KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 16, 2012

BERAS BASMATI

BERAS BASMATI (Oryza sativa) merupakan sejenis beras premium yang mempunyai aroma khas dan kualiti saiz biji beras yang panjang serta nilai sedap permakanan yang tinggi dipasaran. Negara India merupakan pengeluar utama beras basmati dunia diikuti dengan negara Pakistan. India menghasilkan lebih dari 6.5 juta metrik tan beras basmati setahun dian Pakistan pula sekitar  2.5 juta metrik tan untuk kegunaan domestik dan ekspot. Di Malaysia beras basmati menjadi kemestian didalam menyediakan menu istimewa untuk Maljis Kenduri Kendara dengan masakan paling terkenal iaitu Nasi Beriyani. Negara kita juga merupakan pengimpot beras basmati yang tinggi daripada kedua-dua negara tersebut dengan jumlah yang banyak setiap tahun. Keistimewaan beras basmati kerana ia memberikan bau seperti daun pandan (Dikenali secara kimia sebagai kompaun 2 -acetyl-1-pyrolline). Artikel petang Ahad ini selepas bertugas di pameran MAHA International 2012 saya menulis mengenai Beras BAsmati dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukkan dan bacaan anda.


Padi varieti basmati di India.
Tanaman Padi Varieti Beras Beryani banyak dikawasan Tengah dan Utara India serta Pakistan. Kawasan Jammu-Kahshmir, Haryana, Punjab, Delhi dan Uttarakhand merupakan pengeluar utama yang menghasilkan beras basmati gred premium. Apa yang saya tahu, pokok padi basmati adalah jenis 'photo-sensitive' dengan cahaya matahari dan mudah diserang oleh banyak musuh dan penyakit (Lihat foto seselah). Tumbuhan ini tinggi dan lemah menyebabkan ianya mudah rebah. Biji beras yang panjang mudah patah ketika ianya di proses kisar dikilang dimana ini menyebabkan grednya akan jatuh. Kadar hasil beras basmati adalah rendah iaitu sekitar 10 quintal/hektar dan jangan marah kalau harga dipasaran basmati memang tinggi.


Sawah basmati di Utarrakhand
Terdapat banyak varieti basmati yang ditanam di India dan juga Pakistan tetapi penanaman perlu dijadualkan untuk padi menerima cuaca sejuk (angin pergunungan himalaya) ketika hampir matang (Ripening period) dimana kualiti beras akan menghasilkan aroma wangi pandan yang sangat kuat. Suhu pada 25 celsius pada siang hari dan 21 selsius pada malam hari didapati sangat ideal untuk menghasilkan basmati gred premium dari segi aroma. Kawasan penanaman padi adalah dilereng gunung menggunakan batas mengikut kontor (Lihat foto sebelah atas). Kaedah penanaman secara tradisional dikawasan tradisi mengekalkan kualiti beras basmati disebabkan juga oleh faktur genotaip dan juga jenis tanah sedia ada. Paling penting didalam penanaman beras ini adalah waktu menyemai dan mengubah kesawah akan menentukan kualiti beras. Jika terlalu awal menyemai atau mengubah akan menyebabkan pokok menjadi tinggi akibat terlalu lama peringkat vegetatif dan pokok mudah tumbang.


Nasi Beryani daging Kambing.
Beras Basmati sangat popular untuk masakan yang istemewa seperti untuk Nasi Beriyani, Nasi Minyak (Di Malaysia), Nasi Pulao ; Nasi Kheer (Di India) dan sebagainya. Beras Basmati dijual dalam bentuk asli (warna putih) dan juga bentuk beras basmati coklat (Brown processed basmati). Nasi Beriyani Gam Batu Pahat merupakan menu sangat popular di Malaysia dan amat diminati oleh banyak gulongan masyarakat. Nasi Beriyani mesti menggunakan basmati untuk menghasilkan rasa dan bau yang enak dimakan bersama daging ayam, daging lembu apa lagi kalau beryani daging kambing. Nasi Minyak semasa majlis kenduri kahwin juga lazimnya menggunakan beras basmati sebagai jamuan.


Harga Basmati merupakan antara jenis beras wangi paling mahal dipasaran. Beras ini dipasarkan diseluruh dunia oleh India dan Pakistan dengan pasaran khusus (Niche market). Harga berbeza mengikut kualiti beras, jenama, jarak penghantaran dan juga tahap ekonomi sesebuah negara. Orang Malaysia merupakan diantara pengguna tegar beras basmati yang diimpot dengan kuantiti yang banyak setiap tahun. Syarikat Beras Faiza contohnya mengimpot beras basmati dan diedarkan dengan jenama 'Beras Moghul' yang mudah kita beli dibanyak outlet.  Khasiat beras basmati memang banyak kita boleh baca didalam internet dan paling selalu di tekankan adalah aromanya dan saiz berasnya yang memang panjang dan enak di makan.

BERAS BASMATI..... JADI NASI BERIYANI...
KALAU ADA DUIT... MAKAN MESTI BERANI...
HARGANYA MAHAL .... DIJUAL KECIK GUNI...
DMAKAN SEDAP ... PADA MASA KENDURI...

By,
M Anem
Room 2351, Nan Yang Hotel,
Gua Musang, Kelantan,
Malaysia
(2 Muharram 1434H)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...