Support My Blog

Thursday, July 31, 2025

FAKTA PERLU TAHU - KACANG BENDI

KACANG BENDI
(Hibiscus esculentus) adalah sejensia sayuran popular di Malaysia dimana tanaman ini merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 3,981 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2021 menghasilkan sebanyak 71,302 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,596 hektar menghasilkan 27,945 tan metrik tan diikuti dengan Negeri Perak (517 hektar) dan Pahang seluas 263 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ianya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman bendi juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau dalam polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau atau  Program Pertanian Bandar yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu 13 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini)
Tanaman bendi memerlukan kawasan tanah yang cukup cahaya matahari dimana selalu tanaman ini sesuai dan boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Bagaimana pun di Negeri Perak ada terdapat petani yang menanam bendi dikawasan tanah bekas lombong dimana dilaporkan hasilya lebih baik dengan cara pengurusan dilakukan. Dikalangan petani pula ada yang menanam jenis bendi 5 segi dan sebahagian lagi menanam bendi 7 segi.  Artikel pada subuh ini saya fanatik menulis fakta menarik kacang bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Sayuran berwarn hijau ini mudah di dapatkan atau di beli dimana-mana sahaja di Malaysia sama ada di Kedai Runcit, Pasaraya, Pasar Malam, Pasar Tani, Penjaja Sayuran malah ia kini ada di jual secara on-line. Di talian Shopee di lihat sayur bendi si jual dengan harga RM1.20 satu pek (Sila lihat foto disebelah). Merujuk banyak sumber di laporkan memang kacang bendi ini mempunyai banyak khasiat dan baik untuk di ambil. Diantaranya ia didakwa ia mampu untuk Menc
egah masalah mati pucuk lelaki dimana masih ramai yang tidak tahu bahawa bendi boleh membantu dalam memperbaiki kesihatan batin orang lelaki. Ini kerana didakwa yang kacang bendi kaya dengan kandungan mineral zink yang boleh membantu mencegah mati pucuk (ED) selain ia dapat meningkatkan tenaga seksual. Bendi juga Kaya dengan asid folik dan komponen lain yang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Komponen nutrisi penting dalam kacang bendi boleh membantu mencegah bilangan sperma yang rendah selain memekatkan air mani. Namun perlu juga diingat, air mani yang pekat bukanlah jaminan bahawa bilangan sperma anda tinggi. Ia juga mempunyai kadar Rendah kalori dan kolesterol dimana kajian mendapati jika bendi juga merupakan antara jenis makanan yang amat rendah kalori, kolesterol dan lemak tidak tepu. Bagi orang lelaki yang sedang mencuba menurunkan berat badan ia boleh membantu dalam memperbanyakkan makan bendi dalam hidangan harian semua. Berat badan yang optimum juga merupakan antara kunci kesihatan seksual yang terbaik. Bendi adalah Kaya dengan folat dimana unsur folat sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kesihatan seksual lelaki. Laporran kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa ada kebanyakan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk atau ED turut mengalami penurunan kandungan folat dalam badan. Dengan membanyakkan makan bendi bagi tujuan untuk mengurangkan masalah mati pucuk anda. Bendi juga memng Kaya antioksidan seperti polifenol dan flavonoid. Apa pun nutrien seperti ini sebenarnya amat membantu dalam mencegah atau mengurangkan risiko pembekuan darah selain membantu memperbaiki kesihatan jantung orang lelaki.


Fakta ini juga di laporkan dalam portal sinarharian.com bertajuk 'Ketahui khasiat kacang bendi' yang sesuai di rujuk. Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus (L) Moench merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang menghasilkan buah berisi kekacang yang boleh dimakan sebagai sayuran. 
Sayur bendi yang tergolong dalam keluarga Malvaceae ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembap. Bendi juga dikenali dengan nama kacang lendir, kacang bender, ladies finger, okra, okua (Jepun), bamia (Timur Tengah) dan qiukui (Cina). Khasiat bendi untuk tubuh badan yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan, di mana ia kaya dengan khasiat termasuk serat, vitamin C, A, B6, vitamin kompleks, besi, dan asid folik. Bendi juga dikatakan rendah dalam kalori dan bebas kandungan lemak. Serat dalam bendi dikatakan mampu meresap air dan mencegah serta merawat sembelit. Di samping itu, bendi bukan sahaja menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik, malah bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin serta bunganya pula daripada jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun. Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh ianya merangsang atau mencederakan sistem usus. Lendir bendi dapat dijadikan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit. Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus. Bendi juga dilaporkan ia mengandungi vitamin K yang berperanan mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu juga, hasil pembacaan penulis, memakan sayuran yang tinggi vitamin C seperti bendi walau dalam jumlah yang sedikit mampu mengurangkan gejala asma. Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh merangsang atau mencederakan sistem usus yang sekali gus dapat melegakan dan mengawal pembuangan najis dengan lebih selesa. Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus. Perlu tahu dimana ada pelbagai jenis bendi dimana selalunya pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin. Bunganya pula dari jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun. Kapsul buahnya sepanjang tiga hingga 10 inci dan berbentuk silinder atau meruncing (Sila lihat foto disebelah).  Walau bagaimanapun terdapat pelbagai jenis bendi antaranya Bendi Clemson iaitu mempunyai kapsul bersudut berwarna hijau tua dan mengambil masa kurang dari dua bulan untuk masak, Bendi Emerald memiliki warna hijau tua dan mempunyai kapsul berbentuk bulan licin dan Bendi Lee pula tidak mempunyai tulang dan berwarna hijau terang serta kapsulnya bersudut yang lurus. Selain itu, Bendi Cina merupakan buah yang panjangnya boleh mencapai sehingga 10 hingga 13 inci dan Bendi Ungu sejenis yang hanya boleh dijumpai pada musim tertentu sahaja. Dilaporkan dalam aspek kegunaan tradisional bahawa orang-orang tua dahulu sering menggunakan air rebusan atau jus akar bendi untuk merawat bahagian luar anggota badan seperti luka, kudis dan bisul. Apa pun ada dakwaan jika bahagian biji, akar dan bunga bendi pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil. Manakala buahnya begitu baik untuk dimakan dan diamalkan bagi menguatkan otak terutamanya bagi memudahkan daya ingatan dan kecergasan. Minum air rebusan bendi yang dicampurkan dengan gula sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong lebih-lebih ketika kurang sihat. Bahan lendir buah bendi pula ada diamalkan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.


Portal sama juga laporkan 'Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi' yang sesuai di kongsikan faktanya. Sesiapa yang ada masaalah kolesterol tinggi boleh mengamalkan mengambil kacang bendi yang diyakini mampu menurunkan kadar kolesterol. Caranya mudah iaitu dengen mendapatkan bahan-bahan terdiri dari 10 - 15 batang kacang bendi dan juga hanya 1 liter air. Cara membuatnya dimulakan dengan aktiviti mencuci kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil. Kemudian di masukkan bendi yang sudah dipotong ke dalam air atau bekas. Seterusnya ia di siimpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan anda tambah air hanya 3 kali. Pembaca blog adlaah di ingatkan agar jangan bimbang jika air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar. Penulis blog kongsikan juga fakta dimana ada petua luruskan rambut guna kacang bendi sehingga menjadikan rambut tak rosak, jedi lurus macam ia di rawat secara 'rebonding' sahaja. Apa pun bagi meereka yang berambut kerenting ada cara untuk meluruskannya walau pun selalunya di zaman moden ini ramai yang memilih untuk ke salon. Selalunya jenis rambut yang lurus lebih mudah diurus dan jika di rawat dengan teknik rebonding di salon antara ancamannya adlaah rambut boleh jadi kering dan cepat rosak. Di syorkan akar menggunakan adalah lebih selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Sebenarinya petua ini akan menggunakan kacang bendi sebagai bahan utama. Apa pun cara penyediaanya dengan cara mencuci bersih 10 hingga 12 biji bendi segar dan kemudian perlu di rebus bendi tersebut menggunakan air yang tidak terlalu banyak. Apabila air sudah mula mendidih maka boleh di potong kecil-kecil bendi tersebut menggunakan gunting atau pisau tajam. Teruskan rebus bendi sehingga lendir pada sayuran tersebut keluar dan perlu di sejukkan. Apa pun petuanya setelah rebusan bendi sejuk, kisar bendi bersama air rebusan itu. maka ia boleh di ksar, di tapis dan buang hampasnya. Ramuan ini sudah siap dan sedia untuk disapu pada rambut. Sebaiknya rambut perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum disapu merata. Ini kerana rambut boleh dibalut dan dibiarkan selama 30 hingga 40 minit. dimana lazimnya semakin lama lagi bagus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BENDI.... MUDAH TANAMNYA....
PETIK MUDA... LEMBU AKAN ISINYA....
DI MASAK TUMIS...PELBAGAI CARA...
MAKAN BENDI... BERKHASIAT DIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Safar 1447H).

