KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 25, 2012

HARGA BAJA SEBATIAN DI MALAYSIA

BAJA SEBATIAN (Compound Fertilizer) merupakan satu keperluan asas untuk diberikan kepada tanaman dalam menghasilkan pengeluaran hasil lebih tinggi dan berkualiti. Dipasaran, nama baja ini juga disebut sebagai Baja Butiran atau Baja Campuran kerana ianya mengandungi bahan asas utama NPK iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kaliam (K) serta bahan unsur lain yang digaul didalamnya. Harga baja ini dipasaran amat bergantung kepada proses pengeluaran yang mana baja kimia ini banyak berasaskan kepada 'by product' daripada industri petroleum. Kesan krisis minyak dan tenaga pada tahun 2008 telah didapati banyak menjejaskan harga jualan baja sebatian diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Saya berminat untuk membuat kajian mengenai kesan krisis ini terhadap trend harga baja sebatian di Malaysia selama 5 tahun. Kajian ini dijalankan terhadap harga runcit baja sebatian daripada premis-premis jualan dan pengedaran diseluroh Semenanjung Malaysia melibatkan 6 jenis baja yang paling popular digunakan di negara kita. Artikel pagi Cuti Krismas 2012 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" hasil kajian yang saya dijalankan untuk pengetahuan dan rujukkan anda semua.


Baja CCM 45
Jadual 1B diatas menunjukkan data yang telah dianalisa daripada harga runcit jualan baja diseluruh Semenanjung Malaysia. Enam (6) jenis baja sebatian yang saya buat kajian iaitu Baja CCM 65, CCM 45, NPK Blue (Behn Meyer - Impot), NPK Green (Behn Meyer - Impot), Yara Blue dan Yara Green. Beberapa baja sebatian lain tidak dapat dibuat kajian kerana terlalu banyak jenisnya dan akan dikaji pada masa akan datang. Kesemua baja tersebut dibungkus didalam pek 50 kilogram satu beg dimana semuanya adalah didalam bentuk butiran. Kajian juga meliputi baja sebatian buatan tempatan (local manufactured) dan juga harga baja sebatian yang diimpot. Baja sebatian impot saya dapati banyak digunakan petani untuk tanaman makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan singkat masa kerana kesannya terhadap hasil tanaman dan kualiti adalah terbukti walau pun harganya mahal. Hanya 2 jenis baja tempatan yang diambil data iaitu CCM 45 dan CCM 65 dimana 4 jenis lagi adalah baja impot dari jenis Behn Meyer dan Yara. Maklumat harga runcit dikumpulkan selama 5 tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2012 dimana kutipan dijalankan sepanjang tahun dari premis jualan.



Baja CCM65
Hasil kajian (Geraf diatas) menunjukkan berlaku kesan yang signifikan harga baja dengan krisis minyak yang berlaku pada tahun 2008. Purata harga runcit 6 jenis baja menurun daripada RM 928.17 / 50 kg pada tahun 2008 kepada RM 837.65 (2009), RM 678.90 (2010), RM 672.80 (2011) dan stabil pada harga RM 677.37 (Rujuk jadual 1B). Baja keluaran tempatan iaitu CCM 65 (Kadar NPK - 15:15:15) dijual dengan harga RM 150.86 / 50 kg satu beg telah menurun serendah RM 96.91 pada tahun 2011 sebelum stabil pada harga RM 97.06 pada tahun 2012. Baja CCM65 memang banyak digunakan untuk peringkat pertumbuhan vegetatif tanaman. Baja Tempatan CCM45 (Kadar NPK - 12:12:17:2) pula dijual dengan harga RM 161.50/ 50 kg satu beg pada tahun 2008 dan menurun serendah RM 96.15 (2011) dan stabil pada harga RM 96.39 (2012). Baja CCM45 banyak digunakan untuk peringkat reproduktif bagi pengeluaran bunga dan buah.


Empat jenis baja sebatian impot juga saya telah dibuat kajian perbandingan. Harga baja sebatian impot lazimnya adalah lebih mahal (15 - 30%) daripada baja tempatan walau pun mempunyai komposisi NPK yang serupa. Petani lebih suka membeli dan menggunakan baja sebatian impot kerana ia memberikan kesan 'fast release' yang baik untuk pertumbuhan tanaman. Baja NPK Green Impot Behn Meyer (15:15:15) dijual dengan harga RM 180.71 / 50 kg pada tahun 2008 tetaapi didapati menurun pada tahun berikutnya kepada RM 123.00 (2009), RM 148.28 (2010), RM 116.85, RM 117.82 (2011) dan hanya RM 119.32 (2012). bagi Baja Sebatian Behn Meyer Impot NPK Blue (12:12:17:2) dijaul dengaan harga tinggi pada 2008 sebanyak RM 150.60 /50 kg dan menurun kepada RM 150.60 (2009), RM 118.45 (2010), RM 120.09 (2011) dan hanya RM 121.51 pada tahun 2012. 


Baja jenama Yara adalah baja impot yang saya dapati amat popular dikalangan terutama dikalangan penanam sayur dan buah-buahan. Baja ini dinamakan 'Yara Mila' di kawasan Selatan Semenanjung dan ada dua jenis iaitu Yara Blue dan Yara Green. Baja Yara Blue (NPK 12:12:17:2) dijual dengan harga runcit RM 165.85 pada tahun 2008 dan kemudian menurun kepada RM 138.21 (2009), RM 121.69 (2010), RM 124.01 (2011) dan stabil pada harga RM 123.72 (2012). Bagaimana pun bagi baja Yara Green (Komposisi NPK 15:15:15) ianya dijual runcit pada purata harga RM 146.25 (2008) dan menurun kepada RM 140.31 (2009), RM 121.69 (2010), RM 112.82 (2011) dan RM 119.37 pada 2012. Trend harga baja impot hampir sama dengan trend harga baja keluaran tempatan. 




Baja Sebatian juga boleh dianalisa harganya mengikut purata harga setiap kilogram. Geraf diatas menunjukkan yang purata 6 jenis baja yang popular di Malaysia menunjukkan trend harga menurun semenjak 2008 sehingga tahun 2012. Harga purata baja sebatian sama ada keluaran tempatan atau yang diimpot menurun daripada RM 3.09 sekilogram (2008) kepada RM 2.99 (2009), RM 2.26 (2010), RM 2.24 (2011) dan RM 2.26 (2012). Analisa juga menunjukkan trend ini akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang jika tidak ada krisis berkaitan dengan kos pembuatan dan pengedaran bahan imput tersebut.

BAJA SEBATIAN... PENTING DIGUNAKAN...
BAJA TEMPATAN... MURAH HARGA JUALAN...
BAJA IMPOT... PETANI LEBIH PERCAYAKAN...
TRENG MENURUN.. DAPATKAH DIKEKALKAN...

By,
M Anem
WM Auto Car Services,
Taman Equine, Sri Kembangan,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(25 December 2012) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...