FOTOSINTESIS (Photosynthesis) adalah satu proses dimana tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma menggunakan tenaga daripada matahari untuk menghasilkan gula melalui sel-sel semulajadi yang manjadikan bahan tenaga kepada hidupan. Penukaran tenaga matahari tersebut kepada bentuk tenaga lain melalui sel hijau pada tumbuhan yang dikenali sebagai Klorofil (chlorophyll). Lazimnya proses fotosintesis memerlukan air dan mengeluarkan gas oksijen untuk mempastikan bahawa manusia hidup dengan menyedut oksijan setiap masa. Proses fotosintesis juga menyerap Karbon dioksida (CO2) untuk ditukar kepada oksijan. Hasil daripada proses ini juga tumbuhan menghasilkan makanan daripada tumbuhan sebagai bahan sumber tenaga manusia. Bertapa pentingnya proses fotosintesis dalam pusingan kehidupan manusia. Ramai pembaca blog mungkin telah faham dan mendengar di sekolah dulu mengenai proses fotosintesis semenjak belajar dibangku sekolah lagi. Cikgu kita dan buku-buku sains kita mendedahkan bagaimana tumbuhan memggunakan Karbon Dioksida dan Air untuk ditukarkan kepada Oksijan dan tenaga oleh krolofill pada daun tumbuhan dengan formula yang kita tidak boleh lupa iaitu satu bentuk sperti 6H2O + 6CO2 ----> C6H12O6+ 6O2. Maksud formula tersebut ialah dimana enam (6) molekul air digabung dengan enam (6) molikul karbon dioksid diproses dengan kaedah fotosintesis menghasilkan satu (1) molekul gula dan enam (6) molikul oksijen. MasyaAllah sungguh besar rahmat Allah kepada umatnya untuk mendapat rahmat dengan berlakunya proses ini. Manusia pula bernafas dengan menyedut oksijen dan membebaskan karbon dioksida sebagai proses Pernafasan. Ini bermakna kitaran pusingan udara sentiasa seimbang dengan adanya berjuta-juta tumbuhan didunia untuk membebaskan Oksijen. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" pada subuh ini di bincangkan bagaimana cuna memahami akan proses fotosintesis sebagai bahan rujukkan semua pembaca blog.
Bagaimana cara memahami proses fotosintesis dari segi pengertian, tempat terjadi, prosesnya serta beberapa faktor dan hasilnya akan dibincangkan kali ini. Fotosintesis adalah proses pembuatan makanan oleh tumbuhan dengan bantuan cahaya matahari dimana ia memang menjadi ciri utama dan khas dari tumbuhan hijau. Tumbuhan adalah makhluk hidup yang memang ia boleh membuat makanannya sendiri. Oleh itu penting memahami bagaimana proses fotosintesis apabila sebenarnya banyak jenis tumbuhan mengubah karbon dioksida dan air menjadi glukosa (karbohidrat) dengan cara khusus dan mendapat bantuan cahaya matahari. Pengertian fotosintesis adalah penggunaan tenaga matahari oleh daun tumbuhan yang mengandung zat hijau daun (klorofil) atau bakteria mampu untuk mengubah karbon dioksida dan air menjadi karbohidrat. Pada proses ini terjadi penggabungan dua unsur iaitu Karbon Dioksida (CO2) dan Air (H2O) untuk menghasilkan tenaga kimia dengan bantuan cahaya matahari dan klorofil yang ada stomata (orgam boleh membuka dan menutup kemasukan udara. Tempat terjadinya fotosintesis adalah ia berlaku pada bahagian hijau daun tumbuhan. Apa pun akhirnya proses fotosintesis ini dapat menghasilkan bahan glukosa. Selalunyanya perlu difahami dimana proses fotosintesis terjadi di bahagian hijau daun disebabkan didalam sel daun ada organel (bahagian sel) yang disebut kloroplas (chloroplast) dan mengandung klorofil (chlorophyll) berfungsi untuk menangkap cahaya matahari. Bahagian daun yang mengandungi kloroplas seakan berbentuk seperti jaringan tiang atau seakan jaringan bunga karang akan tetapi selalu kebanyakannya adalah seperti jaringan tiang.
