Mempelam telur (atau mangga telur) adalah varieti mangga kecil yang ia juga dinamakan sempena saiz dan bentuknya yang hampir bulat seakan-akan sebiji 'telur ayam'. Buah ini secara saintifiknya dikenali sebagai Mangifera indica namun ada juga rujukan yang mengaitkannya dengan spesies Mangifera laurina (iaitu jenis pauh telur dan pauh padi). Ciri-ciri utama mempelam telur dimana melihat kepada bentuk dan saiznya iaitu ia sangat kecil jika dibanding varieti mangga jenis komersial lain dan biasanya berbuah dalam gugusan yang lebat. Dari kajian rasa di laporkan ia mempunyai rasa yang sangat masam ketika muda dan menjadi masam-manis apabila masak ranum. Dalam kes bau atau aroma dimana ia mempunyai bau yang unik dan wangi dimana penulis blog juga kadangkala menyamai aroma mangga hutan yang segar. Apa pun buah ini mungkin ia boleh juga di kelaskan semula sebagai sejenis 'buah nadir' sebab kehadairannya di Malaysia semakib pupus. Oleh kerana teksturnya yang rangup dan rasa masam yang kuat mka tidak hairan jika ia menjadi pilihan utama untuk dibuat jeruk, kerabu mangga atau dimakan segar bersama colek (garam belacan dengan campur kicap). Dalam dunia biakbaka tanaman mangga dimana anak pokoknya yang cirinya tahan lasak ia memang sering digunakan sebagai pokok penanti (rootstock) untuk dicantumkan dengan varieti mangga komerial lain yang lebih premium seperti mangga Chokanan, Harumanis, Apple dan sebagainya. Penulis pernah ke Indonesia membuat tinjauan teknologi pertania dan mendapati ia di panggil sebagai 'Mangga Endog' iaitu perkataan Jawa untuk telur dalam bahawa Jawa. Ciri utamanya adalah kulit yang licin seperti dilapisi lilin dengan bintik-bintik kelenjar putih. Ia juga biasanya tumbuh secara liar atau di tanam di kawasan iaitu halaman rumah dalam membentuk gugusan buah yang lebat. Dalam kes lain di laporkan ada jenis varian Kacukan (Hybrid) Mangga Telur dengan varieti lain iaitu seperti mangga telur 'kahwin' Harumanis untuk mendapatkan rasa yang lebih manis dan isi yang lebih berkualiti. Ia memang rasanya 'sangat masam' ketika muda (popular untuk dibuat jeruk atau cecah garam) dan manis-manis masam apabila masak ranum (SIla lihat foto disebelah). Isinya bertekstur sedikit kasar, berserat, dan sangat juicy (berair). Ia mempunyai bau yang harum tetapi tidak sekuat mangga premium lain seperti Harumanis.
Bagi penulis blog yang ada menanam mempelam telur atau ia juga dikenali sebagai 'Pauh Ringan' atau 'Mempelam Melur' (Mangifera laurina) yang mana ia merupakan varieti mangga tempatan yang terkenal dengan saiznya yang kecil (sebesar telur ayam) dan keupayaannya untuk berbuah dengan sangat lebat dalam satu gugusan amat gembira ketika berbuah. Pokoknya mudah di tanam dan di jaga berbanding dengan menanam pokok mangga komersial seperti Mangga Cokanan, Mangga Harumanis, Mangga Sala dan sebagainya. Pertama sekali adalah mencari benih Mangga Telur sama ada embei jenis benih anak pokok kahwin (cantuman) untuk hasil yang lebih cepat (sekitar 3-4 bulan selepas tanam) atau gunakan benih biji dari pook induk yang di semai sendiri (berbuah agak lambat). Apa pun jika menggunakan anakbenih biji ia mungkin mengambil masa lebih 5 tahun untuk berbuah. Kawasan sesuai untuk menanam mangga telur adalah tanah subur yang memerlukan banyak cahaya matahari 100% (6-8 jam sehari) dan tanah yang mempunyai sistem saliran yang baik untuk mengelakkan masaalah serangan reput akar. Kalau di kawasan tanah embab di buat sistem saliran atau arit bagi alirkan keluar ketika hujan. Boleh juga menanam di buat batas tanaman agak tinggi di kawasan sawah padi terbiar. Kalau ingin menanam didalam pasu juga di syorkan sebab varieti ini sesuai ditanam dalam pasu atau polibeg besar kerana sifatnya yang boleh dikawal saiznya melalui kaedah pemangkasan. Pengalaman mendapati yang pokok mangga telur ini ia sangat tahan lasak dan sering digunakan sebagai pokok penanti (rootstock) untuk mencantumkan varieti mangga lain yang lebih sensitif. Amalan agronomi tanaman mangga perlu di ikuti seerti kerja membuat cantasan dan aktiviti pembajaan serta kawalan penyakit dan perosak. Perlu dilakukan pemangkasan dahan secara berkala untuk mengekalkan bentuk pokok dan galakkan pengeluaran bunga yang banyak. Pemberian baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif bersama baja organik dilakukan dan di beri baja buag NP12:12:17:2TE untuk proses pembungaan dan penghasilan buah bagi pokok yang cukup matang. Setelah berbuah ia perlu di tuai denga cara memotong tangkai menggunakan galah khas agar buah tidak jatuh ketanah dan rosak. Buahnya mangga telur sesuai di petik muda dimana rasanya sangat masam ketika muda dan ini menjadikannya pilihan utama untuk dibuat jeruk, sambal belacan, atau dimakan sebagai asam.
