KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, December 3, 2012

RACUN PRA CAMBAH

RACUN PRA CAMBAH (Pre  emergent Herbicide) merupakan sejenis racun rumpai yang digunakan untuk menghalang pertumbuhan biji benih rumpai yang tidak dikehendakki dikawasan kebun. Penggunaan racun pra-cambah ini memang disyorkan dalam amalan agronomi tanaman untuk tujuan perladangan bagi mengurangkan risiko yang rumpai akan tumbuh dahulu sebelum biji benih yang hendak ditanam. Bagi tanaman bijirin (cereal) seperti padi, gandum, jagung dan beberapa jenis sayuran, penggunaan racun pra cambah adalah penting bagi mempastikan pertumbuhan yang baik.  Apa yang saya belajar di universiti dulu menyatakan, racun pra cambah adalah jenis racun yang hanya berkesan terhadap pertumbuhan biji sahaja dengan tindakbalas merencatkan pertumbuhannya sebelum biji bercambah. Ini berbeza dengan racun rumpai biasa yang bertindakbalas dengan rumpai yang telah bercambah. Artikel pagi Sabtu ini sambil berehat di Melaka saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai racun pra cambah untuk di kongsi bersama.


Bii rumpai tumbuh dengan benih jagung.
Penggunaan dan pemilihan jenis racun pra cambah banyak bergantung kepada banyak faktur diantaranya adalah seperti jenis tanah, jenis tanaman, keadaan persekitaran, musim menanam, kaedah pengurusan dan juga kos operasi.  Racun bahan aktif seperti ALTRAZINE dan beberapa jenis merupakan antara yang dijual dipasaran sebagai racun pra cambah yang mudah dibeli. Kaedah penanaman pasi secara tabur terus sering menggunakan racun pra cambah untuk mengelakkan rumpai lain (weeds) tumbuh bersama-sama anak benih padi yang ditabur. Paling penting adalah pesawah perlu mahir kaedah menggunakannya agar racun tersebut berfungsi dengan optima dan tidak mengaggu pertumbuhan biji benih padi. Bagi penanaman tanaman singkat masa dan sayuran, penggunaan racun pra cambah dijalankan beberapa minggu sebelum aktiviti menanam.


Pemerhatian yang saya jaklankan di beberapa projek-projek  TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di banyak lokasi seluruh Semenanjung Malaysia memang ramai penanam jagung yang menggunakan racun pra cambah. Antara jenama dagangan racun pra cambah yang popular seperti Gesapex, Krover 1, Diran, Diuron, Karmex dan Kimex.  Racun ini dibeli daripada kedai pertanian dan memang sesuai untuk digunakan. Penyemburan racun pra cambah dijalankan beberapa hari sebelum membuat aktiviti penanaman. Bagi Racun Gesapex, kadar disyorkan pada label adalah sebanyak 120 ml bagi setiap 18 litar air dan dilakukan 3-4 kali pusingan semasa penanaman untuk mengawal rumpai dimana racun ini mampu mengawal untuk selama 1.5 - 3.0 bulan lamanya. 


Bagi Racun jenis Krover 1 pula, adalah disyorkan untuk menggunakan pada kadar  120 gram bagi setiap 18 litar air. Racun ini perlu disembur sebanyak 2 kali sahaja dan mampu mengawal biji rumpai daripada tumbuh untuk selama 4 - 6 bulan lamanya. Bagi racun pra cambah jenia Kramex XP pula yang dikeluarkan oleh Doupon (Lihat foto sebelah), kadar sebanyak 120 ml boleh dicampur dengan 18 litar air semasa semburan dijalankan. Ketahanan racun jenis ini pula selama 1.5 - 3 bulan dengan membuat ulangan semburan sebanyak 3 - kali. Kadar semburan ini sebanarnya banyak dipengaruhi oleh keadaan tanah, cuaca, kaedah pengurusan dan jenis tanaman. Penggunaan racun pra cambah membantu petani dalam mengawal pertumbuhan rumpai seterusnya meningkatkan hasi ladang dan produk  yang lebih berkualiti.

RACUN PRA CAMBAH.... SELALU DIGUNA...
PELBAGAI NAMA... JUGAN BANYAK JENAMA...  
KAEDAH MENYEMBUR... BACA LABELNYA...
RUMPAI TIDAK ADA... TINGGI HASILNYA...

By,
M Anem
kg Solak, Tangkak, 

Ledang, Johor,
Malaysia
(18 Muharram 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...