Dilaporkan dalam portal hmetro.com bagaimana cara 'Ketahui hayat kala jengking' untuk di kongsikan. Bak kata pepatah 'Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati' dimana ia boleh digambarkan berkaitan minat seseorang dalam usaha memiliki haiwan peliharaan. Apa pun memang ada terdapat sebahagian pemilik meminati spesies 'mikro' dari keluarga Araknida untuk dijadikan koleksi atau haiwan kesayangan dimana diantara yang tidak ketinggalan adalah kala jengking yang memiliki kelompok peminat tersendiri. Apa pun bagi sesiapa yang berhasrat ingin memulakan hobi menyimpan atau memelihara koleksi serangga berbisa ini maka dia boleh cuba mendapatkan spesies seperti panduan umum dinyatakan ini. Pertama dimana sebagai serangga berbahaya dimana seoerti spesies 'Asian Forest Scorpion' atau dikenali sebagai Heterometrus longimanus atau 'The Black Emperor' yang ia boleh hidup sehingga lapan (8) tahun dalam kotak simpanan bertutup (Sila lihat foto disebelah). Apa pun spesies ini dikatakan lebih 'tenang' berbanding spesies lain, tetapi masih berbahaya dan boleh menjadi menyengat apabila terkejut. Racun jengking ini diketahui lebih buruk daripada sengatan lebah dan boleh menyebabkan kerengsaan (bengkak dan disusuli sakit berdenyut) selama beberapa hari. Dilaporkan disebabkan kelakuan yang agresif maka tidak digalakkan melepaskan bebas atau diletakkan dalam bekas terbuka. Kala jengking ini hidup dalam suhu bilik iaitu di antara 21 - 32 darjah celsius dengan kelembapan sekitar 80 - 90 peratus. Spesies ini boleh membesar sehingga 13 sentimeter sesuai untuk peminat kala jengking saiz besar. Papa pun dilaporka jenis 'Emperor scorpion' adalah jenis kala jengking terbesar. Sesuai dengan namanya spesies kala jengking ini antara terbesar di dunia dan sangat popular dalam kalangan peminatnya. Apa yang membuatkan spesies ini sesuai dengan mereka yang baru berjinak untuk pelihara kala jengking ialah racun lebih ringan. Digambarkan bisa sengatan kala jengking ini setara dengan sengatan lebah. Jenis Emperor Scorpions boleh hidup sehingga lapan tahun dan berasal dari Afrika Barat iaitu iklim panas. Bagaimanapun sebaiknya disediakan habitat perlulah dalam lubang atau tindihan batu yang redup. Sesuai pada suhu ideal 24 - 27 darjah Celsius dengan kelembapan 60 - 75%. Jengking jenis Emperor Scorpions ini memang ia jarang menggunakan penyengat walaupun ketika diberi makan kerana ia mempunyai pengepit yang sangat kuat. Ada spesis Jengking 'Desert Hairy' dimana warna kala jengking ini sesuai dengan persekitaran padang pasir (Sila lihat foto paling bawah). Spesies kala jengking ini berasal dari Amerika Utara dan dalam lima tahun kebelakangan ini popular sebagai serangga peliharaan. Hayat kala Jengking Desert Hairy boleh hidup sehingga 20 tahun dan sangkar atau kotak simpanan perlulah tertutup dengan persekitaran 80 peratus pasir dan 20 peratus tanah liat kerana ia suka membuat lubang. Jangan gunakan pasir sahaja sebaliknya gunakan batu dan kulit kayu atau kayu hanyut. Kelembapan juga rendah sekitar 50 - 55 peratus dan boleh tinggal dalam suhu bilik 24 hingga 32 darjah Celsius. Jenis Jengking 'Flat Rock' pula adalah jenis Kala Jengking dari spesies ini pilihan yang baik jika pemilik yang baru memiliki hobi memelihara kala jengking langsung tidak memegangnya. Ini disebabkan oleh ciri dan karakter spesies kala jengking ini agak pemalu dan cenderung melarikan diri daripada sentuhan manusia. Ia cenderung untuk tidak menggunakan ekor mereka (sama dengan Emperor Scorpion) dan makan dengan mengepit mangsa menggunakan penyepit yang kuat. Spesies yang berasal dari Afrika Selatan juga hanya boleh hidup hingga tujuh tahun, sekali gus menjadikan kala jengking ini paling singkat hayatnya. Tahap kelembapan sekitar 50 sahaja dengan suhu 24 - 26 darjah Celsius. Racun Flat Rock Scorpion adalah ringan dan tidak menyebabkan banyak kerengsaan.
Menarik kisah bagaimana kes 'Terkejut 18 kala jengking dalam beg' di Vienna, Austria sebanyak 18 ekor apabila pelancing baru pulang bercuti di Crotia semasa dibuka oleh wanita itu. Seorang wanita di Austria terkejut selepas menemukan 18 kala jengking dalam beg pakaiannya selepas pulang dari bercuti di Croatia. Media laporkan dimana wanita dari Natternbach itu menemukan haiwan berkenaan ketika beliau membuka beg pakaiannya kerana mahu mengemas barangannya. Wanita itu dilaporkan menemukan 18 kala jengking di dalam beg pakaian itu termasuk ibu dan anak haiwan berkenaan. Kisah itu ada dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook (Fb) Tierhilfe Gusental, sebuah perkhidmatan menyelamat haiwan. Pelik seorang wanita dari Natternbach yang ada penumpang buta meletakkan haiwan berbisa itu dalam bagasi mereka ketika perjalanan ke Croatia. Apa pun kemudian ia dikenalpasti sebagai kala jengking. Haiwan itu sudah diserahkan kepada penjaga dan kini berada di tempat perlindungan haiwan Linz sehingga mereka memulakan perjalanan pulang.
Paling unik dimamma ada kes 'Lelaki saman hotel selepas alat sulit disengat kala jengking' yang dilaporkan di Las Vegas, Nevada, USA. Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa yang kehidupannya ‘musnah’ selepas alat sulitnya disengat seekor kala jengking ketika menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam. Kejadian berlaku apabila Michael Farchi (62) bersama isterinya menginap di The Venetian Resort dima setelah dia bangun dalam kesakitan dan menyedari bahawa tangan serta celah pahanya disengat oleh serangga kala jengking. Dari foto yang dimuat naik oleh peguam pasangan tersebut menunjukkan bangkai kala jengking yang masih melekat pada seluar dalam Farchi. Apa pun di adakwa rasanya seperti pisau tajam atau kaca menikam dirinya. Pasangan itu memfailkan tuntutan di mana Farchi mendakwa kejadian ngeri tersebut menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan mati pucuk. Isterinya juga berkata bahawa hubungan intim mereka semakin terjejas. Dilaporkan kakitangan hotel tidak mengambil serius tentang sengatan itu. Mereka hanya memegang paha saya dan ketawa mengenainya. Ia benar-benar memalukan. Menarik sungguh kisah di USA ini dan di harap kes ini tiada di Malaysia pula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SENGATAN BERBISA... SIKSANYA...
PELBAGAI KISAH.. ADA DI MEDIA...
ELAKAN JENGKING..DIRUMAH ANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomit,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiuawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.