PAUS (Whale) atau ikan paus adalah sekelompok mamalia laut berplasenta yang bernafas menggunakan paru-paru, berdarah panas, dan menyusukan anak, bukannya ikan. Ia tergolong dalam ordo Cetacea dan hidup sepenuhnya di dalam air. Paus adalah antara haiwan terbesar di dunia iaitu dengan sesetengah spesies boleh membesar sehingga 18 meter panjang, Ia sejenis mamalia dan ia bukan ikan bila paus bernafas melalui lubang hembus, melahirkan anak dan juga ia mempunyai jantung empat ruang. Paus tinggal di laut dan sering bermigrasi dari kawasan sejuk ke perairan hangat untuk membiak dimana selalunya paus betina menyusukan anak dengan susu yang pekat dan berlemak tinggi. Ada banyak paun di seluruh dunia tetapi yang selalu di kenali adalah seperti Jenis Paus Biru, Paus Bongkok dan Paus Orca dimana ia berstatus haiwan yang dilindungi daripada aktiviti termasuk cara penangkapan komersial. Perlu di ingkatkan sekali lagi dimana paus bukan ikan dimana ia sebaliknya ia adalah sejenis mamalia laut yang bernafas menggunakan paru-paru (bukan insang), berdarah panas dan menyusukan anaknya. Ia tergolong dalam ordo Setasea (Cetacea) dan berkembang biak dengan cara melahirkan anak iaitu ia berbeza dengan ikan yang bertelur. Cara pernafasan paun akan menggunakan paru-paru dan perlu naik ke permukaan air untuk bernafas melalui lubang hembus. Cara pembiakan sebagai mamalia ia akan melahirkan anak dan menyusukan anak dengan susu yang pekat. Ia juga berdarah panas serta dapat mengekalkan suhu badan yang stabil. Ada dilaporkan paus juga mempunyai sedikit bulu terutama pada paus dewasa. Dilaporkan dimana paus asalnya berevolusi daripada haiwan darat yang mana ia kemudian ia berpindah ke lautan berjuta tahun dahulu dan masih hidup sehingga sekarang. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas segalanya tentang paun untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.
Dalam portal hmetro dilaporkan 'Bangkai paus terdampar disangka kayu balak hanyut' yang menjadi tanda tanya ramai penduduk Pekan, Pahang yang mereka menyangka ia cuma 'kayu balak besar' yang terdampar di Pantai Kampung Sungai Miang terjawab apabila objek itu disahkan sebagai bangkai ikan paus. Penemuan itu menggemparkan penduduk setempat memandangkan ia kali pertama bangkai paus bersaiz besar terdampar di pantai itu. Penduduk pada awalnya dia dan nelayan lain yang melintasi kawasan itu untuk ke laut menyangka objek tersebut hanya bongkah kayu dimana kehadiran 'bongkah kayu' itu mula menimbulkan tanda tanya apabila ia terus berada di situ dan tidak berganjak walaupun selepas air laut pasang. Apa pun memandangkan tiada jalan masuk ke kawasan itu, penduduk hanya melihatnya dari jauh sehinggalah salah seorang nelayan naik ke pantai untuk melihatnya dengan lebih dekat kemudian baru tahu ia sebenarnya bangkai paus berukuran kira-kira 12 meter yang sudah mulai mereput. Perkara itu segera dimaklumkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Pekan untuk siasatan lanjut dimana hasil siasatan awal mengesahkan ia bangkai paus namun spesiesnya belum dapat dikenal pasti. Lokasi ini mula dikunjungi penduduk untuk melibat bangkai paus dengan lebih dekat dan ada yang merakamnya untuk dikongsi melalui media sosial. Kes ini sudah diserahkan kepada pihak perikanan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya dimana bangkai ini 'dikawal' bagi tujuan mengelak ada pihak mengambil bahagian ikan ini sehingga mengganggu siasatan pihak berkuasa. Laporan jabatan Perikanan dapati ia berkemungkinan ia dari perairan luar dan mati lebih awal sebelum dihanyutkan ke sini dimana bangkai ini mungkin akan dilupuskan (ditanam) di kawasan ini memandangkan ia sudah mula reput dan berbau. Apa pun orang ramai agar tidak mengusik bangkai tersebut sebab paus adalah haiwan bermigrasi dan perairan Pekan dan Nenasi dikenal pasti sebagai laluannya. Sampel bangkai itu akan diambil untuk ujian asid deoksiribonukleik alam sekitar (eDNA) bagi mengenal pasti spesiesnya dimana bangkai itu akan ditanam dan rangkanya akan digali semula selepas 100 hari untuk tujuan pengawetan.
