KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 6, 2012

KIWI FRUIT

KIWI FRUIT (Actinidia deliciosa) atau Buah Kiwi adalah sejenis buah yang sinonim dengan Negara New Zealand dimana buah ini menyerupai bentuk buah Ciku (Manikara sapota). Buah ini juga dipanggil sebagai Kiwifruit, Chinese Gooseberry dan Yan-Tao dan dipercayai natif dari Asia termasuk negara China. Apa yang saya buat rujukan dengan buku, buah kiwi ini mempunyai sebanyak 40 spesis yang telah direkodkan dan telah dibawa oleh saintis ke New Zealand pada tahun 1906 sebelum dikomersilkan di negar tersebut dengan varieti besar jenis 'Hayward'.  Merujuk kepada buku bertajuk 'Temperate dan Sub-Tropical Fruit Production' karangan David Jackson & Norman Looney terbitan CABI menyatakan buah Kiwi variety 'Hayward' kini merupakan varieti komersial terbanyak ditanam d New Zealand, Chile, China, USA , Perancis, Greece, Jepun dan Korea selain daripada varieti 'Zespri'. Varieti Zespri menguasai sekitar 20% pasaran dunia.  Pengeluaran buah kiwi dunia sekitar 1.4 juta metik tan dalam setahun. Artikel malam ini saya menulis buah kiwi dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Program pembiakan benih buah kiwi merupakan proses yang aktif sehingga menghasilkan lebih dari 40 varieti. Pokok Kiwi sesuai ditanam dikawasan suhu temperate dimana ada suhu musim panas mencukupi. Tanaman ini adalah jenis menjalar (trailing) dengan panjang batang pokok (deciduous vine) sekitar 9 meter dengan kayu sokongan. Lebar daun kiwi yang membesar sehingga bersaiz 20 cm lebar. Pokok kiwi ditanam dengan menggunakan kayu sokongan (Lihat foto sebelah) seperti juga menanam buah anggur dan markisa.  Bahan tanaman lazimnya daripada keratan batang dari bahagian lembut atau sederhana lembut. Keratan berukuran 10 -15 cm panjang mesti mempunyai mata tunas dan disemai dalam nurseri selama 3 - 4 minggu. Apabila berakar dipindahkan kedalam polibeg atau tray sehingga berumur 1 tahun sebelum dipindahkan keladang tanaman kiwi. Jarak tanaman disyorkan adalah 5 meter diantara barisan dan 5.5 - 8.0 meter dalam barisan pada kayu sokongan setinggi 1.8 - 2.0 meter. Diantara masaalah serangan perosak adalah seperti Ulat Pengulung Daun, Greedy scale, Thrips, Passionate Hooper dan juga Cacing Akar semantara penyakit reput akar menyerang jika saliran kurang baik.


Pokok Kiwi adalah jenis Dioceous dimana bunga betina dan bunga jantan keluar berasingan (Lihat foto sebelah). Proses pendebungaan dilakukan oleh angin dan paling berkesan dengan serangga terutamanya lebah madu. Lazimya sebanyak 8 haif/hektar disyorkan untuk pendebungaan kiwi dimana kadar bunga bentina:jantan paling sesuai pada kadar 1:3 atau 1:8. Bunga lazimnya keluar pada hujung musim bunga dan buah akan masak pada musim luruh atau awal musim sejuk. Varieti Hayward akan mula berbuah 2-4 tahun selepas ditanam semantara varieti Zespri lebih cepat iaitu 1 - 2 tahun selepas ditanam. Buah akan dipetik apabila pasti mengandungi 10% 'soluble solid' didalamnya untuk memberikan rasa paling baik. Pokok kiwi mampu bertahan sehingga umur 50 tahun seperti pokok anggur dengan penjagaan yang baik. 


Kaedah memetik buah kiwi dengan menggunakan tangan dan dikumpulkan didalam bekas sebelum dibuat penggredan. Anggaran hasil buah kiwi  varieti Hayward adalah sebanyak 6 mt/ha (umur pokok 3 tahun) menungkat kepada 20 mt/ha (5 tahun) dan sebanyak 30 mt/ha (umur pokok 8 tahun). Bagi varieti Zespri pula anggaran pengeluaran hasil adalah sebanyak 20 mt/ha (3 tahun) meningkat kepada 30 mt/ha (5 tahun) dan sebanyak 45 mt/ha (8 tahun). Wow! memang tinggi hasil buah kiwi yang mampu dihasilkan. Buah ini tahan sehingga 6 bulan dalam simpanan pada suhu 1.6 darjah Celsius untuk pasaran ekspot. Adakah anda sering beli dan makan buah kiwi?. Apakah khasiat buah Kiwi?. Kenapa perlu makan buah kiwi bukan buah ciku?.



BUAH KIWI... MACAM BUAH CIKU....
DUA VARIETI... DIPASARAN LAKU...
HAYWARD & ZESPRI... VARIETI BARU...
BILA DIBELAH ... NAMPAK ISI HIJAU... 

By,
M Anem
Room 256, Hotel Selesa,
Bt 5, Jalan Pantai, Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(6 Disember 2012)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...