Wednesday, July 30, 2025

SEMBANG PASAL LAKSA JOHOR

KULINER LAKSA JOHOR
merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yang menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi. Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa. Penulis blog yang berasal daripada Johor memang meminati makan laksa ini kerana ia menjanjikan kandungan dan kepelbagaian yang ada pada laksa ini dengan banyak jenis sayuran sebagai ramuannya. Jika membeli dipasar malam atau pasar tani lazimya laksa ini disediakan dengan harga amat berpatutan. Bergantung kepada keunikan laksa ini biasanya dijual pada harga serendah RM3.00 satu set kepada RM6.00 satu set. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan makanan popular iaitu Laksa Johor untuk bacaan semua sempena membuat kuliner Laksa Johor hari ini di rumah.


Bagi penulis blog yang memang suka makan Laksa Johor dimana ia adalah hidangan laksa yang popular di Johor yang memant amat terkenal dengan kuahnya yang kaya dan rasa yang unik. Ia biasanya dihidangkan dengan mi tebal, kuah santan yang diperkaya dengan ikan, udang, dan rempah ratus, serta hiasan seperti hirisan limau nipis, daun kemangi, dan sambal belacan. Bagi tujuan tersebut perlu di sembangkan akan beberapa ciri-ciri Laksa Johor seperti komponen Mee yang mana ia akan menggunakan mee atau selalu menggunakan sphagetti yang saiznya leih tebal dan ia bukan guna mee kuning atau mee lidi seperti laksa lain. Ciri kuahnya yang bersantan yang kaya dengan rasa ikan, udang dan rempah-ratus seperti cili merah, halia, udang kering, bawang merah, bawang putih, belacan, ketumbar, dan kunyit. Dalam membuatnya dimana bahan-bahan yang di sedikan termasuk udang, ayam, tahu dan tauge juga sering ditambah dalam kuah atau sebagai hiasan. Laksa Johor lebih unik bila ia di hias dengan hiasan termasuk bahan seperti limau nipis, daun kemangi, daun selasih, daun kesom, hirisan kacang panjang, bunga kantan, kulit timun dan sambal belacan adalah hiasan penting untuk melengkapkan rasa Laksa Johor agar ada pelbagai rasa seperti lemak, pedas, masam, manis dan segalanya. Sembang tentang ciri dan perbezaan Laksa Johor dari Laksa lain ia berkait dengan penggunaan jenis mee dimana jenis mee yang digunakan bagi laksa Johor adalah berbeza dari laksa lain. Kuahnya pula dimana resipi kuah dan perisa adalah unik kepada Laksa Johor juga berlainan dan aspek hiasan serta tambahan dengan sambal belacan dan daun kemangi adalah ciri-ciri yang membezakan Laksa Johor. Resipi Laksa Johor dimana secara ringkasnya, ia melibatkan proses menumis bahan-bahan seperti serai, daun limau, dan lengkuas, kemudian menambahkan santan, garam, gula, dan bahan lain seperti udang dan ayam. Tauge dan tahu juga boleh ditambah. Akhir sekali, kuah dan isi disajikan dengan mi dan hiasan. Apa pun bagi penulis blog dimana Laksa Johor adalah hidangan yang unik dan lazat, terkenal dengan perisa dan bahan-bahannya yang tersendiri. Ia adalah makanan yang patut dicuba oleh sesiapa yang ingin merasai keunikan masakan Johor.


Dalam beberapa media dibincangkan kes 'Perang laksa Johor dan laksa utara' apa bila tidak semena-mena mencurah-curah pelbagai komen dan gambar-gambar mengenai laksa di media sosial sehingga menimbulkan ketegangan dalam kalangan warganet. Pernah ada laporan dan komen menyindir dan ada parodi dan tidak kurang juga video cara-cara menyediakan laksa. Menarik dalam media sosial apabila di laporkan isu dan perbalahan berlaku disebabkan terdapat komen daripada seorang warganet yang mengatakan resipi dikongsi tidak mengikut standard resipi asli orang Johor. Apa diantara petikan komen individu itu ialah seperti 'Kalau tiada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung atau ikan selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur'. Memang ia sungguh berapi komen individu tersebut. Ada juga yang menegur pemilik akaun tersebut supaya tidak ladi ianya menggunakan isu kenegerian dan lebih sopan dalam cara mengeluarkan komen-komen di laman sosial. Ramai juga yang bertanya mengapa laksa Johor dipanggil laksa walaupun mi yang digunakan adalah spageti. Berdasarkan carian Merak Jalanan medidapati kisah LAksa JOhor dimana ia sudah pun bermula apabila Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar (1886-1895) dalam lawatannya ke Eropah telah disajikan dengan menu spageti. Kemudian ada sesekali perang laksa tidak berhenti di situ, apabila ada pula warganet dari negeri lain turut berkongsi gambar-gambar dan video mengenai kehebatan laksa negeri masing-masing seperti laksa Sarawak, laksam Kelantan dan banyak lagi. Perbalahan turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri masa itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memuat naik status komen isu laksa. Bagi penulis blog kesemua makanan tradisiona di Malaysia adlah warisan yang ada nilai0nilainya tersendiri dan patut di banggakan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.


Kemudian di laporkan ada sembang mengenai 'Menu rare, makan guna tangan dan 10 fakta menarik laksa Johor' yang menjadi bahan rujukkan dan bacaan. Walau pun memang baru-baru ini agak panas di media sosial perbalahan warganet tentang ‘standard’ laksa beberapa negeri hingga mencetuskan perdebatan antara laksa Johor dan laksa negeri-negeri lain. Apa pun di laporkan semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa. Kemudian ada seorang individu membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain. Katanya beberap komen lain dimana penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur. Rentetan dari kenyataan itu, warganet mula membidas hujah mengatakan laksa Utara ‘lebih pure’ kerana menggunakan bahan laksa sebenar berbanding laksa Johor yang berasaskan spageti. Dilaporkan dimana perbahasan terus menjadi hangat susulan campur tangan netizen negeri lain yang menyokong geng laksa Utara. DIlaporkan juga isu pendebatan laksa tersebut menarik perhatian ramai termasuklah seorang anggota kesihatan dan perubatan yang juga anak jati Johor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Menurut beliau, laksa Johor sememangnya satu hidangan yang aneh domana bagi orang luar Johor pasti pelik melihat laksa dari Selatan itu. Antara 10 fakta berkaitan laksa Johor yang patut korang tahu dimana ia di khabarkan dicipta oleh tukang masak istana Johor mengikut cita rasa Sultan. Laksa ini selalu digunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, udang dan tulang kurau masin. Walau pun ia kelihatan seperti laksa Kelantan tetapi lebih merah kerana mengandungi rempah kari. Laksa JOhor juga tidak gunakan laksa berasaskan beras sebaliknya gunakan spageti (Itali). Bahan spageti yang telah direbus akan bahagi menjadi sukatan kecil dipanggil 'cap'. Bahan timun dipotong dengan teknik katsuramuki (Jepun) menjadi gulungan panjang. Ia juga selalu dihidangkan di atas pinggan bukannya di dalam mangkuk. Sesuai untuk dinikmati menggunakan tangan kosong tanpa gunakan sudu dan garfu. Sesuai juga untuk ia dipadankan dengan sambal belacan sebagai penaik rasa penambah selera. Walau pun sukar didapati di kedai makan sebab membuatnya agak ambil masa lama dan bahan yang banyak akan tetapi ia biasanya dimasak waktu perayaan dan keraian. Berkongsi resipi laksa Johor versinya. Katanya, laksa Johor adalah menu paling susah nak dapat di kedai makan. Apa pun menu 'rare' ini jika ada pun, biasanya ia memang kurang mengancam dan paling sedap adalah buat sendiri. 
Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk dibaca semua pembaca blog anim agro technology dan di jadikan bahan rujukkan pembaca semua. Wasallam!!!...
LAKSA JOHOR... AMAT ISTIMEWA....
BANYAK KOMOPNEN... BUAT LAMA...
MEMANG ENAK...DIMAKAN SEMUA...
IA BERKHASIAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1447H).

