Support My Blog

Friday, November 29, 2024

ALAT-ALAT BERKEBUN - APA DIA? (Pt 2)

BERKEBUN (Gardening)
merupakan salah satu aktiviti atau hobi yang menguntungkan jika dilakukan dengan baik kerana ia mampu menanam tumbuhan atau tanaman oramental sehingga memberikan hasil yang boleh di makan atau dilihat. Dalam berkebun ia memerlukan beberapa faktor asas iaitu Ilmu Pengetahuan, Minat, Masa, Bajet Kewangan, Kawasan Sesuai (Tanah atau kawasan lapang) serta sokongan dari semua pihak berkaitan tanaman dan pertanian. Pada penulis blog berkebun secara hobi di sekeliling rumah atau dikawasan kebun tidak komersial semakin di minati ramai terutama semasa Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) dan terkini apabila kos bahan makanan seperti sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya meingkat naik untuk kegunaan harian. Kaedah penanaman secara fertigasi di keliling rumah atau di kebun sendiri kini semakin popular untuk di usahakan kerana ia mampu memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti akan tetapi ia mmerlukan sedikit kos awalan yang agak tinggi berbanding dengan kaedah tanaman secara konvensional. Memang ada banyak sistem tanaman secara fertigasi dimana ia mudah di pelajari secara menghadri kursus formal atau kaedah masa kini dengan menonton toutube atau tiktok sahaja yang ada banyak di internet. Selain itu boleh membaca banyak artikel mengenai teknologi dan amalan agronomi didalam blog pertanian termasuk blog An Agro Technology yang sudah membuat posting lebih dari 8,000 artikel seenjak lebih 16 tahun dahulu dan i baca encapai 40 juta orang. Kini netizen lebih suka enonton video didalam tiktok dan ramai juga yang menonton youtube dan semakin kurang membaca artikel dalam blog. Kalau dahulu tulisan saya di baca antara 12 -15 ribu orangsehari tetapi kini pada tahun 2024 hanya sekitar 4 -6 ribu orag sahaja membacanya sehari. Bagaimana pun tiktok saya pernah mencecah 300,000 viewers dalam masa 3 minggu sahaja berkaitan teknologi memetik nanas menggunakan jentera. Memang aktiviti berkebun kini dilihat sudah menjadi hobi bagi sesetengah rakyat Malaysia sama ada yang muda atau lebih kelihatan mereka yang sudah berumur. Sama seperti hobi-hobi lain pada penulis blog dimana aktiiti berkebun memerlukan alatan yang sesuai. Kalau pemain bola kena ada kasut bola, seluar, baju jersi dan juga setokin sesuai sama juga berkebun kena ada set tersendiri, Semua alatan ini memang ada dijual di kedai pertanian dan juga pasaraya serta kedai dua ringgit atau kedai DIY. Peminat tentunya akan terpengaruh untuk membeli pelbagai alatan berkebun yang dijual akan tetpai aspek penting adalah mempastikan hanya membeli alatan yang sesuai dan mudah di gunakan dengan harga berpatutan. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan kupas beberapa alat-alat berkebun yang perlu di gunakan atau dibeli jika hobi berebun ini sudah menjadi kegemaran pembaca blog semua untuk dijadikan bahan rujukkan.


(7) TAJAK KERI
Tajak Keri adalah sejenis alat pertanian khusus untuk memotong rumput. Ini kerana rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat ia tidak dikehendaki. Kebanyakan rumput adalah kategori rumpai. Rumput yang tumbuh biasanya mempunyai akar yang dalam dimana kerja untuk mencabut rumput paling sesuai adalah dengan menggunakan pencungkil rumpai.  Pekebun selalunya akan mengawal rumpai ini dengan tajak keri kerana ia berkebolehan mencucuk sehingga ke akar umbi rumpai. Memang di peringkat awal kerja menrumput ini da banyak kerja akan tetapi nanti bila sudah selesai kawasan tanaman akan nampak berkurang rumpai tumbuh yang boleh menjadi perumah penyakit serta perosak dan mencuri baja tanaman. Kebolehannya selain daripada pencungkil rumpai sebagai sabit tetapi dengan fungsi yang lebih bagus. Tajak keri ini ada pelbagai rupa, bentuk dan saiz dimana sebelum membeli pastikan jenis yang sesuai dengan kehendak. Ada yang mana pada bahagian hujung yang tajam boleh ianya digunakan untuk memotong rumput yang ada dan boleh menggeburkan tanah juga. Membeli tajak keri ini ada di kedai pertaian atau kedai hardware atau sekarang ini dalam talian sahaja dengan murah an banyak pilihan.


