Support My Blog

Friday, March 13, 2026

SEGALANYA TENTANG SEMUT (PART 2)

SEMUT (Ants) ada ialah haiwan serangga bersosial daripada keluarga Formicidae dimana ia juga dikenali dengan sepasang sesungut atau antena serta mempunyai pinggang langsing. Terdapat lebih 22,000 spesies diseluruh dunia diman selalunya berada didalam koloninya atau kelompoknya dengan sistem masyarakat yang teratur daripada ratu, pekerja dan askarnya. Semut boleh di jumpai di seluruh dunia akan tetapi tidak ada di kawasan yang sangat sejuk seperti di Antartika. Semut hidup dalam keadaan komuniti berstruktur dalam sarangnya dimana ia membentuk 15-25% biojisim haiwan darat dan saintis sering menganggap semut ini sebagai haiwan super-organisma. Bagi penulis blog mendapati semut merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis di Wikipedia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel subuh bulan ramadan ini saya menulis mengenai segalanya fakta semut dalam ''Anim Agro Technology'' untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Habitat semut sangat luas dan pelbagai dimana semuat dapt dilihat dan ditemui di seluruh dunia kecuali di Antartika dan beberapa pulau terpencil yang jauh dari daratan. Paling unik apabila semut akan membina sarang di dalam atau di atas tanah, bawah batu, bawah kayu, didalam dahan pokok malah di dalam rumah kediaman manusia. Kebanyakan spesies semt ini akan membentuk koloni secara berorganisasi manakala beberapa spesis semut pemangsa seperti 'Army ants' akan sentiasa bergerak tanpa sarang tetap sebab ia memburu dimana mangsanya berada. Meneliti akan ciri habitat semut dimana ia membuatnya diatas permukaan tanah atau didalam tanah, di bawah batu, dalam kayu reput, dan di bawah timbunan daun sedang mereput. Habitat semut juga selalu dilihat pada struktur pokok hidup atau pokok besar seperti berada dalam rongga dahan batag dan dahan kayu, di crlsh-celah kulit kayu atau pada daun hijau yang dijahit dengan kemas seperti jenis kerengga. Paling orang tidak suka apabila semut suka berada dan bersarang di sekutar halaman rumah atau malahan didalam rumah. Ia akan mengggali lubang di halaman rumah dan semak seperti semut api yang apabila di gigitnya menjadi sakit dan gatal serta membengkak. Semut juga boleh bersarang di dalam rumah kayu, rumah batu, dalam bangunan konkrit dan dalam struktur kayu seperti tiang dan gelegar rumah. Apa un semut memang mempunyai pelbagai habitat dan ia boleh hidup dalam hampir semua ekosistem daratan. Apa pun sarang semut pelbagai dimana ada jenis sarang semut terdiri daripada terowong dan ruang khas untuk penyimpanan makanan serta tempat tinggal koloni. Habitat semut paling asli adalah Habitat dalam Ekosistem Hutan dimana semut memainkan peranan penting sebagai 'jurutera ekosistem' penting di dalam hutan dengan membina sarang di dalam tanah atau sarang di bawah dedaunan kering atau pada batang pokok dimana ia akan menyuburkan tanah, memakan daun kering dalam proses pereputan sisa organik dan selalu ia membuat rongga untuk pengudaraan didalam tanah. Habitat Semut Di Gurun dimana adaa jenis semut tertentu seperti semut madu (honeypot ants) telah menyesuaikan diri untuk hidup di persekitaran gurun yang kering, panan dan kurang vegetasi serta cuaca ekstrim. Habitat Kawasan Kediaman juga ujud apabila semut sering berada di kawasan bandar atau perumahan, semut sering bersarang di celah-celah dinding, di bawah jubin lantai, atau di kawasan yang mempunyai sumber makanan dan air. Semut ada Habitat Struktur Tanah dimana memang ada banyak spesies semut menggali sarangnya iaitu di bawah tanah, yang membantu dalam pengudaraan tanah dan kitaran nutrien. Paling mudah di lihat adalah Habitat Atas Tumbuhan dimana ada sesetengah semut membina sarang di atas pokok atau menjalin hubungan simbiosis dengan keperluan tumbuhan tertentu untuk perlindungan, pembiakan dan sumber makanan.


