Support My Blog

Thursday, November 14, 2024

SEMBANG VARIETI BETIK POPULAR MALAYSIA (Part 2)

BUAH BETIK
(Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihadsilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2023 adalah dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 hektar menghasilkan sebanyak 33,647 mt)) diikuti di Pahang (267 ha) dan di Sabah (258 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang mana ia telah menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Saya ada menulis puluhan artikel mengenai betik dan papaya dimana MARDI pada tahun 1987 ada perkenalkan varieti Betik Eksotika dan Betik Eksotika II. Selain itu saya menulis dalam blog ini ada terdapat betik lain seperti Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Sitiawan, Betik Batu Arang dan Betik Hawaiian Sunrise Solo yang masing-masing mempunyai ciri yang menarik dan unik dan berjaya dikomersilkan. Apa pun kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 pokok anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite. Artikel pada subuh kali ini penulis sembang dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan varieti betik popular di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


(5) VARIETI BETIK EKSOTIKA

Varieti betik Eksotika adalah hasil persilangan antara Subang 6 dan Hawaiian Sunrise Solo yang telah diumumkan secara rasmi oleh MARDI pada 9 Februari 1987. Varieti betik ini di daftarkan dengan Sistem Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia bernombor CP1. Ia termasuk dalam kategori ginodiesius dengan pertumbuhan sederhana. Buah pertama muncul pada ketinggian 60-80 cm dari tanah dan buahnya boleh dipetik sekitar 42 - 44 minggu setelah disemai dengan ratio segregasi jantina 2:1 (hermafrodit: betina). Bagaimana pun kini penanaman varieti Betik Eksotika di Malaysia sudah kurang popular disebabkan isu kesukaran mendapatkan bijibenih serta beberapa isu teknikal. Dilaporkan proses untuk pembiakan biji Eksotika dimana bunga hermafrodit akan dibungkus sebelum berkembang untuk memastikan persilangan yang berkesan. Setiap batang pokok biasanya menghasilkan satu buah subur, yang tersebar merata sepanjang batang. Pembentukan bunga dan buah sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor alam persekitaran. Buahnya berkarpel hanya terdapat dalam jumlah kurang daripada 5%. Betik Eksotika memiliki buah hermafrodit yang berbentuk periform dan agak mencerut di bahagian atas, sementara buah betina berbentuk agak bulat. Kulit buahnya berbintik-bintik dan kadang-kadang berlurus dengan alur yang nipis memanjang. Buah masak mempunyai kulit berwarna kekuningan dengan garis-garis hijau, serta bintik-bintik di permukaan kulit. Isi buah berwarna jingga kemerahan dan seragam hingga ke lapisan kulit. Sila baca standard bagi piawaian buah betik eksotika dalam tulisan saya dengan pautan (Sila Klik Disini)Pokok betik eksotika ini mempunyai saiz dan ketinggian yang sederhana dimana dengan penjagaan baik akan mula berbuah 4 bulan selepas ditanam. Betik eksotika akan matang dalam masa 17 - 20 minggu selepas pembentukkan putik buah. Betik Eksoyika dan Eksotika II ini memang manis dengan kadar kandungan gula sekitar 13 - 14 Brix dan selalu dimakan dengan memotong dua dan dikorek dengan sudu sahaja. Ramai penduduk Malaysia yang suka makan betik ini ketika itu dan sanggup membelinya dengan harga yang memang baik. Bagaimana pun betik ini sudah kurang ditanam berbanding dengan Betik Sekaki yang saiznya lebih besar dan kurang risiko serangan penyakit dan perosak. Memang benar selalu orang kata 'Buah yang baik dan manis mudah diserang perosak'. Pada masa ini lazimnya betik eksotika ini ada dijual di Pasar Tani dan Pasar Malam terpilih untuk para peminatnya.


