Support My Blog

Saturday, December 15, 2012

POKOK RHU

POKOK RU (Casuarina equisetifiloa) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae yang banyak terdapat di kawasan pantai di negara kita. Pokok Ru juga dipanggil sebagai Pokok Rhu, Rhu Laut, Aru (Malaysia), Ku ; Son thala (Thai), ai samara ; aru; cemara; eru (Indonesia), beach she-oak; casuarina, sea oaks (English), phi laong ; duong (Vietnam), jangli saru; jungli (Hindi) dan sebagainya. Pokok Ru merupakan pokok dikotilidon dari jenis Pokok Malar Hijau yang tumbuh subur di kawasan tropika. Pokok ini daripada banyak rujukan dipercayai natif di Asia Selatan terutama Malaysia dan kawasan Oceania. Ramai diantara kita yang kenal akan pokok ini kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan juga didalam kawasan taman bunga sebagai pokok hiasan dan penghadang angin (wind breaker). Semasa membaca buku rujukan saya dapati ada dua spesis pokok Ru jenis tropika ini iaitu Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia dan satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies incana. Jenis pertama adalah yang banyak dinegara kita adalah pokok ru bersaiz besar (sehingga mencecah ketinggian 35 meter) sementara jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja. Pokok Ru mungkin ramai kurang pasti akan kepentingannya dalam sistem ekologi kita dan saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai perkara ini untuk dijadikan bacaan ringan dan rujukkan.


Marfologi pokok ru mudah kita fahami dimana kita akan dapat melihat batangnya yang besar, keras dan mempunyai warna kelabu coklat dengan kulit yang tebal (Lihat foto sebelah). Kayu pokok ru merupakan jenis kayu yang keras dan sesuai untuk digunakan pelbagai tujuan yang berasaskan kayu keras. Pokok Ru ini mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam (pine- needle- like leaves). Daun ru adalah berwarna hijau dan amat tahan dalam banyak keadaan sama ada air masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau. Paling unik mengenai pokok ru adalah buahnya yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers. Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh dan tidak mudah patah walau pun berlaku tiupan angin kencang di tepi pantai. Akar tunjang yang jauh masuk kedalam tanah juga mampu menahan pokok daripada tumbang dan kehebatannya dalam mengawal hakisan pantai.


Pokok Ru mudah ditanam daripada biji benih yang disemai didalam tapak semaian atau didalam polibeg. Biji Ru yang jatuh kedalam air laut masin juga mempunyai ketahanan sehingga 5 tahun terapong dan apabila sampai dipantai lain ianya boleh tumbuh sendiri. Jarak penanaman pokok Ru yang saya baca untuk diyorkan di Malaysia adalam 3 m x 3m (Padat) atau 4m x 4 m (Sesuai). Kadar pertumbuhan pokok Ru adalah cepat dimana ia mencecah ketinggian 3 meter (10 kaki) dalam masa setahun dan setinggi 7 - 8 meter (25 kaki) selepas 4 tahun dengan garispusat batangn sebesar 13 - 17 cm (5 - 7 inchi). Pokok Ru cepat matang dimana ia akan berbunga sepanjang tahun dimana kos buah akan matang selepas 18 - 20 minggu selepas proses 'Anthesis'. Dalam beberapa percubaan penanaman pokok Ru secara komersil, hasil kajian mendapati pokok Ru sesuai ditebang untuk dijadikan produk kayu (timber) dalam masa 7 - 15 tahun selepas ditanam. Hasil Kayuan sebanyak 37,000 - 74,000 kg (40 - 80 metrik tan) kayu dihasilkan dari kawasan seluas satu hektar.


Pokok Ru yang tumbuh ditepi pantai jarang kita jumpai masaalah serangan perosak dan penyakit kerana tiupan dan percikan air laut menyebabkan tidak ada serangga perosak yang berani. Bagaimana pun pokok Ru yang ditanam secara komersil dikawasan stesyen pertanian dilaporkan menghadapi serangan Kulat Blister Hitam (Trichosporum versiculorum) yang akan menyebabkan daun serta batang pokok layu dan kulit batang akan pecah-pecah. Kulat Kanker (Botryosphaeria dithidea) yang menyerang pangkal dan bahagian batang menyebabkan warna batang kekuningan atau kehitaman dan akhirnya pokok boleh mati. Perosak lain bagi pokok Ru seperti semut, anai-anai, kumbang makan pucuk dun muda dan juga berlaku cengkerik yang makan peringkat awal penanaman.


Kerusi dan meja dari kayu Ru.
Saya mendapati kayu dari pokok Ru adalah jenis amat keras dan sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan. Kayu ini sesuai untuk dijadikan tiang rumah, perabut, batang cangkul, kerusi meja, papan, almari, meja dan banyak lagi. Bagaimana pun ia kurang sesuai untuk tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana kualiti kayunya yang keras bagaimana pun sangat baik untuk banyak alat yang perlukan kayu keras. Selain dari itu kayu dari pokok ru merupakan bahan bakar yang baik kerana kurang mengeluarkan asap dan amat tahan lama dibakar selain dari panas bahang yang tinggi. Perusahaan membuat arang dari kayu ru sangat baik permintaannya terutama untuk dijadikan bahan bakar dimusim sejuk. Dari segi perubatan belum banyak dilaporkan kegunaannya tetapi ada yang mendakwa air kulit yang direbus dan diminum mampu menghilangkan masaalah muntah-muntah dan menghilangkan sakit perut. Wallahualam!
BERSAMBUNG.....


Arang dari kayu pokok Ru.

POKOK RU .... TERSUSUN CANTIKNYA....
NATIF MALAYSIA....ASAL KITA PUNYA....
CEPAT MEMBESAR... PELBAGAI GUNA...
KAYUNYA KERAS.... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem
Pantai Puteri, Klebang,
Melaka, Malaysia.
(29 Nov 2012- Dibawah pokok ru di Klebang)


    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...