Semut ialah sejenis serangga sosial yang sentiasa mereka hidup berkoloni, sangat berdisiplin dan bekerjasama dalam semua kerja seperti didalam proses pembinaan sarang serta aktiviti mencari makanan. Mereka mengenali sesama ahli kumpulan melalui bau khusus yang ada pada koloninya, mempunyai kasta (ratu, pekerja, jantan) dan sering semut membina sarang terowong di dalam tanah atau diatas tanah.
Konsep Hidup Berkoloni merupakan ciri utama semut dimana semut membentuk koloni besar dengan struktur kasta yang berfungsi sebagai satu unit (superorganisma). Mereka juga hebatnya ada cara Berkomunikasi Kimia sebab semua semut dalam koloni sama memang mereka mengenali satu sama lain melalui bau tertentu koloninya dan selalunya jika ada jenis semut asing dikesan sebagai penceroboh dan akan di halau atau di bunuh. Paling hebat adalah ciri Semut Kerja Secara Berkerjasama (Gotong-royong) iaitu ia terrkenal dengan sikap membantu sesama sendiri, contohnya dalam mengangkat makanan berat atau membina rakit dengan badan sendiri atau mengangkat bahan atau mangsa bersaiz besar dan berat seperti seekor cicak mambu di bawa kesarangkan di bawa secara beramai-ramai. Ciri lain berkaitan semut yang unik adalah tabiat pemakanan cara semut buat  penyimpanan makanan mereka disarangnya. Semut akan menyimpan banyak makanan dalam gudang khas di dalam sarang dimana ia boleh mencukupi untuk keseluruhan koloni semut dalam jangkawaktu lama. Ada juga spesies serangga jenis semut yang bertindak sebagai penyimpan madu hidup (honeypot). Dalam Membina Sarang seperti sistem terowong yang rumit dilakukan dengan sistematik termasuk membuat ruang khas untuk anak-anak semut. Semut juga ada perangai atau Perilaku Unik apabila ada sesetengah spesies seperti 'army ants' tidak menetap, sentiasa bergerak dan menyerang mangsa dalam jumlah besar. Semut pekerja adalah betina mandul yang melakukan semua kerja, manakala semut jantan hanya mengawan dengan permaisuri dan mati. Ciri semut yang mana ia Rajin dan Kerjasama adalah unik sebab semut terkenal dengan sifat bekerjasama dalam mengumpul makanan dan membina sarang, malah mampu membawa beban yang berkali ganda lebih berat daripada badan mereka sendiri. Semut adalah haiwan kecil yang mempunyai aktiviti  Simbiosis dengan Alam dimana ada jenis semut yang membela serangga lain (seperti Aphid) untuk mendapatkan manisan atau nektar tumbuhan atau sentiasa ia hidup dengan bersimbiosis dengan kulat tertentu. Semut juga Bersifat Defensif dimana banyak jenis semut yang mempunyai mekanisme pertahanan yang ekstrem contohnya semut Jenis Colobopsis explodens yang sanggup meletupkan diri untuk melindungi koloni daripada penceroboh luar.


Menarik membincangkan Permakanan semut dimana ia adalah serangga omnivor yang memakan pelbagai jenis makanan terutamanya bahan manis (gula, nektar, buah-buahan), protein (serangga mati, daging) dan makanan berlemak. Semut seperti di ketahui ia tertarik pada sisa makanan di dapur seperti madu, gula, biskut dan serangga kecil. Pemakanan semut juga merangkumi komponen kulat, biji-bijian dan melon daripada kutu daun. Fakta tentang  makanan semut yang paling popular adalah Bahan Manis yang menjadi asas kepada keperluan sumber tenaga segera termasuklah bahan nektar bunga, buah-buahan yang masak, tembikai susu (honey dew) daripada kutu daun, gula, sirap, dan madu. Bahan makanan seperti Protein dan Lemak juga di sukai semut bertujuan untuk proses tumbesaran dan kekuatan koloni semut dengan memakan serangga mati, larva, bangkai kecil, lemak, daging dan telur serangga lain. Semut juga dilaporkan mempunyai Jenis Makanan Spesifik dimana ada sesetengah semut (seperti semut pemotong daun) memakan kulat yang ditanam sendiri manakala semut lain makan biji-bijian. Apa pun umumnya, semut sangat adaptif dan akan memakan apa sahaja sumber organik yang ditemui di persekitaran mereka. Bagi penulis blog faham jika semut secara amnya bersifat omnivor, bermakna mereka makan hampir apa sahaja yang ada di persekitaran mereka. Walau bagaimanapun pilihan makanan semut juga bergantung kepada jenis spesies semut tersebut. Di dalam rumah dimana semut dilihat akan sering mencari sisa makanan seperti gula, roti, nasi dan sisa protein di dapur. 
Cara makan ssemut memang unik sebab semut dewasa tidak boleh menelan makanan pejal diman ia cuman mampu untuk menghisap cecair daripada makanan tersebut dan membawa pulang makanan pejal ke sarang untuk ianya diberikan kepada larva yang boleh memprosesnya menjadi cecair semula. Aspek dayatahan semut dimana ia masih mampu bertahan hidup dengan hanya sebutir gandum dalam setahun jika perlu dan dalam keadaan krisis makanan.


