KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 29, 2012

ANGGUR : KENAL ANGGUR

ANGGUR (Grapes) adalah sejenis buah-buahan yang sangat popular diseluruh dunia sebgai buah untuk dimakan segar atau di proses untuk menjadi produk lain. Anggur Eropah (Vitis vinifera) merupakan jenis angur paling banyak ditanam secara komersil. Anggur jenis ini dipercayai berasal dari kawasan Laut Caspian sehingga Kawasan Laut Hitam. Anggur Eropah merupakan kultivar anggur paling banyak ditanam secara komersil untuk dimakan segar, dibuat wain atau dikeringkan menjadi kismis. Beberapa jenis tanaman anggur spesis lain adalah seperti Vitis labrusca, Vitis aestivalis, Vitis vulpina, Vitis rupestris, Vitis riparia dan Vitis berlandieri. Pokok anggur mempunyai ciri batang yang menjalar (vine) dan mampu memanjang sehingga sukar untuk diukur. Anggur sesuai dikawasan yang beriklim panas sejuk dikawasan temperate dan subtropik dengan suhu sesuai. Jika suhu jatuh dibawah -20 celcius (suhu beku) , pokok anggur akan menjadi 'dormant' walau tidak mati sementara jika suhu pada paras -1 celcius, ianya sesuai untuk menghasilkan pucuk baru. Kajian oleh saintis ada menunjukkan jika suhu sekitar -0.5 celsius sangat baik untuk mengeluarkan bunga dan seterusnya pengeluaran buah anggur. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri tanaman anggur berdasarkan kepada beberapa buah buku yang baru dibeli dan saya baca serta dari pengalaman penulis sendiri.


Anggur IAC di Thailand.
Pokok anggur mempunyai sistem akar yang panjang dan dalam. Pokok ini memerlukan keperluan air yang sederhana dan agak toleran dengan keadaan tanah yang lembab. Tanaman anggur sesuai juga dikawasan tanah dalam dan boleh ditanam dikawasan gurun seperti di Dina Farm, Mesir iaitu kawasan pemulihan tanah gurun untuk tanaman anggur yang saya lawati pada tahun 2005. Penanaman anggur dijalankan diatas sistem para trellis dengan tinggi 5 - 6 kaki bergantung kepada sistem pengurusan. Di Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia merupakan negara yang berjaya menanam beberapa jenis anggur dimana cuaca dinegara tersebut hampir sama dengan kit di Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia belum dapat mencapai tahap seperti di dua negara jiran tersebut. Kawasan bercerun juga boleh ditanam anggur asalkan mudah untuk dijalankan pengurusan ladang. Anggur sesuai ditanam pada banyak jenis tanah dan yang penting adalah tanah mestilah yang mempunyai saliran baik. Tanah jenis ringan (light soils) disyorkan ditanam anggur dengan syarat tahap kesuburan rendah di perbaiki dengan penurusan tanah sesuai untuk memudahkan mengawal kanopi tanaman.


Pokok anggur mempunyai bunga jenis HERMAPRODITE iaitu dari kumpulan Venifera spp (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun terdapat juga pokok anggur seperti jenis American species yang bersifat 'monoecious' dilaporkan. Proses pendebungaan oleh angin atau serangga tidak diperlukan oleh pokok anggur. Keadaan cuara panas dan kering sering meningkatkan kadar pendebungan dan pembentukkan buah (fruit set) bagi tanaman anggur. Putik bunga anggur akan keluar dalam jumlah 3 set dalam satu jambak pada tangkai panjang yang mana hanya satu sahaja yang akan jadi buah manakala dua lagi akan dormant. Pembentukkan buah anggur adalah 'double-sigmoid' dengan lekukan (curve). Buah anggur matang 5 - 7 bulan selepas berbunga yang lazimnya jatuh pada musim luruh (autumn). Terdapat banyak kultivar anggur ditanam secara komersil terutama di kawasan sub-tropika dan temperate. Kini telah banyak varieti baru yang sesuai ditanam di kawasan panas tropika seperti di Thailand dan Indonesia serta telah ada di Malaysia dengan sistem tanaman diubahsuai. Pengeluaran buah anggur dunia saya dapati dari FAO Statistic sebanyak 68 - 70 juta metrik tan setahun dengan didahului oleh negara China (12%), Itali (11%) dan USA (9%). Negara-negara lain yang banyak menanam dan menghasilkan anggur adalah seperti Sepanyol, Perancis, Turki, Chile, Argentina, India dan Iran. Malaysia merupakan negara pengimpot buah anggur yang bernilai jutaan ringgit setahun sama ada dalam bentuk buah anggur segar, produk proses dan makanan siap guna. 


Ladang Anggur varieti Israel di Thailand
ditanam dikawasan tanah terbuka.
POKOK ANGGUR... MENJALAR TUMBUHNYA...
JALAR DIATAS PARA ... TRELLIS SISTEMNYA...
TANAH YANG DALAM ... PANJANG AKARNYA...
PENGELUARAN DUNIA... MENCECAH 80 JUTA..

By,
M Anem
Ladang Anggur Silverlake,
Pataya, 
Thailand
(Lawatan Agro Challange 2012)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...