Mengenali cumi-cumi atau sotong ini berdasarkan kepada anatomi sesuai dikongsikan. Apa pun penulis blog melihat dimana semua jenis sotong atau cumi-cumi mempunyai tubuhbadan yang berbentuk paip dimana kepalanya berkembang sempurna dan ada 10 tangan atau sesungut yang panjang yang ada organ untuk melekat atau menghisap. Tangan-tangan ini berguna untuk menjerat atau memegang atau menangkap mangsanya kemudian di koyak-koyak atau disobek dengan menggunakan rahangnya yang kuat, sama seperti paruh binatang. Cumi-cumi selalunya akan mengisap air melalui rongga pusat tubuhnya, rongga mantel dan memaksanya keluar melalui suatu pembuluh yang lentur yang disebut dengan sifon dalam pergerakannya dengan cepat. Sifon terletak tepat di bahagian tangannya dimana disebabkan gerakan kuat air yang keluar ini akan mendorong cumi-cumi berenang secara mundur. Sirip cumi-cumi merupakan organ seakan dua perluasan mantel seperti telinga yang digunakan sebagai kemudi semasa proses pergerakannya. Mudah melihat organ matanya dimana ia tidak memiliki kelopak mata akan tetapi tampak seperti mata manusia. Cumi-cumi mempunyai tiga jantung dan berdarah biru dimana dua dari jantung mereka berlokasi dekat dengan masing-masing insangnya dan sebab ituu ia dapat mengepam oksigen ke seluruh bahagian badannya dimana ia beristirahat dengan mudah. Cumi-cumi mempunyai sistem pernafasan tersendiri dan ia mudah mati jika kena air panas. Keupayaan hebat cumi-cumi adalah kemmpuannya yang mampu untuk mengubah warna badannya dari warna coklat menjadi ungu, merah, atau kuning sebagai kaedah menghindari daripada ancaman pemangsanya. Makanan bagi cumi-cumi hidup adalah ia sebagai pemangsa ikan dan binatang laut lainnya yang lebih kecil dari ukuran si cumi-cumi termasuklah udang. Cumi-cumi sebagai di buru nelayan dengan pelbagai cara dan ia di jadikan salah satu makanan asas dari laut (seafood) yang popular dan sentiasa ada dijual sepanjang tahun. Rekod FAO menyatakan dimana sotong merupakan makanan moluska komersil popular dimana ia mencapai sehingga 78% dari penggunaan sektor tangkapan laut. Fakta menyatakan dimana cumi-cumi atau sotong adalah makanan lat berkhasiat sebab ia mengandungi bahan seperti Selenium, Riboflavin dan Vitamin B12 yang tinggi yang baik untuk kesihatan. Apa pun dakwat sotong dilaporkan mampu mencegaj kanser.
Ramai orang di Malaysia yang suka makan sotong sama ada ia di jadikan lauk atau di bakar atau di jadikan makanan cemilan atau snek. Tekstur kenyal dan rasanya yang enak membuat makanan laut ini menjadi salah satu menu favorite para pencinta makanan seafood. Selain enak dimana ada juga kandungan nutrisi seperti vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh. Kajian menunjukkan kandungan zat sotong atau cumi-cumi hampir sama dengan jenis makanan laut lainnya iaitu ia tergolong rendah kalori serta ada bahan mineral serta vitamin. Setiap 100 gram sotong mengandungi sekitar 75 kcal kalori tenaga, 82.2 gram air, 16.1 gram protin, 32 mg Kalsium, 37 mg Natrium, 200 mg Posforan, 204.1 mg Kalium, 20mcg Beta Karotin, 1.3 mcg Vitamin B12 dan 1.2 mcg Vitamin E. Apakan dia manfaat cumi-cumi untuk tujuan kesehatan selalu dibincangkan peminatnya selain dari ada yang rasa gatal selepas emmakannya. Ada sebagian orang beranggapan bahawa cumi-cumi mempunyai efek buruk untuk kesihatan bagi yang allergi dan ada masaalah gout. Apa pun cara menbyediakannya sama ada dengan cara mengukus, menumis atau memanggangnya berikan citarasa berlainan. Dilaporkan banyak manafaat sotong jika dimakan. Pertama dimana ia dilaporkan Membantu Menurunkan Kolesterol dalam badan. Memang ada cukup banyak makanan yang dapat memberikan efek samping untuk kesehatan karena dapat meningkatkan kadar kolesterol. Bagaimana pun didakwa kandungan lemak tepu di dalam cumi-cumi tergolong rendah iaitu cuma hanya sekitar 0.7 gram saja. Sotong juga dilaporkan mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang dikenal sebagai lemak baik serta omega-3. Manfaat atau khasiat lemak baik di dalam cumi-cumi ini bermanfaat untuk membantu menurunkan kolesterol LDL jahat dimana ini sekaligus meningkatkan HDL baik. Jumlah lemak tidak tepu berfungsi sebagai sumber energi yang baik bagi tubuh. Lemak tidak tepu ini juga membantu tubuh menyerap jenis-jenis vitamin yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Khasiat sootong dikaitkan mampu Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi sebab ada banyak mineral didalamnya seperti Kalsium, Selenium dan Posforan. Bahan Selenium dalam cumi-cumi merupakan bahan antioksidan yang mempunyai manfaat untuk menjaga kekuatan tubuhbadan dan mencegah terjadinya kerosakan sel. Posforan pula adalah untuk dapat membentuk serta menjaga kekuatan tulang dan gigi serta membantu memelihara dan memperbaiki jaringan sel.
