Support My Blog

Friday, March 27, 2026

BUNGA RAMPAI - APA FAKTANYA


BUNGA RAMPAI
adalah bukan nama sejenis bunga akan tetapi ia meru[akan sejenis campuran tradisional daun pandan yang dihiris halus dan pelbagai jenih pilihan bunga yang selalu ia berbau wangi seperti Bunga Mawar, Bunga Melur, Bunga Kenanga, Bunga Cempaka, Bunga Sundal Malam dan lain-lainnya yang dicampur dengan minyak wangi. Apa pun selalunya bunga rampai ini ia biasanya diletakkan dalam bekas atau ditabur dalam majlis-majlis Majlis Perkahwinan, Majlis Bertunang, Majlis Potong Jambul Anak Baru Lahir dan beberapa adat Melayu lain bertujuan untuk mengharumkan suasana serta melambangkan penghormatan kepada majlis. membuat bunga rampai sebenarnya ,udah sahaja tetapi yang rumit adalah mencari bahan-bahan bunga segar yang wangi dan harum semerbak. Lazimnya bahan utama membuat bunga rampai apa yang penulis blog tahu dan banyak kali terlibat membuatnya adalah pastinya dari Daun Pandan (Pandanus amarillypolius) dambil dari p
okok pandan kerana ia mempunyai daun yang berwarna hijau dan tumbuh secara menegak dimana daunnya panjang halus seperti berjambak dengan mempunyai akar seakan berkayu. Pada penulis blog memang faham dimana pokok pandan mempunyai 1,001 cara kegunaan dalam masyarakat tempatan daripada untuk dalam kegunaan dalam masakan sehingga kepada kosmetik dan bunga rampai. Ia sering digunakan sebagai mewangikan bilik atau didalam kereta, menyegarkan udara dan juga mampu untuk menghalau serangga seperti lipas dari bilik. Bagaimana pun penulis blog lihat masih ramai orang terutama penduduk dibandar yang masih membeli daun pandan dipasar atau dipasaraya untuk digunakan. Sebenarnya menanam sendiri pokok pandan adalah sangat mudah dimana dirumah penulis blog sendiri ada banyak pasu pokok pandan yang selalu dapat dipetik untuk kegunaan memasak. Bahan lain adalah jenis bunga harum yang dicampur seperti kelopak bunga mawar, melur, kenanga, cempaka, tanjung dan daun limau purut. Akhirnya campuran ini di bubuk minyak wangi komersil bagi menghasilkan bau yang sangat harum, segar dan ia dapat menenangkan jiwa bagi kegunaan dalam majlis perkahwinan, bertunang, berkhatan, cukur ja,bul dan berzanji serta majlis rsmi yang lain. Dalam masyarakat tempatan dimana selain ia di jadikan hiasan diletakkan dilokasi strategi didalam bekas hantaran atau ditabur atas katil pengantin selalu juga ia di letakkan dalam saku baju melayu. Dari segi budaya dimana bunga rampai ini melambangkan ciri keharmonian, kesucian, dan penghormatan kepada tetamu. Dalam majlis tertentu cara membawa bunga rampai ini selalunya akan dimasukkan dalam bekas khas dan di bawa oleh 'pari-par' iaitu budak perempuan dan ia kemudian akan di bahagikan kepada tetamu semasa majlis berzanji atau majlis perarakan adat. Bagi penulis blog dimana selain sebagai pewangi, bunga rampai juga dianggap membawa aura positif dan sering digunakan untuk menaikkan seri majlis tradisional Melayu. Artikel pada pagi khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mehngai beberapa fakta menarik tentang Bunga Rampai untuk di baca dan sebagai bahan rujukkan semua.


