Support My Blog

Saturday, November 30, 2024

ANCAMAN UDANG AIR TAWAR LUARNEGARA

ANCAMAN UDAG AIR TAWAR dari luar negara kini sudah menjadi perkara yang semakin dibimbangi dimana ia banyak dilaporkan dalam beberapa media tempatan. Ia sudah dianggap sebagai menimbulkan 'Onar' sebagai udang pendatang kepada kelestarian udang air tawar tempatan. Penulis blog pernah beberapa kali melihat dan ujrasa sejeni udang luar seperti Udang Kara Red Claw yang di ternak rakan. Apa pun dilaporkan udang Kara Red Claw boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat (Sila lihat foto diatas). Udang ini merupakan sejenis makanan yang disukai ramai kerana selain ia juga sedap dimakan namun jika terlepas ke perairan umum dilaorkan yang spesies 'pendatang' ini berisiko mengancam ekosistem dan kehidupan ikan air tawar tempatan di Malaysia. Meskipun ancamannya kini tidak serius berbanding jenis Ikan Baung Ekor Merah atau Ikan Bandaraya (Suckermouth catfish) namun ancaman udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia ini tetap perlu diberi perhatian. Dilaporkan spesies berkenaan mempunyai ciri atau sifat pemakanan yang sama seperti ikan bandaraya dan dikategorikan sebagai omnivor. Udang ini awalnya dibawa masuk untuk diternak secara komersial oleh pengusaha kolam di seluruh negara. Penulis blog difahamkan dimana pada kebiasaannya ada restoran tertentu akan mereka menawarkan menu masakan udang kara air tawar ini. Bagaimanapun, memang selalunya spesis udang ini sukar ditemui dijual secara terbuka di pasar biasa. Selalunya dimana pihak restoran akan menempah udang ini terus daripada pengusaha kolam pada harga sekitar RM40 ke RM55 sekilogram. Jenis 'Udang 'pendatang' ini bagaimanapun dikesan memasuki perairan umum mungkin disebabkan kejadian banjir di kolam atau dilepaskan dalam jumlah yang kecil oleh penternak persendirian yang mahu menjadikannya sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. Perbuatan untuk isu pelepasan spesies ini ke dalam perairan awam didakwa boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat menyebabkan perubahan dalam biodiversiti perairan terbabit. Dilaporkan dimana udang ini adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat dimana ia tidak makan ikan hidup yang bersaiz besar. Udang ini juga akan makan tumbuhan seperti rumpai yang mana memberi saingan kepada ikan tempatan. Ikan tempatan juga tidak makan udang ini kerana kulitnya yang sangat keras melainkan ikan pemangsa seperti toman. Bagaimana pun kajian menunjukkan apabila saingan sengit maka anak dan telur ikan tempatan dimakan udang asing ini seterusnya menyebabkan ikan tempatan di sesuatu kawasan yang dimonopoli udang ini akan berkurangan. Juga dilaporkan kesan kehadiran udang kara air tawar dalam kuantiti yang banyak di perairan awam juga ia turut boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan air dan struktur ekosistem. Udang pendatang ini biasanya suka menggali lubang di dasar sungai atau tasik yang boleh mengganggu struktur tanah dan menyebabkan hakisan. Aktiviti ini juga lama-kelamaan boleh memberi kesan negatif terhadap tumbuhan akuatik dan hidupan air lain yang bergantung kepada habitat itu. Bagaimanapun sehingga kini Jabatan Perikanan Malaysia masih belum menerima aduan rasmi iaitu mengenai kehadiran spesies berkenaan di mana-mana sungai di seluruh negara. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info terkini bagaimana ancaman oleh Udang Air Tawar dari luar negara kepada akuakultur tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dilaporkan dalam hmetro.com dimana 'Udang kara air tawar asing mampu ancam ekosistem' perlu di kongsikan infonya.  Media laorkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata.  Pihak Jabatan Perikanan (DOF) sentiasa menjalankan kerjasama dan kempen kesedaran mengenai ancaman spesies asing yang mampu mengancam ekosistem sungai termasuk udang kara air tawar. Pengarah Perikanan Negeri Sembilan (DOF) iaitu Kasim Tawe dakwa sepanjang tahun 2023 ini saja pihaknya sudah menjalankan beberapa siri program memburu ikan asing di negeri itu. Terbaharu DOF mengadakan program Buru Ikan Asing dan Inventori Perikanan Darat pada 13 Oktober lalu di Sungai Mambau yang bertujuan memburu spesies ikan asing. Sebelum itu DOF sudah menjalankan beberapa program sama di seluruh negeri. Hasil daripada program ini kami menjalankan analisis dan setakat ini kami belum menjumpai spesies udang kara air tawar di perairan Negeri Sembilan masih belum ditemui. Apa pun tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. DOF melaksanakan program pendidikan dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjaga ekosistem perairan daripada segala jenis spesies asing yang memberi ancaman. DOF juga akan terus  meningkatkan penyelidikan mengenai impak udang kara air tawar terhadap ekosistem tempatan dan bagaimana menguruskan populasi mereka secara mampan. Aktiviti seperti penguatkuasaan juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan tiada mana-mana individu yang melanggar undang - undang yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985 yang berkaitan spesies asing ini dengan kerjasama semua pihak penternak komersial juga sentiasa dijalankan dari masa ke semasa supaya pengusaha sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. Kini disebabkan udang ini mudah membiak, garis panduan ketat dan lengkap dikeluarkan supaya penternak komersial dapat mengikutinya dan pihak kami sentiasa memantaunya. Penternak udang dan ramai pengusaha ini juga mempunyai persatuan mereka sendiri. Pihak DOF sentiasa berhubung secara rapat dengan mereka dan memberikan bantuan termasuk nasihat. Media laorkan sebelum ini dimana udang kara air tawar yang mempunyai  rasa yang sedap dan harganya mencecah RM100 sekilogram namun spesies pendatang berkenaan berisiko mengancam spesies ikan tempatan.


