Support My Blog

Wednesday, March 18, 2026

BUNGA MAWAR - FAKTA MENARIK

BUNGA MAWAR
atau BUNGA ROS adalah sejenis tumbuhan hiasan saka dari keluarga Rosaceae yang terkenal dengan kelopaknya cantik, berabagi warna dan bentuk, aroma harum dengan batang berduri dimana ia selalunya menjadi simbol kasih sayang serta penghargaan kepada seseorang. 
Ia terdiri daripada pelbagai warna seperti merah (melambangkan cinta), wara putih (lambang kesucian) dan warna kuning (lambang (persahabatan) serta digunakan untuk hiasan kecantikan dan juga tujuan kesihatan. Bunga Mawar merupakan satu komoditi yang sudah ama di komersilkan di seluruh dunia dimana ia di tanam secara komersil untuk pasaran domestik dan eksport bagi sesetengah negara. Pokoknya mempunyai jens batang yang berduri tajam untuk perlindungan dengan ia mempunai jenis daun yang majmuk dengan pada bahagian tepi bergerigi. Apa pun paling di gunakan adalah bunganya yang ada pelbagai warna dan berbau wangi untuk pelbagai kegunaan. Bunga Mawar daripada varieti klasik sehingga kepada varieti hibrid dilaporkan ia mempunyai pelbagai warna seperti warna merah kuat, warna merah jambu, warna kuning, warna putih dan juga pelbagai warna dalam satu kuntum (terutama jenis bunga mawar hibrid). Bunga mawar yang mengeluarkan bau wangi yang menenangkan dimana ia ada yang di proses sehingga menghasilkan pelbagai produk berkaitan aroma yang ada pada bunga mawar. Selain ia di tanam sebagai sejenis tanaman hiasan dimana kegunaan lain bunga mawar adalah seperti di jadikan pelbagai gubahan bunga, produk minyak wangi dan produk kecantikan seperti produk penjagaan kulit dan produk kesihatan. Apa pun bunga mawar segar ia selalunya akan jadi bahan amat popular kerana keindahannya dan sering dijadikan hadiah. Bunga mawar merupakan salah satu bunga yang paling popular di dunia dan dikenali dengan kecantikan serta keharumannya. Pokok bung mawar dilapor dimana kebanyakannya adalah tanaman semak berduri atau tumbuhan memanjat yang boleh mencapai tahap ketinggian antara 2 - 5 meter. Batangnya mempunyai duri berbentuk cangkuk yang berfungsi sebagai perlindungan daripada pemangsa dan membantu ia merambat. Bunga mawar ia mempunyai lima helai kelopak, kecuali bagi spesies tertentu seperti Rosa sericea yang hanya mempunyai empat helai. Terdapat lebih daripada 100 spesies dan ribuan hibrid mawar dengan pelbagai warna seperti merah, kuning, merah jambu, dan putih. Selain sebagai tanaman hiasan, bunga mawar juga digunakan dalam bidang kesihatan dan kecantikan, seperti untuk meredakan kerengsaan kulit, mengurangkan senggugut, dan sebagai bahan dalam produk penjagaan wajah. Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar berbau harum, biasanya mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960. Artikel pagi ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengenai fakta menarik bunga mawar atau 'rose' untuk bahan rujukkan semua.


Ramai kalangan peminat bunga mawar akan menanam sendiri sebagai hobi dan sebahagiannya di jadikan perniagaan. Apa pun hobi m
enanam bunga mawar atau bunga ros memerlukan perhatian pada lokasi, tanah dan penjagaan rutin agar ia dapat hidup subur dan berbunga lebat. Beberapa perkara asas dalam menanan bunga mawar perlu di ikuti pertama sekali adalah pemilihan lokasi sesuai yang dapat banyak cahaya matahari sebab pokok bunga mawar memerlukan sekurang-kurangnya 6 - 8 jam cahaya matahari berterusan setiap hari. Cahaya pagi adalah yang terbaik untuk mengeringkan embun pada daun dimana ini akan dapat mengelakkan serangan penyakit kulat. Sebaiknya kawasan penanaman bung amawar mendapat sistem pengaliran udara yang baik tetapi tidak terlalu terdedah kepada angin kencang yang boleh merosakkan dahan yang lembut. Bagaimana pun kalau mennam dalam padu boleh di sesuaikan lokasi menempatkan pokok tersebut. Kerja-kerja bagi penyediaan tanah atau penyedia media taaman dalam pasu di lakukan awal. Sebaiknya menggunakan tanah yang mempunyai saliran yang baik (well-drained). Campuran tanah yang ideal biasanya mengandungi tanah bakar, kompos dan sedikit pasir untuk memastikan air tidak bertakung dimana air yang bertakung boleh menyebabkan masaalah akar reput. Apa pun saiz pasu adalah sesuai dimana periksa pasu mempunyai lubang saliran yang cukup di bahagian bawah untuk ia dapat mengelakkan reput akar. Jika ingin menanam dengan benih gunakan Keratan Batang (cutting method) maka pilih batang yang sihat (tidak terlalu tua atau muda) dimana ia di potong secara menyerong dan perlu di rendam dalam hormon penggalak akar sebelum dicucuk ke dalam media di tapak semaian. Apabila anakbenih sudah cukup umur dan saiz maka ia boleh di pindahkan ke tanah atau kedalam pasu. Panduan untuk gunakan benih dengan membeli benih pokok dari nurseri (dalam polibag) selalu boleh terus ditanam dengan menggali lubang yang dua kali ganda lebih lebar daripada akar pokok tersebut. Masukkan pokok dan timbus semula dengan tanah campuran dan ia kemudian tekan perlahan-lahan.


