BUNGA TELUKI (Dianthus caryophyllus) atau lebih dikenali dengan nama 'Bunga Carnation' adalah jenis bunga hiasan beraroma wangi, berwarna terang dimana dipercayai ia adalah berasal dari kawasan Mediterranean. Bagi penulis blog adalah memang suka akan bunga ini dimana ia selalu di jadikan sebagai simbol kasih sayang dan sering ditanam di kawasan sejuk seperti di tanah tinggi di Cameron Highlands. Ia memang cantik di mana selalunya dilihat ia mempunyai bentuk kelopak berlapislapis dan selalunua akan hidup 18-20 bulan sahaja dan sangat popular untuk dijadikan sebagai gubahan bunga. Ciri khas bunga teluki atau bunga carnation ini mempunyai warna terang dari warna merah, merah jambu (pink), putih atau warna kuning)dengan mempunyai jenis kelopak yang kelihatan seperti bergerigi atau berkedut. Di Malaysia ada beberapa jenis bung ateluki yang popular iaitu Jenis Bunga Teluki Tunggal (single - satu tangkai hanya ada satu bunga) dan juga Jenis Bunga Teluki Spray (ada banyak bunga kecil pada satu tangkai). Bagaimana pun bunga ini adalah jenis tanaman hiasanyang sesuai di kawasan yang beriklum sejuk deperti di kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland, Kundasang dan Borneo Height serta sekitar Lojing sahaja. Bagaimana pun ada yang sudah menanam dikawasan tanah rendah dengan cara penjagaan yang sedikit berlainan. Ia sesuai di dataran tinggi tetapi masih memerlukan cahaya matahari penuh dan tanah subur yang tidak menakung air. Kegunaan bunga teluk ini ia sangat popular dalam majlis keramaian seperti dalam Maljis Perkahwinan, Majlsi Sambutan Hari Ibu dan di komersilkan sebagai gubahan bunga untuk hadian hari jadi, konvokesyen dan sebagainya. Walau pun ia cantik tetapi penulis blog ingatkan dimana bunga ini mempunyai ancaman toksisiti dimana kajian menyatakan ia adalah sedikit toksik kepada kucing dan anjing jika dimakan yang mana ia boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah kepada mangsanya. Dalam dunia dimana bunga ini dilihat ia melambangkan cinta, ketakjuban dan kecemerlangan dimana ciri ini menjadikannya salah satu bunga potong paling popular di seluruh dunia. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai apakah dia bunga teluki atau bunga carnation sebaga bahan rujukkan semua.
Memang unik bila jenis 'bunga teluki' adalah nama Melayu bagi jenis bunga 'Carnation' iaitu ia merupakan jenis bunga yang sangat popular dalam gubahan hiasan kerana kelopaknya yang beropol-ropol dan tahan lama selepas dipotong. Selain sebagai hiasan ada dilaporkan jika bunga teluki juga merupakan sejenis bunga yang boleh dimakan (edible flower) dan kini mula digunakan dalam penyediaan hidangan mewah. Pokoknya mempunyai daun yang runcing dan berbunga dalam pelbagai warna seperti merah, merah jambu, putih dan ungu. Bunga teluki terkenal dengan kelopak berombak dan aroma wangi dimana ia sering dijadikan bunga hiasan dan hantaran. Jenis utamanya dibezakan mengikut saiz dan bentuk. Antara jenis yang perlu di kenali adalah Jenis Standard Carnation iaitu sejenis bunga besar pada setiap batang dimana jenis ini ia sering digunakan dalam gubahan jambangan rasmi. Kedua ada juga Jenis Spray Carnation (Mini Carnation) dimana jenis ini ia dilihat mempunyai banyak bunga kecil pada satu batang, lebih padat dan rimbun. Ketiga pula ada Jenis Dianthus Chinensis iaitu ia adalah jenis teluki yang lebih kecil dimana jenis ini ia sering ditanam sebagai pokok hiasan taman di kawasan rumah di kawasan beriklim tropika. Perlu di nyatakan jika ada banyak jenis warna bunga teluki sangat pelbagai, merangkumi merah, putih, merah jambu, kuning dan campuran warna. Bunga Teluki yang berwarna putih bagaimana pun kurang di tanam berbanding dengan bunga teluki warna merah atau pink (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia di mana jenis Bunga Teluki (Dianthus) yang biasa ditanam dan di jumpai adalah dari jenis Dianthus chinensis (Teluki Cina) dimana ia adalah sesuai untuk taman hiasan dan juga Jenis Dianthus caryophyllus (Carnation Standard/Spray) yang sangat popular untuk menjadi sebagai bunga potong. Selain itu ada terdapat banyak kultivar (kacukan) yang menghasilkan kelopak berbeza seperti jenis 'Picotee' iaitu bunga ada warna bertepi warna berbeza (Sila lihat foto paling atas sekali) atau jenis yang kelopaknya lebih berkerut. Merujuk kepada beberapa pakar di laporkan yang asasnya bunga teluki secara amnya terbahagi kepada tiga jenis utama berdasarkan cara ia tumbuh dan saiz bunganya iaitu Jneis Bunga Teluki Standard (Large-flowered Carnations) yang mana ia mempunyai satu kuntum bunga besar pada setiap tangkai. Jenis ini biasanya digunakan dalam gubahan bunga hiasan dan sejambak bunga. Kedua adalah Jenis Bunga Teluki Semburan (Spray/Miniature Carnations) iaitu jenis yang mempunyai banyak kuntum bunga kecil pada satu tangkai yang bercabang. Ia sering digunakan sebagai bunga pengisi dalam gubahan. Jenis ketiga adalah Jenis Bunga Teluki Kerdil (Dwarf Carnations) dimana jenis ini saiz pokoknya lebih kecil dan biasanya ditanam sebagai pokok bunga dalam pasu atau di taman sebagai penutup bumi. Selain itu, terdapat juga beberapa spesies popular dalam keluarga Dianthus yang sering dikaitkan dengan bunga teluki seperti Jenis Dianthus chinensis (China Pink) dimana ia mempunyai kelopak yang lebih nipis dan sering ditanam sebagai tanaman hiasan di Malaysia. Ada juga Jenis Dianthus barbatus (Sweet William) yang tumbuh dalam kelompok bunga yang rapat. Menariknya, bunga teluki kini bukan sahaja dijadikan hiasan, malah telah mula dieksport ke luar negara seperti Dubai sebagai bahan hidangan mewah (bunga boleh dimakan.
Cara menanam bunga teluki (Dianthus) memerlukan tanah yang kering atau jenis tanah yang tidak menakung air, dapat cahaya matahari penuh dan selalu ia diberi baja organik setiap dua minggu. Ia membiak melalui biji benih atau keratan batang atau cara pembahagian dalam keadaan suhu dan cuaca ideal. Pertama adalah mencari lokasi sesuai menanam bunga ini dimana asasnya ia perlukan cahaya matahari penuh (sekurang-kurangnya 6 jam sehari) untuk kesihatan dan juga prestasi pembungaan optimum. Jenis tanah yang sesuai adalah jenis tanah yang saliran baik (tidak menakung air) kerana tanah terlalu basah boleh menyebabkan reput akar dikawasan agak sejuk seperti kawasan tanah tinggi. Bag cara menanan gunakan semaian bijibenih dimana bijinya perlu di seemai pada cara media pastikan tanah lembap tetapi tidak basah dan tutup dengan plastik untuk mengekalkan paras kelembapan. Pemindahan Anak Benih kelokasi dengan mengalihkan anak benih ke pasu atau lokasi akhir apabila ia mempunyai beberapa helai daun sebenar dan sainya sudah pun cukup besar untuk ditanam dimana kemudian mesti disiram pada peringkat awal penanaman dan disiram secara berkala (sekali seminggu atau apabila tanah atas kering). Seterusnya perlu di baja iaitu dengan menggunakan baja organik yang cair (larut air) setiap dua minggu semasa musim pertumbuhan (elakkan musim sejuk atau hujan berterusan). Lakukan cantasan atau pemangkasan terutama pada bangkas bahagian bunga yang layu untuk merangsang pengeluaran bunga baru dan membolehkan pokok tumbuh lebih lebat. Apa pun cara pembiakan lain boleh di lakukan dengan cara Pembahagian iaitu memisahkan rumpun pokok untuk tujuan mendapatkan pokok baru atau cara Keratan Batang dimana cara ini ia membiakkan melalui keratan hujung batang. Jika terlalu terdedah kepada suhu panas matahari ia boleh menjadikan kerosakan pada pokok ini seperti akan ada ;Kesan Terbakar' atau dilihat daunnya hangus. Serangan Penyakit Aksr juga menjadi ancaman terutama berlaku disebebkan keadaan tanag terlalu basah.