Dalam bharian dilaporkan kejadian 'Kemunculan paus bungkuk di Pulau Redang kali pertama direkodkan' dimana Kisah dari Kuala Terengganu viral apabila ada seekor paus dipercayai dari spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) timbul di Pulau Redang yang tular di media sosial sejak semalam adalah mamalia yang melakukan penghijrahan atau migrasi paling jauh berbanding mana-mana haiwan mamalia lain. menurut Pensyarah Program Biologi Marin dan Penyelidik Bersekutu Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Maizah dimana kemunculan spesies yang juga dikenali sebagai paus bungkuk itu boleh dianggap istimewa kerana tidak pernah dilaporkan sebelum ini. Walaupun agak sukar mengecam spesies paus itu kerana rakaman video pendek dan kurang jelas ianya menunjukkan bahagian kepala atau ekor paus itu tetapi pengecaman pada bentuk sirip dorsal menunjukkan ia adalah spesies Humpback Whale atau paus bungkuk. Spesies ini boleh dijumpai di perairan dalam di seluruh dunia namun populasi yang paling hampir dengan perairan Malaysia adalah dari kawasan Western North Pacific. Populasi paus bungkuk ini dilaporkan menggunakan perairan Okinawa, Jepun dan Filipina untuk membiak dan di Malaysia, ia pernah dilaporkan ditemui di perairan Pangkor, Perak dan Miri, Sarawak. Masih tiada bukti yang cukup untuk menyatakan perairan di negeri ini menjadi laluan mamalia marin itu memandangkan ia adalah kemunculan kali pertama spesies itu di Pulau Redang. Mereka masih tidak mempunyai maklumat saintifik berkenaan lokasi laluan spesies Humpback Whale di perairan Pulau Redang. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk berlaku kerana lokasi Pulau Redang berada tidak begitu jauh dengan kawasan perairan Western North Pacific yang menjadi salah habitat populasi Humpback Whale sebab apa yang penting sebarang kemunculan Humpback Whale atau mana-mana spesies mamalia marin dapat dilaporkan kepada pihak berkaitan supaya data itu dapat dikumpulkan untuk memerhati jika terdapat perubahan pada pola migrasi spesies marin terancam ini. Kemunculan haiwan mamalia marin yang berkarisma seperti Humpback Whale ini memberi mesej bahawa tidak kira di mana kita berada, setiap ahli masyarakat perlu bersama-sama menjaga kelestarian lautan. Semua dinasihatkan agar warga tempatan lebih berhati-hati ketika mengadakan aktiviti di perairan berhampiran dan jika terserempak dengan mana-mana spesies haiwan marin terancam seperti ini, perlulah memperlahankan bot dan tidak cuba untuk menghampiri haiwan ini dengan terlalu rapat. Para

Dalam portaal bharian pula dilaporkan agar 'Nelayan diminta waspada dengan paus pembunuh' dimana mereka di nasihatkan agar jangan mendekati atau mengganggu paus pembunuh kerana ia boleh menyebabkan mamalia itu agresif. Ia adalah nasihat dikeluarkan Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad kepada nelayan, khususnya nelayan kecil susulan kewujudan sepasang paus pembunuh ditemui berdekatan pelantar minyak Dulang, kira-kira 170 kilometer dari pantai Kerteh. Dimaklumkan yang spesies mamalia yang nama saintifiknya Orcinus orca itu adalah spesies liar dan berbahaya bukan sahaja kepada hidupan marin malah boleh mengancam nyawa nelayan kerana sifat pembunuhnya sangat tinggi. Paus itu memang ditemui di tengah laut tetapi kita bimbang ia tersasar ke kawasan berhampiran pantai dan mengancam keselamatan nelayan kecil. Selain nelayan kecil, kita juga menasihatkan kepada nelayan laut dalam supaya tidak mengganggu mamalia itu sekiranya terserempak kerana ia boleh menyebabkan haiwan itu bertindak agresif. Dia