Tuesday, July 29, 2025

FAKTA MENARIK BERAS PERANG

BERAS PERANG
atau 'Brown Rice' bagi penulis blog merupakan sejenis beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar, sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai rasa sedikit berkacang dan ia adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih dimana ia juga akan menjadi tengik dengan lebih cepat. Dilaporkan dimana mana-mana beras iaitu termasuk biji-bijian panjang, biji-bijian pendek, atau pulut memang ia dapat dimakan sebagai nasi perang. Selalunya di kawasan Asia iaitu jenis beras perang dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan waktu krisis berperang dimana selalunya pada masa lalu jarang ia dapat dimakan kecuali oleh orang sakit atau yang lebih tua dan sebagai rawatan untuk sembelit. Beras yang direndahkan secara tradisional ini kini adalah lebih mahal daripada beras putih, sebahagiannya oleh kerana bekalan yang agak bekurangan dan kesukaran penyimpanan dan pengangkutan. Penting di kongsikan mengenali akan perbandingan asas diantara jenis beras perang dengan jenis beras putih. Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, zat karbohidrat dan zat protein yang hampir sama. Perbezaan utama di antara dua bentuk beras terletak dalam memproses dan kandungan zat. Apa pun dilaporkan dimana apabila hanya lapisan luaran benih beras (kulit padi) dibuang maka beras perang dihasilkan. Untuk menghasilkan beras putih pprosesnya dimana lapis-lapis berikutnya di bawah lapis kulit padi (sekam dan benih) akan dibuang yang mana ia meninggalkan kebanyakannya endosperma yang berkanji sahaja berwarna putih. Terdapat beberapa jenis vitamin dan mineral diet akan hilang dalam pembuangan ini dan oleh itu proses pengilatan beras menjadi beras putih. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini adalah termasuk zat seperti Vitamin B1, Vitamin B3, dan besi kadang-kadang ditambahkan semula ke dalam beras putih untuk membuatnya "kaya", oleh kerana para pembekal makanan di AS perlu melakukan mengikut Food and Drug Administration (FDA). Salah satu mineral tidak ditambahkan semula pada beras putih adalah magnesium dimana setiap satu cawan (195 gram) beras perang jenis biji panjang masak mengandungi 84 mg magnesium sementara satu cawan beras putih cuma ia mengandungi sebanyak 19 mg sahaja. Apabila lapis sekam dibuang untuk membuat beras putih maka minyak pada sekam juga dibuang dimana dilaporkan yang minyak sekam beras dapat membantu mengurangkan kolestoral LDL Apa pun selalunya bagi kalangan pengguna dimana sumber utama lain pemakanan berkhasiat hilang adalah jumlah kecil asid lemak dan fiber. Antara nilai berkhasiat bagi beras perang dilaporkan ia khasiatnya lebih banyak dan kebaikan makan jenis beras perang juga dikatakan kurang memberikan insiden sembelit daripada beras putih. Cara memasak dan penyediaan berass perang atau di panggil sebagai 'Beras GABA" adalah tidak sukar iaitu dengan merendam beras perang selama 20 jam di dalam air panas (38 °C) sebelum memasaknya. Proses ini merangsang percambahan yang mengaktifkan pelbagai enzim dalam beras dimana cara ini ia boleh memperolehi profil asid yang lebih lengkap, termasuk GABA. Cara menyimpan beras perang selama 6 bulan di bawah keadaan biasa akan jika ia di simpan dalam hermetic dan membeku selalunya akan dapat memanjangkan jangkamasa simpanannya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta menarik tentang beras perang untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Mungkin kalangan pembaca blog ramai yang tidak ada pengalaman makan dan memasak beras perang. Apa pun cara penyedian beras perang dimana sebaiknya sebelum memasak beras perang, ianya perlu dicuci dengan air bersih lalu direndam selama 30 minit sebelum dimasak. Tujuan rendaman adalah untuk menjadikan nasi beras perang lebih lembut dan cepat masak. Apa pun kemudian, beras tersebut akan dimasak dengan kuantiti air yang lebih banyak berbanding dengan air beras putih biasa. Apabila air telah mulai kering, ini memberikan petunjuk bawa nasi telah separuh masak lalu ditoskan airnya. Bagi pembaca blog ini yang ingin membuatkan nasi beras perang ini lebih masak disyorkan agar ianya perlu dikukus bagi membuatkan nasi tersebut lebih lembut. Setelah dikukus bagaimana [in di galakkan agar jangan biarkan nasi ditutup dengan penutup terlalu lama kerana wap yang terdapat dipentutup periuk akan membuatkan nasi itu menjadi lebih lembik. Sebaiknya dimana semasa memasak boleh menggunakan api sederhana supaya nanti hasilnya nasi masak lebih sekata atau seragam dan ini melambatkan kehilangan air atau air cepat kering tetapi nasi belum masak sepenuhnya. Dalam pada itu juga perlu di kacau nasi yang telah dikukus dengan perlahan supaya tekstur nasi lembut dan masak. Hidangkan ketika panas dengan juadah yang bersesuaian. Sebenarnya juadah nasi dagang yang popular di masyarakat negeri Terengganu juga dahulu ada yang disediakan dengan menggunakan beras perang sebagai beras utama juadah ini. Ianya mempunyai rasa yang sangat sedap dan enak dinikmati bersama gulai ikan tongkol. Nasi dagang kebanyakannya di komersilkan dengan beras premium yang di campur sedikit pulut atau menggunakan beras khas untuk nasi dagang yang ada banyak di tanam di Thailand. 


Banyak kajian dan dakwaan jika 
Beras Perang adalah ia baik untuk kesihatan seperti di laporkan oleh pakar kesihatan. Pertama di dakwa jika memakan beras perang akan Mengurangkan risiko kanser kolon sebab beras perang mengandungi kandungan zat mineral yang berguna untuk mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan selenium dan fenol yang terkandung di dalam setiap butir beras perang mampu menjadikan sistem penghadaman tubuh manusia lebih baik. Kandungan serat ini membantu kolon menjalankan proses pencernaan lebih efektif dan berkesan. Najis dari proses penyahtinjaan juga lebih lembut dan mengatasi masalah sembelit. Kedua dimana  kehebatannya adalah ia mampu Mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol. Hasil kajian dari ramai para penyelidik mengenai khasiat beras perang mendapati dimana pengambilan beras perang dalam diet mampu mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Dilaporkan yang lapisan tisu disekeliling beras mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang bertindak meningkatkan tekanan darah. Kandungan serat dalam beras perang juga akan melarutkan sel sel lemak yang akan menempel di dinding perut, jantung dan hati. Kehebatan khasiat ke 3 dimana ia mampu untuk Menstabilkan gula dalam darahBagi pesakit dietbetis (kencing manis) yang memakan beras perang domana selalunya kadar penghadaman karbohidrat menjadi lebih perlahan mengakibatkan pentstabilan kandungan gula dalam darah. Pengeluaran gula dalam darah dikawal oleh kandungan glicemic index yang rendah di dalam beras perang. Dilaporkan walaupun beras perang kaya dengan pelbagai nutrisi berguna kepada kesihatan jantung, mengatasi masalah obesiti dan kadar kandungan gula di dalam darah namun masih ramai masyarakat yang tidak peka mengenai khasiat dan manfaat kesihatan yang terkandung di dalam beras perang. Walau pun ada dakwaan dimana beras perang tidak popular di Asia kerana diangap beras kemiskinan tetapi kini semakin moden keparcayaan tersebut berkurangan. Kalau satu masa dahulu di kebanyakan negara Asia seperti China, Jepun dan Asia Tenggara ada mitos dimana beras perang dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan dimana ia jarang dimakan kecuali untuk orang sakit dan juga mangsa peperangan. Sejarah beras perang juga dikaitkan dengan zaman kemiskinan dan kekurangan makanan ketika zaman penjajahan dan peperangan yang melanda Tanah Melayu suatu masa dahulu. Kes catuan beras oleh pihak penjajah menyebabkan penduduk Tanah Melayu ketika itu hanya makan apabila perlu sahaja. Ketika itu hanya beras perang dan tumbuh-tumbuhan kampung (ubi kayu) sahaja sumber makanan yang ada. Oleh itu perlu di fahami jika beras perang adalah sinonim dengan zaman kesusahan dan darurat masa dulu. Kini beras yang dianggap sebagai beras golongan bawahan adalah lebih mahal daripada beras putih. Dengan teknologi terkini penyelidik dapat mengenal pasti khasiat yang terkandung dalam beras perang. Apa pun beras perang tidak menjadi budaya pemakanan bagi masyarakat Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura tetapi didakwa masyarakat Timur Tengah menjadikan beras perang dalam masakan nasi biryani, nasi arab dan pelbagai lagi. Kini ianya pernah disajikan dengan masakan rempah kambing atau daging lembu bersama juadah yang lain.


