SEMUT (Ants) ada ialah serangga bersosial daripada keluarga Formicidae dimana ia juga dikenali dengan sepasang sesungut atau antena serta mempunyai pinggang langsing. Terdapat lebih 22,000 spesies diseluruh dunia diman selalunya berada didalam koloninya atau kelompoknya dengan sistem masyarakat yang teratur daripada ratu, pekerja dan askarnya. Semut boleh di jumpai di seluruh dunia akan tetapi tidak ada di kawasan yang sangat sejuk seperti di Antartika. Semut hidup dalam keadaan komuniti berstruktur dalam sarangnya dimana ia membentuk 15-25% biojisim haiwan darat dan saintis sering menganggap semut ini sebagai haiwan super-organisma. Bagi penulis blog mendapati semut merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis ia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel subuh bulan ramadan ini saya menulis mengenai segalanya fakta semut dalam ''Anim Agro Technology'' untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.
Mengenali semut sebagai jenis serangga kecil dengan badan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian Kepala, Toraks dan Abdomen dimana semut juga ia mempunyai pinggang yang ramping dan sepasang antena sensitif di kepala. Mereka mempunyai enam kaki, rahang (mandibel) yang kuat dan ada sesetengah jenis semut yang mempunyai sayap. Warna semut selalunya ia berbeza mengikut spesis dimana penulis blog dapati selalunya ia sering berwarna coklat atau warna hitam atau warna kemerahan dimana kekuatan warna ini di sesuaikan dengan habitat dan persekitarannya. Apa pun perlu di ketahui jika struktur badan semut unik sebabia dibahagikan kepada tiga bahagian terdiri dari kepala, toraks (dada) dan abdomen (perut) yang dihubungkan oleh pinggang yang selalu ia sangat ramping. Semuta mempunyai sepasang antena atau sesungut yang bersegmen pada bahagian hadapan kepala yang boleh bergerak bertujuan dan berfungsi untuk menyapa teman, mencium bau dan mengesan kedudukkan makanan. Saiz kaki semut adalah kecil dan ia mempunyai enam kaki yang kuat untuk berjalan jauh tanpa penat. Semut juga mempunyai rahang (Mandibel) di hadapan kepalanya dimana ia juga dilengkapi dengan rahang kuat bertujuan untuk semut mampu menggigit, membawa makanan atau mempertahankan diri. Bagaimana pun kebanyakan semut pekerja dilihat ia memang tidak bersayap akan tetapi semut jantan dan semut ratu (queen) mempunyai sayap khususnya semasa tempoh mengawan. Semut mempunyai rangka luar iaitu di namakan sebagai 'eksoskeleton' yang keras untuk perlindungan diri. Bagi penulis blog keunikan semut adalah ia mempunyai bahagian pinggang yang sangat ramping menghubungkan kepalam toraks dan abdomen dimana ni memberikan rupa fizikal yang tersendiri. Kaki semut dilihat ia melekat pada bahagian toraks yang membolehkannya bergerak dengan sangat aktif dan pantas. Semut memang hidul secara berkoloni atau berkumpulan sehingga mencapai puluhan ribu ekor satu koloni bergantung kepada spesis dan habitatnya. Jika habitatnya banyak makanan dan tidak ada ancaman pemangsa ia boleh jadi amat banyak daam satu koloni. Apa pun semut ratu selalunya ia beina yang subur dengan dapat bertelur sepanjang waktu aktifhnya. Semut memainkan suatu peranan penting dalam ekosistem sebagai pemangsa, pemakan bangkai dan pengurai bahan organik di dalam habitatnya. Ia adalah jenis serangga sosial yang hidup dalam koloni yang teratur dengan sifat kerja keras serta kerjasama berpasukan yang tinggi. Bergantung kepada jenis atau spesis semut dimana terdapat pelbagai jenis semut seperti Semut Api yang agresif, Semut Bull yang besar di Australia dan juga Semut Putih (anai-anai) yang membuat sarang tanah atau dalam kayu di rumah. paling hebat tentang semut adalah berkaitan 'Kekuatan Luar Biasa' sebab walaupun semut itu saiznya kecil namun ia mampu mengangkat beban yang berkali-kali ganda lebih berat daripada badannya sendiri untuk di mangsa dan di bawa pulang kesarangnya. Kepentingan semut kepada ekosistem dengan ia memainkan peranan penting dalam alam semula jadi seperti membantu proses pereputan dan menyuburkan tanah.