(8) PISAU CANTUMAN TUNAS
PISAU CANTUMAN (Budding Knife) adalah satu jenis alatan berupa pisau yang digunakan ketika kerja-kerja mencantum anak pokok. Pisau Cantuman ini berlainan dengan pisau memotong sayur dan ikan yang ada dirumah kerana ianya bersaiz kecil dan mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian Mata Pisau, Bahagian Badan Pisau dan Bahagian Pengikis (Tumpul). Saya ada menulis artikel mengenai pisau cantuman dengan pautan (Sila klik disini). Pisau ini biasanya dalam keadaan seperti 'Pisau Lipat' dengan ukuran 12 - 18 cm panjang (Lihat foto diatas). Pisau Cantuman ini merupakan pisau yang digunakan oleh Pencantum (Budder) terutama didalam aktiviti mencantum pokok buah-buahan seperti Durian (Durio zibethinus), Belimbing (Averrhoa carambola), Nangka (Artocarpus interger), Rambutan (Nephellium lappaceum), Mangga (Mangifera indica) dan tanaman hiasan lain. Kepakaran seorang pencantum yang mahir mampu menggunakan pisau cantum dengan betul sehingga meningkatkan peratus kejayaan kerja-kerja mencantum yang dijalankan. Artikel petang Ahad ini saya menulis sejenis alat pertanian yang penting untuk kerja mencantum anakbenih buah-buahan iaitu 'Pisau Cantuman'. 
Pisau cantuman digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada gunting pangkas. Saya suka gunakan pisau cantuman yang sedikit lekuk di hadapannya agar mudah untuk saya buat cantuman.


(9) PECAKAR ATAU PENGGEMBUR 3 MATA
Alat Pencakar atau Penggembur 3 Mata ini walau pun agak jarang digunakan akan tetai keperluannya tetap ada. Alat ini selalu berfungsi selepas sebelum atau selepas mencangkul diatas tanah baru atau tanah agak keras sebagai alat untuk memecahkan ketulan tanah. Apa pun aktiviti menggembur tanah sebeum penanaman dilakukan amat penting agar akar tanaman dapat berkembang baik, air dapat meresap, nutrien dapat di serap akar dan ada rongga untuk hidupan cacing dan mikrob baik dalam tanah. Penggunaan cangkul tiga mata atau selalu oa dipanggil penggembur amat sesuai selepas kawasan penanam dibentuk dengan cangkul. Alat ini mempunyai 3 mata besi yang tajam dan pemegangnya daripada bahan kayu atau logam dengan ada pelbagai saiz. Mudah di beli di kedai pertanian atau kedai hardware dan kini paling senang membeli secara on-line sahaja.


(10) ALAT SUKAT ATAU TIMBANG
Alat sesuai disediakan pekebun adalah termasuk alat penimbang, timbang, neraca, dacing adalah alatan yang berfungsi untuk menimbang berat atau mengukur jisim. Dipasaran ada banyak jenis alat timbang daripada yang kuno, alat lama, dacing analog sehingga kepada dacing digital atau elektronik. Merujuk kepada Malaysia dimana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan komuniti perniagaan di negara ini beralih kepada penggunaan alat penimbang elektronik secara berperingkat. Kini dilaporkan hanya 25% sahaja alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara manakala bakinya masih menggunakan alat timbang dan sukat yang lama. Apa pun digalakan agar peralihan kepada alat timbang digital itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak berwajib termasuk para pekebun. Pelaksanaan penggunaan penimbang baharu itu akan dipertimbangkan dari segi kecukupan bekalan serta harga untuk peralatan tersebut. Apa pun tempoh yang diberikan itu juga memberi masa kepada peniaga melakukan peralihan penggunaan alat timbang di premis masing-masing dimana peralihan kepada alat timbang elektonik ini penting kerana kadar ketetapannya tidak boleh dipertikaikan berbanding alat timbang yang lama. Apa pun kapasiti bagi Alat Timbang adalah pelbagai dan antaranya ialah kapisiti 10 Kilogram (kg), 20kg, 30kg dan 50kg dimana kini ada sebanyak 99,744 unit digunakan di Malaysia. Pekebun akan gunakan alat timbang untuk menimbang baja, hasil tanaman dan sebagainya yang boleh di bei dmana sahaja.


