Portal berita bharian.com ada melaporkan bagaimana 'UPM hasilkan makanan khas ikan kelah, pendekkan jangka masa ternak' yang dipetik di Serdang, Selangor. Dilaporkan di UPM dimana inovasi berkaitan penghasilan makanan khas bagi ikan kelah merah yang mampu memberikan status pertumbuhan maksimum kepada jenis ikan itu dan memendekkan tempoh penternakan. Inovasi yang dinamakan Tropicarp™ Premium Mahseer Feed (Tropicarp™) adalah hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik UPM selama 17 tahun, diketuai pakar pemakanan akuakultur UPM, Prof Dr Mohd Salleh melalui pembiayaan geran oleh KPT; MOSTI), UPM dan MTDC. Ikan kelah merah yang juga dikenali sebagai ikan empurau ialah spesis ikan air tawar berasal dari Malaysia yang bernilai tinggi, namun populasinya semakin berkurangan kerana penangkapan berlebihan dan dimakan ikan lain ketika masih kecil, selain persekitaran semulajadi yang terganggu, termasuk akibat aktiviti pembalakan. Kini dengan teknologi penggunaan Tropicarp™, populasi ikan kelah merah dapat ditingkatkan untuk tujuan pasaran, yang mana ia hanya mengambil masa setahun dua bulan untuk mencapai saiz pasaran iaitu satu kilogram (kg), berbanding penggunaan makanan ikan talapia yang banyak digunakan penternak kelah ketika ini, yang mengambil masa antara tiga ke empat tahun. Ia disebabkan kandungan nutrien dalam Tropicarp™, iaitu mempunyai lebih banyak protein yang diperlukan ikan kelah merah, berbanding lemak yang terdapat dalam makanan untuk ikan talapia. Ketika ini terdapat lebih 90 pengusaha di seluruh negara, yang mana pada tahun lalu menghasilkan lebih 28 juta tan ikan kelah merah. Dari segi kos dimana aktiviti dalam penternakan ikan kelah didakwa menggunakan Tropicarp™ adalah lebih rendah. Dengan harga RM20 sekilogram, penternak hanya memerlukan kira-kira 2kg makanan saja sehingga ikan mencapai saiz untuk pasaran, berbanding 40 - 50kg jika menggunakan makanan ikan talapia. Ikan kelah merah ini secara puratanya dijual pada harga RM900 sekilo dan boleh mencapai lebih RM1,000 selain turut dieksport, terutama China. Ia juga turut mendapat perhatian peminat ikan hiasan, yang dijual dengan harga RM10 bagi setiap satu inci ikan. Sejak dikomersialkan pada 2018, Tropicarp™ mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penternak tempatan, selain dieksport ke Amerika Syarikat (AS). UPM kini menyasarkan untuk memasarkan produk itu kepada santuari ikan kelah seperti di Taman Negara Pahang dan Tasik Kenyir, Terengganu. Penggunaan produk Tropicarp™ juga lebih menjimatkan dari segi penggunaan air untuk ternakan. Jika menggunakan makanan ikan talapia, air akan menjadi lebih berminyak dan perlu ditukar setiap dua hari, berbanding Tropicarp™ yang mampu mengekalkan penggunaan air yang sama sehingga seminggu.
Dalam pada portal berita hmetro.com melaporkan dimana 'Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir' dimana Abd Hadi Sulaiman menunjukkan ikan kelah merah yang sudah ditangkapnya. Kisah dari Lipis, Pahang dimana kata orang-orang tua, rezeki tidak tersalah alamat. Hal ini dialami oleh nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, dekat sini, Abd Hadi (47) apabila memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya Tor putitora dan satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran. Akibat banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah. Kesempatan air sungai surut dua hari dimana dia telah memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar. Ikan ini kemudian jika dapat di tangkap maka dijual untuk menampung pendapatan bagi mencongak perbelanjaan selepas banjir. Setelah memeriksa jaring yang dipasang dna dia turun ke sungai ini pada 7 pagi dia ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai. Apabila jaringnya ditarik ke atas ternampak ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu. Dia yang menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula. Kemudiain apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini. Ikan kelah merah memang sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai dan mungkin ia dihanyutkan arus deras ke sungai dekat rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Dia memperoleh rezeki dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram. Dia sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut. Dia bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula.
