Wednesday, December 26, 2012

HARGA BAJA TUNGGAL

Reactions: 
HARGA BAJA TUNGGAL (Straight Fertilizers) di Malaysia berubah-ubah selama 5 tahun mulai tahun 2008 hingga 2012 daripada kajian yang saya jalankan. Penggunaan baja tunggal dalam sektor perladangan seperti untuk tanaman kelapa sawit, getah, koko dan juga tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran terun meningkat saban tahun.  Kita telah dikejutkan dengan krisis kenaikan harga bahan petroleum pada tahun 2008 dimana ianya telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Bahan asas membuat baja kimia kebanyakannya adalah berasaskan kepada produk petroleum dan bahan campuran asas yang lain. Krisis ini turut menjejaskan kos bahan makanan akibat kos bahan input seperti baja, kos pengangkutan dan kesan seterusnya  terhadap produktiviti pengeluaran hasil tanaman.  Krisis Makanan lebih ketara apabila banyak kawasan tanaman bijirin seperti sawah padi yang musnah akibat bencana alam seperti banjir dan sebagainya.  Berdasarkan kepada isu diatas, saya telah membuat kajian terhadap trend harga baja tunggal di pasaran runcit di Malaysia untuk jangkamasa selama 5 tahun. Data dikumpulkan daripada pembekal-pembekal dan penjual baja diseluruh Semenanjung Malaysia dan dianalisa untuk melihat hasil kajian. Artikel malam Christmas ini sambil menonton TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai trend harga pasaran peruncitan 6 jenis baja tunggal untuk dijadikan rujukkan dan pengetahuan anda semua.    



Jadual 1A diatas merupakan data analisa mengenai harga baja tunggal yang paling popular penggunaan di Malaysia oleh pihak pekebun kecil, estet dan juga GLC.  Enam jenis baja tunggal yang saya kaji adalah Baja Amonium Sulphate, Borate/Borax,  CIRP (Christmas Island Rock Phosphate),  MOP (Moriate of  Potash), TSP (Triple Superphosphate) dan Urea. Kesemua baja diatas digunakan untuk tanaman dan peringkat penanaman berbeza mengikut amalan pembajaan yang disyorkan dalam agronomi tanaman. Kebanyakan pengeluar baja tunggal membungkus baja tunggal dalam pek 50 kg kecuali beberapa jenis seperti Borate yang dibungkus dalam pek 25 kilogram. Diantara baja tersebut didapati harga baja TSP adalah paling mahal iaitu RM 178.20 (2008) dan harga paling rendah direkodkan ialah Baja CIRP iaitu RM 41.25 (2009). Penggunaan baja tunggal untuk sawah padi dan ladang kelapa sawit serta getah didapati paling signifikan permintaannya jika dibandingkan dengan tanaman lain. Ini termasuk baja subsidi padi yang nilai pengeluaran dan pengedaran baja tersebut bernilai jutaan ringgit. Saya fikir tanpa baja, maka penghasilan padi dan kelapa sawit tidak mencapai potensi produktiviti tanaman tersebut.





Jadual diatas menunjukkan bahawa trend harga runcit baja adalah amat tinggi pada tahun 2008 semasa krisis minyak dunia melanda. Didapati purata harga runcit tahunan baja (Jadual 1) adalah setinggi RM 608.82 (2008) yang kemudian menurun kepada RM 561.03 (2009), RM 443.28 (2010), RM 437.45 (2011) dan stabil pada harga RM 440.54 pada tahun 2012. Baja Amonium sulphate (21%N) berharga RM 72.00/ 50 kg telah menurun serendah RM 42.17 / 50 kg (2010) dan stabil pada harga RM 45.59 pada tahun 2012. Baja jenis Borate yang dijual pada harga RM 95.41 /25 kg tahun 2008 didapati telah turun pada harga stabil sebanyak RM 69.00 selama 3 tahun kebelakangan. Harga baja CIRP yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah juga dijual dengan harga RM 41.75 / 50 kg  (2008) tetapi meningkat kepada RM 62.42 / 50 kg (2009) dan stabil pada harga RM 45.55 / 50 kg pada tahun 2012.


Harga baja MOP yang dijual runcit pada harga RM 150.00 / 50 kg terus menurun selepas itu dengan RM 140.84 (2009), RM 101.98 (2010), RM 104.83 (2011) dan stabil pada harga RM 105.50 pada tahuun 2012. Bagi baja TSP yang banyak digunakan pada peringkat awal penanaman, harga runcit baja tersebut adalah RM 158.20 / 50 kg dan terus menurun pada tahun berikutnya sehingga stabil pada harga RM 105.50 pada tahun 2012. Paling banyak digunakan untuk tanaman padi adalah baja Urea (46%N) yang dipasarkan secara harga runcit RM 91.46 / 50 kg (2008) dan menurun serendah RM 78.00 (2010) dan kini stabil pada harga RM 81.92 / 50 kg pada tahun 2012. 




Harga Baja sekilogram setiap jenis telah dianalisa untuk mengetahun trend sebenar harga baja setiap kilogram. Geraf diatas menunjukkan berlaku penurunan harga runcit yang ketara semanjak episod krisis minyak 2008. Purata harga baja sekilogram didapati menurun daripada RM 2.21 / 1kg (2008) kepada hanya RM 2.04 (2009), RM 1.61 (2010), RM 1.59 (2011) dan naik sedikit pada tahun 2012 kepada RM 1.60. Keputusan kajian yang saya buat ini menunjukkan krisis minyak mungkin merupakan diantara faktor yang paling signifikan berdasarkan kepada tinjuan temubual dengan pengedar, peruncit dan golongan pengguna. Kita amat berharap yang harga baja akan stabil untuk beberapa lama lagi agar kos bahan makanan tidak terjejas dan petani masih mampu meraih keuntungan dalam aktiviti mereka. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa kenaikan kos baja akan meningkatkan kenaikan kos bahan makanan. 


BAJA TUNGGAL.... BANYAK DIGUNAKAN...
BAJA UREA ... TANAMAN PADI PERLUKAN...
HARGA MENURUN... KOS DIJIMATKAN...
BAHAN MAKANAN... TERUS DIHASILKAN...

By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia.
(8 Safar 2012)  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA