Support My Blog

Sunday, March 29, 2026

BUNGA SUNDAL MALAM - FAKTANYA


BUNGA SUNDAL MALAM
(Polianthes tuberosa) ialah tumbuhan saka berbau harum yang mekar dan mengeluarkan bauan kuat pada waktu malam. Dikenali dengan nama Sedap Malam atau Tuberose dipercayai yang ia berasal dari Mexico. Dilihat dimana ia mempunyai bunga berwarna putih dan sering digunakan dalam pembuatan minyak wangi kerana baunya yang klasik dengan nilai pasaran yang sangat baik sebeb di minati ramai peminat minyak wangi. Perkataan 'Sundal Malam' adalah 
sejenis bunga berwarna putih yang mengeluarkan aroma sangat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia sinonim dengan kisah misteri atau cerita mistik dimana ia sering digunakan dalam perubatan tradisional dan terkenal kerana baunya tahan lama walaupun selepas dipetik dan ada filem bertajuk 'Pontianak Harum Sundal Malam' iaitu genre filem seram.  Faktanya dimana bunga ini baunya adalah sangat wangi terutama pada waktu malam dan awal subuh. Dari segi warna dan bentuknya dimana bunga yang berwarna putih kekuningan seperti berbentuk selapis atau berlapis-lapis. Sesiapa yang menanam pokok ini di kawasan rumah akan dapat aroma wanginya di malam hari dimana pokoknya amat mudah penjagaannya serta memang ia mudah ditanam. Terbaik pilih lokasi yang banyak cahaya matahari penuh dan selalunya di biakkan ubi atau bebawang. Dalam keadaan baik ia mampu tumbuh setinggi lebihkurang 3 meter. Apa pun ia adalah jenis bunga sebagai tanaman hiasan di kawasan Asia yang beriklimtropika. Walaupun bunga ini ia terkenal dengan keharumannya ia adalah sejenis tumbuhan herba saka yang sangat terkenal dengan keharuman baunya. Lazimnya ia mempunyai kelopak bunga berwarna putih walau pun ada juga yang varieti kuning atau merah. Ia di gunakan selain sebagai tanaman hiasan dan wangian ada juga digunakan dalam perubatan tradisional dan sebagai bunga potong dalam majlis perkahwinan atau keraian. Tinjauan penulis blog di sekitar Melaka dan Muar mendapati ia ada dijual anakbenih dengan harga pokok bunga Harum Sundal Malam biasanya dijual sekitar RM15 - RM35 sepasu tau dalam satu polibeg dimana harga berbeza berdasarkan saiz pokok dan jenis (jenis selapis atau jenis berlapis). Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang fakta menarik pasal Bunga Sundal Malam untuk bahan rujukkan semua.


Sesiapa yang minat menanam pokok Bunga Sundal Malam (Tuberose) selalu perlu cari benihnya dulua iaitu jenis bebawang (bulb) yang sihat. Tanam benih bebawang dalam tanah yang gembur, berpasir dan mempunyai saliran baik (tidak bertakung air) di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Bebawang yang berkualiti dan di jaga baik akan mengeluarkan bunga sudal malam mengikut varietinya (Sila anda lihat foto disebelah). Cara memilih bebawang untuk menjadi benih adalah ada ciri yang padat dan sihat dimana ia dilaporkan memang boleh disimpan lama sebelum ditanam. Boleh menanam didalam pasu atau di atas tanah dengan menggunakan jenis tanah campuran pasu yang peroi serta berpasir. Pastikan kawasan menanam dan menyusun pasu berada di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Cara menanam dengan bubuh benih bebawang dengan bahagian runcing menghadap ke atas sedalam 2-3 inci dari permukaan tanah dan elakkan dari menanam terlalu dalam. Disyorkan dimana jarak tanaman sesuai adalah sekitar 5 - 10 cm untuk memberi ruang sesuai bagi proses pertumbuhan. Perlu disiran selepas menanam tertap pastikan disiram sederhana sahaja dan elakkan dari menyababkan tanah terlalu basah kerana boleh menyebabkan bebawang benih tersebut akan mereput. Seterusnya pokok ini peru di baja dengan  menggunaan jenis baja organik seperti baja tahi ayam atau baja kimia seperti NPK 16:16:16 atau baja NPK 12:12:17:2 apabila mula berbunga. Baja seminggu sekali atau 2 minggu sekali untuk hasil terbaik. Dilaporkan di mana bunga suddal malam ini biasanya mengambil masa sekitar 3 hingga 4 bulan untuk mula berbunga selepas ditanam dimana faktur ini ia bergantung kepada kesuburan tanah, amalan agronomi di lakukan serta faktur oleh cuaca.