Dilaporkan dimana Bunga Teluki atau Carnation ini ia juga terkenal dengan haruman wangi yang tahan lama dimana ciri ini ia menjadikannya sesuai untuk mengharumkan ruang, hiasan taman dan hiasan majlis istimewa dimana ia kini sudah digunakan sebagai bahan dalam hidangan mewah. Ia juga terkenal dalam budaya sebagai simbol cinta dan simbai dalam menyatakan kebahagiaan. Khasiat dan kegunaan utama bunga teluki boleh do kelaskan kepada Jenis Kegunaan Estetika dan Haruman iaitu sebaga bahan pewangi ruangan yang semulajadi sebab kewangiannya yang kuat dan tahan lama membantu meneutralkan bau dan boleh menciptakan suasana yang menenangkan. Ia juga menjadi jenis hiasan taman yang sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman, batas, atau dalam bekas kerana warnanya yang cerah (kadang-kadang dwiwarna). Seterusnya dalam tradisi dan budaya dimana bunga ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan (di Eropah) dan majlis perayaan. Agak unik dimana bunga ini ada kegunaan Dalam Masakan (Edible Flower) dimana ia menjadi bahan Hidangan Mewah iaitu ada jenis khusus yang kini digunakan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan istimewa. Ia bagus berfungsi sebagai tanaman 'Penapis Udara' seperti jenis Dianthus chinensis yanng mana ia dikatakan mampu menyerap bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan klorin. Ia menjadi toksik kepada haiwan peliharaan kepada kucing dan anjing ancamannya ia boleh menyebabkan cirit-birit. Bunga ini juga ia boleh direbus untuk menghasilkan sirap atau dicampur ke dalam teh untuk aroma yang unik. Ada di sesetengah budaya, teh bunga teluki digunakan untuk membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tekanan. Ekstrak atau kelopak bunga ini kadangkala digunakan dalam produk kecantikan kerana sifatnya yang membantu melembapkan dan menyegarkan kulit. Ia juga dipercayai dapat membantu mengurangkan keradangan ringan jika diamalkan dalam bentuk minuman herba. Ia merupakan antara bunga potong yang paling popular di dunia untuk gubahan bunga, majlis perkahwinan, dan hiasan laman. Dalam industri Minyak Wangi: sebab ada bau yang harum dan tersendiri, pati bunga teluki digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan produk aromaterapi.
Dilaporkan dimana Bunga Teluki atau Carnation ini ia juga terkenal dengan haruman wangi yang tahan lama dimana ciri ini ia menjadikannya sesuai untuk mengharumkan ruang, hiasan taman dan hiasan majlis istimewa dimana ia kini sudah digunakan sebagai bahan dalam hidangan mewah. Ia juga terkenal dalam budaya sebagai simbol cinta dan simbai dalam menyatakan kebahagiaan. Khasiat dan kegunaan utama bunga teluki boleh do kelaskan kepada Jenis Kegunaan Estetika dan Haruman iaitu sebaga bahan pewangi ruangan yang semulajadi sebab kewangiannya yang kuat dan tahan lama membantu meneutralkan bau dan boleh menciptakan suasana yang menenangkan. Ia juga menjadi jenis hiasan taman yang sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman, batas, atau dalam bekas kerana warnanya yang cerah (kadang-kadang dwiwarna). Seterusnya dalam tradisi dan budaya dimana bunga ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan (di Eropah) dan majlis perayaan. Agak unik dimana bunga ini ada kegunaan Dalam Masakan (Edible Flower) dimana ia menjadi bahan Hidangan Mewah iaitu ada jenis khusus yang kini digunakan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan istimewa. Ia bagus berfungsi sebagai tanaman 'Penapis Udara' seperti jenis Dianthus chinensis yanng mana ia dikatakan mampu menyerap bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan klorin. Ia menjadi toksik kepada haiwan peliharaan kepada kucing dan anjing ancamannya ia boleh menyebabkan cirit-birit. Bunga ini juga ia boleh direbus untuk menghasilkan sirap atau dicampur ke dalam teh untuk aroma yang unik. Ada di sesetengah budaya, teh bunga teluki digunakan untuk membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tekanan. Ekstrak atau kelopak bunga ini kadangkala digunakan dalam produk kecantikan kerana sifatnya yang membantu melembapkan dan menyegarkan kulit. Ia juga dipercayai dapat membantu mengurangkan keradangan ringan jika diamalkan dalam bentuk minuman herba. Ia merupakan antara bunga potong yang paling popular di dunia untuk gubahan bunga, majlis perkahwinan, dan hiasan laman. Dalam industri Minyak Wangi: sebab ada bau yang harum dan tersendiri, pati bunga teluki digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan produk aromaterapi.
