Support My Blog

Tuesday, November 19, 2024

MEE SEGERA - APA PERLU TAHU?

MAKANAN MEE SEGERA
(Instant noodle) ialah sejenis makanan mee separuh masak yang dikeringkan dan dicampur dengan bahan seperti minyak dan ramuan khusus lain dimana ia juga biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 - 5 minit. Mee segera ini menjadi makanan penting bagi sesetenagh kumpulan masyarakat seperti pelajar, mahasiswa dan juga orang bujang serta mereka yang meminati makanan seperti ini. Kalau di Korea dan Jepun makanan mee segera atau lebih popular dipanggil sebagai ''Ramen'' menjadi makanan penting disana dimana didalam drama-drama korea makanan ini menjadi sa;ah satu hidangan dalam drama tersebut. Mee segera lazimnya disediakan sekali dengan bahan bungkusan perencah pelbagai perasa dan ia selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang pembuatnya dan ia biasanya dengan menggoreng. Idea menyediakan mee (atau mi) segera sudah pun berakar umbi sejak zaman Dinasti Qing di China dimana semasa itu mi yimian akan digoreng yang membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Di Malaysia diantara jenama mee segera yang paling terkenal adalah produk keluaran Nestle dengan jenama MAGGIE MEE sehinggakan masyarakat umum nyatakan semua produk mee segera dipanggil sebagai "Mee Maggie" sahaja. Jenama lain yang agak popular seperti Mamee, Vit dan banyak lagi. Saya ada menuis artikel mengenai mee segera dan sejarahnya dalam blog ini dan boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik Disini) yang di publish pada tahun 2019 dulu dan menarik di rujuk. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah yang perlu semua tahu tentang fakta segera sebagai info penting yang perlu pembaca semua tahu untuk di baca.


Apa yang pembaca blog ini perlu tahu bagaimana didalam k
alam kehidupan serba pantas masa ramai sudah terbiasa dengan makanan sejuk beku, makanan segera atau mudah dimasak dalam tempoh kurang 5 minit termasuklah makanan seperti instant noodle atau mi segera. Penulis blog juga sentiasa ada stok makanan mee segera di rumah untuk waktu kecemasan dan dijadikan hidagan yang mengenyangkan perut atau selalu menjadi 'alas perut'. Apa pun bagi penulis blog dimana ia adalah salah satu tarikan utama makanan ini adalah kerana harganya yang murah dan mudah untuk disediakan. Merujuk kepada laporan oleh World Instant Noodle Association iaitu pada tahun 2015 didakwa negara China, Indonesia dan Jepun merupakan antara negara pengguna makanan segera yang tertinggi didunia. Bagaimana pun ada juga dilaporkan dimana bagi setiap hirupan dan sedutan mi segera yang dimakan iaitu sama ada di pejabat atau rumah atau turut dikongsikan juga bersamakanak-kanak yang memang suka sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan yang perlu di ketahui. Pada penulis blog wajar mengetahui akan apa sebenarnya mi segera ini?. Sebenarnya ia merupakan sejenis mi yang sudah dimasak dan ia biasanya dijual dalam paket individu dalam bungkusan plastik atau didalam cawan mahupun mangkuk. Menyentuh bahan asas yang digunakan di dalam mi segera ini termasuklah tepung, garam dan minyak sawit. Manakala paket perasanya pula dilaporkan mengandungi garam, perasa dan bahan Monosodium Glutamat (MSG). Setiap bungkusan akan mengandungi mi kering serta sebungkus perasa dan atau pun bahan minyak. Selalunya kebanyakan produk atau jenama mi segera ini adalah rendah kalori dan protein, serta tinggi lemak, karbohidrat, natrium dan beberapa mikronutrien. Apa pun semua ini ada di tuliskan pada label kebanyakan produk mi segera berjenama dis eluruh dunia. 


Umum dan pembaca mungkin sudah dimaklumkan akan isu k
andungan MSG punca masalah kesihatan. Apa pun sama seperti yang dinyatakan tadi didakwa dimana mi segera mengandungi bahan dikenali sebagai MSG. Ia adalah bahan tambahan makanan yang biasa dan selalu digunakan untuk meningkatkan rasa pada makanan diproses. MSG juga boleh dijumpai secara semula jadi dalam protein sayuran yang dihidrolisis, ekstrak yis dan soya, tomato serta keju. Hasil rujukkan dari beberapa kajian telah menghubungkan penggunaan MSG yang sangat tinggi dengan kenaikan berat badan, bahkan peningkatan tekanan darah, sakit kepala dan loya.  Dalam pada itu hasil penyelidikan juga menunjukkan monosodium glutamat boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak. Bagaimana perasaan semua pembaca blog anim agro mengenai kenyataan ini?. Apa pun sebgai tambahan dimana berdasarkan satu kajian tabung uji mendapati MSG boleh menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang matang. Dilaporkan juga dimana terdapat sesetengah individu mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti kepekaan (sensitif) terhadap MSG dan harus untuk mereka kurangkan atau mengehadkan jumlah pengambilan mi segera. Jika berlaku kejadian atau situasi seperti ini ia dikenali sebagai simptom kompleks MSG. Selalunya bagi mereka yang mengalami keadaan itu mungkin berdepan gejala seperti sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.


