POKOK BUNGA TECOMA (Tabebuia rosea) adalah tanaman berbunga yang memukau dengan kelopak bunga yang cerah dan berbentuk terompet. Tanaman yang dikenal dengan keindahan serta tahan lasak ini mampu mempercantik taman rekreasi dan halaman rumah atau di sepanjang jalanraya. Ia dilaporkan ada mempunyai pelbagai jenis warna-warna yang memikat. Pada artikel ini, kita akan membahas berbagai jenis bunga Tecoma serta cara merawatnya agar tetap tumbuh subur dan menarik. Di Ikalangan orang lokal ada yang sua menggelarkannya sebagai 'Sakura Malaysia' dan ada yang gelarnya sebagau 'Bunga Cherry Blossom' atau beberapa gelaran lain. Kini lazimnya pihak berkuasa tempatan dan pihak Jabata Kerja Raya (JKR) sudah banyak menanam pokok tecoma ini di kiri dan kanan jalanraya dan apabila mudim bunganya tiba sebiji macam pokok bunga sakuran di Jepun. Pokok ini boleh berbunga lebat dalam warna merah jambu atau putih atau beberapa warna kombinasi lain ketika musimnya yang menyerupai bunga sakura di Jepun berlaku terutamanya selepas musim panas dan kering biasanya antara bulan Februari hingga April setiap tahun. Apa pun pokok BUnga Tecoma atau Pokok Tabebuia ini ia kadang-kadang dipanggil 'Pokok kertas tisu' di beberapa tempat di utara Semenanjung Malaysia dengan kebanyakan bunganya dilihat adalah lebat dengan warna Merah jambu (pink) dan Putih (white). DIlaporkan dimana pokok ini berasal dari Amerika Selatan dan Tengah yang beriklim tropika dan sub-tropika ia sesuai ditanam sebagai pokok hiasan di tepi jalan, taman rekreasi, halaman rumah dan sekakunya memang ia akan berbunga serentak yang dilhat menukarkan suasana persekitaran menjadi pemandangan yang indah seperti di negara empat musim. Bila berbung dengan lebat boleh di katakan daunnya juga tidak kelihatan dimana bunganya yang mempunyai jenis kelopak yang sangat nipis dan lembut kemudian menjadi perhatian umum sebelum ia keudian gugur di atas tanah menyebabkan permukaan tanah berwarna pink atau putih. Pokok unik ini tidak berbunga pada musim biasa dan akan berbuga dengan lebat yang biasanya berlaku antara Februari hingga April saban tahun walau pun sesekali ada di bulan lain juga. Ia boleh berlaku dengan dicetuskan oleh cuaca panas dan kering yang panjang dan kemudian ia diikuti oleh hujan lebat yang merangsang tunas bunga untuk berkembang serentak. Penulis blog suka melihat pokok bunga tecoma semasa berbunga dan beberapa kali melihat musim kedua yang lebih kecil sekitar Jun hingga Julai atau September. Apa pun bunga ini hanya bertahan seketika sebelum gugur dan membentuk hamparan warna yang cantik di atas jalan raya atau rumput dimana kalangan penggemar fotografi tidak akan lepaskan peluang ini tanpa pergi ke Jepun untuk enjik BUnga Sakura Malaysia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai apa dia Bunga Tecoma untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Depan rumah penulis blog ada jenis pokok bunga tecoma dari jenis Tecoma standii atau nama umumnya adalah jenis 'Yellow Bells' atau 'Trumpet Bush' yang sering berbunga terutama dari Febuari sehibgga April (Sila lihat foto disebelah). Pihak Pemaju Perumahan di Melaka kini sudah di stokan untuk menenam banyak pokok tecoma di kawasan perumahan yang baru sebab pokok ini cepat tumbuh, tahan lasak, tiada ancaman perosak dan penyakit dengan serius dan paling penting ia mampu mengeluarkan bunga selalu dinan jenis ini adalah aling terkenal dalam genus ini yang di tanam di Melaka. Dilaporkan ada tiga jenis lain yang popular iaitu Jenis Tecoma stans, Tecoma capensis (Orange Bells) dan juga Jenis Tecoma grandiflora. Meneliti lanjut didepan rumah dimana ciri utama bunganya ia berbentuk terompet dengan lazimnya berwarna beragam sama ada warna kuning, oren dan jugamerah. Pokoknya jenis pokok perdu tumbuh menegak dengan daunnya kecil dan ia sesuai ttumbuh dikawasan tropika dan sub-tropika. Rekod dapati pokok ini mungkin berasal dari Mexico dan sekitar Banjaran Andes, Amerika Selatan dan di bawa oleh penjajah keseluruh dunia. Memang taburan pokok tecoma kini diseluruh dunia sebagai pokok hiasan dari bermacan jenis ditanam di seluruh dunia. Apa pun dilaporkan beberapa jenis Tecoma yang popular adalaj jenis Tecoma stans yang ia juga dikenali dengan sebutan 'Yellow Trumpetbush' iaitu buganya berwarna kuning cerah dan berbentuk terompet dengan pokoknya capai ketinggian sehingga 2-3 meter. Kedua adalah jenis Tecoma capensis yang di panggil sebagai jenis 'Cape Honeysuckle' diman ia mengeluarkan bunga berwarna oren hingga merah dan lebih kerap ditanam sebagai pagar hidup. Ketiga adalaj Jenis Tecoma alata dimana jenis ini ia mempunyai bunga berwarna oranye terang dengan bentuk lonceng. Keempat adalah jenis Tecoma fulva dimana jenis ini ia memiliki bunga kuning-oren dan dilaporkan lebih tahan terhadap cuaca kering. Ketinggian: Bisa mencapai tinggi 3 meter. Akhir sekali yang kurang popular adalaj Jenis Tecoma capensis yang kurang di tanam.
