Support My Blog

Thursday, November 28, 2024

ALAT-ALAT BERKEBUN - APA DIA? (Pt 1)

BERKEBUN (Gardening)
merupakan salah satu aktiviti atau hobi yang menguntungkan jika dilakukan dengan baik kerana ia mampu menanam tumbuhan atau tanaman oramental sehingga memberikan hasil yang boleh di makan atau dilihat. Dalam berkebun ia memerlukan beberapa faktor asas iaitu Ilmu Pengetahuan, Minat, Masa, Bajet Kewangan, Kawasan Sesuai (Tanah atau kawasan lapang) serta sokongan dari semua pihak berkaitan tanaman dan pertanian. Pada penulis blog berkebun secara hobi di sekeliling rumah atau dikawasan kebun tidak komersial semakin di minati ramai terutama semasa Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) dan terkini apabila kos bahan makanan seperti sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya meingkat naik untuk kegunaan harian. Kaedah penanaman secara fertigasi di keliling rumah atau di kebun sendiri kini semakin popular untuk di usahakan kerana ia mampu memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti akan tetapi ia mmerlukan sedikit kos awalan yang agak tinggi berbanding dengan kaedah tanaman secara konvensional. Memang ada banyak sistem tanaman secara fertigasi dimana ia mudah di pelajari secara menghadri kursus formal atau kaedah masa kini dengan menonton toutube atau tiktok sahaja yang ada banyak di internet. Selain itu boleh membaca banyak artikel mengenai teknologi dan amalan agronomi didalam blog pertanian termasuk blog An Agro Technology yang sudah membuat posting lebih dari 8,000 artikel seenjak lebih 16 tahun dahulu dan i baca encapai 40 juta orang. Kini netizen lebih suka enonton video didalam tiktok dan ramai juga yang menonton youtube dan semakin kurang membaca artikel dalam blog. Kalau dahulu tulisan saya di baca antara 12 -15 ribu orangsehari tetapi kini pada tahun 2024 hanya sekitar 4 -6 ribu orag sahaja membacanya sehari. Bagaimana pun tiktok saya pernah mencecah 300,000 viewers dalam masa 3 minggu sahaja berkaitan teknologi memetik nanas menggunakan jentera. Memang a
ktiviti berkebun kini dilihat sudah menjadi hobi bagi sesetengah rakyat Malaysia sama ada yang muda atau lebih kelihatan mereka yang sudah berumur. Sama seperti hobi-hobi lain pada penulis blog dimana aktiiti berkebun memerlukan alatan yang sesuai. Kalau pemain bola kena ada kasut bola, seluar, baju jersi dan juga setokin sesuai sama juga berkebun kena ada set tersendiri, Semua alatan ini memang ada dijual di kedai pertanian dan juga pasaraya serta kedai dua ringgit atau kedai DIY. Peminat tentunya akan terpengaruh untuk membeli pelbagai alatan berkebun yang dijual akan tetpai aspek penting adalah mempastikan hanya membeli alatan yang sesuai dan mudah di gunakan dengan harga berpatutan.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan kupas beberapa alat-alat berkebun yang perlu di gunakan atau dibeli jika hobi berebun ini sudah menjadi kegemaran pembaca blog semua untuk dijadikan bahan rujukkan.


(1) CANGKUL
CANGKUL adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian yang semakin kurang digunakan dalam sistem pertanian moden. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah dimana ia bertujuan untuk menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai cangkul yang bolh dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lagi. Bagaimana pun penulis blog mendapati dimana peranan cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah terutama dikalangan petani atau pekebun kecil dan mereka yang ada hobi menanam tumbuhan dikawasan keliling rumah. Kini dalam sistem pertanian komersil penggunaan jentera pembajak tanah, jentera rotor tanah dan pelbagai mesin boleh digunakan dan dipilih oleh petani didalam kerja penyediaan tanah dan kawasan. Di kawasan pertanian sawah yang berbukit dan benkontour seperti di Indonesia bagaimana amalan menggunakan cangkul, tajak dan kerbau masih signifikan penggunaan dalam menyedialan tanah sawah setiap musim penanaman padi kerana jentera mesin sukar digunakan. Bagaimana pun memang selalunya kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat yang sesuai. Mengenai alat cangkul ini adalah mudah kerana lazimnya bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu dan bagi cangkul kecil untuk kegunaan gardening dirumah ia diperbuat daripada besi tangkainya. Secara tradisional lazimnya mata cangkul berukuran lebih lebar berbanding dengan mata tajak atau mata beliung. Pada pengamatan penulis blog mendapati dimana biasanya hulu atau pemegang ini lurus akan tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit yang dibuat untuk memudahkan kerja-kerja menyangkul dan menggali parit kecil. Umumnya memang mata cangkul biasanya dibuat daripada besi yang ada dijual dikedai-kedai alatan pertanian dimana-mana sahaja dengan harga mengikut saiz, jenama dan lokaliti.Penelitian penulis bloh mendapati harga mata cangkul diantara RM25 - RM35 satu unit. Dipasaran dilihat cangkul buatan dari negara China agak murah berbanding dengan cangkul buatan tempatan. Cangkul merupakan alatan paling asas didalam kerja menyediakan tanah disektor pertanian. Sebenarnya ada banyak jenis cangkul dimana lazimnya jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung, tajak, cangkul mini dan sebagainya. Setiap pekebun wajib ada cangkul! Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar. Bagi skala kecil bagi pekebun di rumah, cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan membuat lubang untuk tanam anak pokok.


