ADA JENIS KELADI BOLEH DI MAKAN DAN ADA JENIS KELADI YANG TIDAK BOLEH DI MAKAN (beracun) dimana ia perlu di ketahui oleh pembaca blog semua. Apa pun di Malaysia memang terdapat pelbagai jenis keladi yang boleh dimakan dan ada juga yang berbahaya jika dimanan (beracun) jika disentuh atau dimakan tanpa kaedah memakan yang betul. Bagi penulis blog ada beberapa perbezaan antara keladi yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Pertama dimana bagi Jenis Keladi yang Boleh Dimakan dimana jenis keladi ini jenis ini biasanya ditanam untuk diambil bahagian iaitu hasil ubi (umbisi), batang atau bahagian daunnya sebagai bahan masakan. Sebagai contoh di mana Jenis Keladi Cina atau Jenis Keladi Pinang (Colocasia esculenta) adalah jenis yang boleh di makan dan di tanam secara komersil di Malaysia dan memang ia popular dijual di pasaran dari kedai runcit, pasar malam sehingga ada di jual di pasaraya. Selalunya jenis keladi ini mempunyai saiz umbisinya yang lebih besar serta ia bertekstur empuk (mempulur) dan sering digunakan dalam beberaa jenis masakan antaranya di goreng, buat pengat, di rebus atau dibuat kerepek keladi (paling penulis blog minat memakannya). Jenis Keladi Mawar pula bagi penulis blog memang sangat enak di makan dan berkhasiat dimana ia memang mempunyai aroma yang wangi apabila dimasak dan ubinya berwarna sedikit kemerahan atau merah jambu. Ada juga Jenis Keladi Telur dimana saiz ubinya lebih kecil dan bulat yang penulis blog suka beli dan memakannya dimana ia sering direbus dan dimakan bersama kelapa parut. Seterusnya ada Jenis Keladi Kemahang yang popular di Pahang dan Perak dimana hanya bahagian daun dan batangnya sering dijadikan masakan tradisional seperti masak gulai masam dan masak lemak cili padi seperti di Jeratut, Kuala Lipis dan di Lenggong, Perak. Kelima keladi yang boleh di makan adalah Jenis Keladi Keladi Udang diana ia mempunyai batang berwarna kemerahan dimana bahagian ubi dan batangnya boleh dimakan tetapi perlu dimasak dengan betul untuk mengelakkan gatal. Saya ada menulis beratus artikel dalam blog ini mengenai keladi yang boleh di rujuk dan di baca untuk mendapatkan ilmunya. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincang mengenai jenis-jenis keladi yang boleh di makan dengan jenis-jenis keladi yang tidak boleh di makan untuk bahan rujukkan semua.
Bab kedua akan di jelaskan jenis-jenis keladi yang Tidak Boleh Dimakan sama ada ianya Beracun atau merbahaya jika di makan atau kegunaannya hanya sebagai Tanaman Hiasan (ornamental plants) sahaja selalu pun nilainya selalu lebih mahal daripada jenis keladi boleh di makan. Kajian mendapati jika kebanyakan keladi hiasan mengandungi bahan yang di kenali sebagai Kalsium oksalat jumlshnys yang tinggi dalam bentuk kristal tajam (raphides) yang mengkristal dan ia boleh menyebabkan rasa kegatalan melampau, membengkak lidah dan boleh juga ia menyebabkan kesan serius seperti berlaku kesukaran untuk bernafas jika tertelan. Mungkin ada ramai yag pernah degar akan Jenis Keladi Birah (Alocasia macrorrhizos) yanng mana ia sering tumbuh liar dan saiznya boleh menjadi sangat besar. Getahnya sangat gatal dan boleh menyebabkan keradangan kulit yang serius jika disentuh dan menjadikan kes tidak selesa sehingga ada orang yang memerlukan perawatan doktor. Sila baca tulisan saya tentang isu ini dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini). Paling popular jenis keladi yang tidak boleh di makan ada Jenis Keladi Hiasan (Caladium) dimana cirinya ia selelu akan mempunyai warna daun yang cantik seperti berwarna merah, putih, hijau neon atau kombinasi banyak warna yang cantik di lihat mata. Apa pun dilaporkan dimana kebanyakan jenis keladi hiasan ini memang ia sangat beracun terutama kepada kanak-kanak. orang dewasa yang ada alahan dan haiwan peliharaan jika digigit, disentuk, diramas atau dimakan. Bagaimana pun ia ada banyak di jual di nurseri sebagai tanaman hiasan daripada jenis yang murah sehingga jenis yang mahak sehingga harga mencecah ribuan malah puluhan ribu ringgit sepokok (Sila lihat foto disebelah sepokok berharga RM1,800 di Shoopee). Ada juga seperti Jenis Keladi Rimba atau di namakan juga sebagai Jenis Keladi Ular dimana jenis kelai ini selalunya ia tumbuh liar di kawasan hutan atau paya. Jenis keladi ini selalunya ia mempunyai warnanya gelap atau bercorak unik tetapi tidak sesuai untuk dimakan yang menyebabkan acaman kesihatan walau pun cuba di proses.
Ada beberapa kaedah bagaimana cara untuk mengenal pasti Jenis Keladi Yang Selamat di Makan sebagai panduan. Pertama tanda ada Titik Tengah Daun dimana jenis keladi yang boleh dimakan (Taro) biasanya mempunyai titik berwarna ungu atau gelap di bahagian tengah daun iaitu ia adalah tempat pertemuan tangkai daun. Cara kedua adalah dengan melakukan Teknik Ujian Getah dimana jenis keladi yang tidak boleh dimakan biasanya mengeluarkan getah yang sangat gatal sebaik sahaja terkena kulit dimana ia menyebabkan ketidakselesaan atau rengsa pada kulit. Petua ketiga adalah dimana Teliti Sambungan Tangkai dimana selalunya daun keladi yang boleh dan selamat makan biasanya berbentuk seperti jantung dengan tangkai yang bersambung sedikit kebahagian dalam daun (peltate), manakala bagi jenis keladi yang tidak boleh di makan seperti jenis keladi hiasan tertentu mempunyai bentuk 'V' yang lebih dalam di pangkal daun. Sebagai satu peringatan penting dimana walaupun keladi itu jenis yang boleh dimakan perlu waspada sebab ia mesti dimasak sepenuhnya dahulu sebelum di makan dengan cara Merebus atau Menggoreng dulu sebelum dimakan untuk memusnahkan bahan Kristal Kalsium oksalat yang mana ia akan menyebabkan rasa gatal di kerongkong. Apa pun sebaiknya ikuti petua dimana pastikan keladi yang dipilih sesuai dan selamat dimana ia dibasuh dan dimasak dengan sempurna (biasanya direbus dahulu) untuk menghilangkan kalsium oksalat yang boleh menyebabkan rasa gatal pada lidah dan tekak. Jangan sesekali memakan keladi hiasan atau keladi liar yang tidak dikenal pasti kerana ia juga mungkin beracun.
Isu keracunan makan keladi ia berlaku terutamanya jenis liar atau jenis hiasan berpunca daripada 'kristal kalsium oksalat' yang menyebabkan kerengsaan teruk, bengkak tekak, sakit perut, muntah dan kesukaran bernafas. Mangsa sebaiknya dengan segera membilas mulut dengan air sejuk, minum susu dan dapatkan rawatan hospital jika simptom berlarutan atau sesak nafas. Masaalah ini boleh terjadi apabila simptom keracunan ini selepas makan keladi dimana mulut dan tekak akan ada rasa terbakar, rasa pedas, bengkak dan gatal pada lidah, bibir, dan kerongkong. Dalam kes lain ada juga simptom lewat berlaku kepada sistem pencernaan seperti berlaku sakit perut, muntah dan cirit-birit. Individu lain mungkin akan menunjukkan simptom atau tanda sesak nafas atau dada terasa sempit. Ada juga yang menunjukkan simptom seperti pada bahagian kulit atau mata yang kemerahan atau lepuhan jika terkena sap keladi beracun tersebut. Mangsa perlu mengambil langkah kecemasan dengan segera pertama mesti menghentikan pengambilan makanan tersebuat atau jangan makan lagi bahagian keladi tersebut. Kemudian membilas atau membasuh mulut dengan air sejuk atau berkumur hingga bersih. Disyorkan agar dengan segera minum air atau susu untuk dapat mengurangkan rasa terbakar. Dapatkan rawatan segera sama ada pergi keklinik swasta berhampiran atau terus pergi ke hospital yang berhampiran dengan segera apa lagi kalau mangsa adalah kanak-kanak atau mengalami sesak nafas. Sebagai langkah pencegahan awal yang boleh dibuat dipastikan keladi dimasak dengan betul (direbus lama) untuk menghilangkan toksin. Di kawasan rumah dijauhkan pokok keladi hiasan yang mungkin beracun daripada capaian kanak-kanak dan sebaiknya elakkan dari memakan keladi liar yang tidak dikenali. Penting diingatkan jika simptom berlarutan lebih 1-3 hari dimana kes ini ia mungkin jangkitan lain atau alahan serius. Isu keracunan keladi biasanya disebabkan oleh kandungan kalsium oksalat (berbentuk jarum kristal tajam) yang terdapat pada pokok keladi mentah atau keladi hiasan. Ada petua lain dimana mangsa jangan paksa muntah sebab jika sudah tertelan, dilarang memaksa mangsa muntah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan tambahan pada saluran tekak. Petua kedua adalah setelah di basuh segera dan ada kelihatan getah keladi terkena kulit maka di basuh dengan air mengalir (jangan gunakan ubat gigi atau minyak). Jika terkena mata, bilas dengan air pili selama sekurang-kurangnya 15 minit sehingga lega. Petua seterusnya adalah perlu mengenali jenis keladi dan elakkan memetik keladi liar atau keladi hiasan (seperti Monstera atau Anthurium) untuk dimakan kerana kebanyakan jenis hiasan adalah sangat toksik atau potensi beracun. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...BANYAK JENIS KELADI...APAKAH DIA... ADA SELAMAT DIMAKAN...YANG MANA...
KELADI HIASAN... IA AMAT MERBAHAYA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.