Dalam mengenali akan kehidupan dan 'Sistem kasta semut' dimana serangga ini merupakan struktur sosial yang mana ia membahagikan tugas mengikut peranan biologi dalam sesebuah koloni. Secara amnya ada terdapat tiga kasta utama dalam sesebuah koloni semut iaitu Ratu Semut, Semut Pekerja dan juga Semut Jantan. Kasta Ratu Semut (Queen) adalah paling kritikal dan penting dianggap sebagai ibu kepada seluruh koloni semut tersebut yang bertugas hanya untuk mengawan dan bertelur. Ratu semut mempunyai saiz badan yang lebih besar dan boleh hidup sehingga 30 tahun. Sebenarnya ratu semut ialah semut betina pembiak utama yang bertindak sebagai pengasas dan pusat kepada seluruh koloni semut dimana ia berfungsi bertelur untuk menghasilkan generasi baharu. Saiznya jauh lebih besar daripada semut pekerja dan ia sering mempunyai sayap pada awalnya, dan boleh hidup sangat lama, menjadikannya komponen terpenting dalam kelangsungan hidup kumpulan. Fokus utamanya adalah bertelur dengan keupayaan menghasilkan ratusan ribu telur dalam jangka hayatnya. Ratu semut boleh hidup selama beberapa dekad dan ini menjadikannya salah satu serangga dengan jangka hayat terpanjang. Apabila koloni kehilangan ratu, koloni tersebut tidak akan menghasilkan semut baharu dan akhirnya mati. Pemakanan ratu semut adalah larva yang diberi diet kaya protein akan berkembang menjadi ratu oleh kasta pekerja. Ratu semut adalah ketua tertinggi, namun tidak memerintah seperti raja manusia dan sebaliknya berfungsi sebagai jantung kepada populasi sarang tersebut. Kedua adalah Kasta Semut Pekerja (Workers) yang terdiri daripada semut betina yang tidak membiak dan ia bertanggungjawab mencari makanan, menjaga larva, membina sarang dan juga melindungi ratu. Semut pekerja ialah semut betina mandul yang membentuk majoriti koloni dimana ia bertanggungjawab sepenuhnya untuk kelangsungan hidup sarang. Tugas mereka merangkumi mencari makanan, merawat ratu dan larva, membina sarang, serta mempertahankan koloni daripada ancaman dimana ia tidak membiak tetapi memastikan koloni beroperasi dengan harmoni. Kesemua semut pekerja adalah betina, namun mereka tidak bertelur (mandul) dan tugas hariannya aadalah merawat ratu dan anak semut (larva), mengumpul makanan, dan membuang kotoran sarang. Ketiga adalah kasta Semut Jantan (Drones) dimana tugas utama mereka hanyalah untuk mengawan dengan ratu muda. Jantan biasanya mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, kadangkala hanya seminggu selepas mengawan. Semut jantan adalah semut bersayap yang berfungsi sebagai ejen pembiakan dalam koloni dan tugas utamanya hanyalah mengawan dengan ratu semut untuk menghasilkan telur dan biasanya mati tidak lama selepas itu. Ia berasal daripada telur yang tidak disenyawakan dan tidak mempunyai bapa.
Memang penulis blog suka dengan fakta kehebatan tentang semut yang boleh di pelajari mengikut jenis semut popular di Malaysia. Penulis blog ada banyak kali kena gigit dengan Jenis Semut Gatal (Monomorium pharaonis) dimana kesan gigitannya dan racunnya menyebabkan ia sakit dan kemudian rasa gatal. Ramai yang kenal akan semut gatal sebab ada ramai pembaca blog anim agro technology pernah kena gigit dan mengalami kesannya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebenarnya semut gatal ia hanyalah salah satu daripada jenis semut kecil yang berbeza-beza warnanya sama ada ia berwarna kekuningan atau perang kemerah-merahan. Semut gatal ada di seluruh Malaysia dan juga di persekitaran bandar-bandar di mana koloninya berserakan dan berpecah-pecah di berbagai struktur bangunan. Biasanya semut gatal bersarang di dalam struktur bangunan di belakang dinding atau dalam perabot atau di luar bangunan sekitar taman. Semut gatal mempunyai jenis makanan yang pelbagai termasuklah makanan yang bergula seperti kek, jus minuman dan gula-gula. Semut gatal juga makan makanan berprotein seperti susu tepung. Mereka juga makan makanan berlemak seperti daging, minyak dan juga serangga lain. sumber gambar. Kedua Jenis Semut berkepala besar (Pheidole megacephala) yang boleh ditemui di dalam rumah-rumah disekitar bandar dan juga pinggiran bandar di negara kita. Biasanya ia akan dapat lihat dua jenis pekerja dalam koloni semut ini iaitu yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Semut pekerja yang bersaiz besar amat ketara saiz kepalanya berbanding yang bersaiz kecil lain. Makanan semut berkepala besar ini adalah makanan yang berlemak seperti daging dan juga lemak minyak. Sebab itu jika kita membiarkan lemak daging