POKOK BUNGA CINA (Gardenia augusta atau Gardenia jasminoides) adalah sejenis pokok renek untuk tanaman hiasan yang mempunyai jenis berdaun hijau gelap dan ia terkenal dengan bunga putih berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Bagi penulis blog yang ada menanam pokok ini di rumah dahulu mendapati dimana ia mudah dijaga dan juga amat sesuai sebagai pokok pagar dimana bunganya berubah warna daripada putih kepada kuning setelah mekar sepenuhnya. Apa pun selalunya Bunga Cina biasanya ditanam dengan menggunakan keratan dahan dan ranting atau kaedah tut. Pokoknya adalah daripada jenis renek berkayu yang mana ia juga mempunyai ketinggian sekitar dua meter dan jika tidak di cantas atau tumbuh meliar maka ia boleh tumbuh sehingga ketinggian mencapai 12 meter dan selalunnya ia mempunyai banyak cabang. Daun pokok bunga Cina adalah dari jenis ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan dimana bentuk daunnya adalah bulat memanjang hingga bujur telur. Bunganya pula kelihatan sederhana besar dan dihasilkan secara tunggal pada ketiak daun di hujung ranting. Paling bagus sekali yang penulis suka bunga cina sebab bunganya sangat wangi dan kelopak bunga berwarna putih semasa mula-mula kembang dimana apabila bunganya hampir layu akhirnya ia akan bertukar sedikit warnanya kepada kekuning-kuningan. Dilihat dimana pokok bunga Cina ini ia juga turut mempunyai buah yang agak keras dan berbentuk telur atau bulat memanjang. Buah yang masak berwarna kuning hingga merah serta mengandungi banyak biji. Bunga Cina yang ditanam di Asia Tenggara lazimnya jenis bunga yang banyak kelopak dan tidak berbuah. Bunga yang sangat wangi ini juga ia sering dikaitkan dengan menyamai aroma bunga melur. Apa pun bunga cina sering ia digunakan dalam kaedah perubatan tradisional seperti untuk mengurangkan panas badan dan merawat penyakit sendi. Bahagian daunnya digunakan secara tradisional untuk menambah air susu ibu. Dipanggil dengan beberapa nama lain seperti 'Bunga Kacapiring', 'Bunga Santan Cina', 'Melur Cina', 'Cape Jasmine' atau sebagai 'Bunga Susu' dikalangan masarakat tenmpatan. Apa pun jangan dikelirukan dengan Jenis Bunga Kemunting Cina (Catharanthus roseus) walau pun ada nama 'Cina' iaitu sejenis pokok hiasan tetapi memang ia berbeza spesisnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai apakah dia pokok bunga cina untuk bahan rujukkan pembaca blog ini semua.
Pokok Bunga Cina adalah sejenis tumbuhan renek hiasan yang sangat popular kerana bunganya yang berwarna putih bersih dan berbau sangat harum. Meneliti akan ciri khas bunga cina dimana selalunya ia berwarna putih dan ia akan bertukar menjadi kuning apabila layu dengan ia mempunyai kelopak yang berlapis-lapis (Sila lihat foto sebelah).Ia akan mengeluarkan aroma wangi yang kuat terutamanya pada waktu malam dan ini menjadikannya menyamai beberapa pokok hiasan lain seperti Bunga Sundal Malam. Mempunyai daun yang selalu ia berwarna hijau tua, berkilat dan selelu ia berbentuk bujur. Apa pun belum ramai tahu jika selain kegunaannya sebagai pokok atau tanaman hiasan dimana ia ada di jadikan bahan utama dalam kaedah perubatan tradisional sebab dipercayai ianya mempunyai khasiat untuk merawat sakit sendi, masalah kulit, dan digunakan sebagai penyejuk badan dan paling bet dimana ada yang menggunakannya dalam pembuatan produk cincau tradisional. Dilaporkan ada terdapat beberapa variasi atau jenis yang di tanam antaranya adalah seperti Jenis Bunga Cina Kampung, Jenis Bunga Cina Daun Batik dan Jenis Bunga Cina Kaki Gajah. Paling popular adalah Jenis Bunga Cina Kampung yang terkenal dengan bunganya berwarna putih susu, bersaiz sederhana dan mengeluarkan aroma yang sangat wangi, terutamanya pada waktu malam. Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan di halaman rumah kerana baunya yang harum dan mekar sepanjang tahun. Ia sangat harum dan kuat dan ia sering digunakan sebagai wangian semula jadi. DIdakwa ada trdapat jenis kampung yang mana ia biasanya mempunyai kelopak tunggal atau kurang padat dan jenis daun batik atau kultivar hibrid yang selalu di lihat ia lebih padat kelopaknya. Bagi Jenis Bunga Cina Kaki Gajah merujuk kepada varieti pokok yang mempunyai saiz bunga yang lebih besar (saiz gajah), berbau wangi dan mudah dijaga. Ia juga dilaporkan merupakan sejenis pokok renek yang popular dengan bunga berwarna putih yang akan bertukar kuning serta berbau harum. Saiz bunganya adalah lebih besar daripada bunga cina biasa (dipanggil sebagai 'saiz gajah' seperti apa yang di gelar dikalangan penjual bunga). Sama dengan jenis bunga cina lain ia juga harum atau berbau sangat wangi terutama pada waktu malam.
Bunga Cina ia mempunyai pelbagai kegunaan tradisional daripada rawatan kesihatan sehinggalah sebagai bahan masakan. Ia mempunyai beberapa khasiat Perubatan Tradisional seperti ia mampu untuk Mengurangkan Panas Dalam Badan dimana diambil air ramuan bunga cina sering digunakan untuk menyejukkan badan serta mampu Merawat Demam iaitu dengan cara mengambil bahagian daun dan bunganya boleh diramas di dalam air dan ia kemudian disapukan atau diletakkan pada bahagian kepala (seperti tuala basah) untuk meredakan suhu badan. Di laporkan bunga ini juga mampu dalam mengatasi Masalah Sendi dan kes Sakit Badan apabila di bahagian tertentu pokok ini dikatakan mampu membantu menyembuhkan penyakit sendi. Paling jarang di lakukan sekarang amalan ia digunakan untuk Rawatan Luka dan Kulit dengan ambil daunnya kadangkala digunakan sebagai tuam untuk merawat masalah kulit atau keradangan luar. Agak jarang pembaca blog tahu jika bunga cina ada kegunaan dalam Masakan sebagai pewarna makanan semulajadi dimana bahagian buah bunga cina menghasilkan warna kuning keemasan yang cantik apabila ia dahulu ia sering digunakan untuk mewarnai makanan seperti nasi kuning atau kuih-muih tanpa perlu menggunakan pewarna tiruan. Paling hebat apabila bunga cina di gunakan didalam penyediaan Cincau dimana ada disesetengah tempat diambil daun bunga cina juga boleh diproses untuk dijadikan hidangan seumpama cincau untuk dapat dinikmati. Dalam dunia Aromaterapi dan dunia seperti Kecantikan bunga cina selalu di gunakan sebagai bahan wangian semulajadi. Bunganya yang sangat harum (sering digelar Cape Jasmine) digunakan dalam pembuatan minyak wangi atau diletakkan di dalam rumah sebagai penyegar udara semula jadi. Ada laporan jika ia juga di jadikan sebagai 'Teh Herba' dengan menggunakan kelopak bunga yanag mana ia kadangkala dikeringkan dan dicampur ke dalam teh untuk memberikan aroma yang menenangkan. Perlu di nyatakan sebagai peringatan penting dimana walaupun ia kaya dengan khasiat, penggunaan herba ini secara dalaman (diminum) dilarang bagi ibu hamil atau individu dengan keadaan badan yang sangat lemah. Secara umumnya ada dakwaan yang bunga cina terkenal dalam perubatan tradisional untuk tujuan menurunkan panas badan, merawat sakit sendi, menghentikan pendarahan (buah), dan melegakan demam. Daunnya sering digunakan sebagai petua menyembuhkan ulser mulut, kes sembelit dan menambah susu ibu serta ia juga