Mencari fakta akan kegunaan pisang awak ini sangat digemari dalam masakan tradisional Melayu kerana isinya tidak mudah lembek apabila dimasak. Antara kegunaannya ialah di masak menjadi Pisang Goreng dimana selain Pisang Nipah ia menjadi pilihan peniaga kerana rasanya yang manis dan tekstur yang rangup selepas digoreng. Membuat pisang goreng dimana kuitnya perlu di kupas dan di belah dua dan seterusnya di celup dalam adunan tepong dan kemudian di goreng. Ada juga di kampong dahuu pisang awak (yang berbiji diasingkan bijinya) atau ambil yang tidak berbiji dan di lenyek untuk ia di jadikan sebagai makanan bayi sebab ia dipercayai baik untuk penghadaman. Sama seperti jenis pisang lain, ia kaya dengan zat Kalium (potassium), Serat dan Vitamin yang membantu kesihatan jantung serta membekalkan tenaga dengan segera. Ia juga sering digunakan dalam rawatan perubatan tradisional untuk membantu melegakan masalah perut atau gastrik. Kalau memakan buah pisang sebagai satu diet merupakan pilehan tepat kerana memang banyak kebaikan kesihatan didapatkan daripada buah ini. Bagi penulis blog boleh di katakan sebulan beberapa kali membeli buah pisang segar dimana jenis yang paling kerap di beli adalah Pisang Masal 40 Hari yang wangi, manis dan murah. Memakan buah pisang memberikan tenaga kepada manusia iaitu dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan dua biji pisang memberi cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain ia mengenyangkan dan memberikan tenaga rasanya juga enak bergantung kepada jenis pisang yang di makan, indeks kematangan da juga waktu memakannya. Apa pun ada laporan jika buah pisang lazimnya sesuai dimanan untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya pemakannya menjadi sihat serta disyorkan untuk diambil sebagai pemakanan seharian. BUah pisang hindarkan masaalah Tekanan atau Stres sebab ia dilaporkan mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein bertukar kepada serotonin dalam tubuh menyebabkan seseorang berasa tenang dan gembira. Pisang juga akan meneutralkan paras glukosa dalam darah dimana bahan Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah dan ia boleh mengembalikan hati. Menyentuh masaalah Anemia memakan buah pisang dengan kandungan zat besi yang tinggi ia didakwa mampu didalam mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, secara tak langsung membantu dalam kes anemia. Apa yang penulis blog pasti dimana Pisang Awak telah berjaya dididaftarkan dalam Senarai Vareti Tanaman yang tersenarai di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 dengan kod MP1 (Penulis blog terlibat langsung dalam proses pendaftaran pisang ini dahulu). Pisang Awak merupakan jenis pisang yang selalunya ada biji berwarna hitam ditengahnya. Biji pisang ini agak keras dan kita akan terganggu ketika makan pisang ini apabila tergigit biji. Pisang ini bersaiz kecil dan mempunyai kulit hijau ketika muda dan akan menjadi kuning kehijauan dengan ada tompok kelabu apabila masak. Pisang awak ini mempunyai rasa kelat (Orang Jawa Muar kata 'seppet') dan kurang sesuai untuk dimakan segar terutama yang belum cukup masak. Pisang ini lazimnya digoreng sebelum dimakan atau dijual digerai tepi jalan. Agak pelik juga orang Johor kalau makan pisang goreng yang mana paling enak ia mesti di cicah dengan sambal kicap. Pisang ini dipercayai mendapat nama disebabkan oleh keujudan biji hitam didalamnya, maka pemilik pokok pisang kata disebabkan biji itu dia kata 'Awak' yang punya!.