Apa yang sesuai di kongsikan adalah kisah bagaimana cara-cara untuk mengh
asilkan beras perang. Beras perang merupakan beras yang tidak dikisar atau dikisar separuh dan dianggap sebagai biji bijian semulajadi yang lengkap. Ia mempunyai rasa kekacang, bersifat kenyal dan melekit apabila dimasak tetapi ianya cepat menjadi tengik. Dilaporkan dimana cara menghasilkan beras perang terjadi apabila lapisan paling luar kulit padi diproses yang mana ia berbeza dengan proses penghasilan beras putih dimana lapisan sekam dan germ dikupas meninggalkan endosperm (butir beras putih) yang mempunyai kanji. Kedua kedua jenis beras mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang hampir sama tetapi proses penghasilan beras yang berbeza. Proses penghasilan beras perang tidak serumit proses penghasilan beras putih. Proses penghasilan beras perang dimulakan dengan butir padi dimasukkan ke dalam mesin pengilingan dan pengelupasan kulit luar atau sekam lalu dibiarkan tanpa mengalami proses pengilatan seperti yang dialami untuk menghasilkan beras putih. Proses pengelupasan kulit luar padi akan menghasilkan butir beras yang berwarna coklat atau perang. Beras perang yang dihasilkan berbentuk lonjong, panjang atau pendek dan selaput bran yang mengandungi zat makanan dikekalkan lalu dipek atau dibungkus untuk dipasarkan. Beras perang itu dikatakan sangat berkhasiat dan kaya dengan kandungan nutrisi zat yang tinggi kerana ianya hanya mengalami proses pengelupasan kulit sekam sahaja. Maka kandungan zat atau mineral yang terhilang adalah sedikit. Dalam portal seperti hmetro.com di laporkan fakta 'Kelebihan nasi Gaba' yang sesuai di jadikan bahan rujukkan. Dilaporkan yang majoriti daripada kita di Asia mengambil sekurang-kurangnya satu hidangan nasi setiap hari sebagai melengkapkan diet harian. Beras putih boleh dianggap pilihan kebanyakan orang. Ada juga yang memilih beras perang, namun jumlahnya tidaklah ramai. Salah satu alasan mengapa beras perang jarang menjadi pilihan, kerana sukarnya untuk mendapatkan rasa tepat berbanding nasi putih. Realitinya, beras perang mengandungi lebih banyak manfaat serta khasiat. Sebutir beras perang tersimpan nutrisi, serat, protein, magnesium dan zink. Kelebihan ini menjadikan beras perang mudah dan ini membuatkan kita merasa cepat kenyang. Sebenarnya, beras perang tidak melalui proses yang rumit. Ia mungkin tidak dikisar atau separuh kisar, menjadikan setiap butirnya memiliki rasa sedikit berkacang, lebih kenyal, kaya dengan khasiat, serat serta nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di Korea jenis nasi Gaba lebih menarik perhatian penduduk Korea. Apa pun jika menyebut nasi gaba di Malaysia, tentu ramai yang terpinga-pinga. Walaupun nasi Gaba sudah wujud lama dulu, namun ia baru mencapai populariti sejak akhir-akhir ini. Apa pun di Korea secara tradisinya proses percambahan beras perang mengambil masa sehingga 20 jam. Ia perlu direndam dalam air bersuhu 30 hingga 40 darjah Celsius dan dibilas beberapa kali bagi mengelakkan nasi berbau. Kini di KOrea di perkenaljan jenis periuk serba guna Cuckoo seperti Q10, WHITE1010, HN10 dan M10, hanya satu sentuhan diperlukan untuk percambahan beras selama dua jam sebelum seterunya terhasilnya nasi Gaba. Dilaporkan yang nasi ini lebih lazat dari nasi putih dan lebih berkhasiat daripada nasi beras perang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia diperkaya dengan asid gamma aminobutirik (Gaba), vitamin B1, B6 dan E, kalsium, magnesium, potasium, serat diet dan banyak lagi manfaat kesihatan lain. Didakwa jika dibandingkan dengan nasi putih, nasi Gaba memiliki 10 kali ganda Gaba, tiga kali ganda vitamin B1 dan empat kali lebih kaya dengan vitamin E. Kelebihan ini membolehkan nasi ini membantu merendahkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, tekanan dan tahap kolestrol, serta memperbaiki sistem penghadaman serta kesihatan minda. Selain keupayaan memasak nasi Gaba jenis periuk serba guna itu dilengkapi empat teknologi pintar utama iaitu algoritma pintar, memasak menggunakan tekanan, teknologi pemanasan serta teknologi saduran bagi membantu menyediakan kediaman sihat buat setiap keluarga. Semua ciri canggih itu bukan saja menggalakkan masyarakatnya menukar gaya hidup lebih sihat dan pintar tetapi turut memberi lebih manfaat jangka panjang untuk keluarga. Kini, Cuckoo Malaysia turut memperkenalkan pelan pemilikan bagi penyediaan juadah dengan mudah hanya daripada RM40 sebulan. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....!
BERAS PERANG... SEMAKIN DI LUPA...
SANGAT BERKHASIAT... DI DAKWA...
KURANG DI GEMARI...DI LUAR SANA...
UNTUK KESIHATAN... BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Safar 1447H).

Monday, July 28, 2025

IKAN LAGA, CIRI DAN PASARAN

IKAN LAGA
atau IKAN ADU SIAM atau CUPANG adalah sejenis ikan air tawar yang berasal daripada beberapa negara di Asia Tenggara antara lain ia terdapat liar di Thailand, Malaysia, Brunei,Singapura, Vietnam dan juga di Indonesia. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan selalu ia cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya dan akan berlaga demi mempertahankan kawasannya. Bagi penulis blog dimana di kampong semasa kanak-kanak dan remaja memang suka mencari ikan laga kampong berwarna gelap dan memeliharanya di rumah secara konvensional. Masa itu tidak tahu apakah nama saintifik ikan tersebut akan tetapi kemungkinan adalah spesis Ikan Laga Kampong atau Ikan Laga Liar (Betta imbelis) yang mudah didapatkan di anaksungai dan taliair sawah air tawar dekat dengan rumah. Bagaimana pun lazimnya ikan jenis ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ikan Laga hiasan, Ikan Laga Bertarung dan Ikan Laga Liar. Memang dari pengalaman dahulu dimana ikan ini adalah sejenis ikan yang mana ia kuat bertahan hidup dalam unatu jangkamasa lama sehingga apabila ikan tersebut ditempatkan di dalam bekas kecil dengan jumlah air sedikit dan tanpa adanya alat bekalan oksijan (aerator) selalunya ikan ini masih dapat bertahan hidup agak lama berbanding jenis ikan lain. Habitat semulajadi ikan ini biasanya ditemui di perairan yang tenang seperti dalam paya, kolam dan anak sungai yang memiliki sedikit tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan dalam air dan akarnya yang terendam. Ikan ini apa yang penulis blog tahu ia akan lebih memilih habitat yang mempynyai sistem air agak hangat dan ada sedikit arus. Dikampong dulu mudah mencari ikan laga ini dimana ia sering berada di kawasan air dengan mempunyai vegetasi air yang lebat seperti kiambang, rumput air dimana mempunyai akar-akar tumbuhan yang menjuntai ke dalam air. Sebenarnya jenis tumbuhan akuakultur ini memberikan tempat berlindung dan menciptakan zon dengan menerima intensiti cahaya matahari mencukupi dalam air. Apa pun di habitat lain dimana ikan laga ini juga boleh tinggal dikawasan perairan dengan dasar berlumpur atau berpasir. Mereka dapat mencari makanan dipersekitarannya dan mencari tempat bertelur di antara lapisan tanah tersebut dan membesar dalam habitat tersebut. Kini paling di konersilkan adalah jenis ikan laga untuk Berlawan (Fighting Fish). Ada banyak jenis ikan laga hibrid yang berwarnawarni dan dijual dengan harga premium. Terdapat banyak aktiviti pertandingan untuk ikan laga di banyak negara dimana ikan yang menang didalam pertanidingan tersebut mampu mencapai nilai komersial sehingga puluhan ribu ringgit seekor. Hobi memelihara ikan laga juga semakin popular dikalangan orang kebanyakan dimana mereka sanggup berbelanja tinggi untuk hobi ini. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai fakta ikan laga, aspek pemasaran dan juga kisah menarik dalam media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta kali ini adalah artikel bertajuk '
Saintis ikan laga' yang di rujuk dari hmetro.com. Dilaporkan bermula sekadar hobi memelihara ikan arowana selama beberapa tahun, kemudian lelaki ini beralih kepada memelihara ikan laga. Bukan setakat itu tetapi kali ini Ahmad Amirul Aizat Ab Ghafar (36) lebih ke hadapan yang mana dia bertindak seperti 'saintis' ikan (Sila lihat foto sebelah). Dulu ikan laga peliharaannya dibiakkan sendiri hasil ilmu yang dipelajari menerusi internet dan kemudian menggunakan teknik 'cuba serta jaya.' Kini ia sudah membuahkan hasil apabila ikan laga peliharaannya membiak hingga 800 ekor. Proses pembiakan ikan laganya adalah berasal daripada ikan laga moden koral yang biasa disilang hingga menghasilkan spesies ikan laga moden memiliki corak dan warna cantik. Kebiasaannya spesies ikan laga moden dan hibrid ini memiliki corak berbeza, warna lebih menarik serta berbeza daripada induk. Tarikan ikan laga ialah pada warna dan bentuk yang menarik serta siripnya yang mengembang seperti hendak bertarung. Penjagaan ikan laga adalah lebih mudah berbanding ikan hiasan lain, tetapi perlu mengikuti beberapa tip untuk memastikan ikan ini kekal aktif. Dijelaskan tip pertama ialah tidak mencampurkan ikan laga daripada spesies berbeza dalam satu bekas kerana ia akan bergaduh hingga salah seekor mati atau mengalami keadaan kecederaan teruk. Tip kedua adalah memastikan saiz bekas untuk meletakkan ikan laga bersesuaian dan tidak sempit. Dalam pada itu tip ketiga pula menggunakan air sesuai iaitu air tapis atau air bebas klorin untuk memelihara ikan laga. Apa pun tip keempat ialah menukar air tiga hari sekali. Tujuannya bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Dia beritahu jika untuk makanan ikan laga jenis palet yang disarankan kandungan protein kurang daripada 40% kerana dapat mengurangkan masalah penghadaman. Seelok-eloknya memberi ikan laga makan sekali sehari dengan anggaran tujuh hingga lapan biji palet. Dia dakwa ada tiga jenis penyakit yang lazimnya dialami ikan laga. Pertama ialah 'valvet' iaitu terdapat bintik warna keemasan pada badan ikan dan yang kedua adalah 'Ekor kucup' yang selalunya berpunca daripada masalah air seperti air berkarat. Jenis penyakit ketiga ialah 'Bintik Putih' pada badan ikan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian. Ikan laga juga boleh mengalami masalah kembung perut, 'swimming bladder' dan 'dropsy' iaitu pengumpulan cecair luar biasa dalam rongga ikan. Penyakit ini (dropsy) jarang berlaku akan tetapi boleh membunuh ikan laga dalam diam. Menyentuh harga ikan laga dalam pasaran pula ia berharga tinggi pada 2018 hingga tahun lalu yang mana seekor ikan laga jantan boleh mencecah sehingga RM2,000. Dia juga yang aktif menyertai pertandingan ikan laga dan penyertaan paling banyak sejak 2018 serta merangkul banyak kemenangan. Selain itu juga memenangi pertandingan ikan laga peringkat antarabangsa di Indonesia, Singapura dan Hong Kong. Ikan yang dia biakkan dijaga dengan baik supaya cantik untuk pertandingan dan akan dijual kepada pembeli yang berminat.