Faktor yang dapat mempengaruhi proses foto sistesis ini ada banyak seperti ketersediaan cahaya matahari, air, nutrien, udara (oksijen) dan juga suhu. Selalunya didalam setiap sel daun dilaporkan memang ada 40 - 50 kloroplas yang tersusun atas dua lapis membran (Sila lihat foto disebelah). Membran ini sama ada ia berada didalam dan luar akan mengalami perluasan saiz dengan cara membentuk tilakoid dimana fungsinya menangkap sumber tenaga dari cahaya matahari dan mengubahnya menjadi tenaga kimia. Tilakoid selalunya akan membentuk struktur khas yang mana ia bertumpuk-tumpuk yang dikenali sebagai 'grana'. Selalunya cairan akan mengisi kloroplas disebut melalui stroma iaitu lokasi atau tempat pembentukan glukosa, karbon dioksida dan air. Proses fotosintesis secara umum ia boleh dibahagikan kepada keadaan iaitu Peringkat Terang dan juga Peringkat Fotosintesis Gelap. Peringkat Terang selalu akan berlangsung di bahagian grana kloroplas dimana ia akan terjadi apabila ada cahaya. Selama reaksi ini dimana grana ini akan menyerap tenaga cahaya merah dari matahari yang mana ia adalah bergelombang panjang. Tenaga itu digunakan untuk memecahkan molekul air menjadi hidrogen dan oksigen. Proses ini disebut sebenarnya di panggil sebagai 'Fotolisis'. Sementara reaksi gelap akan berlangsung di bahagian iaitu stroma. Pada reaksi ini tidak diperlukan cahaya dimana selama proses tindakbalas berlaku akan terjadi proses pengangkutan karbon dioksida untuk membentuk glukosa dengan tenaga yang dihasilkan reaksi terang. Proses ini akan berterusan sepanjang siang hari sehingga ketiadaan cahaya matahari lagi. Proses ini berlaku kepada semua jenis tumbuhan yang melakukan proses fotosintesis sepanjang hidupnya. Kesannya pokok akan terus membesar, menghasilkan bunga dan buah serta lain-lain proses pertumbuhan.
Beberapa faktor yang memengaruhi proses fotosintesis sering mempengaruhi pertumbuhan. Pertama adalah Faktur Cahaya (Sunlight) dimana cahaya matahari didakwa adalah menjadi faktor utama dalam fotosintesis. Apa pun terkini sudah ada teknologi menggantikan cahaya matahari iaitu dengan menggunakan mentol lampu yang menyamai dengan peranan cahaya matahari. Hanya sekitar 2% sahaja cahaya matahari yang boleh ianya digunakan untuk tujuan proses fotosintesis. Sisanya akan dipantulkan balik atau pun ia diserap sebagai panas atau suhu. Jumlah tenaga cahaya yang diserap klorofil dipengaruhi intensiti atau tahap penyinaran, panjang gelombang cahaya matahari dan jangkamasa lamanya penyinaran berlaku. Spektrum cahaya yang paling banyak diserap klorofil adalah spektrum merah dan biru ungu atau nila. Klorofil cahaya matahari diserap oleh organ pada daun iaitu dinamakan sebagai Klorofil. Daun tumbuhan dari tumbuhan tahap tinggi mengandungi dua macam klorofil dikenali sebagai Klorofil a berwarna hijau tua dan juga jenis Klorofil b warnanya hijau muda. Karbon dioksida selalunya diperolehi oleh tumbuhan dari udara bebas. Selalunya semakin banyak karbon dioksida yang diserap oleh tumbuhan maka kesannya akan berlaku lebih cepat proses fotosintesisnya. Jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis sama dengan jumlah oksigen yang selalu dihasilkan atau dibebaskan keudara bebas. Faktur Air (Water) yang digunakan tumbuhan mempengaruhi proses fotosintesis yang selalu berasal dari tanah iaitu ia diangkut oleh xilem menuju kepada daun. Air berfungsi sebagai penyumbang atom hidrogen dimana air juga berfungsi untuk penting mengatur bagaimana organ terbuka atau tertutupnya stomata. Adapun stomata merupakan organ daun yang berfungsi sebagai tempat masuknya karbon dioksida dan keluarnya oksigen hasil dari fotosintesis. Lazimnya jika ada cukup air maka organ stomata akan terus membuka. Sebaliknya apa yang berlau adalah jika kekurangan air maka stomata akan menutup. Faktur ketiga adalah Suhu (temperature) yang mana ia merupakan faktor yang sangat penting dalam fotosintesis. Jika suhu tidak sesuai kesannya fotosintesis tidak dapat berlaku dengan baik. Proses fotosintesis dibantu oleh berbagai enzim yang akan bekerja di suhu yang sesuai. Selalunya hasil fotosintesis adalah bahan karbohidrat berbentuk glukosa yang digunakan oleh semua tumbuhan sebagai sumber tenaga untuk proses pertumbuhan dan tumbesarannya. Sisa glukosa diubah menjadi amylose yang selalu ia disimpan di akar, batang, buah, serta bijinya sebagai simpanan makanan. Simpanan makanan inilah yang dimanfaatkan manusia sebagai bahan makanan. Hasil lain atau hasil sampingan fotosintesis adalah oksigen yang mana ia digunakan semua makhluk hidup bernafas. Semuga artikel ini memberi info berguna bagi memahami akan proses fotosintesis bagi pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERLAKU PADA DAUN... KLOROFILNYA....
HASILKAN KARBON DIOKSIDA...TENAGA...
SUDAG DIFAHAMI... MEMANG HATI SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rabiulakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.