Akhbar sama paparkan fakta lain bagaimana 'Suami isteri si pemburu kelah merah' menarik dikongsikan. Bagi Anuar (47) bersama isterinya Sakinah gembira apabila melihat ikan kelah yang dipelihara sebelum dijual. Kisah dari Kuala Berang, Terengganu ini walaupun berkerjaya namun seorang ibu lima cahaya mata gemar menghabiskan masa hujung minggu atau hari cutinya dengan meredah hutan, sungai dan tasik untuk mencari lubuk ikan kelah merah. Mereka tinggal di Kampung Jenagor dekat sini sanggup untuk meredah sungai dan bermalam berdua bersama suaminya di dalam hutan merupakan rutin mingguannya. Bagi Anuar yang merupakan seorang penjual ikan kelah merah dan untuk mendapatkan bekalan 'raja sungai' itu suaminya terpaksa ke sungai-sungai di seluruh pelusuk negeri. Dulu dia pernah bekerja sebagai kelasi kapal, namun akibat pandemik Covid-19 menyebabkan semua sektor pekerjaan tidak dapat dijalankan. Anuar kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan bermula dari situ, suami saya menumpukan sepenuh masa dengan menjual ikan kelah secara dalam talian. Kini melihat kepada permintaan yang tinggi, suami terpaksa ke sungai untuk mencari bekalan ikan kelah dan bermula dari situ menjadi rutin buat saya untuk mengikut suami ke sungai mencari ikan berkenaan. Selalunya semasa cuti hujung minggu atau hari-hari cuti dia akan mengajak suaminya untuk ke lubuk-lubuk ikan kelah bagi mencari raja sungai berkenaan. Rutin itu dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dan kerja menangkap ikan di kawasan lubuk dilakukan bersama-sama suaminya. Sebenarnya ada lubuk-lubuk kelah ibarat tempat 'healing' buat dirinya kerana saban minggu dia akan ke sungai di seluruh pelusuk Terengganu untuk mencari ikan kelah. Apa pun kini minatnya mencari ikan kelah sudah lama namun ia hanya sebagai hobi dan selepas berhenti kerja sebagai kelasi dia mengambil keputusan untuk menjadikan pekerjaan menjual ikan kelah sebagai mata pencariannya. Ikan yang dicari akan dikuarantin sebelum dijual dan harga ikan kelah merah dijual mengikut kilogram (kg) dengan harga pasaran RM550 hingga RM2,000 sekilogram bagi yang masih hidup. Selalunya dalam sebulan hanya empat ekor saja yang dijual dengan ukuran ikan di bawah kira-kira 50 sentimeter, selain kelah hidup saya juga menjual ikan kelah yang sudah dibekukan. Kini jumlah permintaan terhadap ikan ini sentiasa ada dan sebulan saya mampu meraih pendapatan hingga RM5,000. Dia akan menggunakan medium media sosial untuk dapat memasarkan ikan-ikan kelah berkenaan dan sepanjang berkecimpung dalam aktiviti itu dan dia pernah menangkap ikan kelah seberat 11 kg. Isterinya turut mempunyai minat yang sama dan biasanya isterinya akan mengajaknya untuk ke sungai mencari raja sungai itu. Selalunya mereka berdua ke sungai dan biasanya akan bermalam satu atau dua malam bergantung kepada cuti isteri namun biasanya hanya satu malam memandangkan saya dan isteri ke sungai setiap hujung minggu. Kini mereka tidak sangka dari hobi kini bertukar menjadi pekerjaan hakiki dan mampu menjana pendapatan untuk menyara keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMAKIN PUPUS... ANCAMANNYA...
KISAH MENARIK... JUGA FAKTANYA...
MEMBACA ARTIKEL... GEMBIRA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.