Penting di kongsikan info akan kepentingan memelihara ikan laga dengan 'Mengawasi air ikan laga' sepanjang masa. Memelihara ikan laga kini sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hampir setiap minggu kini memang ada pertandingan ikan laga yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa. Ia asalnya dulu terkenal sebagai ikan paya tetapi kini ikan laga sudah menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kerana keunikan fizikal dan warnanya. Maka memang tidak hairan ada peminatnya yang sanggup membelanjakan sehingga ribuan ringgit untuk mendapatkan ikan laga yang bergred tinggi. Bagaimanapun dilaporkan di media dimana masih ramai terutama yang masih lagi baru mengambil mudah penjagaan ikan laga menyebabkan ia sakit dan mati dengan cepat. Perkara ini diakui pemilik Betta G Melaka Mini Farm iaitu Muhammad Fauzi yang sudah lapan tahun terbabit dalam bidang ini. Dakwanya biarpun ikan ini terkenal sebagai ikan yang lasak namun aspek penjagaan kebersihan air dan makanan memainkan peranan penting supaya ia terus kekal sihat dan aktif. Jika ada kesilapan yang biasa dilakukan dimana ramai yang tidak mempunyai asas ilmu pengetahuan asas dalam penjagaan ikan laga. Ini kerana ada terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang ikan laga akibat penjagaan air tidak sesuai termasuk 'white spot', velvet dan kuncup sirip. Asasnya penjagaan air memainkan peranan penting bukan sahaja supaya ikan laga terus hidup malah dapat membesar dengan cepat dan menaikkan warnanya. Penggunaan air paip yang mengandungi klorin boleh mengakibatkan ikan mati dengan cepat. Oleh itu, anda dinasihatkan menggunakan air yang ditadah dalam bekas selama empat hari atau gunakan cecair anti klorin. Penukaran air juga perlu dilakukan antara empat hingga tujuh hari untuk memastikan ikan sihat dan cantik. Apa pun memang boleh masukkan daun ketapang dalam air untuk menurunkan pH air. Ini kerana habitat asal ikan laga adalah di paya dimana daun ketapang dapat bantu turun nilai pH dan memasamkan air seperti air paya. Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu ikan menjadi lebih sihat dan warna lebih cantik, malah air dapat bertahan lebih lama. Pemilihan makanan yang diberikan kepada ikan laga juga menjadi penyumbang kepada aspek kebersihan air. Biasanya palet yang diberikan kepada ikan berminyak dan boleh menyebabkan air menjadi cepat kotor sehingga ia perlu ditukar dengan lebih kerap. Dia cadangkan berikan makanan hidup seperti kutu air, jentik-jentik, cacing sutera yang baik untuk pembesaran ikan. Walau pun dilihat aktiviti penjagaan ikan laga nampak mudah namun ia dilihat  memerlukan ilmu dan komitmen yang tinggi. Bagi peminat ikan laga dinasihatkan sediakan keperluan mencukupi termasuk air, bekas, makanan dan ubat-ubatan. Mulakan dengan ikan bergred rendah yang lebih mudah kerana dari situ kita boleh belajar mengenai penjagaan ikan laga dan memupuk minat.


Menyentuh mengenai pasaran menarik artikel bertajuk '
Masih ada pasaran, jual 10,000 ikan laga sebulan' yang mana ia membolehkan Mohd Amirul melakukan rutin harian memberi makan dan ambil ikan untuk jualan. Ada ribuan botol kaca yang tersusun di atas lantai diman ia akan diisikan ikan laga hiasan yang selalunya ditempatkan di dalamnya untuk jualan. Apa pun dia mengasingkan botol yang sudah kosong atau terlalu kotor untuk dicuci dengan mesin pemutar yang memang ia sudah disambungkan dengan berus khas. Inilah adalah rutinnya setiap hari iaitu selain memberi makan ikan-ikan laga hiasan yang dipelihara maka dia juga perlu menukar air pada setiap botol dan bekas ikan yang ada di sini sekurang-kurangnya tiga hari sekali bagi memastikan kesihatan ikan terjaga. Amalan untuk membersihkan botol-botol yang kotor dan kosong sebagai persediaan untuk memasukkan ikan baharu yang tiba dari Thailand setiap minggu di premis mereka di pusat penternakan dan jualan ikan laga Betta Jengka di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. Botol-botol plastik yang berisi ikan laga yang diletakkan di atas rak pameran dan selalu di usik ikan ini seolah-olah mengajuk ikan tersebut untuk ia bertarung. Kecantikan ikan laga ketika ia mengembangkan ekor dan siripnya selain memastikan ia sihat dan aktif. Apa pun ciri kecantikan ikan laga sangat penting kerana ia mampu menarik pelanggan untuk membeli ikan yang akan dijual nanti. Ikan laga atau nama komersialnya Betta splendens dilihat ia merupakan antara ikan hiasan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat hidupan air di negara ini. Dari segi sejarah kira-kira 150 tahun lalu dimana ikan laga iaitu khususnya spesies liar banyak digunakan dalam aktiviti perjudian terutamanya di Thailand. Kini hasil kebijaksanaan para penternak ikan laga yang melakukan pembiakan silang, ia yang pada asalnya hanya berwarna hitam dengan kilauan biru atau hijau di badan kini memiliki bentuk, warna dan corak yang lebih pelbagai dan semakin menarik. Diantara ikan laga yang diternak olehnya termasuklah jenis halfmoon dan halfmoon plakat daripada pelbagai varian genetic seperti warna solid, marble dan multi-colour. Bagi mempelbagaikan jenis ikan laga yang dipasarkan, dia mula mengimport ikan laga dari beberapa penternak di wilayah Nakhon, Thailand selepas mendapat permit import yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Negeri Pahang bermula tahun 2019. Dia yang mana mula membawa masuk ikan laga dari negara jiran itu antara 4,000 ekor hingga 5,000 ekor sebulan berdasarkan kapasiti di pusat jualan miliknya pada ketika itu. Kini selepas dia melakukan pengubahsuaian pada ruang penempatan ikan dengan menukar bekas daripada botol air mineral kepada botol kaca yang lebih kecil, kapasiti ruang simpanan ikan semakin bertambah dan boleh menampung sehingga 12,000 ekor ikan pada satu-satu masa. Rak-rak pameran yang kini menempatkan ikan laga hiasan yang sedia untuk dijual. Apa pun pada masa ini secara puratanya saya akan mengimport ikan laga dari Thailand kira-kira 3,000 ekor setiap minggu. Kini dalam masa sebbulan dia mampu memasarkan ikan laga sehingga 10,000 ekor kepada pelanggan dari seluruh negara termasuk ikan yang diternaknya sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TERCANTIK... IKAN LAGA...
BANYAK WARNA...HASIL BIAKBAKA....
SELALU BERTANDING...HEBATNYA...
JUARA IKAN LAGA... MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1446H).
Posted from:
Taman Balai Pajang Murni,
Bandar Melaka.

