Support My Blog

Thursday, March 5, 2026

BADAK SUMBU SUMATRA -FAKTA SEDIH


BADAK SUMBU SUMATERA
 (Dicerorhinus sumatrensis) adalah spesies badak terkecil di dunia dan satu-satunya badak bercula dua di Asia dimana ia kini diklasifikasikan sebagai spesies yang terancam kritikal (hampir pupus) malahan di Malaysia sudah pun ia di laporkan sudah pupus. Haiwan ini berbulu serta ia mempunyai dua sumbu dan pernah mendiami Asia Tenggara termasuk Malaysia dahulu namun kini populasi liar hanya tertumpu di Indonesia ada sekitar kurang 50 ekor. Ciri fizikal bagi haiwan ini ia berbulu dimana ada mempunyai dua sumbu (saiznya adalah kecil berbanding spesies Afrika). Status konservasi ii dulu sangat Terancam Kritikal dimana populasi liar dunia dianggarkan kurang daripada 80 ekor iaitu dengan sebahagian kecil masih ditemui di Indonesia (Taman Nasional Way Kambas). Habitat badak ini ia suka tinggal di hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan dan ia juga merupakan sejenis haiwan pemakan tumbuhan (herbivor) yang memerlukan sekitar 50 kilogram makanan sehari.Peranan badak ini dalam ekologi adalah ia sebagai 'jurutera ekologi' yang penting untuk pemulihan hutan dan biodiversiti.
Perlu di nyatakan lagi dimana Badak sumbu Sumatera adalah spesies badak terkecil di dunia dan merupakan satu-satunya badak Asia yang mempunyai dua sumbu. Ia mempunyai badan yang dilitupi bulu (paling berbulu berbanding spesies badak lain) dan kulit berwarna kelabu keperangan. Dilaporkan dimana punca utama kemerosotan populasi badak sumbu ini adalah pemburuan haram untuk di ambil bahagian sumbunya, kehilangan habitat dan masalah pembiakan disebabkan oleh populasi yang terlalu kecil dan tersebar berjauhan. Fakta Sedih dimana kisah Badak Sumatera terakhir di Malaysia (bernama Iman) telah mati pada tahun 2019 yang juga ia menandakan kepupusannya di negara ini setelah kematian badak betina terakhir bernama 'Iman'. Apa pun Iman adalah badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia dan ia disahkan mati pada 23 November 2019 di Santuari Badak Borneo, Tabin, Lahad Datu, Sabah akibat kanser pada usia 25 tahun. Kematiannya menandakan kepupusan rasmi spesies ini di Malaysia yang mana ini meninggalkan kesedihan mendalam dan peringatan tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar. Iman ialah badak sumbu Sumatera betina terakhir di Malaysia selepas kematian Tam iaitu badak jantan (Sila lihat foto diatas sekali) dan Puntung (badak betina) sebelumnya. Punca Kematian Iman disebabkan ia menghidap kanser tumor rahim yang kritikal yang menjejaskan selera makan dan tahap kesihatannya sebelum mati. Walau pun usaha pemuliharaan dan juga pembiakan dalam kurungan (termasuk percubaan IVF) menghadapi kesukaran kerana masalah kesihatan dan kualiti sperma tidak berjaya. Pemergian Iman adalah menyedihkan sebab ini menjadikan badak sumbu Sumatera secara rasminya pupus di Malaysia. Kematian Iman menjadi satu titik tolak penting yang menyedarkan tentang ancaman kepupusan pantas terhadap spesies unik. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta sedih dan fakta menarik mengenai Badak Sumbu Sumatera untuk bahan rujukkan semua.