Mangga ketika muda dilaporkan ia kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan sistem imun badan serta kesihatan kulit. Buahnya juga amat rendah kalori dimana ini membantu sistem penghadaman (enzim dan asid) dan mengekalkan keseimbangan alkali dalam badan. Buah mangga telur ini sangat popular dijadikan jeruk kerana rasanya yang rangup dan masam (Sila lihat foto disebelah). Penulis suka makan mentah mangga telur muda apa lagi memang sering membeli jeruk mangga telur muda yang berjenama seperti Jeruk Madu Pak Ali dari Pulau Pinang yang popular di Malaysia. Dari beberapa kajian makmal di laporkan khasiat utama mangga telur adalah pertama ia akan Meningkatkan Tahap Imunisasi dan Kulit diana kandungan Vitamin C yang tinggi membantu melawan jangkitan dan mencantikkan kulit. BUah ini juga selalu di kaitkan dengan ciri Kesihatan Sistem Pencernaan sebab mangga muda membantu merawat masalah gastrousus dan mengekalkan keseimbangan alkali dalam usus. Dalam pada itu di laporkan dimana ia Buah yang Rendah Kalori atau di jadikan snek sihat yang sesuai untuk diet kerana rendah kalori dan boleh dimakan bersama sambal atau dijadikan jeruk. Buah ini memberikan Sumber Tenaga dan ia mampu untuk memberi lonjakan tenaga (energy boost). Dalam kajian lain di laporkan jika buah mangga telur juga ada nutrien dalam bijinya apabila ia dikeringkan dan dikisar memang ia dikatakan mengandungi nutrien seperti vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Ramai rakyat Malaysia yang suka untuk memakan mangga telur muda kerana rasanya yang masam-masam rangup dan ia sesuai untuk pencuci mulut atau dijadikan jeruk mangga asam boi yang tidak mahu berhenti memakannya.
Kajian penulis blog mendapati jika harga mempelam telur (atau pauh ringan) ia berbeza mengikut sama ada semasa membeli anakbenih pokok untuk di tanam atau membelu buah mangga telur segar. Di beberapa nurseri di laporkan dimana harga anakbenih pokok mangga telur kawin atau benih cantuk ia biasanya berharga sekitar RM20 - RM35 sepokok. Dalam pada itu bagi manakala buah mangga telur segar yang muda dijual sekitar RM16.00 - RM20.00 sekilogram bergantung kepada kuantiti, kualiti, lokasi dan juga tujuan membelinya (beli runcit atau borong). Mangga telur adalah varieti mangga kecil yang sangat popular dalam kulinari tempatan kerana teksturnya yang rangup dan rasa masamnya yang menyegarkan. Pertama ia di jadikan Kuliner Pencuci Mulut atau Snek (Colek Asam Boi) dimana cara ini adalah cara makan yang paling popular. Buah muda yang masam dihiris dan dimakan bersama dengan sos colek atau sambal belacan. Ada yang akan cicah dengan sambal hitam, kicap pedas atau garam atau gula. Paling enak adalah di cicah dengan Asam Boi atau kulit limau masin dimana ini menggabungkan dengan serbuk asam boi dan cili padi untuk rasa pedas-masam-manis yang padu memang boleh enjoy memakannya. Penulis blog juga suka akan Mangga Telur yang di jadikan Resepi Kerabu dan Juga Jeruk Mangga. DIsebabkan saiznya yang kecil dan isinya yang pejal dimana ia sering dijadikan sejenis makanan kegemaran iaitu Resepi Kerabu Mangga diman ia dihiris nipis dan dicampur dengan bunga kantan, bawang, cili dan udang kering dan dimakan dengan nasi putih. Paling popular tentunya dijadikan Jeruk Mangga dimana buah ini sangat sesuai dibuat jeruk (di campur dengan bahan seperti asam jawa atau jeruk basah kerana ia tidak mudah lembek dan rangup serta berikan rasa masam, manis dan enak. Mangga Telur juga di laporkan sesuai didalam Resepi Masakan Lauk-Pauk iaitu ia juga digunakan sebagai agen pengasam dalam masakan panas seperti resepi Pajeri Pelam dimana ia sesuai dimasak dengan santan dan rempah kari untuk menghasilkan rasa lemak manis yang masam. Ia juga sesuai dengan Resepi Sambal Tumis dimana buah mangga telur yang siap dicincang halus dimasukkan ke dalam sambal tumis atau masakan ikan untuk menambah aroma segar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini,. Wasallam!!!.
SAIZNYA KECIL..AMAT MASAM RASA...
DI MAKAN CICAH...DI JERUK ENAKNYA...
TANAM DI PASU... MENUAI SAHAJA KITA..,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.