(11) TOPI KEPALA
Penulis blog hari-hari memakai topi kepala dimana sahaja kerana ia satu fesyen da bukan menutupi kepala (masih banyak rambut). Kini ada pelbagai koleksi topi yang penulis blog gunakan berlainan kegunaan seperti topi untuk hadir majlis rasmi, topi untuk beribadat (kopiah), topi untuk kekebun, topi untuk beriadah dan bersukan serta topi pelbagai fungsi. Apa pun topi adalah sejenis pakaian yang dikenakan di kepala dimana topi biasanya memiliki bahagian melengkung yang tinggi dengan bahagian sisi. Topi boleh dikenakan di kepala atau pun bagi beberapa jenis topi perempuan ia dilengkapi dengan bahan penyemat topi dan penulis blog paling suka pakai 'Topi Jempn' yang menutupi pipi kiri dan kanan serta bertopeng. Topi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala atau pun kain atau pun bahan sesuai lain. Pentingnya topi kebun bagi melindungi kepala dari terik panas matahari dan memudahkan kerja. Kini ada terdapat pelbagai rekabentuk topi dimana minat pekebun adalah berlainan dan yang paling bagus adalah topi yang besar dan menutup penuh kepala seperti dalam gambar yang penulis blog pakai. Memang nampak rimas awalnya akan tetapi anda akan hargai topi kebun begini apabila panas terik matahari mula naik.


(12) SARUNG TANGAN
Mungkin ramai pekebun tidak suka memakai sarung tangan kerana ia merimaskan. Apa pun lazimnya dimana sarung tangan merupakan bahan pelapik tangan yang biasanya dibuat daripada kain atau getah. Terdapat pelbagai fungsi sarung tangan dimana paling asas adalah untuk melindungi tangan daripada kekotoran, kecederaan dan sebagainya. Harga sarung tangan juga berlainan bergantung kepada jenis bahan yang digunakan dan juga kualitinya. Paling murah adalah sarung tangan kain yang diimport dari China cua kurang RM2 sepasang di kedai atau pun dibeli secara pukal atas talian. Jenis sarung tangan getahsebenarnya ia merupakan produk terbaru yang mana ia berasaskan getah asli cair. Sarung tangan ini didapati sesuai digunakan dalam sektor perubatan khususnya sektor pembedahan khususnya oleh doktor dan jururawat akan tetapi di kebun ia sesuai ketika membancuh bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga dan sebagainya.  Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terbesar di dunia. Pemintaan sarung tangan getah ini dapat melonjakkan sedikit harga getah yang telah lama jatuh merudum. Merujuk akhbar dimana dilaporkan harga sarung tangan getah asli berharga kira-kira AS$26 (RM84) hingga AS$30 (RM97) setiap 1,000 pasang sarung tangan, manakala harga sarung tangan getah sintetik pula adalah 30% ia lebih tinggi. Secara bandingan, sarung tangan getah asli lebih murah berbanding sarung tangan sintetik. 
Aktviti berkebun melibatkan penggunaan tangan dimana sebenarnya agak lebih selesa kalau kurang memakai sarung tangan dalam aktiviti berkebun. Ia mampu elakkan tapak tangan menjadi kasar. Sarung tangan kain adalah yang paling sesuai untuk digunakan di kebun trutama jenis yang tebal. Lagi bagus jika di bahagian tapak tangan sarung itu ada disalut dengan getah dimana selalunya ia akan memudahkan aktiviti berkebun seperti menggaul tanah dan mencabut rumpai dan perlu disediakan beberapa pasang. Semasa membeli disyorkan agar membeli sarung tangan yang berkualiti dan tahan lama.  Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca secara berturutan semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!...
ALATAN BERKEBUN...PERLU DISEDIA...
HARGA PELBAGAI... IKUT JENAMANYA...
LEPAS DIGUNAKAN... SIMPAN SEMULA...
TANAMAN MENJADI...SUKA SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...