Menanam Pisang Awak sam dengan cara menanam pisang tempatan yang lain dimana ia memerlukan kawasan tanah subur dan mendapat cahaya metahari yang mencukupi. Pertama sekali pastinya kerja-kerja penyedan kawasan dan tanah di mana perlu di bajak untuk penanaman komersil yang luas dan disediakan sistem perparitan yang baik. Selepas itu perlu di cari anakbenihpisang awak dengan membeli atau memilih anak pokok yang sihat (kalau sudah ada kebun sendiri), atau membeli dari petani lain atau lebih baik membeli benih pisang awak Kultur Tisu sahaja dengan membuat tempahan. Kalau ada sumber benih pisang awak kultur tisu disyorkan terbaik kerana ia akan tumbuh sergam, tiada risiko membawa patogen penyakit dan boleh mendapatkan hasil lenih baik dan berkualiti. DIbuat lubang penanaman berukuran sekitar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki) atau lebih kecil sedikit seperti 30 cm x 30 cm x 30 cm dimana ia bergantung kepada jenis tanah dan amalan. Dari segi teknika dimana lubang tanaman yang lebih besar ianya akan membolehkan lebih banyak baja organik dicampurkan dengan tanah atas untuk menggalakkan pertumbuhan akar yang baik sebelum menanam anak pokok pisang. Jarak tanaman pisang yang ideal bergantung kepada sistem penanaman akan tetapi secara umumnya antara 2.5m x 2.5m hingga 3.0m x 3.0m untuk memastikan cahaya matahari dan udara cukup dan juga bagi mengelakkan penyakit dan memaksimumkan hasil buah. Jarak yang rapat seperti 3x3 meter sesuai untuk kepadatan lebih tinggi (sekitar 1,100 pokok/hektar), manakala jarak lebih jauh (4m x 5m) mengurangkan persaingan dan risiko penyakit seperti kulat. Ia juga bergatung kepada sistem tanaman dimana jarak tanam yang disyorkan bagi Sistem Tunggal adalah sekitar 3.0m x 1.5m (Jarak 3 meter antara pokok, 1.5 meter antara baris) sementara bagi Sistem Campuran adalah sekitar 2.4m x 2.4m.Kepadatan Tinggi:3m x 3m: Sekitar 1,100 pokok sehektar. Cara menanam dengan meletakkan anak pokok di tengah lubang dn ditimbus perlahan-lahan dengan campuran tanah tadi, pastikan pangkal pokok tidak terlalu dalam. Lakukan aktiviti penyiraman diperingkat awal penanaman dengan air secukupnya dan bagi mengekalkan kelembapan tanah juga ia disiram terutamanya pada musim kemarau. Penjagaan perlu di laukan dengan berikan dengan baja organik dan baja kimia NPK (contoh: 15-15-15) dengan kadar dan kekerapannya ia bergantung pada peringkat umur pokok dengan NPK 15:15:15 bagi peringkt vegetatif dan NPK 12:12:17:2 di peringkat pokok matang. Buang rumpai dengan manual atau racun rumpai dan daun pelepah yang kering juga mesti dibuang. Bila tandan buah terbentuk dan buah keluar boleh di buang jantung pisang untuk menggalakkan buah membesar. Pisang awak biasanya matang dalam beberapa 4 - 5 selepas ia berbunga atau 3 bulan selepas jantungnya keluar. Tanda buah sudah matang ialah kulitnya mula menguning.
Banyak laporan kajian menyatakan jika Pisang Awak memang kaya nutrisi seperti Kalium, Vitamin C, B6, Magnesium dan Zat Besi yang baik di makan untuk kesihatan. Khasiat yang ada dari pisang ini adalah ia memberikan banyak khasiat seperti meningkatkan jumlah tenaga, melancarkan pencernaan (fiber), bantu mengawal tekanan darah (kalium tinggi), baik untuk jantung, meredakan kemurungan (tryptophan) serta membantu elakkan kejadian kes anemia. Makan pisang awak juga akan dijadikan makanan berupa snek sihat serbaguna untuk semua peringkat usia akan tetapi pesakit ginjal perlu berhati-hati kerana didakwa ada kandungan kaliumnya yang tinggi yag perlu dielakkan. Kandungan zat gula semula jadi dan karbohidrat mudah dihadam dlam pisang adalah ia sesuai untuk atlet dan sebelum bersenam. Ia juga amat membantu untuk kesihatan Jantung dan KAwal Tekanan Darah sebab zat Kalium akan dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan bantu mengurangkan risiko serangan jantung atau masaalah strok. Kebanyakan pisang memang ia bantu proses pencernaan sebab ia tinggi serat (fiber) dimana ini membantu mengatasi sembelit dan masalah usus. Bahan Tryptophan dalam pisang membantu menghasilkan serotonin yanga kan meningkatkan mood dan mengurangkan stres. Dalam pada itu kandungan zat besi membantu merangsang pengeluaran hemoglobin dan akan mengelakan kes anemia. Pisang selalu ada nutrisi yang lengkap iaitu ia kaya dengan Vitamin A, C, E, B6, Magnesium, Fosforus, Kalsium, dan Zat Besi.
