Support My Blog

Saturday, March 7, 2026

AYAM HUTAN DAN FAKTANYA


AYAM HUTAN
(Gallus spp) atau AYAM LIAR ia merupakan sejenis haiwan dari keluarga burung atau ayam yang terdapat disekitar hutan belukar di negara kita. Ramai diantara kita yang duduk di taman-taman perumahan di bandar tidak pernah melihat bagaimana kehidupan ayam hutan kerana ianya hanya terdapat di kawasan tepi hutan, pinggir kampong tetapi saya dapati kini telah banyak membiak dikawasan ladang kelapa sawit. 
Ayam hutan atau dipanggil sebagai 'Junglefowl' dinbawah genus Gallus merupakan sejenis burung liar dalam famili Phasianidae yang merupakan nenek moyang kepada ayam domestik moden. Terkenal dengan kebolehan terbang selalunya ayam jantan mempunyai bulu berwarna-warni, ekor panjang dan balung merah untuk memikat betina (Sila lihat foto paling atas sekali). Di laporkan ada empat (4) spesies utamanya ialah Ayam Hutan Merah, Ayam Hutan Hijau, Ayam Hutan Kelabu dan Ayam Hutan Sailan. Ayam hutan sama atau sedikit berbeza dengan ayam kampong kerana saiznya , warna bulu yang lebih cantik dan lebih hebat kemampuannya untuk terbang dengan pantas seperti burung. Walau pun kini terdapat usaha untuk membuat kacukan antara ayam hutan dengan ayam kampong, tetapi kejayaannya belum ada laporan rasmi. Mungkin telah banyak berlaku simbiosis dan kacukan semulajadi antara ayam hutan dengan ayam kampong. Saiz telur ayam hutan juga agak kecil sama seperti ayam kampong dan amat berbeza dengan Telur Ayam Penelur dari segi saiz, warna kulit dan warna kuning telur didalamnya. Saya memang puas makan ayam hutan ketika kecil dahulu kerana arwah bapa merupakan seorang pemburu dan ayam hutan dan merupakan habuan istimewa setiap 1-2 minggu sekali. Kadang-kadang dapat sampai 4-5 ekor sekali berburu kalau ada rezeki. Ayam Hutan yang paling umum di Malaysia ialah Ayam Hutan Merah (Gallus gallus) dipercayai leluhur utama ayam kampung. Ia bersaiz kecil dengan ayam hutan jantan berwarna terang (merah atau kuning), betina warna coklat suram (monoton) untuk perlindungan. Habitatnya adalah di hutan tropika, aktif mencari makan di tanah seperti serangga, bijirin, buah) dan tidur di atas pokok. Pembiakan ayam hutan selalu mampu bertelur sebanyak 5-7 biji oleh ayam betina dimana telur ayam hutan biasanya berwarna putih kekuningan. Apa pun di Malaysia ia dikategorikan sebagai haiwan yang dilindungi. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kupas fakta penting berkaitan ayam hutan untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Ayam hutan adalah salah satu dari empat spesis burung hidup dari genus Gallus dalam turutan burung Gallinaceous yang mana boleh didapati di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Penulis blog seing terserempah dengan ayam hutan semasa membuat tinjauan kawasan pertanian terutama ketika memasukki ladang sawit. Apa pun ayam hutan adalah sejenis burung besar dengan bulu berwarna-warni pada jantan (Sila lihat foto disebelah). Ia juga sepertimana kebanyakan burung dalam keluarga merak yang lain apabila ayam hutan jantan tidak mempunyai peranan dalam pengeraman telur atau membesarkan anak sebab tugasan ini hanya dilakukan oleh ayam betina. Selain ayam ini memakan bijiran ayam hutan terutamanya ayam muda juga memakan serangga. Salah satu spesis dalam genus ini yang lazim di jumpai di Malaysia adalaj Jenie Ayam Hutan Merah dipercayai merupakan nenek moyang kepada ayam belaan pada hari ini, walau bagaimanapun ayam hutan Kelabu juga mungkin terlibat. Ayam hutan Sri Lanka merupakan burung kebangsaan bagi negara Sri Lanka. Dilaporkan ada 4 spesies ayam hutan terdiri daripada Jenis Ayam hutan Merah (Gallus gallus), Jenis Ayam hutan Sri Lanka (Gallus lafayetii), Jenis  Ayam hutan Kelabu (Gallus sonneratii) dan Jenis Ayam Hutan Hijau (Gallus varius)