(6) VARIETI BETIK EKSOTIKA 2

Menarik mengenaili varieti betik ini dimana varieti ini juga dikenali sebagai 'Hybrid Eksotika' iaitu hasil daripada campuran Titisan 19 Eksotika dan Titisan 20 Eksotika. Jumlah jantina terbahagi sama rata iaitu 1:1 (hermafrodit:betina). Dalam proses berkembang biak biji benih Eksotika II dimana ia akan guna bunga hermafrodit untuk bersatu dengan bunga betina. Betik ini di daftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dengan nombor Daftar CP2. Apa 
pun pengalaman penulis blog pernah mendapati ia kemudiannya pada tahun 1991 apabila MARDI telah berjaya memperkenalkan varieti betik yang baru iaitu varieti 'Eksotika II' yang saiznya lebih kedil sekitar 600 - 1,000 gram dengan rasa lebih manis dan bentuk fizikal yang lebih cantik serta menarik. Penulis blog yang bertugas di Melaka ada menanam dengan meluas betik Eksotika II ini di projek pembangunan di kg Tebong, Alor Gajah, Melaka dari tahun 1991 dalam jangkamasa agak lama. Selalunya biji benih yang kita dapat dari persenyawaan ni akan bagi kita jantina yang terbahagi sama, 1 hermafrodit:1 betina. Eksotika II ni ada ciri-ciri hampir sama dengan Eksotika I, tapi ada kelebihan kat beberapa aspek:Kulit buah kurang bintik-bintik, lebih cantik kosmetiknya iaitu ia lebih manis, dengan kandungan gula 16-17% Brix. Saiz buahnya adalah lebih besar dari Eksotika 1 dimana purata berat dalam lingkungan 600-1000 g sebiji. Kajian awal dimana anggaran hasil tanaman lebih tinggi iaitu dalam 20% lebih banyak daripada varieti Eksotika yang di perkenalkan sebelum ini. Semasa artikel ini ditulis pada Oktober 2024 penulis blog sudah tidak dapat lihat buah ini di jual di pasar atau premis jualan lain yang berkemungkinan ia sudah tidak luas di tanam di Malaysia.
 
 
(7) VARIETI BETIK HAWAIAN SOLO

Varieti betik ini pernah penulis blog berpeluang membuat tinjauan semasa bertugas di Johor tahun 1990'an dan awal tahun 2000 dulu. Tetapi kini ia semakin kurang ada itanam oleh petani betik yang aktif di Malaysia. Dulu jenis betik ini ia diperkenalkan dalam ujian MARDI pada tahun 1972 dengan ciri-ciri yang bersifat ginodiesius. Buahnya kecil, manis dan berwarna merah jingga. Pokoknya akan tumbuh agak tinggi dengan buah pertamanya muncul pada pokok apabila tahap ketinggian 100 cm dari permukaan tanah. DIlaporkan buahnya boleh dipetik dalam tempoh 46 minggu selepas ditanam. Mengenali ciri buahnya dimana j
umlah karpel buah berkisar antara 2 hingga 10% iaitu ia bergantung kepada faktor cuaca dan amalan pertanian. Keadaan kanopi yang teratur memungkinkan kultivar ini ditanam dengan lebih padat atau sebanyak 2000 pokok setiap hektar. Buahnya hermafrodit, berbentuk perifom dengan cerunan yang jelas di bahagian berhampiran tangkai. Buah betina pula berbentuk bulat. Kulit buah licin, berbintik-bintik, dan berwarna hijau kekuningan ketika masak. Isi buah menjadi lembik apabila terlalu masak, iaitu ketika seluruh kulit buah berubah menjadi warna kuning. Berat buah berkisar antara 350g hingga 500g dengan kandungan gula sebanyak 15-16% brix. Varieti ini sebenarnya pernah dilihat ia mampu menghasilkan buah sebanyak 23-25 tan setiap hektar setahun. Kemandulan bunga mencapai 12% pada tahun pertama dan boleh meningkat kepada 35% pada tahun kedua. Bunga hermafrodit memiliki kemampuan untuk melakukan pendebungaan sendiri hingga 99% dan menghasilkan buah dengan ketulenan yang tinggi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
VARIETI BETIK... ADA DI MALAYSIA...
7 VARIETI...PETANI SELALU SUKA....
BETIK SEKAKI... LUAS TANAMANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1446H).
Posted from:
Room 1121, Novotel Hotel,
Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...