Bunga rampai adalah sejenis campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis maljlis dan adat istiadat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan Orang Ternama dan sebagainya. Bunga rampai ini memberikan satu aroma keharuman yang memberikan impak kesegaran di sesuatu majlis yang diadakan. Ia memberikan satu aura khusus kepada majlis persandingan dan amat baik bagi diletakkan di katil pengantin di atas tilam atau suami isteri. Kesannya juga amat baik bagi mewujudkan satu perasaan yang aman damai dan berikan ciri ketenangan jiwa kepada yang mendapat baunya. Resepi bunga rampai antaranya ialah dengan gunakan bahan Daun Pandan, Daun Serai Wangi, Daun Nilam, Daun limau purut, Bunga Mawar kampung, Bunga Melor, Bunga Tanjung, Bunga Kemboja (biasanya warna putih), Bunga Cempaka, Limau Purut yang diambil kulitnya sahaja dan hiris halus-halus dan di campurkan di gaul dalam satu bekas. Setelah dihiris halus-halus kemudian ia bolehlah digaul dan dihias ikut suka dan ikut kreativiti. Mengikut resepi tradisional yang pelbagai jenis ada banyak bunga-bunga wangi macam bunga sundal malam yang sangat harum baunya adalah ia lagi baik.
Bunga rampai merujuk kepada campuran hirisan daun pandan dan pelbagai jenis bunga yang mengeluarkan aroma wangi dimana ia merupakan elemen penting dalam adat istiadat masyarakat Melayu, terutamanya untuk memberikan kesegaran dan aura khusus dalam sesebuah majlis.  Kegunaan utama bunga rampai sering digunakan dalam pelbagai majlis ada orang Melayu antaranya dalam Majlis Perkahwinan, Majlis Khatan, Majlis Pertunangan dan banyak lagi dimana ia diletakkan di atas pelamin atau katil pengantin atau dalam bungkusan kecil diberikan kepada para tetamu yang hadir. Ia juga selalu akan di jadikan sebagai cenderamata atau sebagai buah tangan atau pengiring kepada bunga telur untuk tetamu. Sebagai panduan ada beberapa ramuan ropular dalam memilih bahan-bahan dimana ia biasanya dihiris halus dan akan digaulkan bersama minyak wangi atau air mawar. Asasnya adalah bahan dari daun pandan, serai wangi, daun limau purut, dan daun nilam serta di kombinasikan dengan campuran seperti beberapa jenis bunga harum iaitu bunga Mawar, melur, kenanga, cempaka, tanjung, dan kemboja. Penulis blog buat tinjauan akan harga bunga rampai di Malaysia biasanya dijual dalam talian atau dijual mengikut berat atau pek iaitu dengan anggaran harga sekitar RM20 - RM25 untuk 100g. Ada iklan dimana untuk pek yang lebih besar (500g) dimana harga boleh mencecah sekitar RM125 satu pek manakala bunga rampai dalam uncang kecil (doorgift) dijual pada harga sekitar RM1.80 setiap satu. Apa pun antara faktor yang mempengaruhi harga adalah adpek tambahan seperti jika ia gunakan bunga ros segar dan minyak wangi asli maka harganya akan lebih tinggi. Jenis Pek atau bentuk pembungksan lain seperti sama ada dalam uncang, bekas, atau dijual secara pukal akan menentukan anggaran harganya. Bagi penulis membuat sendiri bunga rampai (homemade) lebih puas hati sebab biasanya lebih wangi dan berbaloi.
 
 