Dalam pada itu isu bagaimana t
inggi kandungan sodium dalam mi segera menjadi perbincangan seterusnya. Apa pun bagi mereka yang tidak tahu akan apakah itu sodium dimana ia adalah nama lain bagi Natrium atau Garam. Hasil kajian menunjukkan dimana dalam satu hidangan mi segera ini mengandungi 861 miligram (mg) sodium. Dalam beberapa laporan di nyatakan dimana sesiapa makan keseluruhan paket individu mi segera (sebungkus) maka dianggarkan jumlah sodium meningkat menjadi 1,722 mg. Memang hasil kajian mendapati dimana ada terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan natrium yang tinggi mungkin memberi kesan negatif kepada individu dengan kepekaan terhadap garam. DIlaporkan juga dimana mereka ini lebih terdedah atau makan makanan segera ini mendapat kesan sodium. Selalunya pengambilan bahan ini dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan keadaan seperti berlakunya peningkatan tekanan darah. Kajian juga ada menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan natrium bermanfaat bagi mereka yang sensitif terhadap garam. Makanan mi segera memang sinonim sebagai sejenia makanan yang mana kualiti diet tidak sihat. Hasil dari beberapa penyelidikan mendapati bahawa pengambilan mi segera ini secara berkala mungkin dikaitkan dengan kualiti diet pemakanan keseluruhan yang buruk. Sememangnya ramai kalangan pembaca blog ini dan penggemar makanan mi ini akhirnya akan mengalami peningkatan pengambilan beberapa mikronutrien terpilih. Apa pun dilaporkan dalam masa yang sama mereka mengalami penurunan pengambilan protein, kalsium, vitamin C, fosforus, zat besi, niasin dan vitamin A secara signifikan. Penulis blog sering juga makan 'Maggi Goreng Mamak' di rantaian restoren Restoren Mamak yang mana ia mungkin menjadi pilihan ramai.


Setelah dijelaskan dalam 3 perenggan diatas masihkan pembaca blog semua masih 
ingin makan mi segera?. Apa pun bila di tanya secara formal ramai akan geleng kepala akan tetapi sebenarnya semua mereka ini memang amat sukar untuk menolak pengambilan makanan ini terutama murid sekolah di asrama dan siswa di universiti atau pusat pengajian tinggi. Penulis blog pun kalau travel keluar negara untuk masa lebih 3 hari pastinya akan membawa makanan mi segera bagi di jadikan 'penyelamat' sepanjang perjalanan tersebut. Ini kerana ia merupakan makanan paling mudah untuk disediakan dimana lebih-lebih lagi semasa atau waktu kesempitan wang saku. Apa pun timbuk keadaan dimana sekiranya sekali-sekala anda ingin menikmati secawan mi ini maka memang ada cara untuk menjadikannya lebih sihat. Sebagai contoh pembaca blog ini disarankan untuk memilih jenis  mi segera yang diperbuat daripada bijirin. Ia juga dilaporkan akan dapat meningkatkan pengambilan serat, sekali gus membuatkan anda berasa kenyang. Pembaaca juga akan boleh menggunakan instant noodle ini sebagai asas dan menambahkan beberapa bahan makanan sihat untuk menjadikannya sebagai makanan yang lebih lengkap. Sebagai contoh dimana boleh ditambahkan ke dalam mi segera iaitu pelbagai jenis sayur-sayuran dan sumber protein yang baik untuk meningkatkan profil pemakanan makanan segera ini. Perlu juga di kongsikan maklumat bagaimana cara terbaik memasak mi segera sendiri. Apa pun selain daripada dengan cara menambah sayur-sayuran dan protein ke dalam mi bagi menjadikannya makanan sihat dimana sebenarnya cara memasak yang betul juga penting untuk diamalkan. Pertama sekali adalah merebus mi seperti biasa di dalam periuk berisi air dan kemudian apabila mi sudah masak maka disyorkan perlu dibuang air rebusan dan toskan mi. Ia perlu dilakukan kerana air tersebut yang mana ia mengandungi semua bahan pengawet daripada mi agar manjadi makanan sihat. Jika mi segera yang ingin dimakan adalah jenis bersup adalah disyorkan agar merebuskan seperiuk air dalam bekas lain sehingga mendidih. Masukkan mi segera dan matikan api dimana selepas api dimatikan dan air masih panas maka boleh masukkan serbuk perasa ke dalam periuk tersebut. Sebaiknya ia dikacau rata dan sedia untuk dinikmati semasa suam panas. Sekiranya mi segera ini adalah jenis bergoreng maka setelah di rebun dan di toskan bioleh meletakkan mi yang ditos di atas pinggan dan taburkan serbuk perisa dan ia sedia untuk dimakan. Sebaiknya memakan mi segera diambil secara sederhana dan berpatutan sebab ada risiko untuk mengalami masalah kesihatan adalah rendah jika berlebihan atau sebagai makanan rutin. Dalam pada itu pastikan semua agar ia boleh menjadikannya sebagai pilihan yang lebih sihat dan seimbang dengan menambah protein serta pelbagai sayuran kegemaran dalam hidangan mi. Semuga tulisan ini memberi info dan bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PILIHAN RAMAI.. IA MEE SEGERA...
CEPAT DIMASAK...MUDAH DI SEDIA...
ANAK-ANAK SUKA...DAN ORANG TUA....
MEMBACA ARTIKEL... MANJADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Zenith Hotel Putrajaya,
Precint 3, WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Safar1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...