Support My Blog

Wednesday, March 4, 2026

BURUNG BOTAK - APA DIA?


BURUNG BOTAK
ialah panggilan umum bagi beberapa spesies burung randuk besar dalam keluarga Ciconiidae (keluarga upih) yang mempunyai kulit kepala tidak berbulu. Dilaporkan dimana  di Malaysia selalunya ia merujuk kepada burung seperti Jenis Burung Botak Upeh (Milky Stork), Jenis Burung Botak Siput (Asian Openbill) dan Jenis Burung Botak Kecil (Lesser Adjutant) yang sering ditemui di kawasan paya dan sawah. Diantaranya yang paling mudah di jumpai adalah Jenis 
Burung Botak Kecil (Lesser Adjutant) dengan nama sintifiknya adalah Leptoptilos javanicus dimana ia juga terdapat di Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, Laos, Singapore, Indonesia dan Cambodia. Jenis ini mempunyai habitat di kawasan berpaya di lindungi IUCN dalam kategori Bahaya dilindungi sepenohnya (Totally Protected) di bawah  Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [akta 716]. Dalam pada itu Jenis Burung Botak (terutamanya Jenis Upih dan Jenis Stork) ialah burung air bersaiz besar (92-97 cm) yang dikenali dengan bulu putih susu, paruh panjang, berat dan kepala yang tidak berbulu. Ia berdarah panas serta mempunyai paruh tidak bergigi dimana ia dan gemar mencari makan di tasik cetek atau sawah. Spesies ini penting ekosistem sebagai pemakan siput dan ikan. Antara ciri khas burung botak dimana fizikalnya ia mempunyai paruh yang sangat besar, panjang dan berat untuk menangkap mangsa. Bahagian kepala biasanya tidak berbulu atau mempunyai bulu yang sangat nipis (botak) dimana ia mempunyai warna yang umumnya berwarna putih, atau putih dengan campuran kelabu/hitam pada sayap. Apa pun burung botak ini habitatnya sebagai jenis haiwan akuatik yang sering di jumpai di kawasan sawah padi, sungai atau kolam takungan air. Jenis burung ini ia bersifat pemangsa (karnivor) iaitu memakan ikan, katak dan siput gondang liar (termasuk jenis siput gondang emas - SGE). Burung ini sering bergerak dan dilihat suka berdiri membongkok serta cara ia berjalan perlahan di air cetek atau melayang menggunakan sayapnya besar. Sifar burung botak ini ia berkumpulan dimana ia dilihat juga sering bertenggek dalam kumpulan terutamanya pada waktu malam. Artikel subuh ini say amenulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai burung botak untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik mengenali akan Burung Botak yang lazim di temui di Malaysia dimana bagi Jenis Burung Botak Upeh (
Mycteria cinereaatau nama lain sebagai 'Milky Stork' dimana jenis burung ini ia dilindungi sepenuhnya di bawah akta 716 di Malaysia. Burung ini mempunyai bulu putih susu dan kulit kepala yang botak (kemerahan) dimana didalam zoo negara ada banyak burung ini di pulihara (Sila lihat foto disebelah). Jenis ini ialah spesies burung randuk besar yang terancam (Endangered) dan dilindungi sepenuhnya di Malaysia. Ia dikenali dengan bulu putih susu, muka botak merah, dan hidup di kawasan paya bakau/pantai. Burung ini bersarang secara berkoloni dan memakan ikan. Ia bersaiz besar (92-97 cm tinggi), berbulu putih pelepah, mukanya ia berwarna merah (botak) dengan paruh kuning yang panjang. Habitatnya ia sering dijumpai di kawasan paya bakau, pesisir pantai, dan kadang-kadang di sawah padi. Makanannya adalah jenis ikan kecil, serangga dan katak yang dicari di air cetek. Mempunyai status konservas dalam kategori sebagai Terancam (Endangered) dalam IUCN Red List dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) di Semenanjung Malaysia. Jangan keliru dengan Asian Openbill (Burung Botak Upeh/Asian Openbill) yang sering berhijrah ke Malaysia dalam jumlah besar. Milky Stork (Botak Upeh) adalah spesies penetap (resident) yang terancam. Berlainan dengan Jenis Burung Botak Siput (Anastomus oscitans) atau di kenali sebagai 'Asian Openbill' dimana spesis ini ia sering dilihat banyak berada iaitu di sawah padi secara berkumpulan dimana ia suka memakan siput gondang emas (SGE) dan mempunyai paruh yang unik dilihat iaitu pada bahagian atas dan bawah tidak tertutup rapat. Burung ini akan lebih banyak kelihatan semasa kerja-kerja membajak tanah di lakukan pesawah dimana akan ada banyak makanannya untuk di nikmati burumg botak. Seterunys adalah Jenis Burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus) atau di kenali dengan nama 'Lesser Adjutant' iaitu jenis ini ia merupakan burung besar berleher panjang yang jarang dilihat dan terancam. Burung ini adalah sejenis burung randuk daripada keluarga Ciconiidae yang dilindungi sepenuhnya di Malaysia. Spesies terancam ini berhabitat di kawasan berpaya dan hutan bakau, dikenali dengan kepala dan lehernya yang tidak berbulu serta saiz yang lebih kecil berbanding burung botak besarMakanannya adalaj ikan, katak, reptilia kecil, dan serangga besar. Taburannya ia terdapat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia (terutamanya di kawasan seperti Perak dan Kedah) dan Indonesia. Seteruanya adalah Jenis Burung Hering atau Jenis Burung Nasar (Vulture) yang mana ia juga dikenali sebagai burung botak (pemakan bangkai), tetapi kebiasaannya merujuk kepada spesies yang berbeza daripada spesies burung paya di atas. Secara fungsinya dimana semua jenis burung-burung ini penting dalam ekosistem sebagai pemangsa semula jadi perosak (terutamanya siput gondang) dan penunjuk ekosistem paya yang sihat.


