloning buatan manusia di makmal kerana semut melakukannya secara semula jadi sebagai sebahagian daripada kitaran hidup mereka. Menarik gelaran 'Semut Adalah Petani' sebab dilaporkan semut adalah satu-satunya mahluk yang bisa mengolah makhluk lain. Sama dengan haiwan lain seperti lembu, kambing. bebiri, babi dan ayam dimana haiwan ini bergerak dalam mendapatkan sumber makana cuma kelainan semut ia mencari makanan selalunya secara berkumpulan dan bekerjasama dalam mencari makanan semut akan melakukan hal yang sama dengan serangga lainnya. Semut akan melindungi kutu daun dari predator di kebun secara semulajadi dan melindunginya. Dilaporkan dimana semut Memiliki Dua Perut dimana salah satu darinya adalah 
untuk menyimpan makanan untuk ia di makan sendiri sementara perut yang kedua adalah untuk menyimpan makanan untuk dibahagikan dengan semut lain dalam koloninya. Proses ini dikenal sebagai 'trophallaxis' dimana ia mampu membuat koloni bekerja dengan lebih cekap dan kemas dan ini memungkinkan bagi semut yang mencari makanan untuk memberi makan mereka yang tinggal di sarang bahagian belakang dan cenderung memiliki tugas khas bagi dapat menjaga ratu dan sarangnya.


Percaya atau tidak jika semebarnya 
Semut Ternyata Boleh Berenang tetapi caranya memang ia tidak sama seperti manusia dan sebaliknya ia menggunakan kemampuan istimewa untuk terapung dan menendang kaki bagi bergerak di atas permukaan air. Beberapa spesies semut mampu bertahan hidup dengan cara ini dan memanfaatkan tegangan permukaan air tersebut untuk memudahkan mereka mengapung. Semut menggunakan kaki mereka untuk 'menendang' dirinya sendiri semasa berada di atas air dimana ini secara umumnya ia tidak berenang tetapi ada sesetengah spesies semut mampu bertahan di dalam air dengan cara ini. Semut juga ia tidak direka untuk berenang secara konvensional tetapi mampu terapung dimana ini menjadikannya sukar untuk tenggelam dengan mudah. Semut mampu untuk menahan nafas idalam air untuk jangka waktu yang lama dan ia juga dapat membuat sampan atau kapal kecil agar bisa bertahan dari banjir. Peliknya semut sebab ada Beberapa Spesies Semut Adalah Hamba Bagi Semut Lainnya dimana walau pun agak aneh didengar aneh tapi pada beberapa spesies semut jenis seperti Polyergus lucidus dikenal sebagai semut menghambakan semut lain bila ia menyerang koloni semut lain berdekatan dan kemudian menangkap penghuninya dan memaksa mereka bekerja untuknya. Ia dikhususkan untuk parasit satu spesies atau sekelompok spesies terkait yang kadangkala ia merupakan kerabat dekat sendiri. Semut yang ditangkap akan bekerja seolah-olah mereka berada di koloni mereka sendiri. Semut juga adalah keturunan Dinosaurus yang telah berada di bumi semenjak 130 juta tahun yang dulu dan terselamat dari semua jenis kepunahan dan zaman ais yang telah membunuh haiwan dinosaurus. Paling sering didengar bila Semut Dapat Untuk Membentuk Koloni Yang Sangat Besar dipanggil sebagai haiwan kecil membentuk 'superorganisme' yang besar dan terkoordinasi bila bergabung. Dalam koloni besar ini semua semut akan melakukan kerja masing-masing dengan tersusun dan bekerjasama secara kolektif. Semut dapat melakukan semua aktiviti ini sebab ia juga memiliki cara berkomunikasi antar semut yang tidak diketahui dan boleh 'berhubung' diantaranya dengan cekap. Apa pun Semut Tidak Selalu Berumur Pendek jika ia hendak dibandingkan dengan manusia dimana semut hanya ada di planet ini untuk waktu yang singkat dimana ada banyak spesies hanya hidup selama beberapa minggu dan beberapa semut dapat hidup bertahun-tahun dimana ada banyak ratu semut dapat hidup selama beberapa dekad seperti semut tertua tercatat dapat hidup selama 30 tahun. Populasi Semut Mempunyai Jumlah Yang Tidak Terhingga banyaknya yang ada di muka bumi ini. Meskipun ia berukuran kecil akan tetapi jumlahnya cukup banyak berbanding dengan jenis haiwan yang lainnya. Semut dilaporkan ia memonopoli 15 - 20% biomass haiwan terestrial dan di kawasan tropika ia jumlahnya sangat melimpahruah sehingga mencapai sebanyak 25% atau lebih. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang disyorkan di baka kesemuanya. Semuga tulisan artikel di Bulan Ramadan 1447 Hijrah ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SEMUT... SEJENIS SERANGGA...
BANYAK JENISNYA..AMAT BERGUNA...
PERLU AWAS...ADA YANG BAHAYA...
BACA ARTIKEL..ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...