Menarik bagaimana aktiviti pembiakan Badak Sumbu Sumatera sejenis haiwan besar yang yang diancam kepupusan kritikal dimana ia kini bergantung kepada program pembiakan dalam kurungan yang intensif, khususnya di Taman Negara Way Kambas, Indonesia. Usaha ini melibatkan pasangan badak terpilih dikenali dengan Badak Andatu (Jantan) dan Badak Rosa (Betina) dalam usaha untuk menghasilkan anak bagi tujuan meningkatkan populasi badak. Dilaporkan dimana isu dan kes memandangkan 80% badak betina liar menghadapi masalah patologi saluran pembiakan maka kadar kelahiran dan jarak jauh sukar membolehkan pembiakan badak sumbu ini. Fakta mengenai kesukaran dalam proses pembiakan yang berada didalam kurungan seperti di Indonesia adalah memfokuskan pembiakan di santuari khas untuk mengatasi populasi yang semakin mengecil walau pun dengan kejayaan melahirkan beberapa anak badak. Bagaimana pun pada 
1 Nov 2025 ada berita gempar satu Indonesia malahan di dunia apabila seekor badak Sumatera (Spesis yang hampir pupus dan terancam) di Indonesia berjaya melahirkan anak jantan yang sihat di Taman Negara Way Kambas, Sumatera. Ibu kepada badak bernama 'Delilah' dilaporkan sudah berjaya lahirkan anak pertamanya dengan selamat dan kedua-duanya sihat (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dengan kurang daripada 50 ekor badak Sumatera yang masih hidup di dunia dimana setiap kelahiran memang satu langkah besar untuk teruskan kelangsungan spesis badak sumbu ini. Bapa badak ini yang bernama 'Harapan' ia di laporkan sudah lahir di Zoo Cincinnati, USA dan kemudian dibawa balik ke Indonesia untuk membantu dalam meningkatkan populasi  badak yang menjadikan kisah ini satu kejayaan besar dalam usaha pemuliharaan antarabangsa.  Badak hutan ni sebenarnya adalah jenis yang paling kecil dan paling berbulu antara semua spesis badak yang ada diseluruh dunia. Ia hampir pupus sebab kehilangan habitat dan aktiviti pemburuan haram akan tetapi kelahiran ini adalah satu yang usaha pembiakan dan perlindungan memang berkesan.  Kebanyakan badak betina di habitat liar mempunyai masalah saluran pembiakan (sista atau tumor) jika tidak mengawan dalam jangka masa lama inia akan menjadikannya sukar untuk membiak secara semula jadi. Teknik moden seperti kaedah  persenyawaan in vitro (IVF) dipertimbangkan dan pernah dicuba oleh Malaysia dengan kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah kesuburan. Indonesia adalah habitat utama yang tersisa, dengan usaha pembiakan tertumpu di Sumatera dan sebahagian kecil di Borneo. Kelahiran anak badak dalam kurungan memberi harapan baru untuk menyelamatkan spesies ini daripada kepupusan sepenuhnya.


Fakta menarik adalah isu a
ncaman utama terhadap Badak Sumbu Sumatera iaitu spesies haiwan liar yang kini diistiharkan pupus di Malaysia dimana puncanya di laporkan termasuk aktiviti pemburuan haram untuk mendapatkan sumbunya, kehilangan habitat akibat penerokaan hutan dan pembangunan, serta kadar pembiakan yang sangat rendah akibat masalah patologi saluran pembiakan. Faktor-faktor ini menyebabkan populasi merosot drastik sejak 1930-an lagi sebab banyak ancaman. Pertama adalah ancaman Pemburuan Haram dimana isu kerakusan pemburu haram untuk mendapatkan sumbu badak yang bernilai tinggi dalam pasaran gelap adalah sebab ia di bunuh tanpa kawalan secara haram. Mungkin pembaca blog pernah atau masih minum produk 'Air Cap Badak' yang di nyatakan ia mengandungi sumbu badak sebagai satu komponen yang mampu menyejukkan badan. Kedua adalah berpunca dari Kehilangan Habitat Asalnya disebabkan oleh aktiviti pemusnahan hutan asal dimana ini mengurangkan kawasan perlindungan dan sumber makanan seterusnya badak berkurangan. Punca ketiga adalah berkait dengan Masalah Pembiakan (Patologi) apabila kebanyakan jenis badak sumbu betina Sumatera dilaporkan mempunyai masalah patologi pada saluran pembiakan dimana keadaan ini juga telah menjadikannya sukar untuk membiak secara semula jadi dalam habitatnya. Keempat ia berkurangan berpunca dari Kelemahan Pendekatan Konservasi apabila kaedah pembiakan yang tidak berkesan sebelum ini dilakukan serta kegagalan teknologi pembiakan lanjut (IVF) dilaksanakan lebih awal sejak dahulu sebelum jumlahnya berkurangan.