Sunday, July 27, 2025

SEMBANG AYAM PENCEN

AYAM PENCEN
atau AYAM TELUR TUA merupakan satu istilah yang diberikan kepada jualan ayam telur yang telah tua dan ia tidak produktif lagi untuk menghasilkan telur kemudian disembelih untuk kegunaan dagingnya. Sebelum penulis blog ini pergi jauh mengenai ayam pencen ini perlu didedahkan info berguna mengenai industri ayam di Malaysia yang perlu anda ketahui. Purata seorang rakyat di Semenanjung Malaysia makan daging ayam adalah sebanyak 38 kg setahun atau 3.2 kilogram sebulan (Sumber: Laporan Statistik AgroMakanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2024). Kalau purata seekor ayam daging beratnya 1.5 kg seekor, maknanya seorang rakyat Malaysia akan makan 2 ekor ayam lebih sebulan. Sebanyak 30 juta ekor ayam daging diperlukan setiap hari atau sebanyak 94 juta ekor seminggu atau sebanyak 10,950 juta ekor setahun. Ini menunjukkan daging ayam merupakan satu sumber zat protin terpenting di negara kita. Penggunaan daging ayam di Malaysia adalah amat tinggi kerana ia merupakan jenis daging yang paling diminati oleh semua bangsa, umur, kaum, jantina dan disediakan dalam banyak masakan. Sebut sahaja 'ayam goreng', kita akan jumpa setiap hari dirumah, dikantin, pasar malam, pasar tani malahan menjadi hidangan utama Restoren KFC dan banyak restoran fastfood yang lain. Ini belum disebutkan makanan berasaskan ayam seperti Sate Ayam, BBQ Ayam, Ayam Percik, Ayam Panggang dan banyak lagi. Bercerita mengenai Nasi Ayam sahaja terdapat banyak rangkaian restoren berasaskan nasi ayam sehingga kepasaran global. Cerita katun UPIN dan IPIN juga menyatakan minat mereka makan ayam goreng. Keenakan ayam goreng berempah memang menjadi makanan kegemaran ramai. Ini belum lagi pelbagai jenis hidangan yang menggunakan daging ayam untuk dijadikan makanan penting. Sebanyak 22 juta biji telur juga diperlukan oleh rakyat Malaysia setiap hari atau kasarnya dikira sebanyak 1 biji telur seorang sehari. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sebang dengan menulis mengenai ayam pencen sebag salah satu bahan bacaan dan rujukkan semua.


Ayam Telur merupakan jenis ayam yang diternak untuk menghasilkan telur ayam dan mempunyai sistem menternak yang berbeza dengan ayam daging. Kalau menternak ayam daging memang jelas untuk menghasilkan daging ayam segar dalam tempoh singkat iaitu diantara 35 - 40 hari sahaja. Ayam daging dahulu dipanggil juga sebagai 'Ayam Karen' kerana cepatnya ia membesar untuk dijual kepasaran tidak seperti ayam kampong yang sangat lama diternak. Kalau ayam daging diternak dalam reban diatas lantai tanah secara berkelompok, ayam telur dimasukkan dalam satu unit reban seekor dengan rekabentuk sangkar khas. Sangkar ini akan menyediakan makanan, minuman dan juga lantai yang membolehkan telur ayam yang dihasilkan bergolek ke tepi sangkar sebelum dipungut pekerja setiap hari (Sila lihat foto sebelah). Formulasi makanan ayam telur dengan ayam daging adalah berbeza dimana ianya akan menentukan sama ada pembinaan untuk daging atau untuk telur ayam. Makanan Ayam di Malaysia dihasilkan oleh beberapa kilang seperti Cargill, Sin Mah, CP dan Gold Coin serta beberapa lagi. Bahan asas makanan ayam adalah diimport dari luar negara iaitu komponen jagung bijirin, kacang soya dan bahan lain. Pengimportan bahan makanan ini menyumbangkan kepada kesan keluar duit keluar negara dengan nilai lebih daripada RM3.2 billion setahun. Lazimnya najis atau tahi ayam telur menjadi buruan petani penanam sayur dan buah-buahan kerana kandungan zat permakanan untuk dijadikan baja yang baik bagi tanaman berbanding dengan baja dari tahi ayam daging yang selalunya dicampur dengan habuk kayu atau bahan lain semasa reban ayam dibersihkan. Tahukah anda untuk itu mahu tak mahu seekor ayam penelur terpaksa bertelur selama sekurang-kurangnya 300 hari dalam setahun dimana hanya berehat dari bertelur dalam masa lebih kurang 65 hari sahaja setahun. Memang kesian ayam telur ini bertelur selalu dan rasanya ia bertelur pun tidak rasa sakit seperti haiwan lain mengeluarkan bakanya. Macam kita kencing atau berak sahaja agaknya untuk ayam ini mengeluarkan telurnya. Kajian dibeberapa ladang ayam telur penulis blog mendapati, pekerja yang mengumpul telur ini pun tidak boleh berehat atau cuti panjang kalau tidak dijadualkan. Agaknya masa bila palng aktif ayam telur ini mengeluarkan telurnya?. Ayam Telur selalunya hanya bertelur secara aktif mulai daripada minggu ke 22 hingga minggu ke 74. Selepas itu pengeluaran mulai menurun kerana ia sudah penat dan umurnya sudah tua atau kita mudah katakan sebagai ayam sudah masuk umur 'pencen' daripada bertelur. Kalau dikira masuk skim pencen selama 518 hari atau 1.5 tahun selepas diternak oleh ayam telur. Cuba anda kira seekor ayam telur menghasilkan berapa biji telur seumur hidupnya atau hampir 1,000 biji. Ini merupakan fakta benar yang saya ambil daripada info JPV dan rakan-rakan yang lain yang menternak ayam telur.


Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana '
Aidilfitri: Ayam tua jadi pilihan untuk lauk' sesuai di sembangkan. Kisah dari Kuala Terengganu tidak pelik apabila ayam tua atau 'ayam pencen' menjadi pilihan utama orang ramai untuk dijadikan lauk sempena cuti Aidilfitri. Beberapa pasar awam di sini, mendapati orang ramai terutama suri rumah sanggup beratur untuk membeli ayam itu diama salah seorang peniaga ayam, Rosshidawani Ruslee, 37, dari Kampung Kubang Parit nyatakan 1,600 ayam tua dianggarkan seberat kira-kira 1.6 metrik tan habis dijual dalam tempoh dua jam. Ada antara pelanggan membuat tempahan untuk mendapatkan ayam tua dari sejak minggu sebelumnya. Dia menjual ayam tua pada harga RM12 seekor dimana dianggarkan seekor ayam itu seberat dua kilogram (kg). Bagi peniaga di pasar Cabang Tiga, Muhammad Firdaus, 45, berkata, ayam tua atau 'ayam pencen' mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung saban tahun. Selalunya jumlah permintaan tinggi ayam tua bukan ianya  disebabkan peningkatan harga ayam segar, sebaliknya isi yang pejal dan keras menyebabkan menjadi pilihan kepada ramai pengunjung. Bekalan ayam tua diperolehi daripada pengeluar dan penternak ayam telur terutama dari Perak dan Johor dan mampu menjual kira-kira 2,500 ayam tua atau kira-kira 2.5 metrik tan hanya dalam tempoh empat jam. Pengguna bernama Rakiah Abdullah dakwa walaupun isi ayam tua liat dan keras, tetapi ia tetap menjadi pilihan ahli keluarga dan tetamu yang mengunjungi kediamannya, setiap kali sambutan Aidilfitri. Daging ayam ayam tua yang manis sesuai untuk dimasak untuk hidangan rendang, sup, gulai dan kari. Bagi melembutkan isi daging ayam tua, lada hitam dan halia digunakan untuk rebusan dimana isinya yang tidak mudah hancur ketika dimasak menyebabkan ayam tua menjadi pilihan sebagai lauk tambahan untuk pelbagai hidangan.