Menanam dan penjagaan atau amalan agronomi pokok tecoma adalah ia senang dan mudah namun tetap memerlukan perhatian untuk memastikan tanaman ini tumbuh dengan baik dan berbunga setiap tahun. Penanamn pokok tecoma ini perlu menggunakan anakbenih yang tulen dengan membelinya daripada nurseri. Pelru tahu akan jenis yang hendak di beli sama ada berbunga pink, putih atau sebagainya daripada penjual di nurseri. Pilih lokasi sesuai yang lapang sebab pokok ini akan tumbuh tinggi dan rimbun. Gali lubang penanaman dengan jarak 3 m x 4 m agar ada kawasan lapang bila pokok ini membesar. Apa pun jika di tanam di kawasan dekat rumah peru tahu jika pokok tecoma omo memerlukan penyiraman teratur terutama selama musim panas dan peringkat awal penanaman. Pastikan tanah tetap lembab tetapi tidak tergenang air. Lakukan kerja membaja dengan menggunakan baja NPK dan baja orgnik secara berkala dengan kekerapan 2-3 bulan sekali mengikut kadar ikut umur dan saiz pokok. Aktiviti cantasan dilakukan dari awal penanaman dengan cantasan pembentukkan dan cantasan penyelenggaraan. Perlu di potong dahan yang sudah tidak produktif atau dahan yang mati dimana ia akan dapat membantu dalam menjaga bentuk tanaman yang cantiks. APa pun perlu di ketahui jika pokok bunga tecoma memerlukan sinaran matahari penuh atau minima lebih 6 jam sehari untuk pertumbuhan yang baik. Penjagaan dan kawalan dari ancaman serangga perosak dan penyakit di lakukan secara berkala walau pun taham ancaman ini minima. Hanya ancaman dari kutu pemakan daun dan belalang pemakan daun berlaku terutama di peringkat awal penanaman dan ketika musim panas berpanjangan. Sesiapa yang ingin buat pembiakan dan menanam dilaporkan pokok bunga Tecoma dapat dibiakkan melalui biji atau keratan batang. Kalau gunakan keratan batang pun boleh dipotong batang yang sihat sepanjang 15-20 cm dan tanam di dalam media yang lembab diletakkan di tempat dengan cukup cahaya hingga akarnya terbentuk sebelum di tanam. Apa pun tanaman ini mudh di jaga dan ia boleh menarik lebah dan kupu-kupu yang menjadi agen pendebunga semulajadi.
Bagi penulis blog melihat pokok tecoma berbunga mekar dan kemudian ia gugur diatas tanah memang ia mengangumkan keindahan musim berbunganya tiba. Semakin ramai orang yang mula perasan dan mula mereka memperkatakan tentang pokok ini menyamakannya sebagai 'Bunga Sakura' di Jepun yang viral diseluruh dunia. Ke mana sahaja sesiapa berjalan yang ada di tanam dengan pokok tecoma akan dapati pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan kerana pokok-pokok ini sedang mempamerkan kecantikan bunga-bunganya yang sedang berkembang serta berguguran seperti hamparan warna di bawah pokoknya (Sila lihat foto disebelah).