Ayam Hutan Merah adalah spesies burung liar daripada keluarga Phasianidae yang dipercayai nenek moyang utama kepada ayam domestik (ayam peliharaan). Ia hidup di kawasan hutan, semak, dan kawasan terbuka di Asia Selatan hingga Tenggara. Ayam jantan mempunyai bulu merah/jingga yang cantik, balung merah, dan kaki kelabu, serta mampu terbang pantas. Ciri-ciri bagi Jenis Ayam Hutan Merah dimana bagi ayam jantan saiz badan sepanjang 70 cm yang berwarna merah terang atau jingga di leher dan belakang iaitu dengan ekor berwarna hitam bergradasi hijau/kebiruan. Ayam Betina lebih kecil iaitu ukuran panjang sekitar 45 cm dengan berwarna coklat kusam untuk penyamaran. Jenis ini ia aktif di hutan tebal, makan serangga, bijirin, dan buah-buahan serta ia hidup berkumpulan (1 jantan, beberapa betina) dan bersarang di atas tanah. Berbeza juga dengan ayam peliharaan apabila ayam hutan mampu terbang pantas untuk melarikan diri atau bertenggek di pokok dimana ia juga merupakan spesies yang dilindungi di beberapa kawasan kerana peranannya dalam ekosistem. Kajian DNA menunjukkan bahawa Ayam Hutan Merah adalah moyang utama kepada semua jenis ayam peliharaan di dunia dan keupayaan ayam hutan mempunyai sayap yang kuat dan mampu terbang jauh untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa. Ringkasnya  Ayam Hutan Merah adalah jenis yang paling luas sebarannya termasuk di Malaysia dan Indonesia sementara Ayam Hutan Hijau dilihat ia mempunyai bulu berwarna-warni yang sangat cantik dan ia banyak ditemui di Indonesia. Bagi Ayam Hutan Kelabu dilaporkan ia berasal dari India sementara Ayam Hutan Sri Lanka hanya endemik di Sri Lanka.
 

Ayam hutan memakan apa sahaja yang dijumpai di habitat semula jadi mereka, menjadikannya pemakan segala yang sangat fleksibel dan ia secara umumnya adalah haiwan omnivor yang memakan pelbagai jenis makanan semulajadi di habitat asalnya. Makanan utama mereka termasuklah jenis bijirin dan banyak jenis tumbuhan seperti memakan biji padi, jagung, gandum serta pelbagai jenis pucuk-pucuk tumbuhan hijau dan buah-buahan yang gugur di lantai hutan. Ia juga memakan serangga dan juga jenis haiwan kecil termassuk cacing tanah, anai-anai, belalang, lipas, semut, dan kadangkala juga makan anak cicak. Pernah melihat ada orang memelihara ayam hutan dimana mera memberikan makanan tambahan seperti jenis dedak makanan ayam komersil (starter atau grower) dan ia biasanya diberikan bersama campuran bijirin seperti sekoi atau beras hancur untuk memastikan mereka mendapat protein yang cukup. Di habitatnya dimana ayam hutan biasanya mencari makan secara merayau (foraging) di atas tanah dengan mengais daun-daun kering untuk mencari serangga atau bijian. Isu ancaman utama terhadap  ialah pemburuan haram menggunakan jerat dan senjata api untuk juadah eksotik, serta ancaman pemangsa semula jadi seperti tupai vampire di Borneo . Walaupun populasi masih meluas akan tetapi aktiviti manusia ini berpotensi menyebabkan kepupusan jika tidak dikawal oleh pihak berkuasa. Kaedah  Pemburuan Haram punca utama abcanab ayam hutan seperti cara penggunaan jerat dan senjata api oleh individu atau oleh kumpulan untuk daging eksotik dimana ada yang menjualnya. Ancaman oleh Pemangsa Semula Jadi seperti haiwan Tupai Vampire Borneo dilaporkan mampu membunuh ayam hutan dan ketiga adalah berpunca dari Kehilangan Habitat bila berlaku gangguan persekitaran semula jadi. Walaupun ayam hutan merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi, mereka tetap menjadi sasaran pemburu haram untuk aktiviti sukan, koleksi, atau sumber makanan. Ancaman Persilangan Genetik iaitu diantara ayam hutan (terutamanya ayam hutan merah) dengan ayam peliharaan (ayam kampung) boleh mencairkan ketulenan genetik spesies asal. Ayam hutan dikategorikan sebagai hidupan liar yang dilindungi, dan sebarang aktiviti pemburuan tanpa lesen adalah dilarang di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar


Harga ayam hutan di Malaysia sangat berbeza-beza bergantung kepada faktor spesies, umur, dan jenis (asli atau kacukan) dimana ia biasanya bermula dari RM30 seekor atau lebih dari RM1,000 seekor. Ayam hutan merah pula ia biasa dijual sekitar RM80-RM200 seekor  manakala ayam hutan hijau (spesies eksotik) boleh mencecah harganya sehingga RM1,000 - RM2,000 seekor dan anak ayam hutan muda sekitar RM100 seekor. Dalam laporan lain di nyatakan dimana beberapa kategori harga ayam hutan dimana bagi jenis Ayam Hutan Biasa/Merah (Jantan/Betina) dianggarkan berharga antara RM30 - RM200 dan bagi sepasang Ayam Hutan harganya sekitar RM150. Dalam pada itu di laporkan juga bagu Anak Ayam Hutan Muda dijual sekitar RM100 - RM130 sekor dan bagi Ayam Hutan Hijau dari spesies import pula di hargakan  RM1,000 - RM2,000 seekor. Berlainan pula kes bagi Ayam Hutan untuk Pikat dimana ada yang dijual serendah RM50 hingga RM100 seekor bergantung kepada kejinakan dan kebolehan memikat dimana ayam pijat adalah jenis ayam yang sudah jinak atau terlatih untuk memikat ayam liar semasa memburu bago menarik ayam hutan lain datang kepada jerat dinaba harganya lebih tinggi. Jarga ayam hutan untuk baka asli biasanya lebih mahal daripada baka kacukan. Bagi penulis blog makan daging ayam hutan adalah enak sekali sebab ada rasa lemak manis dan ayam hutan memang ia mempunyai tekstur daging yang lebih pejal dan liat sedikit berbanding ayam biasa. Banyak jenis masakan yang sangat sesuai dimasak secara perlahan dengan api kecil atau direbus lama sehingga empuk. Bagi penulis blog Resepi Ayam Hutan Ungkep adalah kegemaran nombor satu. 
Masakan tradisi Jawa ini suah penulis blog nikmati sejak kecil lagi dimana ia menggunakan teknik menumis bahan rempah sehingga kering bersama ayam (Sila lihat foto disebelah). Bahan utama ayam ungkep adalah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar dan kunyit hidup. Ia di kisar atau di tumbuk halus dan di tumis sebelik dimasukkan daging ayam hutan dimasak sehingga sebati. Teknik masak ungkep membantu melembutkan daging ayam hutan yang keras melalui proses perapan dalam kuali bertutup. Enak di makan dengan nasi putih panas. Apa pun ada petua tambahan iaitu semasa proses penyediaan atau membersih ayam hutan sebaiknya dibersihkan ayam dengan limau nipis atau garam untuk menghilangkan bau hanyir ayam hutan yang kuat. Penulis blug selalu melembutkan daging ayam hutan atau ayam tua jika daging terlalu liat dengan merebus ayam terlebih dahulu sebelum memulakan proses menumis. Selain itu ayam hutan sesuai di masak Resepi Gulai atau Kari iaitu satu cara ini paling popular kerana rempah ratus dapat meresap ke dalam daging yang pejal dan menghilangkan bau hanyir. Ia hanya menggnakan santan pekat, rempah kari ayam atau serbuk gulai, kerisik, dan asam keping. Madsk dengan menumis bahan penumis (kulit kayu manis, bunga lawang) sehingga wangi sebelum memasukkan ayam untuk aroma yang lebih bangkit. Ayam hutan juga sesuai di masak Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam Hutan dan Resepi Ayam Hutan Masak Rendang.