Antara bentuk ancaman utama terhadap burung botak iaitu terutamanya Jenis Burung Botak Upeh (Milky Stork) ialah kepupusan terus berlaku akibat dari aktiviti pemburuan haram, pemusnahan habitat bakau dan isu gangguan manusia yang menjejaskan pembiakan. Spesies terancam ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana populasi yang semakin merosot akibat gangguan ekosistem. walau pun ada undang-undang khusus yang boleh menghukum pemburu burung di lindungi ini akan tetapi masih berlaku berterusan aktiviti Pemburuan Haram apabila di laporkan yang burung ini sering menjadi sasaran pemburu haram oleh mereka yang masih ada hobi memburu. Di Malaysia dan beberapa negara lain dimana berlaku isu Pemusnahan Habitat iaitu kes-kes kehilangan kawasan hutan bakau dan tanah lembap yang menjadi tempat mencari makan dan bersarang. Hutan bakau ini sama ada ia di tebang untuk kegunaan pertannian (membina kolam udang harimau), di jadikan kawasan untuk perumahan dan perbandaran atau untuk pembangunan prasarana terus berlaku yang menyebabkan habitat burung terganggu keberadaannya. Ketiga isu Gangguan Manusia apabila aktiviti manusia di kawasan sarang menyebabkan burung botak ini akan 'merajuk' atau ia menjadi stres yang mengakibatkan mereka tidak bertelur atau bertambah populasinya/ Selain itu ada isu ancaman Pemangsa Semula Jadi iaitu berlaku ancaman daripada haiwan lain seperti monyet dan burung helang yang mengganggu sarang dan telur dengan memakan telurnya dan membunuh anaknya yang masih kecil lagi. Burung helang menjadikan burung botak sebagai haiwan buruan untuk makanannya. Ancaman lain adalah termasuk ancaman oleh Parasit dan Penyakit apabila risiko berlaku jangkitan parasit dan penyakit yang boleh menjejaskan kelangsungan hidup burung botak di habitatnya.


Dalam media tempatan di laporkan '
Burung botak upeh dibiak terbang bebas' dimana di Taiping, Perak ada spesies yang dianggap terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), burung botak upeh (Mycteria cinerea) kini berjaya dibiak dan hidup bebas sekitar Zoo Taiping. Apa pun di Perak burung berkenaan sebelum ini banyak didapati di Kuala Gula, Bagan Serai namun spesies itu sudah tidak lagi kelihatan atau berkurangan di kawasan itu susulan kawasan hutan paya bakau yang semakin terjejas. Dilaporkan yang burung berkenaan adalah jenis yang sensitif dan sukar membiak jika habitatnya terganggu sama ada berpunca dari manusia atau pembangunan. Di Zoo Taiping kehadiran burung botak upeh di zoo asa ancaman iaitu jika terdapat gangguan burung itu akan ‘merajuk’ dan tidak bertelur. Kalau kebiasaannya burung ini bertelur antara Mac hingga Julai dan sepanjang tempoh itu sangkar pamerannya ditutup kepada semua pelawat. Ini kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini apabila terganggu ia tidak mahu bertelur dimana dari segi penjagaan terutama makanan ia tidak terlalu sukar kerana burung berkenaan makan ikan dan cara pemberian makan adalah dengan meletakkan ikan (mati) dalam kolam air agar ia boleh makan sendiri seperti semula jadi. Dalam sehari tiga kali burung ini makan dengan diberikan ikan jenis sardin dan kembong iaitu kira-kira 32 kilogram ikan setiap hari. Zoo Taiping nyatakan pihaknya mendapat bekalan baka sebanyak 12 burung yang hampir pupus itu dari Zoo Negara untuk dibiak. Kalau pada mulanya 12 burung itu diletak di dalam satu sangkar yang besar tidak bercampur dengan burung lain, namun ia tidak membiak dan ada kemungkinan dimana ia jenis burung kolonial yang mana ia perlu kumpulan jadi kita pindahkan ke sangkar lain bersama burung bangau dan ia membiak.