digunakan sebagai pewangi teh dan pewarna kuning asli. Cara rawat masaalah ulser mulut dengan mengambil daunnya diramas dan airnya digunakan untuk berkumur atau dicampur madu untuk diminum. Bagi ibu yang bersalin boleh diambil daun bunga cina dan digiling halus ditampal di payudara untuk bengkak susu. Cara atasi iasu sembelit dengan erebus buahnya juga digunakan sebagai remedi untuk masalah sembelit. Ia di gunakan sebagai Pewarna Makanan dengan ambil buahnya mengandungi 'crocin' yang menghasilkan warna kuning cerah dan ia sering digunakan dalam masakan tradisional. Awas sebab buah bunga cina mengandungi bahan yang boleh menyebabkan muntah jika diambil berlebihan dimana sebenarnya ia tidak digalakkan untuk digunakan tanpa pengetahuan yang cukup terutama diambil dalam kuantiti yang banyak. Bunga Cina adalah tumbuhan herba yang mempunyai nilai estetik tinggi serta kebaikan perubatan yang pelbagai, terutamanya dalam amalan masyarakat Cina tradisional.
Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya. Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah di tempat yang beriklim agak sejuk seperti di kawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia mudah untuk dibiakkan melalui keratan batang dan kemudian semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum. Aspek kegunaannya dimana ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), ulser mulut demam dan sembelit. Caranya untuk buat rawatan kencing manis adalah dengan mengambil sebanyak 12 helai daun bunga Cina kemudian ia direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Rawatan untuk masaalah ulser mulut adalah dengan mengambil sebanyak 7 helai daunnya diramas dengan secawan air dan di tapis seterusnya dicampurkan air bersama dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu dan ia sesua diminum 2 kali sehari. Manakala untuk rawatan mengatasi masaalah demam pula boleh meramas 7 helai daunnya dengan secawan air dan dicampur dengan gula batu dan amalkan meminum 2 kali sehari. Ssterunya rawatan untuk masaalah sembelit pula boleh diambil 3 biji buahnya dan kemudian ia direbus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas sebelu ia di minum airnya. Testimoni lain pula menarik dimana selain itu bahagian daun bunga cina juga merupakan antara daun yang boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan jeli secara semulajadi atau di panggil sebagai 'produk cincau'. Menarik teknik dan Cara Membuat Cincau Asli dari daun bunga cina iaitu dengan mengambil daun bunga cina dan di cuci bersih-bersih lebih kurang 30 helai untuk tujuan membuang semua kekotoran pada daun. Seterusnya di masukkan kedalam besen kecil yang diisi air masak atau air bersih yang sudah bertapis atau gunakan air coway atau air Chukoo. Dalam besen tadi daun ini diramas-ramas lebih kurang 10 minit hingga lendirnya keluar. Keudian di tapis dengan penapis yang halus atau boleh gunakan penapis teh kain atau guna kain maslin tetapi jangan biar serdak daunnya tertinggal. Seterusnya di sejukkan sehingga menjadi pepejal sama ada di letakkan diluar atau dalam peti ais. Ia kemudian boleh di potong halus dan di tambah ke dalam minuman kegemaran sebagai 'air cincau'. Ia sesuai untuk di minum sejuk atau panas atau ada juga yang memakan bersama santan dan gula merah atau gula melaka atau susu (Sila lihat foto disebelah). Bagus untuk membantu dalam menyejukkan badan sepertimana lendirnya dapat menurunkan suhu badan ketika digunakan untuk menjarang kepala. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.