mengulas kewujudan paus yang dianggarkan seberat lima tan itu, Mohd Tamimi berkata, spesies itu tidak ada di perairan negara dimana ini penemuan pertama di perairan negeri ini. Dakwa Jabatan Perikanan dimana paus itu jarang ditemui di perairan Asia sebaliknya ia banyak dan membiak di kawasan Amerika Utara dan ia bergerak dalam kumpulan namun ia mungkin sesat kerana mengikut makanan seperti burung laut dan akan kembali ke tempat asalnya serta hidup dalam kumpulan. Ikan paus itu termasuk dalam senarai spesies terancam dan jika ada yang menemuinya, kita meminta kerjasama untuk mengambil gambar dan memaklumkan kepada Jabatan Perikanan berhampiran dimana di laporkan ada sepasang ikan paus dianggarkan seberat lima tan ditemui di kawasan perairan berhampiran pelantar minyak Dulang, jam 12 tengah hari yang mengejutkan. Paus itu dikatakan telah berenang pada kedalaman antara 76 hingga 80 meter dan menjadikan Laut China Selatan sebagai laluan migrasi. Apa pun berdasarkan rekod di FRI dan Jabatan Perikanan apabila paus berkenaan tidak pernah melintasi perairan negeri Terengganu ini sebelumnya.
Portal sama juga ada melaporkan 'Yu paus tersangkut di pukat nelayan, dilepaskan di Pulau Undan' di Melaka agak unik. Dilaporkan ada sekumpulan nelayan dari Duyong, Melaka tengah yang mengambil masa enam jam untuk menunda anak ikan yu paus (Rhicodon Typus Smith) seberat lebih 1.5 tan yang tersangkut pada jaring ketika keluar menangkap ikan. Paus adalah sejenis mamalia sepanjang enam meter itu tersangkut pada jaring nelayan iaitu Saedon yang keluar ke laut bersama adiknya Mahat pada jam 4 pagi kira-kira tujuh batu nautika dari pesisir Pulau Hanyut di Melaka. Para nelayan dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Nelayan itu kemudian menaikkan ikan yu paus itu ke darat di Jeti Kuala Duyong kira-kira jam 10 pagi dimana ketika menarik jaring beliau berasa benda berat tersangkut akan tetapi mereka tidak menyangka ia ikan yu paus gergasi. Kedua mereka terkejut apabila mendapati benda tersangkut pada jaring ialah yu paus gergasi yang jarang dilihat kerana ia biasanya berada di laut dalam. Pada mulanya mereka hendak melepaskan semula ikan itu akan tetapi sukar kerana keadaan jaring yang sudah rosak dan selain dibimbangi jika berlaku kecederaan pada ikan itu dan berjaya menaikkannya ke Jeti Kuala Sungai Duyong pada jam 10 pagi. Bagaimanapun diatas nasihat Jabatan Perikanan negeri maka mamalia itu dilepaskan semula ke laut berhampiran Pulau Undan untuk mendapatkan persekitaran air bersih pada kira-kira jam 12.45 tengah hari kemudiannya. Ikan spesies yu paus yang tersangkut pada jaring nelayan itu ditemui dalam keadaan masih hidup namun ia memerlukan persekitaran air bersih untuk dilepaskan. Ikan itu dinaikkan ke darat sebentar dan dilakukan pemeriksaan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perikanan mendapati ia masih hidup sebelum mereka melepaskannya semula ke perairan lebih selamat di sekitar Pulau Undan. Kemunculan ikan yu paus ini berkemungkinan disebabkan oleh perairan Selat Melaka adalah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Ia juga spesies marin yang dilindungi mengikut Akta Perikanan 1985 dan dilaporkan yu paus telah lama memainkan peranan penting dalam budaya dan mitologi berbagai masyarakat di seluruh dunia. Sebagai makhluk laut terbesar dan paling misterius dimana paus telah menginspirasi cerita, legenda dan kepercayaan yang telah bertahan selama berabad-abad. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syor untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.