Support My Blog

Monday, December 10, 2012

JENIS SAYUR

SAYUR (vegetables) merupakan tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau tumbuh sendiri dan ambil sebahagiannya untuk dijadikan bahan makanan. Sayur atau sayur-sayuran  diambil dalam bentuk Mentah, di masak untuk dimakan dalam bentuk lauk, sebagai ulam dan sebagainya. Orang di Malaysia kita tahu mengambil pelbagai jenis sayuran termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman yang berbagai jenis sebagai penyedap makanan. Seluas 38,500 hektar tanaman sayur ditanam di negara kita dengan pengeluaran sebanyak 493,500 metrik tan yang bernilai RM 1.25 billion pada tahun 2011. Lebih daripada 50 jenis sayur-sayuran ditanam dinegara kita dimana 20 jenis daripadanya ditanam secara komersil. Perkapita pengambilan sayuran oleh rakyat Malaysia askitar 78 kg seorang setahun iaitu diketegorikan sebagai sederhana. Sayuran di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan sahaja secara asasnya iaitu SAYUR DAUN, SAYUR BUAH dan SAYUR UMBISI. Bagaimana pun dalam artikel ini saya ingin bahagikan kepada 5 kumpulan. Artikel kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai jenis-jenis kumpulan daun yang ada di negara kita untuk bacaan anda.


Artikel kali ini saya membahagikan kumpulan sayur kepada 5 iaitu SAYUR JENIS DAUN, SAYUR JENIS BUAH, SAYUR JENIS KEKACANG, SAYUR JENIS BUNGA dan juga SAYUR JENIS UMBISI. Diantara jenis-jenis sayuran tersebut  ianya di tanam di dua keadaan iaitu Jenis Sayuran Tanah Tinggi dan juga Jenis Sayuran Tanah Rendah (atau tanah pamah). Kawasan pengeluaran sayuran tanah tinggi seperti di kawasan Cameroon Highland, Lojing, Kundasang dan Borneo Highland serta beberapa kawasan tanah tinggi lain. Penanaman sayuran tanah rendah terdapat dimerata lokasi diseluruh negara tetapi paling luas adalah di negeri Johor. Sayuran yang dihasilkan di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot kenegara jiran. Malaysia juga mengimpot banyak jenis sayuran iklim temperate dari banyak negara untuk kegunaan harian.


SAYUR JENIS DAUN merupakan jenis sayur yang ditanam dan diambil bahagian daun sahaja atau keseluruhan tumbuhan untuk dimakan. Sayur daun ditanam kebanyakannya secara komersil. Antara sayur jenis daun adalah seperti Bayam, Kangkong, Sawi, Cekur Manis, Asparagus, Kailan, Salad, Pegaga, Remayong, Pucuk Paku, Kucai, Kobis Cina, Kubis Bunga dan lain-lain sayur daun. Daripada jenis tersebut sebyanyak 5 jenis sayur daun yang terpopular ditanam adalah Sawi, Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bunga. Tanaman sawi merupakan jenis sayur daun yang paling luas ditanam di Malaysia dengan 8,300 hektar dengan penghasilan sebanyak 120.2 juta metrik tan bernilai RM 350.5 juta pada tahun 2011. Sawi ini ditanam dan digunakan sebagai sayur segar untuk pasaran domestik dan juga ekspot. 


SAYUR JENIS BUAH adalah sayuran yang diambil bahagian buah sebagai bahagian yang dimakan (edible). Diantara jenis sayur buah yang popular di Malaysia adalah seperti Cili, Bendi, Terung, Kundur, Labu, Labu Air, Timun, Petola, Peria, Tomato, Cili Benggala dan lain-lain lagi. Sayur buah yang banyak ditanam di Malaysia Cili (Capsicum annum) dengan keluasan 2,850 hektar menghasilkan sebanyak 32,500 metrik tan bernilai sebanyak RM 205.6 juta. Cili merupakan tanaman sayur buah dengan pelbagai jenis varieti seperti Cili Kulai, Cili Benggala, Cili Padi dan Cili Besar. Timun merupakan jenis sayur buah yang kedua terpopular ditanam di negara kita dengan keluasan 3,200 hektar menghasilkan sebanyak 60 juta metrik tan bernilai RM 64 juta pada tahun 2011. Terung juga jenis sayur buah yang banyak ditanam dengan keluasan sebanyak 1,700 hektar menghasilkan sebanyak 23.4 juta metrik tan bernilai sebanyak RM 63.4 juta.


SAYUR JENIS KEKACANG adalah jenis sayur dari kumpulan Kekacang (Leguminoceae) atau Fabaceae yang banyak diusahakan dengan menghasilkan buah atau pod. Diantara tanaman sayur jenis kekacang yang popular adalah seperti Kacang Panjang, Kacang Botor, Kacang Pea, Kacang Buncis, Kacang Botor, Kacang Tanah dan Kacang Parang. Daripada jenis sayuran kekacang, jenis sayur Kacang Panjang (Vigna sinensis) merupakan jenis yang paling luas di tanam di Malaysia dengan keluasan 3,020 hektar menghasilkan 41.7 juta metrik tan dengan nilai RM 102.12 juta pada tahun 2011.


SAYUR JENIS UMBISI adalah jenis sayur yang diambil bahagian akar, bulb dan sebagainya sebagai bahagian yang dimakan. Diantara sayur umbisi yang di terdapat di negara kita adalah seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Kunyit, Halia, Sengkuang, Keledek, Keladi, Kentang, Lobak Putih dan Lobak Merah. Diantara jenis sayur umbisi tersebut didapati tanaman Ubi Kayu (Manihot esculenta) dengan keluasan 6,400 hektar menghasilkan sebanyak 40 juta metrik tan yang bernilai RM 39 juta pada tahun 2011. Tanaman unbisi Keledek kedua terluas ditanam dengan 1,380 hektar melibatkan penghasilan sebanyak 20.0 metrik tan bernilai sebanyak RM 30.1 juta. Sayur keledek diambil juga bahagian pucuk daunnya untuk dijadikan sayuran. 


SAYUR JENIS BUNGA adalah jenis sayuran yang diambil bahagian bunga untuk dimakan. Antara jenis sayur dibawah kategori ini adalah seperti Brokoli, Flokoli, Bunga Kantan dan sebagainya. Sayuran jenis bunga kebanyakannya merupakan sayuran yang ditanam di tanah tinggi. Flojkoli dan Brokoli diantara jenis sayur bunga yang banyak ditanam di Malaysia terutama dikawasan tanah tinggi Vameroon Highland. 


Taugeh ini masuk jenis kumpulan apa?

JENIS SAYUR... BANYAK JENISNYA....
ADA 5 KUMPULAN... MUDAH INGATNYA...
DITANAM KOMERSIL... DALAM NEGARA...
SAYURAN TEMPERATE...BANYAK IMPOTNYA...

By,
M Anem
Kg Bt 18, Sengkang, Bukit Gambir,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(19 Muharram 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...