Menarik dalam bernama dengan kisah bertajuk 'Bunga Teluki Malaysia tembusi pasaran Timur Tengah' apabila ada syarikat yag menyasarkan untuk mengeksport lebih 10,000 kotak bunga teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun. Ia bukan sahaja cantik sebagai hiasan malahan Bunga Teluki atau Carnation juga mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusahanya apabila bakal menembusi pasaran Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai antara bahan dalam hidangan mewah. Apa yang lebih istimewa, Bunga Teluki atau nama saintifiknya Dianthus caryophyllus bakal menjadi pilihan untuk digunakan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan mewah di restoran fine dining dan hotel mewah sekitar Dubai. Menurut Ketua Unit Industri Florikultur Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata pihaknya menyasarkan untuk mengeksport lebih 10,000 kotak Bunga Teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini. Jabatan Pertanian menyasarkan sebanyak 10,000 kotak dengan setiap kotak seberat 10 gram yang mempunyai kira-kira 45 kuntum Bunga Teluki seminggu yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha. Susulan itu, DOA telah mengenal pasti kawasan yang bakal dibangunkan untuk penanaman Bunga Teluki atau Ladang Eksport Bunga Boleh Dimakan (LEEF) secara komersial seluas 2.4 hektar di Bukit Changgang, Banting, Selangor. Malaysia akan memfokuskan ladang di Bukit Changgang sebagai projek rintis untuk dijadikan pusat sehenti bagi keseluruhan proses bermula daripada penanaman, penuaian, penyimpanan dan pembungkusan sebelum dieksport. Apa pun sebab utama kita memilih kawasan yang dekat dengan lapangan terbang kerana adalah penting untuk memastikan kualiti bunga kekal segar sepanjang proses daripada penanaman, penuaian hinggalah penghantaran ke luar negara dan setiap kotak Bunga Teluki mampu mencecah harga RM80 berbanding nilainya di pasaran tempatan yang hanya dijual kira-kira RM10. Kos keseluruhan untuk mengeksport Teluki juga rendah berbanding Orkid yang dilakukan sebelum ini kerana selain memastikan bunga sentiasa segar, ia hanya membabitkan produk itu sendiri dan pembungkusan. Kalau sebelum ini Malaysia mengeksport Orkid dalam bentuk kotak hadiah premium yang melibatkan kos yang agak tinggi tetapi tidak bagi Teluki yang turut menjanjikan pulangan lumayan. Ini juga antara pengeksportan komoditi bernilai tinggi negara. Ia tidak begitu rumit seperti Orkid yang perlu kita sediakan pasu khas dan gel air bagi memastikan ia kekal segar, cuma kita akan pastikan pembungkusan Teluki juga masih kekal segar supaya pembeli berpuas hati. Bunga yang biasanya menjadi perhatian peminat sebagai hiasan di kawasan rumah atau dekorasi pada majlis tertentu itu juga boleh dihidangkan dalam pencuci mulut seperti ais krim dan stik dimana kalau sebelum ini kita hanya dengar kegunaan edible gold, atau emas yang boleh dimakan, untuk dimasukkan dalam hidangan tetapi kali ini, kita yakin Teluki juga akan mendapat sambutan yang sama kerana rasanya yang segar terutama untuk pencuci mulut. Kini setelah dimasukkan bunga ini dalam hidangan berkenaan, ia juga menjadi nilai tambah dan harga hidangan juga semakin mahal. Projen tanaman Bunga Teluki diusahakan di sebuah ladang di Kajang yang menempatkan empat rumah hijau bagi memenuhi pasaran tempatan oleh sebuah syarikat Foliage Microgreens dimana DOA turut mengintai peluang untuk pasaran di Singapura susulan terdapat permintaan sebelum ini dan memulakan penanaman bunga itu di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. DOA telah memberikan bantuan dari segi nasihat berkaitan penjagaan bunga dan peluang yang ada untuk memasarkan produk ini dan kami merancang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.