Menarik dalam portal bharian,com bertajuk '
Burung botak mulamenjauhi Parit Jawa' dimana di hutan bakau menjadi tempat untuk burung botak membuat sarang, tidur, makan dan membiak. Ada laporan dimana dikawasan sekitar Pangkalan Nelayan Parit Jawa kini sudah hilang satu daripada tarikannya jika oa dibanding 10 tahun lalu. Burung botak atau nama saintifiknya Leptotilos javanicus yang biasanya banyak berhijrah ke kawasan berkenaan kerana melarikan diri daripada cuaca sejuk melampau di Siberia, Russia, Kanada dan Tibet atau ia hampir tiada lagi. Fenomena penghijrahan burung botak yang tinggal sementara di sekitar kawasan itu menjadi tarikan tersendiri sehingga menarik pelancong asing dan peminat burung serta alam sekitar. Burung botak menjadikan kawasan berpaya atau pesisir pantai berlumpur sebagai `syurga' mereka kerana mempunyai banyak makanan seperti ikan kecil, ketam dan siput yang menjadi daya tarikan utama kepada burung itu. bagi pencinta alam sekitar dan penduduk mengaitkan fenomena itu dengan kemusnahan habitat dan persekitaran termasuk hakisan dan penebangan pokok tinggi yang sering dijadikan sarang oleh spesies itu. Apa pun benduduk asal Parit Jawa seperti Mr Quek mendakwa kemerosotan jumlah burung di kawasan ini disebabkan masalah hakisan pantai, selain beberapa faktor lain seperti pembangunan pesat di kawasan Parit Jawa dan sekitarnya. Dia tunjukkan hanya dua tiga ekor burung botak yang ada. Dahulu, datang ke sini sahaja dapat lihat sekurang-kurangnya 20 hingga 40 ekor burung botak. Apa pun dakwanya selain burung botak, dulu ada juga ratusan burung dari spesies yang lain termasuk yang berhijrah dari kawasan seperti Siberia, Russia, China, Kanada dan Tibet. Selalunya kehadiran pelbagai jenis spesis unggas menjadikan Muar khususnya Parit Jawa sebagai kawasan persinggahan juga menyebabkan ramai pelancong asing datang ke kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat spesis unik yang sukar dilihat di kawasan lain. Kini kebanyakan peminat burung dan pelancong asing tinggal dengan menyewa hotel atau inap desa mahu pun berkhemah di kawasan berhampiran untuk tempoh yang agak lama hanya untuk melihat burung unik ini. Selalunya burung botak menjadikan pokok-pokok tinggi seperti pokok pulai sebagai habitatnya untuk bersarang (Sila lihat foto disebelah). Ada peminat burung dari Malaysia Birds Photography dikenali sebagai Mr Loh Chee Meng nyatakan burung botak dipercayai diambang kepupusan berikutan jumlahnya yang semakin berkurangan sejak beberapa tahun lalu. Dia sudah lapan tahun tidak ke sini (Muar) dimana dulu dia dapat merakam gambar banyak spesis burung khususnya burung botak dari spesis Lesser Adjuntant akan tetapi hari ini hanya terdapat dua ekor sahaja. Dakwanya spesies terbabit adalah antara yang terancam dan terdapat kira-kira 200 ekor sahaja burung terbabit di seluruh Malaysia dan 5,000 di seluruh dunia, menjadikannya antara spesis yang paling ingin dirakam oleh jurugambar. Dia percaya kemerosotan jumlah unggas di kawasan terbabit berpunca daripada kemusnahan kawasan ekosistem yang menjadi habitat semula jadinya. Dia lihat dimana ada isu banyak hakisan dan juga kerja tambakan laut. Itu mungkin punca yang menyebabkan spesis burung ini makin berkurangan setiap tahun. Seterusnya mendakwa iaitu dulu sumber makanan yang banyak menyebabkan Pantai Leka, Parit jawa, Muar dikunjungi gerombolan burung botak namun kini tiada lagi pemandangan itu. 