Sesiapa makan sotong atau cumi-cumi didakwa dapat membantu Menjaga Keseimbangan Tekanan Darah sebab ia tidak hanya mempunyai kandungan lemak baik tetapi lemak bermanafaat. Sotong dilihat ia ada kandungan kalium yang cukup tinggi dimana bahan (kalium) dapat membantu menurunkan tekanan darah. Apa pun perlu diketahui bahwa semasa tekanan darah terlalu tinggi ia akan boleh meningkatkan risiko dalam mengalami masaalah sakit jantung atau sehingga kepada masaalah stroke. Makan sotong didakwa akan membantu Mengatur Pembentukan Sel Darah Merah sebab bahan vitamin yang ada di dalam cumi-cumi di antaranya adalah vitamin B6 dan vitamin B12 yang menjaga fungsi otak, saraf dan sekaligus berperan penting dalam pembentukan sel darah merah. Dalam pada itu peranan vitamin B6 mempunyai fungsi untuk membantu tubuh menggunakan serta menyimpan tenaga, protein serta karbohidrat. Khasiat lain sotong adalah untuk membantu pergerakan hemoglobin (zat yang membawa oksigen ke seluruh tubuh) kepada pengguna. Ia didakwa dapat juga Menjaga Keseimbangan Cairan apabila badan manusaia memerlukan kandungan seperti natrium atau sodium yang merupakan bagian dari elektrolit. Kandungan ini berguna agar tubuh berfungsi dengan normal terutama dalam cara membantu menjaga jumlah cairan dan darah. Bahan natrium yang ada dalam cumi-cumi adalah untuk membantu menjaga fungsi saraf serta memengaruhi kontraksi dan relaksasi otot. Bahayanya jika terlalu banyak makan sotong dengan kadar natrium tinggi akan dapat memicu kepada masaalah tekanan darah tinggi pula. Sebenarnya ada kesan sampinagn jika makan sotong secara berlebihan atau mereka yang ada masalah allergik atau gout. Selain karena kandugan kolesterol dimana ada sebahagian orang juga menghindari makan makanan laut seba khuatir akan bahaya bahan Mercury (raksa). Bagaimana pun dilaporkan kandungan merkuri pada cumi-cumi termasuk rendah sehingga selamat ia untuk di makan. Anda juga sebaiknya menghindarkan untuk mengolah cumi-cumi dengan cara menggoreng untuk menghindarkan dari bahan kolesterol. Disyorkan cara terbaik makan sotong dengan cara mengukus, menumis, atau pun cara memanggang agar kandungan gizi serta manfaat cumi-cumi tidak hilang. Elakkan makan sotong atau makanan laut lain jika Allergi. Tanda seseorang yang kena allergi termasuk pening kepala, mual, lidah gatal, kulut gatal, muncul ruam atau bintik merah pada kulit, terasa panas dengan wajah jadi kemerahan. Sebaiknya jumpa doktor jika berlaku kes sedemikian untuk mendapatkan rawatan segeraa tetapi ada juga baiknya menyediakan ubat sesuai sendiri. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.