Support My Blog

Tuesday, November 26, 2024

SEMBANG BUAH BETIK

BUAH BETIK
(Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihadsilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2023 adalah dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 hektar menghasilkan sebanyak 33,647 mt)) diikuti di Pahang (267 ha) dan di Sabah (258 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang telah menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah 
betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite.  Artikel pada subuh kali ini penulis sembang dalam blog "Anim Agro Technology" tanaman betik berasaskan laporan media dan pengalaman tinjauan penulis sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan bagaimana '
Menggali potensi tanaman betik ke arah ekonomi lestari' sesuai di kongsikan laporannya. Cuaca di Malaysia yang mengalami iklim hutan hujan tropika menyebabkan pokok betik atau istilah saintifiknya, Carica papaya L sangat sesuai ditanam di negara ini. Tanaman betik bukan sahaja memberikan hasil yang konsisten sepanjang tahun tetapi juga menawarkan salah satu langkah strategik untuk menyokong pembangunan ekonomi dan kelestarian pertanian negara. Jangka hayat pokok betik adalah sekitar tiga tahun dan kebiasaannya hasil pengeluaran paling banyak ketika pokok berumur antara 13 hingga 14 bulan. Betik boleh ditanam sebagai tanaman tunggal (monokultur) atau sebagai tanaman selingan dengan tanaman jangka panjang seperti durian dan kelapa malahan juga disyorkan sebagai tanaman landskap yang dikenali Edible Landscape Plant yang mampu menyumbang kepada estetika persekitaran. Melalui usaha peningkatan populasi dunia yang dijangka mencapai 8.8 bilion pada tahun 2050 dijangka permintaan terhadap buah-buahan termasuk betik akan terus meningkat. Penanaman betik yang diurus dengan baik bukan sahaja dapat memenuhi keperluan domestik tetapi juga menembusi pasaran antarabangsa, menyumbang kepada pembangunan ekonomi hijau negara.  Malaysia kini mengeskport betik ke beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, Belanda, Timur Tengah, dan Thailand yang menjadikan penanaman betik sebagai salah satu sumber pendapatan berpotensi besar bagi negara. Bagaimanapun, penanaman betik tidak terlepas daripada cabaran terutamanya dari segi serangan penyakit dan serangga perosak seperti Bintik Cincin Virus (Papaya Ringspot Virus) dan Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada petani. Merujuk Pakar Pomologi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Md Aiman Takrim Zakaria dimana penyelesaian terbaik serangan tersebut termasuklah kawalan vektor melalui penggunaan racun perosak dan pengawalan secara biologi menggunakan mikrob baik seperti Bacillus sp atau Trichoderma sp. Apapun dilaporkan tumbuhan ini kurang sesuai untuk di tanaman di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakaran betik yang cetek akan menyebabkan pokok mudah tumbang ditiup angin.


Media lain laporkan 'Jaga kecantikan semula jadi dengan betik' juga sesuai disembangkan. Dilaporkan warna kuning jingganya pasti menarik perhatian bagi sesiapa saja untuk merasa sendiri rasa lemak manis buah betik. Namun ia bukan sekadar makanan akan tetapi ia turut mempunyai fungsi dalam penjagaan kecantikan secara semula jadi tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Buah Betik kaya dengan nutrien antioksidan seperti karoten, vitamin C, flavonoid, kumpulan vitamin B, folat, asid pantotenik, mineral, potassium, magnesium dan serat. Kandungannya itu sesuai digunakan sebagai krim wajah dan syampu untuk memberikan kulit mulus berseri serta rambut berkilat. Vitamin A dan papain dalam betik mampu menyingkirkan sel kulit mati kerana ia bertindak memecahkan protein tidak aktif yang ada pada permukaan kulit. Betik juga membantu melembapkan kulit, menyingkirkan jerawat dan warna kemerahan, apabila disapu pada wajah dan dibiarkan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bersih.  Biarpun tidak disapu pada wajah, sering makan betik juga boleh memberikan kesan sama pada kulit apabila ia menjadi lebih lembut, gebu dan mulus. Malah jika ada masalah tumit merekah hingga merosakkan penampilan boleh dirawat dengan sapuan betik yang sudah dilumatkan. Betik yang disapu pada kulit juga boleh membantu mengurangkan masalah bintik wajah dan warna kulit tidak sekata, manakala kulitnya boleh dijadikan bahan sental bagi mencerahkan kulit. Kandungan asid alfa hidroksi yang ada dalam betik juga membantu merawat masalah penuaan pramatang apabila disapu pada kulit, namun ia perlu dilakukan secara berkadar untuk mengelakkan kerengsaan. Ia juga boleh bertindak sebagai pelembap rambut apabila dilumatkan dan disapu pada seluruh rambut, biarkan seketika dan bilas hingga bersih.


