BUNGA TAHI AYAM (Lantana camara) atau 'Marigold' adalah pokok renek berbunga merupakan sejenis pokok bunga dari keluarga Verbenaceae yang selalu ia dijadikan pokok pagar dan juga pokok hiasan yang menarik yang berbau kurang menyenangkan tetapi cantik. Bunga Tahi ayam juga di panggil sebagai Bunga Lantana, Vanderblomst, Yellow Sage, Red Sage dan Shrub Verena. Pokok ini sering juga dijadikan tanaman hiasan atau pagar dan dalam kebun sayur dimana ia popular sebagai penghalau serangga atau perosak semula jadi di kebun kerana baunya yang kuat. Pokoknya memang ia tahan lasak dimana mempunyai pelbagai warna seperti warna kuning, merah, oren dan dilaporkan ia ada digunakan dalam kaedah perubatan tradisional. Ciri-ciri Bunga Tahi Ayam dimana ia berfungsi dalam kebun sayur sebab selalu ia digunakan sebagai salah satu kaedah dalam Kawalan Biologi perosak tanaman melalui kaedah amalan Kawalan Perosak Bersepadu (APB). Melihat akan ciri pokoknya dimana ia merupakan jenis pokok renek dimana ia berbulu, berduri dan boleh mencapai ketinggian 3-5 kaki dalam keadaan tidak di cantas. Mampu untuk mengeluarkan warna bunga yang cantik dan boleh berubah mengikut umur seperti dari warna kuning kepada warna oren atau merah atau daripada warna putih kepada warna merah jambu. Menanam pokok bunga tahi ayam sangat mudah untuk di jaga dimana perlu di siram dan di baja secara rutin dan sesuai di tanam di lokasi yang banyak mendapat cahaya matahari untuk mampu mengelurkan bunga yang banyak dan warna kuat. Apa pun penulis blog diberitahu bagaimana buga marigold ini di berikan naman 'Bunga Tahi Ayam' dilaporkan berpunca darupada bau busuknya apabila ia diramas-ramas dengan bau busuk kuat seakan 'bau tahi ayam kampong' maka kesian bunga cantik ini mendapat nama tahi. Bunganya kecil-kecil dan tumbuh dalam gugusan bulat dengan pelbagai warna dalam satu jambangan seperti warna campuran merah, oren dan kuning. Ia ada hidup liar dimana ia sering dijumpai tumbuh meliar di kawasan kampung atau tepi jalan dimana digelar juga sebagai jenis 'bunga pagar' atau juga 'wild sage'. Duhalaman rumah bagaimana ia popular ditanam di taman atau pasu kerana warnanya yang kuning terang atau oren keemasan yang sangat menyerlah. Aspek kegunaan dimana selain sebagai hiasan, baunya yang kuat sangat efektif untuk menghalau serangga perosak seperti nyamuk dan kutu daun di kebun.
Penanaman pokok bunga tahi ayam adalah sangat mudah bermula dengan proses iaitu menyediakan kawasan. Jenis tanah lom berpasir yang agak lembab sesuai untuk tanaman bunga tahi ayam dengan menggemburkan dahulu dan bubuh baja organik seperti Tahi Ayam. Benih bunga tahi ayam diambil dari bunga tahi ayam yang telah matang dan kering. Benih yang berbentuk panjang dan berwarna coklat kehitaman berukuran 1.0 - 1.5 cm ini ditabur diatas tanah yang telah disediakan. Pembiakan vegetatif bunga tahi ayam juga boleh juga menggunakan keratan batang. Siram sehingga anak pokok tumbuh dan kemudan sebaiknya membuat penjarangan anak pokok kepada 10 - 20 cm diantara pokok. Pokok yang terlalu rapat akan menyebabkan kurang subur dan tinggi kerana perebutan makanan dan cahaya matahari. Pokok bunga ini akan mula menghasilkan bunga 25 - 35 hari selepas disemai bergantung kepada spesis dan pengurusan tanaman. Bunga Tahi Ayam yang berbau busuk ini tidak mempunyai musuh serangga perosak atau masaalah penyakit yang serius. Pokok ini sering digunakan sebagai 'Crop Trap' bagi hama dan aphids kerana serangga ini akan tertarik dengan warna terang pada bunga tersebut dan suka tinggal didalamnya. Selalunya tanaman ini akan disembur dengan racun serangga untuk membunuh hama dan aphid yang ada didalam bunga tahi ayam. Bagaimana pun bunga tahi ayam adalah jenis beracun yang boleh menyebabkan masaalah gangguan sistem pernafasan, muntah dan anak mata mengembang jika termakan. Kesan lain seperti masaalah pucat, koma malahan didakwa boleh menyebabkan kematian jika di makan dalam kuantiti yang banyak. Racun jenis Pentacyclic trterpenoids dalam bahagian menyebabkan kesan teruk kepada binatang ternakan dan boleh membunuhnya jika diragut dengan kuantiti banyak.