Sedih membaca laporan portal hmetro dan banyak yang lain bertajuk '
Badak Sumbu Sumatera kini tinggal nama' apabila haiwan Badak Sumbu Sumatera jantan terakhir ditemui Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu, beberapa tahun lalu sudah mati. Dilaporkan kajian populasi badak di Hutan Simpan Ulu Segama, Hutan Simpan Ulu Malua dan Rizab Hidupan Liar Tabin di Sabah mendapati kawasan berkenaan tidak lagi mempunyai Badak Sumbu Sumatera. Kajian melalui kaedah menjelajah hutan itu tidak menemui kesan tapak kaki badak manakala perangkap kamera yang dipasang juga tidak merakam gambar haiwan berkenaan. Jabatan Hidupan Liar telah menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Borneo Rhino Alliance dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia bagi menjalankan kajian di kawasan berkenaan yang dahulunya dikenal pasti mempunyai populasi Badak Sumbu Sumatera. Kajian ini bermula sejak tahun 1978 ketika Fauna Survey of Sabah dimulakan dan masih dijalankan sehingga sekarang. Bagaimanapun, kajian itu mendapati kawasan berkenaan tidak lagi mempunyai Badak Sumbu Sumatera dalam Hutan Simpan Ulu Segama dan Rizab Hidupan Liar Tabin masih lagi sesuai sebagai habitat Badak Sumbu Sumatera walaupun kawasan itu tidak lagi mempunyai populasi badak berkenaan. Dilaporkan dikawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, kini mempunyai 28 projek perkilangan yang aktif dan beroperasi sepenuhnya dimana projek perkilangan itu menyediakan kira-kira 1,300 peluang pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan, pekerja mahir dan juga separa mahir dan hilangnya badak disana. 


Dalam portal bharian.com pua jelas di nyatakan '
Badak sumbu Sumatera pupus di Malaysia' apabila badak bernama  'Iman', badak sumbu Sumatera disahkan mati pada jam 5.35 petang tadi sebagai fakta sedih. Di Kota Kinabalu di laporkan Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir selepas ‘Iman’ disahkan mati pada jam 5.35 petang tadi di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu. Mengumumkan kematian badak betina berusia 25 tahun itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah dakwa kematian Iman adalah secara alami dan dikategorikan sebagai mati mengejut. Walaupun kami tahu ia akan berlaku namun tidak menyangka berlaku dengan begini cepat dan kami sangat sedih dengan berita ini dimana Iman diberi penjagaan dan perhatian yang terbaik sejak Mac 2014 sehingga ia sembuh. Iman sebenarnya hampir mati apabila beberapa kali kehilangan banyak darah akibat ketumbuhan atau tumor pada uterusnya beberapa tahun lalu. Para pasukan di Tabin memberikan sokongan sepenuhnya dan berjaya memulihkan tahap kesihatannya dan menghasilkan sel telur dan kisah kematian Iman berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan. Di ketahui jika Iman mula mengalami kesakitan akibat tekanan yang semakin bertambah pada tumor di pundi kencingnya.  Sebelum ini banyak media melaporkan Iman yang berusia 25 tahun semakin tenat dan menyebabkan proses pengambilan telur untuk pembiakan secara in-vitro (IVF) sukar dilakukan. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BADAK SUMBU SUMATRA... APA CERITA...
IA SUDAH PUPUS...NOV 2025 DI MALAYSIA...
MASIH ADA LAGI... DI PUSAT INDONESIA...
MEMBACA ARTIKEL...SEDIH JUGA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Putrajaya,
Malaysia.
(14 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...