Lazimnya mungkin ramai pembaca blog ini apabila ternampak kelibat lipan di dalam rumah mestinya dia tidak lena tidur. Rasa takutl akan kalau tengah-tengah tidur tiba-tiba ada lipan merayap apa lagi kalau lipan masuk dalam kain ke seluar. Dalam bilik air pun kekadang akan ada lipan diman ramai akan ketakutan melihatnya dan lari keluar. Apa pun lazimya tanda lipan masuk rumah adalah bila nampak ada lipan merayap di kawasan yang lembap selalunya di dalam bilik air. Apa pun sebenarnya tidak perlu cemas sangat kalau ternampak lipan akan tetapi perlu ada ilmu bagaimana cara untuk cepat-cepat menghalau dan membasmi serangga merbahaya ini. Sebenarnya serangga lipan tidak mempunyai taring atau penyegat akan tetapi lipan menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit bernama Forcipules untuk menyepit dan menyuntik bisanya kedalam kulit. Apa pun dilaporkan dimana kesan tersebut seakan kena gigitan ular iaitu tanda ada dua bintik halus merah akan tetapi sakit bisanya memang tidak sama. Kalau kena patuk ular memang lebih merbahaya kerana ia memang boleh membawa maut. Bila kena sengat atau gigitan lipan menyebabkan akan jadi bengkak dan rasa gatal-gatal. Untuk kurangkan rasa tidak selesa sebelum mendapatkan rawatan doktor, adalah di syorkan agar dibasuh bahagian disengat dengan sabun antibakteria dan bilas dengan air yang banyak. Sebaiknya janga di picit untuk mengeluarkan bisa kerana luka boleh dijangkiti kuman. Jangan risau sebab bisa lipan tidak merebak. Jika membengkak boleh juga direndam di dalam air panas (35-40 darjah Celcius) selama 30 minit dan diulang-ulang. Seterunya boleh juga disapu krim steroid untuk kurangkan gatal dan kemerahan (contoh Hydrocortisone). Dilaporkan juga cuba makan ubat tahan sakit (seperti Ibuprofen atau Diclofenac) sebab lepas kena sengat kesan sakitnya boleh melarat sampai 48 jam lamanya. Sebenarnya ada banyak jenis lipan yang perlu di kenali pembaca blog semua. Ini kera ada lipan yang berbisa dan ada lipan yang tidak berbisa juga.
Paling di geruni di Malaysia adalah jenis LIPAN BARA. Saya ada menulis artikel mengenai lipan bara dalam blog ini dan boleh di baca dengan pautan (Sila klik disini). Apa pun dilaporkan yang lipan yang selalu dijumpai ni boleh mencapai sehingga 20cm panjang dan badannya berwarna merah atau coklat kemerahan. Tahap berbisanya lipan ni bergantung pada saiz. Kalau yang kecil macam anak lipan mungkin tak terasa sangat sakitnya akan tapi kalau lipan besar memang lagi berbisa. Kedua adalah jenis LIPAN HITAM dimana sekali lihat anatominya seakan lipan bara akan tetapi warna hitamnya memang sangat ketara. Lipan ini juga sangat berbahaya jadi jangan ambil sambil lewa jika terkena bisa sengatannya. Ketiga adalah jenis LIPAN LAUT dimana ia kelihatan seakan ukat buru sahaja sekali pandang. Ulat bulu laut beracun yang pernah diviralkan pada tahun 2018 sebenarnya ia mangeluarkan racun berbisa. Seeloknya jangan lah tunggu melaratkan bila kena sengat tersebut segera pergi pemeriksaan doktor. Dapatlah juga ubat-ubatan yang mana ia sepatutnya untuk merawat gigitan lipan. Makanan Lipan yang dikenalpasti termasuk serangga lain seperti anai-anai, lalat, labah-labah, semut yang ada dalam habitatnya. Selain itu lipan makan lipas, pepijat katil dan cacing tanah dan uniknya lipan juga memakan lipan lain sebagai mangsanya. Apa pun lipam memang hanya akan gigit manusia jika ia rasa terancam atau tersepit atau apa juga yang menyebabkan ia mengigit. Bahagian anggota manusia yang paling sering di gigit lipan adalah bagagian kaki atau tangan serta sesekali pada badan. Bergantung kepada jenis, saiz dan jumlah racun yang masuk dalam tubuh manusia akan menentukan tahap kebisaan atau kesakitan serta tahap allergi seseorang.
Perihal penting tentang lipan yang perlu dikongsikan adalah bagaimana kaedah menjauhkan dan petua menghalau lipan dari kediaman pembaca semua. Asasnya adalah ilmu dengan cara menghalau akan serangga yang dimakan oleh lipan seperti anai-anai, lipas dan lalat di rumah. Kehadiran makanan lipan akan menjemput kehadiran lipan dirumah. Beberapa petua mudah yang boleh diamalkan dengan menggunakan GARAM (salt) yang ditaburkan di kawasan dan laluan yang anda rasa ada lipan. Biarkan saja garam di situ dan tambah jika perlu dan sebaiknya ia diulang sehingga ada dirasakan memang sudah tidak ada lagi lipan dikawasan rumah. Cara kedua yang mudah adalah meletakkan KAPUR BARUS kerana kapur barus memang tidak di uskai oleh serangga sebab bahan Naftalin. Kapor barus ini diletakkan dikawasan yang lembab dan gelap dimana kemungkinan akan ada serangga bersembunyi termasuk lipan. Ada pula petua menggunakan bahan murah dan mudah selain memberikan aroma yang wangi iaitu DAUN PANDAN. Letakkan daun pandan dikawasan didalam rumah dimana lipan selalunya tidak suka dengan aromanya dan akan menjahuhkan. Apa pun jika daun pandan sudah kering dan tiada aroamanya pula boleh menjadi tempat perlindungan disukai oleh lipan pula. Cara lain gunakan daun pandan dengan menghiris daun pandan daun pandan dan perahkan kedalam air dimana cecair ini kemudian disiram ke kawasan lembap yang kemungkinan akan ada lipan. Air pandan ini di percayai boleh menghalau lipan dan serangga lain. Kalau petua-petua ini sudah di lakukan akan tetapi lipan masih juga datang maka kena ada cara lain iaitu membunuhnya jika terjumpa. Apa pun cara yang paling cepat boleh cuba untuk bunuh lipan adalah sembur saja dengan racun serangga perosak (aerosol) yang khas untuk lipan. Gunakan dengan mudah dan elakkan kesan lain kepada kesihatan jika menyembur dalam rumah. Kalau sudah buat semua usaha akan tetapi lipan masih datang maka di syorkan untuk memanggil perkhidmatan syarikat swasta menghalau serangga lipan ini yang professional sahaja dengan tanya berapa kos dan keberkesanannya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!!..
PELBAGAI JENIS...BANYAK KAKINYA...
GIGITAN BERBISA..RAWAT SEGERA...
MENGHALAU.. ADA BANYAK PETUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.