Penting di kekalkan isu s
umber makanan yang kurang memburukkan lagi keadaan kerana ia juga lihat menyebabkan spesis ini tidak dapat membiak seperti biasa sehingga menyebabkan populasinya menurun. Menurut Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow juga dia mendakwa kemusnahan habitat semula jadi, selain turut menjadi hidangan makanan menyebabkan populasi burung botak semakin diancam kepupusan. Dilaporkan selain Malaysia, burung dari jenis terbabit boleh juga ia didapati di kepulauan Sumatera, Indonesia, Bangladesh, Selatan India, Myanmar dan Thailand namun jumlah keseluruhan unggas terbabit dianggarkan dalam lingkungan 5,000 ekor sahaja. Dia sendiri dakwa pernah mengiranya (burung botak) di Parit Jawa dahulu dan terdapat 129 ekor semuanya, namun angka terkini dijangka terus menurun. Selain di Muar pihak MNS pernah menerima maklumat, burung terbabit juga ditemui di Tanjung Piai, Pontian dan Sungai Melayu di Gelang Patah. memang sedih sebab sudah tidak banyak lagi burung botak singgah di sekitar Parit Jawa yang didakwa berpunca daripada kerosakan habitatnya. Bagaimanapun, jumlahnya terlalu sedikit burung ini berbanding kawasan seperti Pantai Leka dan Sungai Balang di Muar dan beberapa tempat di Batu Pahat berlaku disebabkan oleh faktur utama menyebabkan jumlah burung terbabit semakin merosot adalah disebabkan oleh kekurangan pokok tinggi selain burung terbabit juga turut diburu sebagai sumber makanan oleh penggemar dagingnya. Burung botak iaitu khususnya dari jenis 'lesser adjuntant' ini biasanya akan membuat sarang di atas pokok yang mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 meter seperti pokok pulai. Ia tidak seperti burung lain, burung botak perlu meluncur turun dari dahan pokok sebelum dapat terbang. Jika di atas tanah pula, ia perlu meloncat terlebih dahulu untuk terbang yang akan menyebabkannya sering membuat sarang di puncak pokok yang tinggi. Kalau dahulu jumlah burung ini juga sangat banyak, namun selepas ia diburu dan ditembak untuk dijadikan makanan menyebabkan jumlahnya terus menerus berkurangan. Lebih malang dimana aktiviti pemburuan yang dilakukan turut merangkumi burung botak dewasa dan yang kecil lagi. Apa pun di kawasan berpaya atau pesisir pantai berlumpur menjadi pilihan burung botak kerana lokasi berkenaan mempunyai banyak sumber makanan. memang burung botak petunjuk ekologi dimana ia sering ditemui di Kuala Gula, Kuala Selangor, Sungai Buloh, Parit Jawa dan Tanjung Piai. Di Malaysia, kebanyakan burung botak ini mendiami kawasan hutan bakau di lokasi air pasang surut yang berlumpur serta menjadi sumber makanan utamanya. Kawasan hutan bakau dan kawasan berlumpur ini kaya dengan haiwan benthic sebagai makanannya. Selain itu, hutan bakau juga menjadi tempat untuk burung botak membuat sarang, tidur, makan dan berkembang biak. Kemusnahan kawasan seumpama ini pastinya akan mengganggu habitat ekosistem burung botak dan seterusnya menjadi punca kemerosotan jumlah populasinya. Pemantauan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sangat penting bagi dapat memastikan ekosistem burung botak dan haiwan lain tidak terganggu. Apa pun isu halisan dan kerja tambakan laut mungkin faktor penyebab burung botak kini merajuk dan makin kurang datang ke Parit Jawa setiap tahun. Ancaman utama kepada kelangsungan burung ini adalah berpunca daripada gangguan habitat seperti pokok bakau tumbang akibat hakisan pantai dan penebangan haram atau dibenarkan, hakisan permukaan tanah yang membawa selut ke pantai, gangguan ombak, pencemaran bahan kimia membabitkan penggunaan racun makhluk perosak, minyak, logam berat, biocide yang digunakan pada bot dan kapal serta bahan kimia lain kegunaan manusia harian. Difahamkan terdapat juga gangguan daripada manusia seperti pemburuan haram. Selain itu, kewujudan haiwan lain seperti monyet dan burung helang juga didapati sering mengganggu telur serta sarang burung botak. Perlu lebih banyak penyelidikan berkaitan kawasan terbabit dijalankan dengan mengambil kira keadaan biologi dan ekologi burung botak dan masalah yang dihadapi. Sebaiknya harus diingat burung botak ini juga menjadi antara haiwan sebagai petunjuk kestabilan ekosistem hutan. Malaysia juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran perlindungan dan pemuliharaan burung ini. MNS sebelum ini menerusi beberapa program kelab pencinta alam turut melatih sukarelawan untuk memantau keadaan seumpama ini yang perlu dilakukan secara berterusan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG BOTAK... ADA DI MALAYSIA...
MEMAKAN IKAN..DI KAWASAN PAYA...
ANCAMAN PUPUS...BANYAK PUNCA...
BACA ARTIKEL.. MINDA TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
melaka,
Malaysia.
(14 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...