Menarik dalam sinarharian.com dengan laporan bertajuk 'Udang kara air tawar dari Australia ancam perairan Muar' untuk di rujuk. Kisah dari Muar laporkan dimana spesies udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia dikesan kini ia semakin banyak di perairan di sekitar Mukim Ayer Hitam. Dalam sosmed ada video tular @Abg Ikan di TikTok menunjukkan udang kara berkenaan ditangkap dalam jumlah yang besar menggunakan bubu di perairan Mukim Ayer Hitam. Mengulas lanjut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abd Wahab nyatakan udang kara air tawar tersebut adalah ia merupakan spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Kini pihak Jabatan Perikanan memandang serius kemasukan spesies tersebut dan langkah berjaga-jaga dilakukan bagi memastikannya tidak invasif dan menjadi pemangsa kepada spesies-spesies tempatan sekiranya ia terlepas ke perairan luar. Akibat mudahnya udang kara air tawar ini membiak maka didakwa yang spesies ini telah memenuhi kebanyakan perairan ini seterusnya telah mengancam spesies asal di perairan ini. Diantara spesies yang asal di perairan mukim Ayer Hitam ini adalah keli, haruan, sepat dan pelbagai lagi ikan lain yang diminati oleh penduduk setempat. Apa pun mungkin disebabkan udang kara air tawar ini ada maka semua spesies asal tersebut telah menjadi sangat kurang dan sukar diperolehi. Dalam pada itu Pejabat Perikanan Daerah Muar bersama Kelab Alam Sekitar Seri Sempadan telah pun melaksanakan pelbagai kempen untuk menghapuskan populasi udang kara air tawar tersebut di perairan Mukim Ayer Hitam berhampiran Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara. Ada kerjasama turut dirancang adalah penduduk Mukim Ayer Hitam mengumpulkan udang kara mereka yang ditangkap ini dan peraih yang dikenal pasti akan datang untuk membeli hasil tersebut. Bagaimana pun apa yang berlaku, pembeli udang kara tersebut meletakkan harga yang rendah dan menyebabkan penduduk tidak rasa berbaloi untuk menangkap udang kara tersebut. Begitu juga dengan peraih yang memberikan harga sangat rendah dan kadangkala tidak datang pada masa yang ditetapkan menyebabkan udang kara tersebut menyebabkan ia mati begitu sahaja. Adalah dicadangkan agar isu ini dibangkitkan termasuk dari aspek pemasaran udang kara air tawar yang ditangkap dan mempelbagaikan menu masakan supaya lebih ramai minat dengan menu hidangan haiwan tersebut. Langkah ini secara langsung akan meningkatkan permintaan udang kara air tawar di pasaran tempatan. Seterusnya, spesies invasif ini dapat dikeluarkan dari perairan umum hingga tiada lagi udang kara tersebut. Sebagai rekod dilaporkan udang kara air tawar (Red Claw) atau Blue Crayfish (cherax quadricarinatus) mempunyai warna yang menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih. Apa pun spesies itu paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH 7 dan saiz matang udang ini adalah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia sebagai spesies peliharaan dan industri akuakultur.


Portal meia kosmo.com juga laporkan 'Udang kara pendatang Australia, perosak ekosistem negara' yang sesuai di rujuk. Ia berkait dengan satu sessi untuk usaha membasmi udang kara iaitu udang pendatang dari Australia di sebuah parit di Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor. Udang ini digelar sebagi 'Udang krai' atau dikenali sebagai udang kara air tawar atau ‘lobster’ air tawar oleh masyarakat tempatan di Muar dimana ia sebenarnya merupakan perosak kepada ekosistem negara. Udang Krai ini adalah pendatang dari Australia sekali gus perlu dilakukan pembasmian bagi menjaga ekosistem. Usaha dibuat untuk kerja atau aktiviti pembasmian udang krai telah dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMP), penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta komuniti di Mukim Ayer Hitam, Muar di Johor melibatkan sebuah parit di kawasan itu. Aktivis mengangkat bubu payung sebab nak selamatkan habitat di kawasan ini dan juga ada memasang bubu di likasi dan akan tengok hasilnya. Memang ada dapat banyak jenis udang (udang krai) dan jumlah ini sampai boleh buat niaga. Laporan ini kemudian membuka mata serta mendidik orang ramai supaya menjaga ekosistem negara susulan kewujudan spesies udang krai dari Australia di sungai dan parit di negara ini. Pertanyaan bagaimana udang ini boleh banyak berada dalam parit masih disiasat. Ini kerana sejak zaman dulu memang udang pendatang ini tidak ujud. Kini dilaporkan uang tangkapan udang kaa ini memang ia sedap dimakan selain harganya juga boleh mencecah RM60 hingga RM80 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
UDANG PENDATANG...DARI AUSTRALIA...
UDANG KARA... IA MUDAH MEMBIAKNYA...
ANCAM EKOSISTEM... BAGAIMANA PULA...
DIJUAL MAHAL...ENAK SEKALI RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...