KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 1, 2012

KELULUT VS THRIPS

ADAKAH SIGNIFIKAN MENTERNAK KELULUT DALAM SPH UNTUK MENGAWAL APHID?. Pada masa kini Sistem Penanaman dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) merupakan satu teknologi yang moden dan menjadi trend semasa. Kebanyakan penanaman di kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland, Lojing dan di Kundasang kini bertumpu kepada teknologi ini untuk tanaman makanan seperti sayur-sayuran, tananam kontan dan tanaman ornamental. Jenis tanaman seperti melon, timun jepun, tomato, tomato mini, cili padi, cili benggala dan beberapa jenis sayur daun ditanam dibawah SPH sama ada dengan kaedah kovensional atau teknologi fertigasi. Serangan beberapa jenis serangga perosak didalam sistem SPM sering didapati seperti serangan oleh siput kecil , semut, ulat makan daun dan paling lazim adalah serangan kutu thrips. Kutu thrips sering didapati didalam kawasan tanaman melon (Cucumis melo Linn) yang ditanam didalam struktur kalis serangga. Artikel malam ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai pemerhatian yang say ajalankan terhadap kesan menternak kelulut dalam mengawal populasi kutu thrips.



Dua lokasi pemerhatian yang dijalankan di Projek TKPM Serdang, Selangor dan Projek TKPM Besut, Terengganu untuk tanaman melon didalam SPH tertutup. Pemerhatian dijalankan selama 2 musim penanaman melon melibatkan beberapa SPH dan peserta projek TKPM dari awal tahun 2012 sehingga November 2012. Melon varieti Glamour dijadikan tanaman yang dibuat pemerhatian kerana varieti ini paling banyak ditanam di kawasan TKPM. Varieti lain seperti Golden Langkawi dan sebagainya tidak dibuat pemerhatian. Pada musim pertama penanaman, pakej amalan biasa penanaman melon secara fertigasi dijalankan dengan aplikasi racun kimia bersama-sama larutan cecair fertigasi bersama baja. Pada peringkat berbunga, saya membuat pemerhatian akan keujudan kutu thrips pada bahagian bunga. 


Daripada beberapa struktur SPH di Serdang, purata kehadiran kutu thrips diantara 2 - 4 ekor sekuntum bunga pada waktu puncak. Kiraan di TKPM Besut pula, purata kiraan kutu thrips adalah sekitar 2-3 ekor pada masa berbunga. Kesan kuutu thrips ini menyebabkan ada kesan kerosakan pada kualiti buah  yang agak signifikan. Kunjungan setiap bunga melon di buat mendapati keujudan kutu thrips berkait dengan amalan agronomi yang dijalankan oleh peserta. Pada pemerhatian berikutnya, satu koloni kelulut (Trigona spp) diletakkan didalam SPH ketika peringkat melon berbunga. Koloni kelulut didalam haif boleh di alihkan daripada satu SPH kepada SPH yang lain bergantung kepada peringkat pengeluaran bunga. Kelulut akan mengunjungi setiap bunga melon yang mekar.


Hasil dari aktiviti harian kelulut yang mengunjungi setiap kuntum bunga melon didapati signifikan dalam proses pendebungaan. Satu pokok melon mampu mengeluarkan antara 4 - 12 kuntum bunga kembang bergantung kepada pengurusan. Kelulut akan menghisap nektar disamping debunga yang melekat pada kaki dan badan kelulut akan disebarkan diantara kuntum bunga melon. Apa yang saya dapat perhatikan di TKPM Besut, pemeriksaan kepada kuntum bunga yang dijalankan dalam SPH tertutup menunjukkan tidak ada langsung thrip dalam kuntum bunga. Adakah ini bermakna koloni kelulut mampu mengurangkan populasi kutu thrips?.  Apa yang pasti kelulut bukan serangga pemangsa (predator) yang makan serangga lain (thrips). Amalan pengurusan baik yang dijalankan oleh peserta projek seperti menjaga sanitasi , mengawal pintu keluar-masuk dengan betul, sistem pembajaan tepat dan sebagainya membantu mengurangkan populasi kutu thrips.


Kutu thrips dewasa.
Satu kajian khas perlu dijalankan bagaimana korelasi antara pokok melon didalam SPH tertutup berkaitan populasi kutu thrips dengan keujudan koloni kelulut. Serangan kutu thrips menjadikan kualiti buah dan tumbuhan melon tidak sihat. Kemasukan kutu thrips lazimnya melalui pintu utama atau pun pelbagai cara lain kedalam rumah SPH. Mungkin secara kebetulan yang populasi kutu thrips tidak ada semasa pemehhatian diatas dijalankan. Banyak faktor lain terutamanya faktor cuaca dan amalan agronomi yang menjadi faktor penentu. Saya harap satu temuan signifikan dapat dikenalpasti dengan menjalankan kajian mengikut kaedah yang saintifik terhadap isu ini. Wallahualam!

KELULUT HITAM.... MENGUNJUNGI BUNGA...
KUTU THRIPS .... SERANGGA MERBAHAYA...
ADA PERTANYAAN ... ADAKAH DIJANGKA....
POPULASI THRIP ...KURANG AKIBATNYA...

By,
M Anem
TKPM Besut, Besut,
Terengganu,
Malaysia.
(29 Zulhijjah 1433H)
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...