Antara ciri utama pokok sena adalah dimana pokoknya tumbuh bengkang-bengkok dari akar banir dengan dilihat permukaan yang beralur atau berbonggol-bongol diman ada ukurlilit batang pokok berukuran sehingga 3.5 meter (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada bahagian batang utama yang kayunya keras dimana dahan pokok sena yang matang juga kayunya keras. Kayu sena banyak digunakan dalam industri perkayuan di beberapa negara ASEAN. Ciri lain pokok sena adalah di bahagian pucuknya dilihat dimana ada banyak daun dan lebat dengan ia akan membentuk seperti bentuk 'kubah' dilihat dari kejauhan.Apa ciri lain yang perlu di ketahui adlah dilihat selalunya dahan atau cabang pokok sena adalah ia melentur kebawah dimana ada uyang mencecah ke tanah. Penulis blog dapati dimana pada kulit kayunya yang mana ia selelu berwarna kelabu keperangan dimana kulitnya seakan pecah atau serupa sisik halus. Ciri unik batang pokok sena juga adalah ia akan mengeluarkan getah jernih kemerahan apabila batangnya dilukakan. Dahan pokok akan mempunyai tangkai daun yang berbentuk pelepah dengan ukuran panjang biasanya antara 12-30 cm dimana lazimnya satu tangkai terdiri daripada 5-13 helai anak daun yang dtersusun dalam angka ganjil dan berselang seli. Setiap helai daun berbentuk bundar telur yang agak ketara dimana pada hujung dain akan dilihat berbentuk meruncing dengan ukuran 6 -10 cm panjang dan 4 -5 cm lebar. Ciri warna pada daun pokok sena dimana pada lapisan permukaannya berwarna hijau terang, licin dan tipis. Dalam pada itu lazimnya bahagian tangkai daunnya adalah berukuran sekitar 2 - 4 cm. Dalam pada itu dilaporkan dimana bahagian bunganya digunakan sebagai sumber nektar untuk di ambil oleh serangga seperti lebah madu, kelulut, tebuan dan semut dimana bagi lebah ia akan jadikan nektar kepada madu lebah. Ciri unik pokok sena dimana air rebusan daunnya dilaporkan ia sesuai digunakan sebagai syampu. Dalam pada itu bagi sesetengah kominiti dimana merena memakan kedua-dua bunga dan daun sebagai makanan.
Kegunaan pokok sena adalah pada kayu kerasnya apabila pokok matang. Pokok sena atau pokok angsana mempunyai kayu yang keras yang dilihat berwarna kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ramai pengguna dan pembuat perabot suka menggunakan kayu sena sebagai bahan untuk membuat perabot yang berharga. Selalunya kayu sena atau kayu angsana mempunyai tekstur kuat dan tahan lama serta tahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Oleh otu pemilihan kayu ini selalu ia digunakan dalam kerja pembinaan ringan mahupun jenis pembinaan yang berat. Antara jenis binaan yang selalu gunakan kayu sena adalah seperti rangka bangunan, penutup dinding, tiang, jambatan, kayu keras bagi landasan jalan kereta api, kayu-kayu penyangga (support wood), jenis binaan perairan dikawasan dan dialam laut dan sebagainya. Kayu sena ini akan di proses dan dibentuk sebagai bentuk balok, kasau, papan, dan panel kayu dan banyak bentuk yang lain. Apa yang hebat mengenai kayu sena adalah ia mempunyai warna dan motif serat kayunya yang indah kemerah-merahan menjadikan corak menarik sebagai kayu pilihan untuk proses pembuatan perabot dan kabinet bermutu tinggi dipasaran. Selain itu kayu sena sering dibuat sebagai alat-alat muzik, lantai parkea, panel kayu hiasan atau dekoratif serta dijadikan gagang kayu pelbagai jenis peralatan lain. Kayu sena yang di proses sesuai di kupas sebagai venir dekoratif untuk melapisi produk kayu lapis dan meja makan berharga mahal (Sila lihat foto paling bawah). Ciri kayu sena yang kadar mengembang dan menyusut yang rendah setelah kering menjadikan kayu ini sangat sesuai untuk pembuatan alat-alat yang memerlukan ketelitian dalam membuat produk asas kayu. Kayu sena sejak zaman dulu dikalangan orang Melayu sangat popular di ukir menjadi sarung keris, sarung pedang, sarung parang dan pelbagai jenis senjata tradisional. Corak bergaris, berbintik dan warna berlainan yang ada pada kayu sena membuatkan produk sarung keris lebih menarik.
Komponen bunga dan buah pokok angsana mudah di kenali sebagai salah satu kaedah sesuai di gunaka dalam proses pembiakan pokok sena. Bunga-bunga pokok sena selaludilihat akan berkumpul dalam jambak pada bahagian ketiak daun yang saiznya berukuran 9 -15 cm panjang. Bunga sena adalah mempunyai organ male and female flowers dan selalu ia berwarna kuning dan berbau harum semerbak dengan ada 5 kelopak berbentuk loceng yang ukurannya sekitar 6mm. Saiz kelopak 2 yang teratas lebih besar dan kadang-kadang menyatu. Bunganya seakan mempunyai bentuk mahkota dan berkuku, betuk bulat atau bundar seakan telur terbalik atau seperti sudip. Benang sarinya ada sebanyak 10 helai dimana yang teratas lepas atau bersatu. Bagaimana pun ciri bentuk bunganya berbeza sedikit sehingga merimbun dan berbunga dari bulan Februari hingga Mei di Malaysia. Semasa mekar ia berbau harum dan dilihat mempunyai ranggi kuning atau kuning bata. Buah pokok sena adalah jenis 'Buah Polong' atau 'pod' berbentuk bulat leper pipih dimana ia dikelilingi sayap tipis seperti kertas (Sila lihat foto disebelah). Ukuran buahnya adalah 6 cm diameter dimana ia tidak memecah ketika masak. Setiap buah ada sebanyak 1- 4 butir biji yang bersayap serabut bagi fungsi penyebaran melalui udara dengan terbang melayang kebawah ditiup angin sejauh yang mampu. Polong akan masak dalam waktu 4-6 bulan selepas pendebungaan dan menjadi warna keperangan ketika masak tua dan mengering. Bahagian tengah polong membengkak gondol ada beberapa bentuk berlainan mengikut spesis pokok sena. Biji yang di bawa angin ini akan terbang melayang dan kemudian jatuh diatas tanah dimana jika persekitaran sesuai ia akan bercambah menjadi anak pokok sena di kawasan lain.
