Penting dijelaskan akan beberapa ciri khas produk kulit yang berkualiti untuk dijadikan rujukkan. Lazimnya produk bulu yang diambil daripada kulit kambing adalah bersifat ringan, hangat serta ia adalah cantik. Perbezaan antara kambing dan kulit biri-biri pada penulis blog adalah terletak pada ciri struktur dermis. Sebagai penjelasan dimana lazimnya kulit mamalia terdiri daripada 3 lapisan iaitu Lapisan Epidermis, Lapisan Dermis dan juga Lapisan Lemak. Dermis dibentuk oleh serat kolagen dan tisu penghubung dimana ia terdiri daripada 2 lapisan iaitu Lapisan Papillary dan Lapisan Reticular. Kekuatan dan keanjalan kulit bergantung pada keadaan dermis. Dilaporkan pada pada kulit kambing ianya agak berbeza dengan kulit biri-biri dimana lapisan papilernya adalah lebih padat dan lapisan retikular juga adalah lebih tebal. Serat kolagen tahap papillary akan ia membentuk rangkaian yang padat yang memberi kekuatan pada dermis. Bungkusan kolagen lapisan mesh selalunya ia bersifat saling bersilang dimanainilah yang mempengaruhi keanjalan kulit. Penulis blog kongsikan info mengenai bagaimana pengelasan kulit kambing dijalankan. Secara teorinya dimana berat basah kulit segar hanya kira-kira 6% sahaja daripada jumlah keseluruhan berat haiwan. Kemudian dengan ketebalan dimana kulit berpasangan dibahagikan pula kepada 4 subkumpulan. Sub-kumpulan tersebut adalah dari 1.8 mm hingga 2.5 mm khusus bagi kambing dewasa; dari 2.2 mm hingga 3.5 mm adalah merupakan kambing dewasa; dari 0.9mm hingga 1.4 mm pula kategori kambing anak berumur 2-3 bulan dan dari 1.3 mm hingga 2.2 mm adalah kulit anak kambing berumur 5 - 6 bulan. Bagaimana pun pengelasan ini hanya digunakan untuk kambing tempatan yang berkualiti dan sihat sahaja. Manarik kategori ini di fahami agar semua pembaca vlog anim agro technology manjadikan asas dalam sistem pemasaran atau pebelian kelak.
Lazimnya kualiti kulit kambing sebagai bahan mentah bergantung pada tempoh penyembelihan dan berbeza diantara jenis kambing diternak dari negara 4 musim dengan kambing di kawasan tropika. Bagi negara 4 musim lazimnya amalan menyembelih dibahagikan kepada Kambing Musim Sejuk dimana ia dilakukan pada bulan November - Januari untuk penghasilan bulu, produk bulu, kasut dan barang-barang hiasan rumah. Kemudian penyembelihan kambing pada musim bunga pada bulan Februari - Jun dimana ia tidak digunakan dalam pengeluaran kulit dan bulu kerana lazimnya ada banyak kecacatan pada dermis, masa penumpahan. Penyembeihan kambing pada musim panas (Jun-Julai) adalah bertujuan untuk membuat chevro dan lapisan untuk pakaian luar. Akhirnya dimana penyembelihan kambing pada musim luruh (Ogos-Oktober) bertujuan bagi pengeluaran lapisan chevro dan kulit berkualiti tinggi. Di negara tropika seperti Malaysia isu tersebut tidak timbul dimana penyelbelihan kambing banyak jumlahnya pada hari raya dan untu aqiqah sepanjang tahun. Dari segi pengkelasan dimana mengikut ukuran dan usia haiwan selalunya kulit dikelaskan kepada Kambing Bulu Kecil (yang berumur sehingga 1.5 bulan), Kambing Sangat Kecil (yang berumur sehingga 3 bulan), Kambing Kecil hingga Sederhana (yang berumur 3-6 dan 6-10 bulan) serta Kambing Besar (dari haiwan muda sehingga kambing dewasa). Cara mengambil kulit kambing ada pelbagai teknikk daripada yang mudah kepada yang rumit. Sebaiknya kulit dikeluarkan dalam satu lapisan sahaja iaitu dari atas ke bawah. Bahagian kulit yang rapat ke badan kambing perlu di potong dengan pisau tajam tanpa merosak atau ada lubang atau terputus kulitnya. Lazimnya kemudian bahagian lemak dan daging yang masih melekat perlu dipotong sehingga tinggal kulit. Bergantung kepada kemahiran seseeorang dimana alat yang diperlukan dalam kerja ini termasuk pisau kulit, pengikis logam, sudu untuk membuang lemak, pengapit, tukul (kayu dan logam), sisir atau sikat logam dan berus. Di samping itu diperlukan juga alat untuk meregangkan dan membersihkan kambing yang sesuai digunakan untuk melakukan kerja mengambil kulit kambing.
Sebaiknya kulit kambing yang dikeluarkan disejukkan dulu dengan meletakkan kulitnya terbalik selama 30 minit. Cara untuk mengawet kulit dimulakan dengan membuang sisa daging dan lemak yang melat. Kemudian kulit kambing disapu dengan garam (1.5 - 2.0 kilogram seekkor) dan boleh dilipat dalam karung dan dibiarkan di dalam bilik yang sejuk selama 3 hari sehingga garam menyerap kelembapan dari daging. Apa pun garam tersebut kemudian mesti dikikis dan kulit ditarik ke atas bingkai untuk dikeringkan. Kulit nipis kambing muda sebaiknya dikeringkan tanpa garam (kaedah kering-segar). Keringkan kulit di ruangan kering yang bersuhu panas dengan sistem pengudaraan untuk selama 2 minggu. Perlu diketahui dimana jika ada kulit yang keras dan kering untuk berpakaian mesti dilembutkan dahulu dengan rendaman sebelum ia digunakan. Teknik terbaik adalah gunakan untuk 1 kulit diperlukan kuantiti sekurang-kurangnya 10 liter air. Untuk mempercepatkan proses perendaman dan bagi mengelakkan kerosakan dan gris (kelembapan berlebihan dalam daging) sebaiknya digunakan air bersuhu air 25 - 30 Celcius bersama serbuk sabun basuh (2 gram per 1 liter), bahan antiseptik (1 gram per 1 liter), garam yang boleh dimakan (30/50 gram per 1 liter) dan di kacau dengan sebati. Bagi kulit kering cecair cuka boleh ia ditambahkan ke dalam larutan pada kadar 2 gram per 1 liter. Jangka masa rendaman antara 20 - 48 jam untuk kulit kambing lembut dimana ia juga bergantung pada keadaan kulit kambing setelah dikeringkan. Kulit kambing boleh disimpan dalam larutan selama 24 jam pada suhu tetap dan kacau. Kemudian ia dibasuh dalam air bersih selama 30 minit, digantung untuk mengalirkan air. Akhirnnya proses dalam pengawetan kulit kambing diperiksa. Kult kambing yag berkualiti dan kering boleh disimpan atau dijual kepada pemborong mengikut gred dan kuantiti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

GUNA PISAU TAJAM... MULA MELAPAHNYA...
KULIT DIBERSIHKAN... ADA TEKNIKNYA...
KULIT DI SIMPAN... DIJUAL MAHAL HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Muharram 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.