Support My Blog

Monday, November 11, 2024

SEMBANG HEBATNYA BUAH BETIK

BUAH BETIK
(Carica papaya) adalah sejenis buah tropika yang tidak bermusim dan ia dilaporkan sebagai salah satu buah yang sangat berkhasiat. Selain ia buah yang mudah di beli dimana-mana sahaja di Malayis dilaporkn buah betik harganya adalah mampu di beli kerana ia banyak di tanam di Malaysia. Kalau saya pernah tulis dimana penggunaan buah betik muda sebagai bahan asas beberapa resepi makanan memang telah lama dilakukan oleh masyarakat kampong semenjak dahulu lagi kini akan di jelaskan akan kehebatan buah betik yang masak pula. Penulis blog pun sejak dulu sehingga sekarang memang paling suka makan sayur tumis pedas betik muda dan makanan dari Thailand dibuat dari betik muda iaitu 'Somtam Betik'. Sebenarnya dahulu amat sering makan nasi dengan sayur betik muda masak air sahaja bersama ikan kering. Bekalan buah betik muda dahulu memang sangat mudah didapati dikawasan rumah sekitar di kampong di Muar, Johor kerana memang orang tua saya dahulu sentiasa menanamnya hasil semaian bijibenih dari buah beik matang yang dimakan. Pendek kata memang amat mudah mendapatkan betik muda berbanding dengan masa sekarang sukar membelinya dipasar (itu pun jika ada). Dari segi rekod tanaman betik adalah seluas 2,536 hektar pada tahun 2023 menghasilkan sebanyak 55,958 mt buah betik segar dimana paling luas ditanam di Negeri Johor iaitu seluas 1,488 hektar hasilkan 33,647 mt (Sumber: Laporan ststistik buah-buahan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Antara varieti betik yang paling popular di tanam di Malaysia adalah Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Batu Arang dan juga Betik Eksotika. Penanaman betik secara komersil di Johor semenjak dahulu banyak tertumpu di Batu Pahat, Muar dan Kota Tinggi dimana hampir 70% adalah untuk pasaran eksport terutama kenegara Singapura dan juga Hong Kong. Bagaimana pun serangan Penyakit Papaya Dieback dan Penyakit PRSV (Papaya Ringspot Virus) telah menyebabkan industri ini terganggu dalam masa beberapa tahun. Jabatan Pertania telah melaksanakan beberapa kaedah kawalan termasuk menebang pokok yang diserang dan dilaporkan telah berjaya mengurang dan mengawal masaalah ini dalam masa agak lama. Bagaimana pun kini peanaman betik tidaklah seehebat seperti dahulu lagi dan memag buah betik semakin berkurangan dipasaran. Apa pun jika kita duduk kampong masih boleh mendapatkan bekalan betik muda untuk dinikmati denga harga murah. Artikel tengahari Rabu ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai kehebatan dan khasiat buah betik intuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Pada penulis blog tahu sejak dulu dimana buah betik atau pun buah papaya paling banyak dicari semasa individu mengalami masaalah sukar buang air sebab sembelit sebab kandungan nutrisi buah betik ia mampu melancarkan isu buang air besar. Betik mengandungi bahan yang kaya serat atau fiber serta vitamin dan mineral yang baik untuk mencegah isu kolesterol tinggi, radang sendi sehingga atasi isu seperti kegemukan. Sebiji buah betik berukuran sedang dilaporkan ia mempunyai sekitar 120 kalori (kcal) sehingga sesuai dimkan untuk tujuan diet. Sesiapa yang makan sebiji buah betik sudah mampu memenuhi keperluan harian vitamin C harian hingga 200%. Biasanya penulis blog suka makan buah betik yang segar dan ia rasanya manis dimana kadar kandungan gula dan indeks glikemik betik adalah cukup rendah sehingga sesuai untuk mereka yang ada masaalah diabetes. Dalam pada itu uniknya dimana buah betik juga ada kandungan bahan 'papain' dimana ia sangat bermanfaat untuk membantu menjaga sistem pencernaan hingga meredakan kitaran haid bagi wanita. Lazimnya ramau kalangan masyarakat lokal yang mana semasa mengalami masaalah sembelit maka mereka akan tahu mencari dan memakan buah betik. Di Malaysia ada bermacam varieti buah betik yang di jual di pasaran dimana pengguna boleh membelinya mengikut keperluan sama ada yang belum masak, sudah masak atau betik muda juga. Apa pun lazimnya kebanyakkan buah betik ini isinya akan dilihat ia berwarna oren kemerahan apabila masak yang rasanya manis dan aroma yang enak serta ia menyegarkan seterusnya akan memberikan kesan mudah untuk buang air besar. Penulis blog yang terlibat didalam industri penanaman betik di Malaysia dengan menyediakan banyak syor teknikal amalan agronomi semasa bertugas di Jabatan Pertanian dan menulis lebih 50 artikel mengenai betik dalam blog ini memahami akan industri ini. Apa pun kehebatan pertama dimana harga buah betik dilihat ia relatif murah bila dibandingkan dengan jenis buah-buahan lain walau pun khasiatnya hebat.