Kegunaan pokok sena adalah pada kayu kerasnya apabila pokok matang. Pokok sena atau pokok angsana mempunyai kayu yang keras yang dilihat berwarna kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ramai pengguna dan pembuat perabot suka menggunakan kayu sena sebagai bahan untuk membuat perabot yang berharga. Selalunya kayu sena atau kayu angsana mempunyai tekstur kuat dan tahan lama serta tahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Oleh otu pemilihan kayu ini selalu ia digunakan dalam kerja pembinaan ringan mahupun jenis pembinaan yang berat. Antara jenis binaan yang selalu gunakan kayu sena adalah seperti rangka bangunan, penutup dinding, tiang, jambatan, kayu keras bagi landasan jalan kereta api, kayu-kayu penyangga (support wood), jenis binaan perairan dikawasan dan dialam laut dan sebagainya. Kayu sena ini akan di proses dan dibentuk sebagai bentuk balok, kasau, papan, dan panel kayu dan banyak bentuk yang lain. Apa yang hebat mengenai kayu sena adalah ia mempunyai warna dan motif serat kayunya yang indah kemerah-merahan menjadikan corak menarik sebagai kayu pilihan untuk proses pembuatan perabot dan kabinet bermutu tinggi dipasaran. Selain itu kayu sena sering dibuat sebagai alat-alat muzik, lantai parkea, panel kayu hiasan atau dekoratif serta dijadikan gagang kayu pelbagai jenis peralatan lain. Kayu sena yang di proses sesuai di kupas sebagai venir dekoratif untuk melapisi produk kayu lapis dan meja makan berharga mahal (Sila lihat foto paling bawah). Ciri kayu sena yang kadar mengembang dan menyusut yang rendah setelah kering menjadikan kayu ini sangat sesuai untuk pembuatan alat-alat yang memerlukan ketelitian dalam membuat produk asas kayu. Kayu sena sejak zaman dulu dikalangan orang Melayu sangat popular di ukir menjadi sarung keris, sarung pedang, sarung parang dan pelbagai jenis senjata tradisional. Corak bergaris, berbintik dan warna berlainan yang ada pada kayu sena membuatkan produk sarung keris lebih menarik.
Dalam pada itu diantara ciri hebat pokok sena dimana ia akan mengeluarkan sejenis getah yang keluar dari kulit kayu dan kemudian ia akan mengental berwarna kemerahan gelap seakan darah yang disebut 'kino' atau 'sangre de drago' yang bermakna 'darah naga' dan ia terdiri dari asid kinotanat dan bahan berwarna merah dan memiliki ciri yang rasanya kelat. Bahan ini selalu ia digunakan untuk menjadi bahan ubat bagi rawatan seperti kayu, resin merah (kino) dan daun muda dan industri tertentu. Pokok sena memang dilaporkan ia bersifat diuretik diman hasil kajian saintis mendapati iaitu air rendaman atau seduhan daun sena mampu membantu dalam cara menurunkan kadar gula darah seperti kajian keatas haiwan arnab dibandingkan dengan bahan tolbutamid. Dalam beberapa testimoni lain dilaporkan kehebatan pokok sena secara tradisional dimana bahagian kulit kayu pokok sena di ambil dan di rebus kemuidan airnya digunakan untuk rawat masaalah dalam menghentikan cirit-birit serta boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menyembuhkan ulser mulut dan juga untuk merawat sakit migrain. Rambut disapukan air rendaman daun-daun pokok sena akan dapat tumbuh lebih baik. Sementara daun muda pokok sena yang dilayukan digunakan untuk mempercepatkan lagi masaknya bisul. Kino dan ekstrak daun pokok sena juga dilaporkan memiliki khasiat untuk mengatasi masaalah tumor dan kanser. Ekstrak getah batang pokok sena dapat juga dijadikan bahan penyembuhan untuk masaalah keracunan. Dalam sektor pertanian apa yang penulis blog tahu pokok sena selalu ditanam sebagai pagar hidup dan pokok pelindung angin (wind breaker tree) dalam melimdungi jalan, kenun dan juga ditaman agrohutan. Paling bagus dimana ciri akarnya dapat mengikat nitrogen dimana ia mampu membantu memperbaiki kesuburan tanah. Pokok sena yang merimbun dan rendang sangat sesuai untuk dijadikan pokok peneduh dan pokok hiasan tepi jalan dibanyak kawasan bandar. Bagaimana pun jika pokok sena ini menggunakan bahan tanaman dari keratan batang ia mudah tumbang atau dahannya patah yang membahaykan pengguna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!
POKOKNYA BESAR''' KERAS KAYUNYA...
DI BUAT PERABUT... MAHAL HARGA...
PELBAGAI KHASIAT.. BANYAK GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(23 Syawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.