Cara-cara membuat bunga rampai mudah sahaja walau pun sebanarnya ia perlukan pengetahuan dan kemahiran juga. Kebiasaannya sesiapa yang buat bunga rampai akan ia digunakan semasa majlis perkahwinan orang Melayu dan juga beberapa majlis lain. Bunga rampai merupakan bunga yang dihiris halus dan gunakan banyak daun pandan serta pelbagai jenis bunga harum lain yang masih segar di petik dri pokoknya atau ada yang di jual di kedai bunga segar. Ia digunakan sebagai bahan hantaran perkahwinan yang diletakkan di dalam bekas khas sebanyak 5 - 7 unit dimana ia juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin untuk pasangan kedua pengantin. Sebenarnya ada banyak cara dan resepi untuk membuat bunga rmpai bergantung kepada faktur jenis majlis, kemudahan mendapatkan bahan asas, jumlah yang hendak disediakan, jenis minyak wangi dan sebagainya. Lazimnya bahan-bahan utama di gunakan adalah 
daun pandan dimana ia cirinya daun yang mampu berikan aroma wangi yang dominan dan ia yang buat wangi tahan lama. Bahan lain termasuk kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan segala bunga yang ada dekat dengan kawasan rumah. Ada yang suka bubu bahan  daun limau perut bagi menambahkan aroma pada bunga rampai. Selain itu kalalnga mereka yang kreatif akan bubuh jenis bunga pachovali sebagai bahan pewangi bunga rampai yang boleh di beli di mana sahaja terutama di kedai india yang ada jual bunga segar untuk kaum india. Kalangan profesiaonal akan menyenbur dengan minyak wangi komersil sebagai menambahkan lagi bau wangi bunga rampai. Ada yang akan gunakan sembur air mawar keatas bunga rampai. Cara untuk membuat dengan menghiris halus daun pandan ang halus dan mengurus bungaan di campurkan kedalam bekas. Petua diman semasa menghiris daun pandan sebaiknya adalah halus-halus agar ia mudah di sebatikan dengan bahan lain (Sila lihat foto disebelah). Di zaman dulua dilaporkan kalangan orang tua akan melihat anakdara menghirisa daun pandan ini dimana halus ke tidak memberi makna tertentu di kaca mata mereka. Dalam bekas maka semua bahan hirisan ini akan di gaul semua bahan hirisan tadi sehingga sebati dan kemudian boleh di masukkan pewangi bunga rampai pachovali dan letaklah air mawar sedikit dan digaul sehingga sebati. Anggaran biasa untuk membuat bunga rampai satu bekas perlukan sebotol minyak wangi. Sebaiknya bila siap ia di masukkan dalam bekas hantaran atau kini ramai yang suka memasukkan didalam uncang sahaja. Bergsntung kepada cara penyimpanan dimana bunga rampai boleh tahan sehingga 2 hari dan lebih lama lagi kalau di letakkan di dalam keadaan suhu bilik.


Dalam portal nstp.com di laporkan kisah '
Bunga bernilai RM10,000' untuk anak' dimana ibubapa Danish hadiahkan bunga yang digubah menggunakan wang tunai.  Dilaporkan sepasang suami isteri yang juga pengusaha kafe menghadiahkan wang tunai RM10,000 yang digubah menjadi bunga kepada anaknya selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Wang tunai itu dihadiahkan mereka kepada anak ketiganya iaitu Muhammad Danish Nor Ashikin dakwa anaknya yang lebih mesra dipanggil Danish itu sangat aktif dalam sukan seperti bola sepak dan bola baling. Perkara itu membuatkan dia sering sibuk sehingga tertinggal banyak dalam pembelajarannya di sekolah. Sebagai ibu, saya tidak boleh biarkan perkara itu. Dia memang sudah sasar masuk sekolah berasrama penuh. Jadi dengan berbaki tiga bulan sebelum UPSR, saya minta dia belajar bersungguh-sungguh dan menjanjikan hadiah jika mendapat keputusan cemerlang. Dakwa ibunya anaknya ada meminta saya dan suami belikan model baharu telefon pintar jenama iPhone namun mereka tidak mahu sebab takut nanti dia lalai jadi kami janji beri RM10,000.  Wang tunai RM10,000 yang digubah menjadi bunga sebagai hadiah untuk hadian dimana mereka yanh masih menetap di Alor Setar, Kedah menyaksikan sendiri kesungguhan anaknya itu sehingga sering melihatnya tertidur ketika membaca buku. Mereka berniaga sendiri dan banyak menghabiskan masa di kafe. Masa dengan anak-anak tiada. Jadi ini saja yang mampu kami beri dan mereka bukan dari keluarga senang dan menggunakan wang simpanannya selain bertungkus lumus berniaga bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan. Keputusan peperiksaan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A dimana mereka memberi wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua anak mereka masing-masing memang simpan wang simpanan mereka dalam akaun terbabi dan mereka tidak mengetahui kisah mengenai gubahan RM10,000 itu tular di media sosial berikutan semua gambar itu diambil pemilik kedai tempahan bunga itu. Sementara itu, Pemilik Rak Bunga Florist Una Rushana dakwa ini kali pertama perniagaannya menerima tempahan gubahan RM10,000 bagi meraikan keputusan UPSR. Wang itu hanya dihantar pada 5 petang dan kami ada masa empat jam bagi menyiapkan gubahan itu sebelum makan malam bagi meraikan Danish bermula. Walaupun ia tempahan saat akhir, namun kami berjaya menyiapkan gubahan wang tunai RM10,000 itu dengan sempurna. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
 
BUNGA KENANGA...HEBAT AROMANYA...
MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...