(2) TONG PENYIRAM
Alat Penyiram Air untuk pertanian merupakan sejenis alatan yang digunakan untuk menyiram air kepada tumbuh-tumbuhan atau tanaman dikebun atau dikawasan keliling rumah. Alat tong penyiram air terdiri daripada tong air yang mempunyai pemegang, corong penyiram berlubang dan juga bahagian atas tong terbuka untuk mengisi air (Sila rujuk foto disebelah). Alat ini diperbuat daripada bahan seperti logam, zink, plastik atau lain-lain bahan. Saiz dan rupabentuk alat ini banyak jenis bergantung kepada keperluan pengguna. Bagi kegunaan keliling rumah untuk menyiram pokok bunga dan tanaman sayuran lazimnya bersaiz kecil 1-3 liter tetapi untuk kebun sayur tradisional menggunakan kapasiti lebih banyak. Kini mudah sahaja membeli tong penyiram dengan membeli secara on-line sahaja mengikut bajet, saiz dan juga jenama yang sesuai.



(3) SUDIP TANGAN
ALAT SUDIP TANGAN adalah merupakan alat pertanian yang paling sering di gunakan sejak memulakan aktiviti berkebun. Pada masa ini ada bermacam jenis, bentuk, material, harga dan ketahanan yang ada dipasaran. Dengan membuat carian diinternet sahaja semua sudah boleh membelih sudip tangan pilihan secara on-kine sahaja dimana ia murah, mudah dan cepat peghantarannya jika duduk dibandar. S
udip dilihat ia tangan amat sesuai untuk penanaman pokok kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai, dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya mempunyai tempat pemegang yang selesa dengan jenis kgunaan dan mudah disimpan serta tahan lama.


(4) PENGGEMBUR TANGAN
Alat Pertanian iaitu 
Penggembur Tangan  pada penulis blog dimana ia seperti namanya berfungsi untuk menggembur tanah dan membuang rumpai. Tanah perlu digembur secara berkala agar tidak padat. Ini kerana tanah yang padat mengganggu pengairan air dan kemasukan oksigen bagi keperluan akar. Penggembur tangan jenis besi tahan karat amat sesuai digunakan kerana tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang keras. Ada banyak jenis penggembur tangan yang boleh di beli di kedai pertanian, kedai dua ringgit, DIY dan paling mudah beli secara on-line sahaja.


(5) GETAH PENYIRAM (HOSE)
Menyiram tanaman adalah satu aktiviti yang penting dalam berkebun untuk mempastikan tanaman mendapat air yang mencukupi. Ada banyak jenis hos dipasaran bergantung kepada bajet, kegunaan an juga ketahanannya. Ukuran panjang hos mesti disesuaikan dengan jarak punca air atau jika disambung dengan paip air perlu di sesuaikan. Jenis hos getah seperti foto disebelah dilihat paling murah di pasaran dan mudah digunakan atau untuk di simpan semula (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pu jika ada bajet yang mencukupi boleh membeli hos yang diperkukuhkan dengan dawai didalamnya disambung dengan kepada hos yang sesuai menyiram tanaman bagaikan air hujan. Hos ini memang mudah di beli dari kedai pertanian, kedai hardware pasaraya dan aling mudah adalah membeli secara on-line sahaja.


(6) GUNTING PENGKASAN (SCATEURS)
Alat Gunting Pangkasan atau Scateurs ini ada bermacam jenis mengikut kegunaan, bentuk, harga dan juga ketajaman serta ketahanannya. Ada jenis gunting pangkas ini yang amat murah akan tetapi hanya boleh memotong dahan kecil sahaja atau dahan lembut sahaja. Paling canggih adalah jenis gunting pangkas dari besi keluli yang kuar dan mampu untuk ia memotong dahan yang besar berbentuk separa bulatan. Apa pun selalunya gunting pangkas digunakan untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman. Sepasang sekateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti. Cari sekateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga ia selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda. Jika anda ingin membaca lebih lanjut berkaitan ini, saya sarankan baca Alat Berkebun – Gunting Pangkas. Mudh membeli scateurs ini di kedai DIY, kedai pertanian, pasaraya dan paling mudah membeli secara on-line sahaja. 
Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca secara berturutan semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!...
ALATAN BERKEBUN...PERLU DISEDIA...
HARGA PELBAGAI... IKUT JENAMANYA...
LEPAS DIGUNAKAN... SIMPAN SEMULA...
TANAMAN MENJADI...SUKA SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...