Pokok tecoma atau dikenali juga dengan pelbagai nama seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil 'Pink trumpet tree', 'Pink poui', 'Pink tecoma' atau 'Rosy trumpet tree' dengan nama saintifiknya adalah Tabebuia rosea dari jenis keluarga Bignoniaceae yang dulu orang Malaysia tidak pernah melihatnya. Pokok ini yang mana ia juga dikatakan berasal dari selatan Mexico, Ecuador adan juga negara Venezuela mudah tumbuh dari paras ketinggian 1,200 m paras laut dalam suhu di antara purata 20°C hingga 30°C dengan hujan tahunan melebihi 500 mm. Sebenarnya pokok-pokok kertas tisu ini bukan sahaja sedang mekar penuh di Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Melaka atau Johor Bahru, malah ianya juga sedang mekar kembang di San Jose, di Costa dan di kebanyakan negara diseluruh dunia. Fenomena cuaca panas dan kering pada bulan Februari dan Mac setiap tahun secara umumnya telah menyebabkan pokok tecoma ini berbunga kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian untuk menggalakkan proses pendebungaan.
Bunga pokok tecoma bersaiz besar dalam pelbagai warna iaitu dari warna merah jambu ke ungu, putih, merah dan muncul ketika pokok ini tidak mempunyai atau sangat sedikit daun.
Di Malaysia pokok ini ada banyak ditanam sebagai tanaman landskap taman rekreasi atau penghias sepanjang jalan atau dalam kawasan majlis bandaraya kerana bentuk konopinya yang sesuai dijadikan sebagai pokok lindungan dan dapat mencantikkan permandangan. Warna bunganya yang pelbagai menjadikan tanaman ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik apatah lagi ketika musim ianya akan berbunga.
Menarik dalam beberapa akbar tempatan laporkan 'Sakura Malaysia produk pelancongan baharu negara' yang mana ramai warga kota tidak melepaskan peluang bergambar bersama pokok tecoma di sekitar pinggir Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur. Pokok tecoma berbunga putih serta merah jambu dan dikenali sebagai 'sakura Malaysia' bakal diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu negara pada masa hadapan. Pokok tecoma atau nama sainstifiknya 'tabebuia pentaphylla' dilihat mampu menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara disebabkan ia hanya muncul secara 'bermusim', ketika Malaysia berdepan cuaca panas, sekitar Mac dan April setiap tahun. Ia juga bakal diketengahkan kerana kelebihan 'insta-worthy' seperti beberapa lokasi di luar negara contohnya di Shinjuku Gyoen di Jepun; Central Park, Amerika Syarikat (AS) serta Keukenhof, Belanda. Menurut DBKL ketika ini usaha penanaman pokok tecoma oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) digalakkan kerana menerima sambutan baik oleh orang ramai. Kini h hasrat untuk menjadikan tecoma sebagai antara produk pelancongan mampu dilaksanakan dengan kerjasama PBT melalui reka bentuk landskap yang khusus. Pokok tecoma menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan ia bertepatan dengan Dasar Landskap Negara untuk mengindahkan lagi landskap pelbagai lokasi khususnya bandar-bandar di seluruh negara. Bagi menjadikan tecoma sebagai satu produk pelancongan, ia perlu dilaksanakan menerusi satu perancangan khusus dapat membabitkan PBT, antaranya menyediakan sebuah taman khas untuk tecoma. Di Jepun, mereka menanam pokok sakura di keseluruhan bukit dan ia menarik ramai pelancong untuk berkunjung di situ. Jika tecoma ditanam berselerak tanpa perancangan landskap yang rapi atau bukan secara berskala besar, ia tidak akan kelihatan menarik. Pihak PBT perlu tahu taman awam yang ada bukan hanya dibangunkan untuk aktiviti riadah semata-mata, sebaliknya boleh diindahkan dengan pelbagai jenis pokok-pokok teduhan, berbunga dan unik,. Tarikan pokok tecoma yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini adalah hasil dasar 'garden nation' yang dilancarkan negara pada 2010. Pokok tecoma adalah antara pokok yang dipilih khas dan perlu ditanam PBT sebagai pokok teduhan untuk menurunkan suhu di bandar-bandar ketika itu. Fokus dasar ini adalah untuk mengurangkan pemanasan global dan ketika itu kita mempunyai senarai pokok-pokok teduhan yang mempunyai ciri-ciri menarik, antaranya tecoma sebab ciri keindahan landskap negara ini juga ilham daripada kempen menanam pokok yang dilancarkan pada 1997 dan sejak itu bahagian landskap di PBT seluruh negara merangka pelbagai program untuk mencantikkan kawasan masing-masing. Pokok ini adalah sejenis pokok teduhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan (Pentaphylla) adalah merujuk kepada lima daun di setiap tangkai, iaitu 'penta' bermaksud 'lima' manakala 'phylla' pula bermaksud daun dalam bahasa Latin. Ia juga dipanggil 'pokok kertas tisu' disebabkan kelopak bunga yang tipis dan di negara-negara Amerika Selatan ia digelar 'ipe rosa'. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BERBUNGA SERENTAK...WOW CANTIKNYA...
DI TEPI JALAN... MENJADI INDAH SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..
By,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.