Penulis blog ketawa membaca kisah dalam hmetro.com yang bertajuk '
Buah kelapa berbentuk betik' apabila melihat foto dimana pasangan suami isteri ada menunjukkan buah kelapa yang mana ia mempunyai rupa bentuk ganjil. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana melihat bentuknya kelihatan seperti betik akan tetapi yang sebenarnya buah kelapa yang sepatutnya mempunyai saiz yang bulat, mempunyai isi tebal serta banyak air dan manis. Pasangan Yusoff Pakeer (65) dan isterinya lihat apabila buah kelapa yang ditanam sejak lima tahun lalu di belakang rumahnya di Taman Universiti Jaya, Bedong mempunyai bentuk luar biasa selain tidak mempunyai isi atau air kecuali sabut. Mereka mengambil tiga biji buah itu ketika menghadiri kenduri di rumah kenalannya di Perak sebelum menanamnya di belakang rumah sebelum mula mengeluarkan hasil hujung tahun lalu. Pada peringkat awal ia berbuah seperti biasa, namun kelihatan memanjang hingga ada beberapa biji yang mencapai saiz sepanjang 0.5 meter. Dua pokok yang ditanam menghasilkan buah berbentuk biasa walaupun ditanam bersebelahan dengan pokok kelapa itu. Dakwa mereka walau pun ia mempunyai saiz yang besar dan panjang, namun ia tidak mempunyai sebarang isi mahupun air selepas saya membelahnya berikutan cucu terlalu ingin merasai airnya selain terkejut apabila hanya terdapat sabut. Walau pun dulu isterinya mencadangkannya supaya pokok kelapa itu ditebang saja kerana tidak memberi sebarang hasil, namun dia berfikir mungkin terdapat manfaat lain. Mungkin ada yang lebih arif dapat melakukan kajian terhadap kejadian pelik itu dan mungkin juga ia mempunyai kegunaan lain.


Sembang betik lebih menyeronokan membaca kisah '
Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan' untuk di kongsikan. Dilaporkan bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising di sini tidak pernah menyangka tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan. Petani Mohamed Omar (66) dakwa dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi mengisi masa di waktu lapang. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Perkara itu menyebabkannya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Bila melihat kepada potensi serta permintaan tinggi dia memberanikan diri dengan mana dia juga mengusahakan tanaman tersebut secara komersial. Dulu bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar. Berminat akan membuka lagi tanah seluas 1.6 hektar bagi mengusahakan tanaman betik. Setakat ini permintaan terhadap buah betik sangat tinggi namun bekalannya terhad. Dia sudah berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan. Dia yang memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Apa pun dengan permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial. Hobi mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat. Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik tetapi ia tetap memerlukan air yang cukup. Apa pun bila hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak seperti pada pada Februari tahun lalu dimana dia berdepan kerugian besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit apabila tanaman ditenggelami air. Dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 lalu bagi mengisi masa di waktu lapang. Ppokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh diremajakan semula. Ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa. Apa pun sepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji. Alhamdulillah dengan bantuan RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) saya ingin mengembangkan lagi tanaman ini. Dia juga telah bersedia berkongsi kepakaran dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi tanaman pokok betik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH BETI...DIPANGGIL PAPAYA....
LUAS DI TANAM ...DI MALAYSIA...
RASANYA MANIS...KHASIAT ADA...
BACA ARTIKEL..TERUS NAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAKhir 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...