Penulis blog sering di tanya sama ada m
akanan sudah dikerumini semut ia masih boleh dimakan lagi. Apa pun makanan yang telah dimakan semut ini memang sebaiknya dibuang sahaja dan sebaiknya ia jangan dimakan kembali. Makanan yang sudah dikerumini semut sudah pasti mungkin tahap kebersihannya akan berkurang dari makanan yang berlum ada semut. Ini kerana semut yang datang itu mungkin sudah melalui semasa perjalanan di tempat yang kotor dan membawa kuman yang mana ia akan menyababkan makanan tersebut tercemar. Ini kerana kita tidak pasti dan belum tahu semut itu datangnya dari mana dan lebih malang jika ia melalui najis, bangkai atau membawa sekali bakteria seperti E. coli yang boleh menyebabkan ancaman kepada makanan tersebut. Kalau masih kelihatan makanan tersebut ia masih kelihatan elok pun elakkan mengamil risiko memakannya dimana boleh menyebakan kes cirit birit, mual atau muntah-muntah juga. Bagaimana pun perlu ada peka dan waspada jika di meja makan tersebut atau di dalam almari menyimpanan makanan perlu di periksa kehadiran semut dan sebaiknya di lakukan kawalan semut dengan cara betuk jika ada kelihatan semut merayau di dapor. Selalunya hasil penelitian penulis blog dalam keadaan ekstrim dimana semut yang mengerumuni makanan mungkin ia akan menyebabkan aroma makanan tersebut sudah berlainan daripada aroma makanan aslinya. Dalam kes kedua ada keadaan diaman ada orang yang Tidak Sengaja tertelan atau menelan semut didalam makanan. Dilaporkan pakar dimana jika jumlah semut yang termakan tidak terlalu banyak (cuma termakan 1-2 ekor semut sahaja) secara umumnya tidak akan menjadi masalah disebabkan semut boleh ia ikut terurai semasa makanan dan semut masuk ke sistem pencernaan dengan asid dalam perut yang kuat. Kes jika termakan terlalu banyak semut pula dimana kemungkinan akan jenis semut yang boleh menyebabkan kesan lain seperti mual, muntak dan sebagainya dan disyorkan berjumpa doktor perubatan. Jenis semut yang ada dalam rumah bagaimana pun ia di laporkan amat jarang sekali memberikan kesan negatif kepada penghuninya. Dalam kes termakan semut api pula ada risiko seperti Rongga Mulut Tersengat dimana sebelum masuk ke sistem pencernaan jenis semut api boleh saja menyengat bahagian mulut dan membuat ia sakit dan terinfeksi sebab di ketahui yang semut api mempunyai sengatan yang amat menyakitkan apa lagi di tisu mulut yang lembut. Cara elakan agar makanan dari dikerubungi semut seperti dengan Menjaga kebersihan kawasan atau meja makanan dengan cara bersihkan sekitar meja makan atau tempat penyimpanan makanan, sentiasa tutup makanan, boleh bubuj kapur anti-semut dan tutup makanan dengan cara kedap udara. Paling mudah adalah menyimpan makanan dalam peti sejuk.


S
emut membiak melalui cara ovipar (bertelur) di mana ratu semut bertindak sebagai satu-satunya pembiak dalam koloni dengan menghasilkan telur selepas mengawan dengan semut jantan (dron). Sperma disimpan dalam badan ratu untuk membuahi telur dan kemudian ia akan dapat menghasilkan semut betina (ratu atau pekerja) atau jantan. Proses ini menghasilkan struktur sosial yang kompleks. Penting peranan Ratu Semut dalam koloni mereka dimana ia adalah betina yang subur dan tugas utamanya ialah bertelur selepas mengawan dengan pejantan yang mana semut jantan akan kemudiannya mati selepas mengawan. Kemudian ratu menyimpan sperma dalam organ khas (spermatheca) untuk membuahi telur secara berterusan tanpa perlu mengawan semula selamanya. Jenis Telur semut yang disenyawakan kan menjadi semut betina yang kemudian akan menjadi semut pekerja atau semut ratu untuk masa depan. Bagi telur yang tidak di senyawakan ia akan menjadi semut jantan. Kemudian telur semut menetas menjadi larva, kemudian pupa dan akhirnya menjadi semut dewasa (pekerja, ratu, atau pejantan). Semut hidup dalam koloni yang sangat teratur (eusosial) di mana hanya ratu dan beberapa pejantan yang membiak, sementara pekerja fokus pada penjagaan sarang dimana pembiakan semut adalah proses eusosial yang unik di mana tanggungjawab untuk membiak hanya terletak pada individu tertentu dalam koloni. Apa pun dalam satu koloni akan hanya sebilangan kecil semut yang terlibat dalam proses pembiakan. Sistem penentuan jantina semut sangat unik:Telur yang disenyawakan akan menjadi betina (sama ada ratu baru atau semut pekerja). Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang disyorkan di baka kesemuanya. Semuga tulisan artikel di Bulan Ramadan 1447 Hijrah ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...

HAIWAN SEMUT... SEJENIS SERANGGA...
BANYAK JENISNYA..AMAT BERGUNA...
PERLU AWAS...ADA YANG BAHAYA...
BACA ARTIKEL..ILMUNYA DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...