Menarik akan tinjauan akan harga pisang awak dimana ia selalunya berbeza-beza bergantung tempat dan kuantiti. Kajian endapati dimana harga borong atau runcit di sekitar Lembah Kelang bagi pisang awal boleh mencecah serendah RM2.75 - RM3.50 setiap kg (jika beli 100-200kg), Bagaimana pun harga pisang awak berlainan jika membeinya di kampong atau di kebun yang jauh lebih murah berbanding membeli di pasaraya atau pasar malam dengan kualiti yang belum tentu baik. Bagi penulis blog dimana pisang awak adalah sejenis pisang yang sedap digoreng untuk dibuat cucur atau kerepek, dan juga boleh dibuat lepat pisang, nagasari, pengat, atau direbus. Ia mempunyai rasa kurang manis berbanding pisang nangka. Apa pun resepi Pisang Awak biasanya merujuk kepada pisang yang lembut dan manis amat sesuai untuk dibuat Pisang Goreng, Cekodok Pisang atau Serawa Pisang, dengan bahan asas seperti tepung (tepung beras, gandum, jagung), gula, garam, dan kadang-kadang santan atau bahan perisa lain seperti kelapa parut atau bijan untuk menghasilkan Snek Manis yang Rangup atau Berkuah Lembut. Pertama adalan Resepi Cekodok Pisang Awak dimana makanan ini menjadi kegemaran ramai rkyat MAlaysia. Bahan di perlukan adalah pisang awak, tepung (gandum/beras), gula, garam, kelapa parut (pilihan), sedikit yis (Mauripan kalau mahu) dan air. Apa pun cara masaknya dnegan melenyek pisang awak dan kemudiania disatukan semua bahan, perap adunan 30 minit sebelum digoreng sehingga keemasan dan rangup. Bagi Resepi Pisang Goreng Rangup dimana makanan ini paling di sukai juga serta enak di makan panas-panas lagi. Bagi membuatnya disediakan bahan pisang awak (selau ia dipotong dua), tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, gula, garam, pewarna kuning, telur, majerin cair, air kapur dan juga bijan (pilihan). Cara memasaknya dengan membancuh adunan tepung dengan telur, air kapur, majerin cair dan air. Kemudian untuk menggoreng potongan pisang awak tadi dicelup dalam adunan dan digoreng dalam minyak panas sehingga garing dan di toskan sebelum di hidangkan. Penuis blog suka juga Resepi Serawa Pisang Awak yang enak di makan di tengahari atau petant apa lagi kalau di bulan Ramadan. Membuatnya disediakan bahan pisang awak, santan, gula, sagu (kembang), daun pandan dan garam. Cara masak dengan memasak gula dengan air, masukkan pisang seketika dan kemudian dituang santan. Seterunsya boleh di masukkan daun pandan, sagu dan garam. Biarkan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Antara jenis makanan lain yang penulis blog suka adalah Resepi Pengat Pisang (termasuk guakan pisang awak) dimana bahan disediakan adalah 6 biji pisang abu atau awak (perlu dikupas, dipotong menyerong), 3 sudu besar biji sagu (direndam), 1 cawan air, 1/2 mangkuk gula melaka, 2 sudu gula perang (optional), 1 helai daun pandan dan sedikit garam. Cara membuatnya dengan merendam biji sagu dalam mangkuk sehingga sedia ia kembang. Dalam periok boleh di didihkan gula melaka dengan secawan air sehingga gula hancur. Apabila sudah sejuk maka ia boleh ditapiskan dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk untuk mengasingkan habuk yang terdapat pada gula melaka. Seterusnya dimasukkan air gula melaka tadi dan daun pandan dalam periuk. Biarkan sampai mendidih dan masukkan pisang dan dikacau biar sebati. Seterusnya di masukkan sagu, kacau perlahan-perlahan dan masukkan santan serta gula dan sedikit garam. Biarkan seketika dan tutup api dan sedia diambil untuk di nikmati. Memang enak sekali pengat pisang apa lagi buat berbuka di bulan ramadan sebab cepat pulihkan tenaga selepas berpuasa.
Menarik dalam portal utusan.com kisah bertajuk 'Pisang awak berbuah dua kali di Chenor, Maran di Pahang' untuk di kongsikan faktanya dimana dilaporkan memang menjadi lumrah alam iaitu pokok pisang sememangnya hanya berbuah sekali sahaja. Namun ada kes sebaliknya berlaku di Kampung Bukit Kening, Batu Bor, Chenor apabila pokok pisang awak tumbuh baharu di atas batang pokok yang asalnya ditebang, dua bulan lalu. Ada seorang bekas imam, Mohd. Yamin dakwa dia menyedari pokok pisang itu kembali tumbuh 10 hari lalu ketika mahu membersihkan kawasan tersebut. Pokok pisang awak atau Siam itu kini sudah pun mengeluarkan jantung dan menghasilkan buah dimana induk pokok pisang ini ditanam di belakang rumah lebih setahun lalu dan kini membiak dengan subur dan menghasilkan pula anak benih baharu. Dia terkejut setelah berusia 62 tahun, ini kali pertama melihat pokok pisang berbuah dua kali yang tumbuh dan berbuah di atas batang yang telah ditebang. APa pun isterinya dan suaminya menganggap kejadian itu suatu yang luar biasa bagi mereka berdua. Dia dan suami kini menjaga pokok pisang ‘luar biasa’ itu dengan baik kerana bimbang dimakan ‘musuh’ yang banyak berkeliaran di kampung tersebut iaitu monyet. Apa pun pokok pisang awak tersebut kini tumbuh dengan subur sebagaimana pokok pisang normal yang lain. Mereka harap sang monyet tidak menjadi pemusnah dan kami akan sabar menunggu pisang ‘luar biasa’ ini matang dan masak. Dalam pada itu, Saudah yang juga guru agama pondok berharap masyarakat mengambil iktibar peribahasa ‘pisang takkan berbuah dua kali’ dan berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu yang berakhir dengan penyesalan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA YANG BERBIJI...GELAP WARNANYA...
BANYAK KHASIAT... BUAT PENGAT DIA...
HARGA MURAH.. TANAM SENANGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Rejab 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.