KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 8, 2012

DURIAN - PENGENALAN (Part 2)

DURIAN (Durio species) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang sangat popular disekitar Asia Tenggara. Durian (Durio zibethinus Murr) pula ada spesis yang paling banyak ditanam untuk tujuan komersil bagi menghasilkan buah yang kita semua suka makan. Hanya orang yang sabar dan berilmu sahaja yang melabur didalam tanaman durian kerana pokok durian agak lambat mengeluarkan hasil disamping banyak masaalah serangan perosak dan penyakit. Saya memang suka makan durian dari klon atau varieti popular di Malaysia seperti Durian varieti Raja Kunyit (Musang King atau D197) dan Varieti D24 serta Varieti D2. Durian lazimnya ambil masa selama 4 - 5 tahun untuk mula berbuah dan penghasilan optima adalah apabila pokok durian berumur 15 - 2) tahun (Hampir separuh abad umur yang menanam). Saya akan menulis artikel mengenai industri tanaman durian di Indonesia dan Filipina iaitu Part 2 didalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukan anda semua.


Buah durian di Indonesia
Tanaman Durian di Indonesia tidak seluas di Malaysia dan Thailand dimana seluas 45,000 hektar ditanam pada 2000 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 230,000 metrik tan sahaja. Kawasan utama bagi penanaman durian di Indonesia adalah seperti di Sumatra (14,000 hektar), Jawa (12,800 ha) dan lain-lain kawasan kebanyakannya kurang daripada 5,000 hektar. Kebanyakan penanaman durian di Indonesia adalah dikawasan keliling rumah dan kurang ditanam secara monokrop dusun tersusun seperti di Malaysia dan Thailand. Hanya beberapa varieti atau klon yang popular ditanam di Indonesia. Musim pengeluaran hasil durian tidak berapa nyata tetapi kita akan jumpa jualan durian ditepi jalan sekitar bulan Januari dan Febuari. Industri penanaman durian di Indonesia berkembang dengan perlahan berbanding dengan insudtri penanaman kelapa sawit. 


Penanaman durian di Filipina sekitar 8,000 hektar sahaja dimana durian di negara ini hanya dianggap sebagai buah yang kurang penting (Minor fruits categories). Kawasan penanaman durian terletak di bahagian Selatan seperti Mindanao dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan penanaman durian. Laporan yang saya perolehi menunjukkan durian di Filipina berbunga pada bulan April - Jun dan menghasilkan buah dari bulan Ogos hingga September. Kebanyakan buah adalah untuk pasaran domestik dan dijual dengan harga yang agak mahal berbanding dengan buah lain iaitu sekitar RM 10.00 - RM 15.00 sebiji.  Sementara itu ada laporan dari Cheryl Ortega (Rakan berkursus) menyatakan harga durian di Bandar Davao mencecah sehingga RM 24.00 - RM 70.00 sebiji!. Penanaman durian di Brunei DS pula dilaporkan hanya sekitar 1,000 - 1,200 hektar sahaja pada tahun 2010 dan penanaman durian kebanyakannya adalah didalam dusun bercampur dan sebahagian kecil ditanam secara monokrop. Kebanyakan durian di Brunei adalah untuk kegunaan domestik dan banyak buah durian untuk kegunaan tempatan lazimnya dibawa masuk dari Sabah.


Isi durian terdiri dari 20 - 35% daripada bahagian buah sementara biji durian sebanyak 5 - 15% daripada jumlah berat buah. Isi dan biji durian kaya dengan bahan karbohiderat, protin, lemak dan mineral. Kajian menunjukkan setiap 100 gram isi durian mengandungi 66.8 g air, 2.5 g protin, 1.6 g lemak , 28.3 karbohiderat dan 1.4 g  serat. Kandungan bahan mineral sebanyak 20 mg Kalsium, 6.3 g Posforus, 601 mg Potassium, 0.9 mg zat besi, 1 g Sodium, 27 mg Thiamine (Vitamin B1), 0.29 mg Riboflavin (Vitamin B2), 10 mg Beta-Carotena , 0.57 mg Vitamin C dan 529 Kcal kalori (Amat tinggi).  Bau durian ini disebabkan oleh komponen kimia bernama 'Thiols' atau 'Thiolethers' atau 'esters' dan bahan dinamakan 'Sulphides'. didalamnya.

BERBAU KUAT .... DURIAN NAMANYA...
BUAH BERDURI ... SUSAH MEMBUKANYA...
BILA DAH MASAK .... KUNING ISINYA...
SIAPA MAKAN ... NAIK TINGGI DARAHNYA...

By,
M Anem
Ex-Senior Agronomist
Tangkak Agriculture Station,
Ledang, Johor,
Malaysia
(24 Muharram 1434H)

   


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...