Aktiviti amalan agronomi taaman bunga mawar melibatkan beberapa aspek seperti perlu buat penyiraman, cantasan, pembajaan, kawala perosak dan penyakit serta memetik bunga. Menyiram p
okok bunga mawar perlu dilakukan di bahagian pangkal atau akar dan seeloknya bukan siram air pada daun yang tujuannya adalah bagi mengelakkan jangkitan patogen perosak seperti serangan kulat. Ia dilakukan penyiraman setiap pagi atau petang kecuali pada hari hujan. Seterusnya di berikan baja bunga dengan komposisi Baja NPK 12:12:17:2 untuk galakkan pembungaan setiap dua minggu sekali dan di tambah dengan baja organik. Aktiviti pemangkasan (Pruning) dilakukan sejak awal untuk membuat cantasan pembentukan dan kemudian di lakukan cantasan penyelenggaraan. Buang dahan yang mati, sakit atau jika ada terdapat kuntum bunga yang telah layu (deadheading) untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru yang lebih kuat. Pokok bunga mawar adalah tumbuhan yang menarik dan menyebabkan ada serangan serangga seperti serangga jenia Aphid atau diserang Penyakit Bintik Hitam pada daun dan ia boleh di kawa dengan menggunakan cara semburan racun organik atau gunakan semburan air sabun nipis jika perlu. Perlu diketahui jika pokok mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit dimana antaranya adalah serangan ia boleh membunuh pokok mawar seperti serangan oleh Kutu Thrip halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda serangan adalah seperti terlihat kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuknya yang terbantut, daun seakan 'terbakar' dan seterusnya pokok mawar jika tidak di kawal boleh mati. Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak berasaskan air (water base pesticide) yang disembur seminggu sekali sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya tidak berkesan juga sebaiknya pokok mawar sudah berada pada peringkat sangat teruk ia sebaiknya ditogelkan daun, bunga dan dahannya, dipangkas lalu dibakar atau dibungkus dengan plastik  dan kemudian dibuang jauh dari pokok lain sebab ia boleh berjangkit. Kesan seperti bintik hitam adlah jenis penyakit berleku terutama di musim hujan yang lebih bahaya di bawa oleh kutu thrips dimana ia biasanya apabila dmenyerang maka potensi daya ketahanan pokok mawar hanya sekitar 50-50 untuk pokok terus hidup atau mati. Serangan jenis penyakit seperti Penyekit Kuapuk disebabkan oleh kulat dimana spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang dalam keadaan lembab atau basah. Pencegahan pentingnya termasuklah seperti menyiram air hanya pada akar.

  
Bagi penulis blog fahan dimana b
unga mawar bukan sekadar hiasan akan tetai ia kaya dengan khasiat kesihatan dan kecantikan. Antara manfaat utamanya ialah merawat masalah kulit (masaalah jerawat, keradangan), melembapkan kulit, bantu melegakan stres, melancarkan pencernaan, meredakan nyeri haid, dan kaya bahan antioksidan. Ia juga boleh digunakan sebagai air mawar, teh atau minyak esensial. Kategori pertama adalah khasiatnya untuk Kesihatan dan KecantikanKdimana bagi kesihatan kulit muka maka air mawar didakwa akan dapat membantu menyegarkan, membersihkan pori-pori serta ia mengurangkan minyak berlebih dan dapat merawat jerawat. Ia juga akan membantu untuk melembapkan kulit muka dimana sering di jadikan sebagai pelembap semula jadi amat sesuai untuk kulit kering dan iritasi. Bunga mawar dilaporkan penggunannya akan dapat Melegakan Tekanan dan Kes Kecemasan sebab aroma bunga mawar bertindak sebagai bahan terapi untuk menenangkan minda dan mengurangkan stres. Seterusnya khasiatnya adalah ia bantu dalam Kesihatan Pencernaan dimana kelopak bunga mawar membantu melancarkan pembuangan air besar dan meredakan sembelit. Ada dakwaan dimana bunga ini mampu Meredakan Masaalah Sengugut dimana dengan meminum teh bunga mawar membantu wanita untuk mengurangkan krem perut dan kembung semasa datang bulan. Ia mengandungi unsur Antioksidan Tinggi dan juga ia kaya dengan polyphenol dan gallic acid yang boleh membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel, kanser dan isu diabetes. Khasiat lain dimana bunga mawar akan  Melegakan Sakit Kepala dimana wap dari air mawar atau minyaknya dipercayai dapat mengurangkan migrain. Apa pun dilaporkan dimana kelopak mawar boleh diolah menjadi teh, manakala air rebusannya digunakan sebagai pembersih wajah (toner) atau bahan campuran dalam mandian bunga mawar bukan sekadar hiasan sebab ia berikan Kesihatan Mental (Aromaterapi) sebab bau harum mawar mempunyai kesan menenangkan yang boleh membantu mengurangkan stres, meningkatkan mood dan menstabilkan tekanan darah apabila dihidu sebagai minyak pati. 
Ia berkhasiat sebagai bahan Antiseptik SemulaJadi dimana kelopak mawar mengandungi bahan yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membantu menyembuhkan luka kecil dan mencegah jangkitan. Ada di laporkan bunga mawar adalah bahan makanan dan masakan yang popular seperti kelopak mawar digunakan sebagai bahan dalam jeli, sirap, jem atau penyedap masakan kerana ciri aromanya yang unik dan menambah slera makan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.....
BUNGA MAWAR...BUNGA ROS SAMA...
BANYAK WARNA... IA HARUM BAUNYA...
AMAT BERKHASIAT... BANYAK GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...