Perkara sama di laporkan dari Pasa r Besar Muar apabia media laporkan '
Ayam pencen ganti ayam segar' menjadi satu perkara lumrah. Dilaporkan dimana ayam pencen mula menjadi pilihan masyarakat selepas berlakunya krisis kekurangan bekalan ayam segar di beberapa pasar utama di Malaysia. Ayam pencen yang dijual pada harga RM8 seekor menjadi pilihan utama masyarakat berbanding ayam sejuk beku apabila kes selepas ayam segar kehabisan. Beberapa penjual di Pasar Muar dakwa dimana ayam pencen menjadi pilihan masyarakat selepas bekalan ayam segar habis dijual. Dakwa seorang peniaga ayam Ahmad Jelani dan isterinya Jamilah mengakui bekalan ayam segar berkurangan dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggannya. Memberitahu dimana  walaupun harga ayam segar diturunkan kepada RM8.90 sen satu kilogram (kg) akan tetapi bekalan ayam segar sukar diperolehi dimana mereka hanya memperoleh bekalan ayam segar daripada pemborong, sebanyak antara 50 dan 80 kg sehari sedangkan pesanan dibuat sebanyak 150 kg. Apa pub selalunya bekalan diperolehi tidak mampu untuk mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap iaitu pengusaha asrama sekolah dan beberapa restoran. Penjualan ayam segar juga terpaksa dihadkan hanya dua ekor seorang pelanggan dimana mereka juga terpaksa mengurangkan tempahan yang dipesan pengusaha kantin asrama sekolah dan restoran. Isu jika bekalan ayam segar yang dijual kehabisan, ayam pencen menjadi pilihan pelanggan dimana pernah berlaku krisis kekurangan ayam segar lebih satu minggu lalu dan ayam pencen mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Mereka juga terpaksa membuat sendiri tempahan antara 100 serta 120 ekor ayam pencen sehari. Apa pun perkara ini sama dilaporkan oleh portal metrotv dimna 'Hanya tinggal ayam pencen' yang melaporkan isu sama. Di Seremban dimana ada hanya tinggal ayam pencen dengan ayam kampung. Itu situasi bekalan ayam di daerah ini yang mana ayam daging segar habis terjual menjelang 9 pagi. Apa pun hasil tinjauan di Pasar Ampangan mendapati terdapat empat gerai yang menjual ayam, namun hanya satu sahaja gerai yang masih mempunyai bekalan ayam menyebabkan orang ramai tertumpu di hadapan premis itu. Seawal 7 pagi, orang ramai sudah berbaris panjang tidak seperti kebiasaan untuk membeli ayam di gerai berkenaan memandangkan tiga gerai lain hanya menjual ayam tua dan ayam kampung sahaja kerana kekurangan stok. Bagi peniaga ayam, Muhammad Husni Abd Kudus nyatakan isu kekurangan bekalan daripada pembekal semakin meruncing sejak sambutan Aidilfitri ekoran permintaan ayam yang tinggi. Dia selalu memang mendapat bekalan ayam sebanyak 300 ekor sehari sahaja daripada pembekal walaupun menempah jumlah yang lebih tinggi. Biasanya 300 ekor ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sudah membuat tempahan awal. Dakwanya ada hari tertentu ada lebihan ayam kira-kira 90 ekor untuk dijual kepada pelanggan yang datang ke gerai dan biasanya akan habis kira-kira 8 pagi. Bagi seorang lagi peniaga ayam, Zulkipli Akhir pula dakwa pihak pembekal menaikkan harga sebanyak enam kali, namun dia masih menetapkan harga sama. Tambahnya sejak menjual ayam dari 1983, ini kali pertama berlaku kekurangan bekalan yang sangat teruk. Jika minta 100, akan dapat 80 ekor sahaja dan difahamkan pihak pembekal meminta kami supaya menutup premis selama dua hari bermula esok. Dia tetap juga meminta daripada pembekal dan berharap akan dapat bekalan ayam untuk esok kerana permintaan daripada pelanggan tinggi ketika ini.  Pelanggan bernama Normah dakwa kebiasaannya dia hanya membeli ayam kampung untuk memasak rendang, namun tiada pilihan kerana terpaksa beratur untuk membeli ayam daging. Dia kini agak pelik apabila tengok orang ramai beratur untuk membeli ayam di pasar. Tinjauan di beberapa pasar raya di daerah ini juga mendapati ayam daging habis dijual dan wartawan mendapat hanya terdapat ayam tua, ayam kampung dan ayam siap dipotong yang dijual pada harga mencecah RM18.90 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM PENCEN.... SAMA AYAM TUA...
HARGA MURAH...KERAS DAGINGNYA...
DI BUAT RENDANG..UNGKEP JUGA...
DIPASAR DI JUAL... MURAH HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Safar 1447H).

Saturday, July 26, 2025

SEMBANG PASAL BIJI NANGKA

BIJI NANGKA
merupakan salah satu kompunen dalam buah nangka selain daripada isi, jerami dan kulitnya. Selalunya bii nangka akan dibuang begitu sahaja selain daripada ada mereka yang menggunakan untuk di semai sebagai pook penanti pengeluaran benih nangka. Bagi penulis blog dimana tanaman Nangka (Artocarpus heterophyllus) adalah sejenis buah-buahan popular dari keluarga Moraceae yang di tanam di Malaysia untuk di makan segar dan di proses bagi pasaran domestik dan eksport. Terdapat seluas 4,862 hektar tanaman nangka pada tahun 2024 dengan pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan (Sumber: Booklet laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya 2024). Negeri Pahang dilapor merupakan paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2024. Daerah Temerloh di Pahang merupakan paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Nangka adalah tanaman saka yang mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 15-20 meter. Daun nangka berwarna hijau gelap dan agak tebal serta mempunyai getah. Buah nangka terbentuk selepas pendebungaan yang keluar dari dahan dan batang pokok. Buah nangka adalah berbentuk bulat lonjong berwarna hijau ketika putik dan kuning kehijauan apabila masak. Bahagian ira nangka yang di makan lazimnya berwarna kuning kemerahan bergantung kepada varieti. Biji nangka berbentuk bulat dan mengandungi isi warna putih. Buah Nangka yang masak sering mengeluarkan getah (latex) yang melekit ketika di kupas untuk mengeluarkan isinya. Isi nangka biasanya manis dan sesuai dimakan segar atau boleh diproses sebagai 'minimum process' dan disejukkan dalam peti sejuk. Buah nangka juga di proses untuk dijadikan "Vaccum Fry of jackfruit chip" dan mendapat pasaran sangat baik. Saya sangat minat makan nangka segar walau ada yang kata makan nangka nanti ' banyak angin' apa lagi kalau makan kerepek nangka vacuum fry. Tumbuhan nangka sesuai ditanam diatas tanah lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan mesti terbuka dan mendapat cahaya matahari yang dilihat ia mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan dan proses pembungaan. Elakkan dari memilih kawasan yang mudah tenggelam atau banjir kerana tanaman nangka tidak tahan terendam dalam aie melebihi 4-8 jam dan akan mati. Tanah perlu dibajak atau di bersihkan dari semak samun sebelum menanam untuk mendapatkan kesuburan pokok yang optima dan sediakan sistem pengairan dengan sempurna. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai biji nangka dan kieah menarik untuk baha bacaan semua.


Selalunya bagi penulis blog akan mula mengumpulkan biji nangka yang isinya sudah dimakan untuk dijadikan makanan yag enak dimakan. Dalam beberapa laporan kajian didakwa dimana amalan jangan membuang b
iji nangka selepas makan isiny kerana ada 6 manfaat kepada kesihatan anda bermula dari rambut hingga organ dalama dimana biji nangka sebenarnya mempunyai beberapa manfaat bagi kesihatan. Pertama biji nangka akan membantu proses penghadaman sebab biji nangka dipercayai dapat membantu sistem penghadaman kerana kandungan seratnya membantu membuat kotoran lebih lembut membantu dalam pergerakan usus. Ia juga bermakna makanan ini akan meredakan masalah sembelit, melindungi dari penyakit radang usus dan mampu ellakkan dalam masalah buasir. Biji nangka juga bersifat Anti BArah atau anti-kanser dimana kajian saintis laporkan biji nangka memiliki sifat anti-barah sebab bahan ini juga kaya dengan antioksidan khususnya flavonoid, saponin, dan fenolat. Ia juga dapat membantu melawan isu keradangan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, bahkan memperbaiki kerosakan sel-sel DNA. Biji nangka didakwa mampu menurunkan kadar kolesteron dimana kandungan serat dan antioksidan yang tinggi bermakna biji nangka dapat menurunkan kadar kolesterol jahat atau 'low-density lipoprotein'. Ia juga dapat meningkatkan kolesterol baik atau 'high-density lipoprotein' bagi melindungi jantung. Biji nangka mampu untuk Menjaga Kesihatan Kulit apabila hasiat biji nangka membantu dalam pembentukan kolagen. Kandungan antioksidan semula jadi dan vitamin C pada biji nangka juga baik untuk melindungi anda daripada masalah kulit akibat sinar matahari. Selain itu, biji nangka juga berkesan mengatasi pelbagai tanda-tanda penuaan seperti kedut dan lingkaran hitam di bawah mata, serta mengatasi masalah jerawat. Ke lima dimana biji nangka didakwa menjaga Kesihatan Rambut apabila sifat antimikrob dari biji nangka mampu mengatasi pelbagai jangkitan kulit kepala dan rambut. Ia juga dapat memelihara folikel rambut dengan nutrisi penting, memperkuatkan rambut dari akar, serta mencegah rambut gugur akibat tekanan. Akhir sekali yang hebat dimana ia didakwa biji nangka mampu didalam meningkatkan penglihatan mata apabila tinggi kkandungan vitamin A dimana jika ia dimakan secara rutin memakan biji nangka yang direbus atau sebagai tepung biji nangka hasil kajian dakwa ia dapat membantu mencegah penyakit mata seperti rabun malam dan xeroftalmia atau kekeringan konjunktiva dan kornea akibat kekurangan zat vitamin A. Negatifnya pula biji nangka dapat menghambat penyerapan nutrisi jika dimakan mentah selain meningkatkan ia akan berrisiko pendarahan pada orang yang perlu makan ubat-ubat tertentu sebagai peringatan.