Dilaporkan dimana bunga tahi ayam merujuk kepada dua jenis tumbuhan utama yang sering dikelirukan iaitu Jenis Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana camara) dan juga Jenis Bunga Marigold (Tagetes spp) seperti laoran beberapa sumber. Jenis Pokok Bunga Tahi Ayam ini biasanya tumbuh meliar dengan bunga berwarna-warni kecil dalam satu gugusan. Jenis ini dilaporkan ia boleh merawat luka dan bisul dengan mengambi daunnya yang dihancurkan atau dilumatkan boleh ditampal pada bahagian yang sakit untuk menghentikan pendarahan atau merawat bisul. Ia di laporkan juga bagus atasi masalah pernafasan dimana air rebusan akar yang dikeringkan digunakan secara tradisional untuk merawat selsema, batuk kering, dan asma (lelah). Bagi masaalah tekanan darah dimana ada sesetengah kawasan (seperti Pahang) dimana rebusan akarnya diminum untuk membantu mengawal tekanan darah rendah. Daunnya juga digunakan untuk merawat gatal-gatal kulit dan penyakit kulit seperti kurap. Perlu tahu jika biji dan buah yang masih hijau adalah beracun dan boleh membawa maut jika tertelan maka perlu di gunakan dengan berhati-hati. Jenis Pokok Marigold pula ia sering ditanam sebagai pokok hiasan dengan bunga besar berwarna jingga atau kuning selalu di jadikan bahan Penghalau Serangga sebab baunya yang kuat bertindak sebagai pokok penangkis semula jadi bagi nyamuk, lalat dan ulat perosak di kebun. Khasiat lain adalah untuk kesihatan mata sebab ia kaya dengan lutein dimana ia sering digunakan dalam industri makanan tambahan untuk menyokong kesihatan penglihatan. Ada dilaporkan pokok ini juga sesuai di jadikan sebagai makanan ternakan dimana bahagian kelopak bunga ini kadangkala dicampurkan dalam makanan ayam untuk menghasilkan kuning telur yang lebih pekat dan berkhasiat. Di kebun sayur ada petani yang gunakan sebagai tanaman perlu di kebun untuk melindungi sayur-sayuran daripada serangan serangga perosak.
Menarik dalam portal hmetro dimana kisah 'Busuk tapi serlahkan landskap' menarik faktanya di kongsikan dan di tulis semula. Bunga tahi ayam atau nama botaninya Lantara camara memangnya popular sebagai tanaman hiasan terutama menghiasi pagar kediaman kerana warna indah menyerlahkan landskap. Ia tergolong sebagai spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Verbenaceae, pokok bunga tahi ayam memiliki struktur dan bunga yang menarik cuma baunya memang ia tidak begitu menyenangkan. Bau busuk dari bunga ini sebenarnya ia juga memberi kelebihan kepadanya apabila menghalang daripada kedatangan serangga perosak mahupun penyakit serius. DIlaporkan yang faktor bau ini juga, pokok ini turut digunakan sebagai tanaman perangkap bagi hama sebagai habitatnya kerana serangga ini gemar dengan warna terang bunga tahi ayam dimana bagi membunuh serangga perosak itu, pokok bunga tahi ayam akan disembur dengan racun serangga perosak untuk membunuhnya. Jenis pokok renek yang mempunyai daun dan batang berbulu ini mampu mencapai ketinggian antara tiga hingga lima kaki. Ia dipercayai juga mempunyai lebih 100 spesies di seluruh dunia dengan pelbagai bentuk dan warna yang variasi. Di Malaysia selalunya pokok bunga ini lebih popular dengan warna jingga yang terang, namun ia mempunyai warna lain seperti kuning, putih, merah, ungu, merah jambu mahupun kombinasi pelbagai rona. Dalam pada itu warna bunga ini berubah secara berperingkat bermula dengan putih kepada kuning, jingga kepada merah dan ia berlaku kerana faktor iklim satu-satu tempat. Dilaporkan memang tidak terlalu rumit menjaganya, pokok bunga tahi ayam ini tidak memerlukan sumber air banyak dan memiliki ketahanan terhadap suhu melampau.
Dalam laporan media lain di mana 'Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya Boleh Halau Nyamuk' berkaitan dengan artikel kali ini untuk di kongsikan. Dilaporkan jika beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya dan Tongkat Ali memang ia boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dalam usaha mencegah demam denggi dan jangkitan virus Zika. Kementerian Kesihatan (KKM) juga menamakan lima tumbuhan lain yang turut mempunyai fungsi sama iaitu Akar Wangi, Bunga Selasih,'floramaster', Mahogani atau Mambu dan Jeremin. Pihak KKM menyarankan agar masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah demam denggi dan jangkitan Zika sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada. Apa pun diantaranya dengan menggunakan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan perumahan dimana di laporkan ada juga beberapa kajian oleh Zaridah et.al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011)di London, Pattanayak et.al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India mendapati tumbuhan itu juga boleh menghalau serangga lain. Menurut KKM sepanjang minggu ke-40 tahun ini iaitu dari 2 hingga 8 Okt lepas, sebanyak 1,550 kes demam denggi dilaporkan yang menurun 151 kes berbanding minggu ke-39 yang mencatatkan 1,701 kes. Juga di laporkan pada minggu ke-40 itu, empat kematian akibat demam denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 190 berbanding 261 kematian bagi tempoh sama pada tahun lepas. Semuga artikel kali ini memberi maklumat yag berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Posted from:
Room 507, Micasa All Suite Hotel,
Kuala Lumpur.







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.