Manarik dalam portal bharian.com yang bertajuk 'Seekor RM500' seperti didalam iklan atas talian yang menjual ayam hutan jual bebas di laman sosial dan menyalahi undang-undang untuk di kongsikan kisahnya. Dilaporkan jika  ada ayam daging dijual sekitar RM12 seekor namun ayam hutan yang diburu secara haram mampu mencecah sehingga RM500 seekor di pasaran gelap. Kegiatan haram memburu atau menjerat ayam hutan dikesan terus berleluasa susulan permintaan tinggi dari peminat haiwan eksotik selain kesanggupan mereka membayar ratusan ringgit untuk dijadikan haiwan peliharaan. Difahamkan ayam hutan atau spesies Gallus gallus dikategori sebagai haiwan liar dilindungi dan hanya dibenarkan diburu melalui lesen diberikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. PERHILITAN Semenanjung Malaysia, nyatakan kegiatan memburu hidupan liar itu berjaya dikesan hasil intipan dan risikan dilakukan pihaknya. Dalam operasi jam 1.30 petang Ahad lalu, tiga anggota PERHILITAN Perak dibantu empat anggota PERHILITAN Selangor bertindak menahan dan memeriksa sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di tepi sebuah kedai makan di Kampung Banjar, Teluk Intan, Perak. ada empat lelaki warga tempatan berusia 50-an yang berada di lokasi itu ditahan untuk pemeriksaan dimana hasil pemeriksaan dilakukan menemui 11 ekor disyaki ayam hutan disembunyikan di dalam karung guni di belakang kenderaan itu dan turut ditemui dua laras senapang di tempat duduk belakang yang dipercayai digunakan untuk menembak ayam hutan. Dalam kes lain ada dibuat operasi berasingan jam 12 tengah hari bila sepasukan pegawai Unit Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan melakukan serbuan di sebuah premis di Mantin, Negeri Sembilan dimana hasil pemeriksaan menemui enam ayam hutan yang diletakkan dalam sangkar tetap dan sangkar besi di belakang premis kediaman itu. Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga pemilik premis ditahan untuk soal siasat. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Mantin untuk soal siasat dan semua barang kes disita dan dibawa ke Pejabat PERHILITAN Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. Dilaporkan ramai pemburu haram ayam hutan dikesan menggunakan media sosial serta pelbagai laman jual beli atas talian untuk menjual ayam hutan ditangkap itu dimana kebanyakan mereka ini dikesan meletakkan harga antara RM250 hingga RM500 bagi setiap ekor ayam hutan yang berjaya dijerat. Walaupun itu jelas satu kesalahan namun permintaan tinggi dipercayai menyebabkan bilangan ayam hutan dijual kian meningkat. Penulis blog konsikan fakta tambahan dimana ayam hutan adalah salah satu dari empat spesis burung hidup genus Gallus yang ia boleh ditemui di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara dimana ia merupakan sejenis burung besar dengan bulu berwarna-warni pada ayam jantan.  Ayam hutan terutamanya ayam muda gemar memakan serangga dan salah satu spesis iaitu ayam hutan Merah dipercayai adalah nenek moyang kepada ayam belaan pada hari ini berbanding dengan ayam hutan Sri Lanka merupakan burung kebangsaan bagi negara Sri Lanka. Ayam hutan yang jantan bersifat garang dan mempertahankan kawasan dalam radius 1 kilometer. Ia kerap ditangkap menggunakan ayam pikat dan jerat racik dipasang di kawasan hutan atau ladang sawit. 
Semuga tulisan artikel dalam blog anim agro technology kali ini dapat beri manafaat kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!..
AYAM HUTAN... BOLEH TERBANG DIA...
SERING DIBURU...DILINDUNGI AKTA....
WARNA CANTIK..RAMAI YANG SUKA...
DI LADANG SAWIT...KINI SELALU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...