Menarik dalam portal hmetro.om apabila dilaporkan '
Emping biji nangka, ubi keledek amat berkhasiat' dimana salah satu khasiat dalam biji nangka ialah ia mampu dalam mencegah kanser. Apa pun dalam usaha menyahut cabaran kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri asas tani, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor, mencipta inovasi baru kepada industri makanan dengan penghasilan emping daripada biji nangka dan ubi keledek kuning, jingga dan oren. Emping biji nangka yang diperkaya dengan ubi keledek dan buah-buahan kering adalah alternatif kepada sajian sarapan atau jajanan yang boleh diambil kanak-kanak serta dewasa. Menurut pensyarah yang juga selaku ketua penyelidik Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, Pasir Gudang, Nurshayzwani dimana dakwa produk ini dilihat mampu untuk menandingi pasaran sedia ada kerana mempunyai khasiat dan warna semula jadi yang menarik. DIlaporkan yang produk yang mempunyai potensi dipasarkan kerana kos penghasilannya rendah memandangkan nangka dan ubi keledek adalah buah-buahan tempatan tidak bermusim yang boleh didapati sepanjang tahun. Dalam pada itu, biji nangka boleh didapati dengan cara mudah daripada pengusaha yang berasaskan buah nangka. Menurutnya, biji nangka mempunyai manfaat yang sangat luas kepada kesihatan kerana mengandungi lignan, isoflavon, saponin, dan fitonutrien yang membantu mencegah barah, antihipertensi, antipenuaan dan antiulser. Zat khasiat yang tinggi pada biji nangka sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Menerusi terhasilnya produk emping ini, penggunaan nangka dapat dimaksimumkan dan boleh menjadi punca pendapatan kepada usahawan serta petani. Produk yang sesuai untuk semua golongan ini dihasilkan tanpa pewarna tambahan, rendah kandungan gula, garam dan lemak. Selain rasa enak dan mudah disediakan, produk ini lebih mesra alam kerana ia berteraskan teknologi hijau selain tiada bahan buangan industri. Malahan dilaporkan produk ini boleh menjadi alternatif kepada bijirin sarapan yang biasanya dihidangkan antara sajian sarapan pagi di dalam industri perhotelan. Produk divariasikan dengan penambahan nutrien daripada bahan mentah itu mempunyai khasiat dan manfaat yang banyak dari segi kesihatan seperti kacang almond, madu, biji bunga matahari serta kurma. Dalam pek bungkusan seberat 100 gram (g) itu mengandungi 60 peratus emping biji nangka, 20 peratus emping ubi keledek, 10 peratus kismis dan 10 peratus emping nangka. Produk empingan sihat ini saling bekerjasama dengan Cemara Food Industries Sdn.Bhd yang membekalkan bahan mentah iaitu biji nangka bagi tujuan penghasilan produk inovasi.


Menarik teknologi cara membuat roti sihat dengan bahan tambahan tepong dari biji nangka. Tepong biji nangka ini amat sesuai di buat roti yang ditambah dengan paras tepung biji nangka yang berbeza (10, 20, 25 dan 30%) dimana ia berikan kesan ke teas fiziko-kimia, nilai pemakanan dan organoleptik roti tersebut. Proksimat, nilai pemakanan dan sifat berfungsi biji nangka dan tepung biji nangka (atau TBN) juga dapat keputusan yang menunjukkan bahawa biji nangka dan TBN merupakan sumber karbohidrat, protein, gentian dietari, asid amino dan mineral yang baik tetapi rendah kandungan lemak. Apa pun kajian mendapati jika penambahan TBN (10-30%) ke dalam roti telah meningkatkan kandungan kelembapan dan gentian kasar secara signifikan akan tetapi mengurang!can kandungan protein, lemak, karbohidrat dan nilai kalori secara signifikan (p<0.05). Biji nangka mempunyai gentian tidak larut (IDF) yang tinggi berbanding gentian larut (SDF). Daripada hasil keputusan yang didapati menunjukkan peningkatan paras TBN dari 10-30% meningkatkan (p<0.05) kandunganjumlah gentian dietari (TDF) (2.83-12.84%), IDF (1.78- 7.53%) dan SDF (1..05-5.31%) dalam roti. Biji nangka mengandungi 2.38% kanji rintang (RS) tetapi meningkat sebanyak 3.33% apabila diproses menjadi tepung. Penambahan TBN dalam rotijuga meningkatkan kandungan RS (1.12-4.58%) secara signifikan (p<0.05). Biji nangka didapati mempunyai asid amino seperti methionina (35.31 mgllOOg), threonina (64.73 mg/lOOg), arginina (47.31 mg/IOOg), histidina (41.87 mg/IOOg) dan asid glutamik (32.03 mg/lOOg) yang tinggi. Penambahan TBN meningkatkan kandungan arginina, leusina, methionina, fenilalanina, threonina dan lisina dalam roti. Kalium (620.14 mg/lOOg) dan fosforus (1122.98 mg/lOOg) adalah tinggi dalam biji nangka tetapi kandungan mineral seperti Zn, Ca, Na, Mg, K dan P didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) dengan penambahan paras TBN yang berbeza (10-30%) ke dalam roti. Perencat tripsin dalam biji.. nangka adalah 229 TIU/lOOg tetapi berkurangan kepada 104 mg/lOOg di dalam bentuk tepung. SEM biji nangka menunjukkan granul kanji mempunyai berbagai saiz dan bentuk tetapi digelatinisasi selepas mengalami tindakan haba. Biji nangka dan TBN adalah tinggi dalam kandungan sukrosa tetapi rendah glukosa dan fruktosa. Kandungan oligosakarida dalam biji nangka dan TBN didapati rendah. Rafinosa dan verbaskosa tidak dapat dikes an di dalam biji nangka, TBN dan semua jenis roti. Isipadu lof (870-750 ml), isipadu spesifik (3.66-3.25 sm3 ) dan oven spring (1.60-0.64 sm) didapati berkurang apabila ditambah dengan TBN pada paras yang berbeza. Peningkatan paras TBN telah meningkatkan kekerasan, kekenyalan, kejelekitan, kegaman, kelekatan dan wama mm. Penerimaan keseluruhan menunjukkan Roti II (20% TBN) paling diterima (6.80) berbanding dengan sampel roti lain dan kawalan.


Menarik artikel bagaimana cara dalam menyediakan biji nangka kemudian akan menjadi produk 
Tepung Biji Nangka untuk disembangkan.  Buah nangka merupakan salah satu sumber vitamin, mineral, dan serat terbaik untuk tubuh. Namun begitu dilihat manfaat nangka bagi kesihatan tidak hanya terdapat dari dalam buahnya saja. Tahukah anda bahwa biji buah nangka mengandung lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan daging buahnya. Bahkan biji nangka diketahui juga mengandung kandungan anti-oksidan. Penggunaan biji buah nangka di masyarakat di Malaysia masih sangat terbatas dimana apa yang penulis blog tahu ia hanya dengan merebus dan menyangrai dan belum dimaanfaatkan sebagai produk makanan yang memiliki nilai yang lebih. Penggunaan tepung biji nangka menjadi untuk produk makanan yang mana ia merupakan cara untuk dapat meningkatkan keperluan makana berkhasiat. Melalui banyak cara membuat makanan maka ia dapat menghindari daripada ketergantungan pada suatu jenis bahan makanan sahaja contohnya hanya guna tepung gandum. Tepung biji nangka dapat digunakan sebagai bahan asas dalam industri makanan atau sebagai Bahan Makanan Campuran iaitu bahan bagi pengganti tepung gandum dalam membuat makanan seperti untuk membuat mie, kueh-mueh dan lain-lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan dimana tepung biji nangka mempunyai kandungan dan nilai zat yang melebihi tepung terigu. Nilai gizi tersebut adalah dalam setiap 100 gram tepung biji nangka mengandung 2.89% abu/ash, 9.67% protein, dan 7.46% serat, sedangkan pada tepung gandum pula cuma ada nilai 0.06% abu; 8.9% protein; dan 0.009% serat. Tepung biji nangka juga memiliki nilai karbohidrat, lemak dan air yang agak rendah dibandingkan tepung gandum iaitu pada 100 gram tepung biji nangka mengandung 75.64% karbohidrat; 1.19% lemak; dan 10.58% air dan pada tepung terigu yaitu 77.3% karbohidrat; 1.3% lemak, 0.06% air. Dari data kajian tersebut dimana sudah dipastikan bahwa tepung biji nangka dapat dijadikan sebagai potensi bahan makanan yang mempunyai nilai gizi yang tinggi dibandingkan tepung gandumu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BIJI NANGKA....SELALU DI JUMPA...
MAKAN ISINYA...DIBUANG BIJINYA...
SELAIN DI SEMAI...DI MAKAN JUGA...
BACA ARTIKEL..RASA HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...