Apa pun lazimnya Bunga Sundal Malam (Polianthes tuberosa) terkenal dengan aroma wangi yang kuat pada waktu malam menyebabkan ia sering digunakan sebagai hiasan, bahan minyak wangi, dan dalam perubatan tradisional. Ia digunakan untuk merawat masalah sendi, insomnia, dan selesema, serta boleh dijadikan masakan seperti sayur goreng atau sup dalam kalangan masyarakat tertentu. Kegunaan paling teratas adalah bagaimana ia di jadikan bahan asas untuk rawatan serta ada di gunakan sebagai bahan haruman. Minyak patinya sangat bernilai tinggi yang mampu memberikan ketenangan emosi dan digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Ia juga di jadikan sebaga jenis tanaman hiasan dan hiasan budaya seperti sering juga ia digunakan untuk menghias bilik pengantin kerana bau harum dan menimbulkan suasana romantis. Dala kes perubatan tradisional dilaporkan ia mampu merawat seperti Sakit Sendi iaitu menggunakan rebusan akar atau bunga digunakan untuk merawat keradangan sendi. Selain itu di laporkan ia bagus untuk rawat masalah sakit tekak dan batuk dengan merebus akar dan airnya diminum untuk melegakan tekak dan batuk. Paling di kehendakki dimana bunga ini bagus merawat masaalah seperti Insomnia apabila wangiannya dikatakan membantu merawat masalah tidur. Ia juga bagus untuk cara penjagaan kulit muka dimana air rebusan bunga digunakan untuk merawat jerawat dan pori besar. Dalam dunia masakkan pula di laporkan yang bahagian kuncup bunga yang belum mekar boleh ditumis atau dijadikan bahan sup. Cara gunaka sama ada meminum air rebusan atau dijadikan ubat sapuan yang mujarab. Jus bunga atau bahagian tumbuhan ditumbuk untuk disapu pada kulit untuk merawat kulit dan dalam masakan dimana di petik kuncup bubga denga mematahkan bahagian bawah untuk membuang stigma (lendir) dan di basuk serta boleh di masak sebagai sayur tumis. Bagaimana pun di laporkan ada sesetengah bahagian tumbuhan ini mengandungi alkaloid yang boleh menyebabkan muntah oleh itu penggunaannya dalam perubatan perlu berhati-hati. Agak enak memasak kuncup bunga yang belum mekar boleh dijadikan sayur tumis atau dicampur ke dalam sup. Bahagian bawah kuncup biasanya dibuang untuk mengeluarkan lendir sebelum dimasak. Di Indonesia pula resepi ini ia juga akan ditambah ke dalam kicap manis. Ia sesuai di jadikan jenis produk kering dimaa oran dulu sering mengeringkan kuncup bunga ini untuk dijadikan sayur kering yang mempunyai rasa seakan-akan kangkung tetapi sedikit kelat.
Dalam portal bharian dilaporkan 'Bunga sundal malam, aroma memikat' sesuai di rujuk faktanya. Apa pun selalunya campuran dari beberapa bunga-bungaan dalam penghasilan minyak wangi menambah aroma menyegarkan. Kes amalan pemakaian minyak wangi bukan sekadar bertujuan menambat deria bau tetapi fungsinya lebih kepada personaliti seseorang sebab minyak wangi ibarat ceritera di sebalik aroma dimana ia kadangkala ia umpama puisi dalam lipatan memori kepada pemakainya. Dilaporkan ia mempunyai matlamat menyuntik imej yang baik buat diri si pemakai supaya lebih tampak menyenangkan dan selesa didekati. Minyak wangi mampu menggamit ingatan seseorang terhadap kenangan silam, lokasi dan individu tertentu yang pernah melewati kehidupan manusia dimana kalangan pengguna wanita wangian 
flora menenangkan dan memberi keyakinan dalam penampilan wanita. Ia lahir dalam memberi impak baharu dalam imej diri seseorang, wangian terbaharu daripada Amouage, Portrayal Woman mencerminkan keunikan dan ketulenannya dalam menawarkan penggemar wangian dengan ramuan yang cukup menggetarkan jiwa. Gabungan tembakau Craven A dengan debuan vanila menjadikan ia sebagai wangian yang mempesonakan dan ia disatukan dengan bunga melur sebagai haruman dasar, adunan ramuan sebati ini berupaya menghidupkan semula semangat dan bebas umpama burung terbang. Wangian flora ini sesuai untuk wanita yang tenang dan yakin, tetapi anggun dan berani menongkah arus dimana wangian istimewa ini turut disemarakkan dengan sentuhan keghairahan aroma bunga sundal malam memberi impak menggoda kepada si pemakai. Ia bukan saja menawarkan wangian menusuk kalbu, malah ia disemarakkan dengan penggunaan botol kaca kristal lambang keunggulan jenama ini dalam kemasan mutiara dan dihiasi permata biru kristal Swarovski.

 
Dalam kes lain portal sinarharian laporkan 'Anak pokok bunga sundal malam, ros dirampas' dimana pihak 
Maqis merampas sebahagian daripada anak pokok yang dirampas oleh PGA Batalion 7 dan diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. Kisah dari Rantau Panjang, Kelantan dimana tindakan pengimport anak pokok komersial dan hiasan membawa masuk 1,961 anak pokok ke negeri ini melalui pangkalan haram Limau Purut gagal apabila berjaya dihidu pihak berkuasa. Dalam kejadian tersebut, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas sejumlah 481 anak pokok seperti mata kucing, bunga ros, sundal malam dan bonzai dari Thailand tanpa permit sah sekitar jam 5.15 petang. Hasil pemeriksaan pihaknya mendapati kegiatan itu dilakukan segelintir pengimport bagi mengaut keuntungan lebih dengan cara mudah dan semua barang rampasan berkenaan ditahan kerana hasil pertanian itu berada di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).. Apa pun kesemua barangan rampasan bernilai RM1,000 serta sebuah lori kemudiannya diserahkan kepada Maqis Kelantan untuk tindakan lanjut. Pada ada hari sama, pihaknya turut menerima serahan kes daripada PGA Batalion 7 melibatkan rampasan 1,480 pelbagai jenis anak pokok seperti kelapa pandan, limau nipis, avocado dan anak pokok kemboja. Anak pokok terbabit dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand melalui Sungai Golok tanpa sebarang dokumen sah, dipercayai untuk pasaran tempatan. Kedua-dua kes akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dimana mengikut akta itu, barangan diimport dan dieksport perlu mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan Maqis bagi memastikan kawalan penyakit ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA SUNDAL MALAM...APA DIA...
BAUNYA WANGI...MALAM SAHAJA...
MENJADI PILIHAN...SENANG DI JAGA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...