KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 21, 2012

PISANG : VARIETI DI MALAYSIA (Part 2)

PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita tetapi hanya sebahagian sahaja yang di tanam secara komersil untuk tujuan makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar  yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai beberapa varieti pisang yang popular di Malaysia sama ada anda tahu atau tidak. 


6.    PISANG BUNGA
Pisang Bunga ini memang kurang popular dikalangan varieti pisang di Malaysia. Tidak ramai orang mengenali akan pisang bunga, saya lihat ianya macam pisang nangka atau pisang embun sahaja. Perbualan saya dengan beberapa petani di sekitar Batu Pahat, Pontian dan Muar menyatakan pisang bunga mempunyai jantung pisang yang besar dan panjang. Pisang ini dari jenis pisang besar dan masak dengan warna hijau untuk kegunaan segar dan boleh diproses menjadi kerepek pisang jika mahu. Nama pisang bunga ini senang sahaja kita teka akan asal usulnya, tentu dari 'bunga pisang' yang besar atau jantung pisang yang besar.



7.    PISANG EMBUN

Pisang Embun adalah varieti pisang untuk makan segar dengan rasa yang enak dan aroma yang menyelerakan. Pisang Embun macam hendak sama dengan varieti Pisang Cavendish yang popular. Pisang Embun adalah dari jenis pisang bersaiz besar dan panjang dimana ia mempunyai kulit berwarna hijau sama ada ianya mentah atau telah cukup matang. Bezanya cuma apabila masak, ia menjadi hijau cerah dan tekstur kulit yang lembut. Pisang ini mudah dikupas kulitnya dan boleh terus dimakan. Asal usul nama pisang embun saya agak, mungkin disebabkan terdapat banyak embun menitik dipagi hari yang dikenalpasti oleh Puan Embun binti Pisang. 



8.   PISANG KAPAS

Pisang Kapas adalah sejenis pisang yang ditanam di kawasan kampong terutamanya di sepanjang parit di Johor dan keliling rumah. Pisang Kapas mempunyai kulit warna hijau ketika muda dan akan menjadi warna kuning terang apabila masak. Pisang kapas boleh dimakan segar tetapi ia merupakan varieti pisang paling sesuai diproses menjadi produk 'Pisang Salai' kerana pisang kapas mempunyai rasa sangat manis dan aroma yang enak. Pisang ini mempunyai saiz sederhana besar dan berbentuk bulat dengan isi yang padat. Saya kurang pasti akan asal usul nama Pisang Kapas kerana macam tidak ada kaitan antara keduanya. Saya mengagak yang nama diberi oleh mereka yang suka akan warna isinya yang putih macam kapas.  


9.   PISANG KARI
Pisang Kari ini amat jarang kita jumpa dikampong kerana pisang ini agak jarang ditanam secara komersil. Cari punya cari, ada satu foto yang didakwa sebagai pisang kari seperti diatas. Pisang Kari saya dapati mempunyai tandan kecil dan hanya ada 2 - 4 sisir buah sahaja dan bentuknya macam pisang lang tetapi bersaiz kecil. Pisang ini sesuai untuk dijadikan untuk masak sayuran. Saya agak yang nama pisang kari ini ada kaitan dengan kesesuaiannya pada zaman Jepun dulu dimana pisang ini dimasak kari kerana tidak cukup bahan makanan akibat darurat. Kari yang digunakan pada masa itu pun buatan sendiri kerana belum ada 'Kari Babas' arau 'Kari Adabi' lagi.


10.   PISANG KELAT KELING
Pisang ini mudah kita jumpa dikampong-kampong tradisional kerana pokok pisang kelat keling tahan dari serangan penyakit dan cepat membiak.  Pisang ini dalam kategori pisang sederhana kecil dengan kulitnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi kuning pekat dengan banyak tompok coklat dikulitnya apabila cukup masak (Lihat foto diatas). Isinya tidak berapa manis dan ianya mampunyai rasa kelat yang signifikan (Orang Muo kata rasanya 'Seppet'). Pisang ini boleh dimakan segar dan sesuai untuk di goreng atau dibuat kueh tradisional. Boleh kita agak asal usul nama pisang Kelat Keling ini kerana rasanya yang Kelat dan warna gelap macam Ke...Ling. 

Banyak lagi varieti pisang yang terdapat di Malaysia. Baca artikel Part 3 dan Part 4 yang akan menyambung mengenai varieti pisang ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan kita. Wallahualam!


PISANG KAPAS... PISANG SALAI JADINYA...

PISANG EMBUN... DIMAKAN ENAKNYA...
PISANG KARI... TIDAK BERAPA KENALNYA...
PISANG KELAT KELING... ADUH KELATNYA...

By,

M Anem
Gerai Buah-buahan,
Pasar Borong Selangor,
Seri Kembangan, 
Serdang, Selangor, 
Malaysia.
(17 Muharram 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...