Selain itu banyak kajian melaporkan dimana buah betik juga mampu untuk 
Menurunkan Kolesterol dengan ada banyak bahan antioksidan didalamnya. Apa pun bahan ini didalam buah betik dilaporkan ia membantu dalam mencegah penumpukan kolesterol dalam darah. Dilaporkan dimana selalunya jika semakin banyak kolesterol yang menumpuk atau melekat pada saluran darah kesannya akan menyebabkan menghalang aliran darah sehingga ia memicu serangan jantung dan stroke. Sebaiknya semua memakan buah betik secara rutin agar ia membantu mengurangkan kesan keburukkan kolesterol. Perlu juga di sembangkan jika buah betik akan Menurunkan Berat Badan sebab amalan berdiet. Kajian mendapati dimana sebiji buah betik yang berukuran sedang ia mengandungi 120 kalori iaitu kadar yang disyorkan dimakan pengamal diet. Selain itu diaporkan kandungan bahan serat atau fiber dalam buah betik akan membolehkn seseorang tu akan merasa kenyang dalam masa agak lama. Dalam pada itu penulis blog di fahamkan hasil kajian dimana memakan buah betik akan Membantu Baiki Sistem Imunissi sesiapa yang memakannya. Kajian mendapati di,ana hanya makan sebiji betik sehari sudah [un mememenuhi kadar keperluan Vitamin C harian seseorang iaitu kadar setinggi 200%. Vitamin C berperanan penting sebagai bahan antioksidan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kesannya dimana mereka yang makan buah betik akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah mereka diserang penyakit. Dalam pada itu pakar pemakanan menyatakan jika makan buah betik juga amat Baik Untuk Penderita Diabetes walaupun rasanya manis tetapi kandungan gula dalam potongan pepaya cukup rendah begitu juga dengan indeks glikemiknya. mengambik buah betik amat disyorkan kepada pengidap buah betik. Selain itu kandungan beragam unsur vitamin dan fitonutrien di dalamnya juga dapat mencegah risiko termasuk isu Penyakit Jantung pada para penderita diabetes.  Paling sering penulis blog dengar dakwaan dimana buah betik akan membantu Menjaga Organ dan Kesehatan Mata sebab ia kaya dengan Vitamin C serta juga bahan Vitamin A dan beragam jenis flavonoid seperti Beta Karotin, Zeaxanthin dan Cyptoxanthin. Kombinasi berbagai nutrisi tersebut mampu menjaga selaput lendir pada bahagian mata agar tetap sihat. Di samping itu juga di;a[orkan dimana bahan Vitamin A juga sangat berperanan penting untuk mencegah terjadinya degenerasi makula yang ganggu penglihatan mata.


Ramai orang mungkin kurang tahu jika makan buah betik akan membantu M
encegah Radang Sendi kerana dalam buah betik ia mengandungi bahan atau  agen antiradang dan vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan tulang. Kajian mendapati dilaporkan oleh journal Annals of the Rheumatic Diseases dimana orang yang kekurangan vitamin C selalunya dia berisiko 3 kali lebih mudah untuk diserang Arthritis atau Radang Sendi. Maka bagii tujuan ellak isu ini selalu makan buah betik. Ia juga akan dapat Membantu Sistem Pencernaan sesiapa makan betik kerana bahan Papain yang dapat membantu menjaga proses dalam pencernaan dan buang air besar. Kandungan bahan fiber atau serat juga serta enzim pencernaan akan bekerja secara maksimal untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan. Ada kajian mendapati memakan buah betik akan membantu kurangkan masaalah atau Meredakan Haid kalangan wanita dimana bahan papain berperanan dan ia mampu melancarkan aliran darah sehingga rasa sakit semasa insiden haid menjadi berkurangan. Paling orang suka dengar jika orang kata di masih kelihatan muda walau pun umurnya agak lanjut. Memakan buah betik juga mampu Mencegah Menjadi Tua atau jadi Awet Muda jika diambila secara rutin. Betik ini juga selain kaya vitamin C ia juga mengandung vitamin E dan berbagai bahan antioksidan lain (termasuk beta karoten) yang mampu melindungi kulit dari efek radikal bebas. Sesiapa yang ada masaalah kerutan atau kedutan pada muka dan gejala penuaan awal lainnya perlu amalkan makan betik. Pelik jika kehebatan buah betik di kaitkan dengan kemampuannya untuk Merangsang Proses Pertumbuhan Rambut sebab ia didakwa juga dipengaruhi oleh kandungan vitamin A yang dapat untuk merangsang pembentukan sebum iaitu satu komponen yang penting untuk menjaga rambut tetap lembut, lembap dan terus bersinar. Amalan menyapukan pada kulit kepala dengan buah eksotik ini ia boleh menyingkirkan kelumumur yang membuat rambut gatal. Akhirnya pengamal akan mempunyai rambut yang cabtik, tebal dan kuat yang diimpikan. Memang kurang percaya jika buah betik akan Mencegah Kanser apabila ada kandungan bahan seperti Antioksidan, Fitonutrien dan Flavonoid dalam buah betik akan bekerja efektif mencegah tubuh dari kesan radikal bebas. Kajian yang dilakukan di Harvard School mendapati dimana bahan beta karoten dapat membantu mencegah masaalah Kanser Prostat dan Kanser Usus Besar. Amalan makan buah beti bersama minum teh hijau yang kaya bahan Likopen ini akan berikan kesan optima dalam menurunkan risiko kanser prostat.  Sembang mengenai kehebatan buah betik yang terakhir dimana ia menjadi makanan sihat untuk dimakan pada bila-bila masa dari pagi sampai kemalam dan Mengelakkan Stress. Kandungan vitamin C di dalamnya diketahui mampu menghilangkan stress yang memenuhi pemikiran sesiapa juag dari masaalah dimana kadar 200 mg vitamin C dilaporkan ia mampu membantu mengawal hormon stress individu. Apa pun sembang mengenai buah betik ini boleh di jadikan rujukkan dan amalan semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA BUAH BETIK... HEBATNYA DIA...
HARGA MURAH... ADA DI MANA SAJA...
BANYAK KHASIAT.... AMAT BERGUNA...
MEMBACA ARTIKEL...SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(November 2024).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...