melekat pada longkang, semut berkepala besar ini akan mula kelihatan mencari makanan di situ. Tabiat pemakanannya juga membuatkan kita sering berjumpa semut jenis ini di sekitar dapur. Warnanya adalah antara kuning kemerahan kepada perang muda. Ketiga adalah Jenis Semut Mayat (Tapinoma melanocephalum) dimana ia apabila melenyet saja badannya ia akan menghasilkan bau yang busuk. Sarang semut mayat boleh ditemui samada di dalam bangunan atau di luar bangunan atas tanah. Jika dalam bangunan, sarangnya ada di celahan atau rekahan batu. Jika di luar bangunan pula sarangnya akan ditemui di bawah batu atau permukaan papan yang bertindih. Semut mayat suka pada persekitaran yang lembab. Sebab itu ianya biasa ditemui di sekitar sinki dan dapur yang lembab. Makanannya pula adalah dari jenis makanan yang berasaskan gula. Jenis popular ke empat di Malaysia adalah Jenis Semut Gila (Paratrechina longicornis) yang memang agak kelakar sebab dilihat cara jalannya yang tak teratur dan tidak menentu. Kakinya panjang dan sesunggutnya juga panjang. Anda boleh saja menemuinya samada di persekitaran kering atau basah, samada di dalam atau di luar bangunan. Semut gila makan hampir saja seperti yang bergula, jem, buah, serangga yang mati atau makanan-makanan lain di rumah. Jenis semut popular ke lima adlah Jenis Semut Api (Solenopsis spp.) dimana ia suka menimbun tanah. Ini salah satu ciri-ciri ketara yang memudahkan kita untuk mengenalinya. Timbunan tanah yang dibuatnya berbeza-beza dan berbentuk seperti kawah dimana biasanya di bawah kawah timbunan tanah itu akan ada jaringan lorong yang membawa kepada sarang koloni besarnya. Ia amat agresif dan bertindak menggigit serta menyengat pengacau yang cuba mengganggu mereka. Samada manusia atau haiwan atau apa saja yang datang menghampiri sarang mereka akan diserang.
Penulis blog dapati serangga semut ini mempunyai mitos atau kepercayaan tersendiri mengikut negara, kaum dan budaya. Apa pun mitos umum tentang semut adalah unik terutamanya apabila ia muncul dengan jumlah yang banyak di rumah. Ia kemudian dipercayai sebagai petanda baik bahawa rezeki atau kemakmuran akan datang dalam masa terdekat. Selain itu juga terdapat kepercayaan bahawa semut adalah serangga terkuat kerana mampu mengangkat beban jauh lebih berat daripada berat badan sendiri, walaupun fakta sebenarnya adalah mereka mempunyai nisbah otot yang besar. Penulis blog kongsikan beberapa mitos menarik pasal semut dan pertama adalah Semut Petanda Rezeki iaitu jika ada kedatangan banyak semut di rumah sering dianggap sebagai tanda rezeki akan datang. tetapi penulis blog ada pengalaman sendiri sebab apabila koloni semut sudah naik kerumah bertiang atau beramai-ramai pindak keatas pokok bermakna akan berlaku Banjir. Mitos kedua adalah semut sebagai jenis Serangga Terkuat apabila semut sering dianggap serangga terkuat kerana keupayaan fizikalnya. Walaupun fakta menunjukkan mereka mempunyai otot tebal, ia sering disalahertikan sebagai keupayaan super. Mitos ketiga di kongsikan dimana Semut Suka Bekerjasama dimana semut dikenali dengan kerja sama koloni yang luar biasa, namun ada juga spesis yang melakukan ancaman dengan menganiaya terhadap koloni lain. Apa pun mitos ini ia kebanyakannya berasaskan kepercayaan masyarakat tentang simbolisme kehadiran haiwan, bukannya fakta saintifik. Seterusnya ke empat adlan Makan Semut Jadi Pelupa dimana kalangan Masyarakat Melayu sering memesan supaya jangan makan makanan yang dicemari semut kerana dikhuatiri akan merosakkan daya ingatan. Walau bagaimanapun, secara perubatan memang ujud masalah lupa atau nyanyuk (seperti Transient Global Amnesia) biasanya berpunca daripada faktor usia, strok, atau jangkitan kuman, bukannya kerana memakan semut. Mitos ke lima dimana Semut Petanda Kedatangan Tamu dimana kalau tiba-tiba di lihat rombongan semut yang berkerumun di kawasan pintu atau jendela rumah dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai isyarat bahawa tuan rumah akan menerima kunjungan tetamu dalam masa terdekat. Mitos seterunys adalah Hukum Makan Semut sebab dari sudut agama, memakan semut secara sengaja adalah dilarang (haram). Namun, jika ia berada dalam makanan dan tidak sengaja termakan, ia tidak dianggap berdosa dan tidak juga menajiskan makanan tersebut kerana semut tidak mempunyai darah yang mengalir. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 3 yang disyorkan di baka kesemuanya. Semuga tulisan artikel di Bulan Ramadan 1447 Hijrah ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.