Bunga durian adalah dari kategori BUNGA LENGKAP iaitu mempunyai stigma dan stamen pada satu kuntuk bunga. Bentuk bunga durian bergantung kepada varieti durian dengan kebanyakan ukuran bunga sekitar 15 cm panjang. Pada peringkat awal akan keluar tangkai dan kudup bunga dengan panjang tangkai sekitar 2 - 4 cm. Kebanyakan kudup berwarna hijau kecoklatan atau hijau pucat dalam satu jambak atau beberapa banyak jambak yang keluar dari dahan. Lazimnya kawasan atau dahan yang sama akan menghasilkan bunga (Pusat pengeluaran putik buah). Bunga yang banyak berjambak-jambak ini akan terbuka sendiri terutama pada waktu tertentu untuk proses pendebungaan. Seperti pokok dioceous lain, bunga durian mempunyai stigma dan Filamen yang menghasilkan debunga. Bunga durian adalah heterozygous bermakna ia sukar melakukan pendebungaan sendiri (Self pollination) sebaliknya lebih mudah untuk pendebungaan bersilang (Cross pollination).
Stamen bunga durian menghasilkan debunga daripada bahagian tengah bunga dan panjangnya diantara 2.5 - 5.0 cm juga bergantung kepada varieti durian. Stamen ini lazimnya berbentuk seperti benang kasar yang berwarna putih atau krim dimana setiap hujungnya mempunyai Cepu-debunga yang ada debunga diatasnya. Debunga durian (Durian pollens) adalah sangat halus sehingga boleh diterbangkan oleh angin atau pun boleh juga debunga melekat pada serangga pendebunga. Satu jambak stamen lazimnya mempunyai diantara 4 - 18 unit filamen dengan saiz yang tidak sama panjangnya. Massalah yang berlaku pada bunga durian adalah kerana waktu bunga terbuka untuk menerima debunga tidak saing atau tidak sama waktunya menyebabkan sukar untuk berlaku pendebungaan sendiri dan berharap kepada debunga dari bunga lain.
Banyak kajian dijalankan di Malaysia dan Thailand agar penanaman durian di kawasan tanaman monokrop disyorkan untuk mencampurkan beberapa varieti atau kultivar berbeza. Cara ini dapat meningkatkan kemungkinan kejayaan dalam proses pendebungaan disamping dapat kualiti durian yang lebuh baik. Saya ada merujuk kepada teknologi Pendebungaan Barbantu (Assisted Pollination) bagi pokok durian. Teknologi ini didapati membantu didalam meningkatkan peratus kejayaan dalam pembentukan putik buah terutama kepada pokok yang masih sesuai (Tidak terlalu tinggi).
Teknik pendebungaan berbantu durian
Untuk membantu pendebungaan bunga durian, beberapa perkara perlu diberi perhatian sebagai persediaan bagi menjalankan proses pendebungaan berbantu. Pendebungaan berbantu durian biasanya dijalankan pada sebelah malam iaitu semasa bunga berkeadaan mekar iaitu bermula antara pukul tujuh malam hingga tengah malam. Bagi mengenali tanda-tanda bunga mulai mekar dan sedia untuk didebungakan dapat dikesan melalui baunya yang harum dan manisan yang dikeluarkan oleh bunga durian.
Sumber debunga (polen)Debunga perlu disediakan sebelum melakukan pendebungaan. Penyediaan debunga elok dibuat pada sebelah petang kerana bunga durian kembang pada waktu petang, biasanya mulai pukul lima petang. Seeloknya sumber debunga daripada klon yang berkaitan perlulah dipilih bagi menjamin kejayaan yang tinggi. Klon durian D99 adalah antara klon durian yang mempunyai sifat keserasian yang tinggi. Klon durian ini boleh digunakan sebagai sumber debunga kerana keserasiannya dengan kebanyakan klon-klon durian yang lain.
Kuntum-kuntum bunga yang mula kembang perlu disimpan dalam bekas yang berisi sedikit air, dengan tangkai bunga sedikit terendam dalam air (kuntum bunga disusun tengah berdiri). Permukaan bekas mestilah ditutup dengan kain bagi mengekalkan kelembapan. Kuntum bunga yang disimpan ini akan mekar sama seperti bunga di pokok. Debunga bunga durian akan aktif atau matang dua jam selepas kembang dan keadaan ini dinamakan bunga 'mekar'. Kebiasaannya bunga mula mekar mulai pukul tujuh malam. Bagi memastikan debunga telah matang atau telah aktif, sentuhlah cepu debunga dengan hujung jari. Sekiranya terdapat debunga yang berwarna kuning air melekat di hujung jari bererti debunga telahpun matang dan bolehlah digunakan untuk pendebungaan berbantu.
Stigma (bahagian betina bunga)Stigma yang terletak di tengah bunga akan kelihatan sedikit menonjol keluar apabila bunga telah kembang. Sebagai tanda stigma telah aktif atau sedia menerima debunga untuk proses persenyawaan, permukaannya berwarna oren dan apabila disentuh dengan hujung jari kita dapat merasai keadaan melekit pada permukaan stigma.
Perlakuan pendebungaan berbantuDalam perlakuan mendebungakan bunga durian, debunga dari bekas stamen disapu atau disentuhkan ke stigma bunga yang hendak didebungakan. Perlakuan ini diulangi sehingga kelihatan debunga yang berwarna kuning air melekat pada stigma. Sekuntum bunga durian mempunyai lima berkas stamen dan setiap berkas stamen boleh mendebungakan lima kuntum bunga yang mekar. Ini bermakna sekuntum bunga yang dipetik pada sebelah petang sebagai sumber debunga dapat mendebungakan 25 kuntum bunga durian. Selepas proses pendebungaan, bunga yang tidak sempurna didebungakan akan gugur dalam masa 1-2 minggu. Proses persenyawaan yang berjaya akan membentuk putik dan terus membesar hingga matang. Masa yang diambil daripada proses pendebungaan hingga buah matang dan gugur adalah antara 95 hari hingga 145 hari iaitu berbeza-beza mengikut klon.
Perlakuan pendebungaan berbantuDalam perlakuan mendebungakan bunga durian, debunga dari bekas stamen disapu atau disentuhkan ke stigma bunga yang hendak didebungakan. Perlakuan ini diulangi sehingga kelihatan debunga yang berwarna kuning air melekat pada stigma. Sekuntum bunga durian mempunyai lima berkas stamen dan setiap berkas stamen boleh mendebungakan lima kuntum bunga yang mekar. Ini bermakna sekuntum bunga yang dipetik pada sebelah petang sebagai sumber debunga dapat mendebungakan 25 kuntum bunga durian. Selepas proses pendebungaan, bunga yang tidak sempurna didebungakan akan gugur dalam masa 1-2 minggu. Proses persenyawaan yang berjaya akan membentuk putik dan terus membesar hingga matang. Masa yang diambil daripada proses pendebungaan hingga buah matang dan gugur adalah antara 95 hari hingga 145 hari iaitu berbeza-beza mengikut klon.
Saya harap artikel ini dapat membantu and mengenali akan bunga durian. Wasallam!
Bunga 'Musang King' |
BUNGA DURIAN .... BANYAK JUMLAHNYA...
BOLEH DI MAKAN ... SAYUR DAN ULAM JADINYA...
BANYAK GUGUR .... ITU SEMULAJADINYA...
PENDEBUNGAAN BERBANTU ... POTENSINYA...
By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia
(24 Muharram 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.