Dalam portal hmetro.com dilaporkan dimana 'Kunyit herba ajaib' menarik ditulis semula dan dikongsikan kali ini. Pada penulis blog faham dimana kunyit adalah rempah atau ramuan banyak digunakan dalam masakan. Merujuk kepada laporan Journal of Clinical Aesthetic Dermatology, penggunaan pupur muka kunyit selama sebulan dijangka dapat membantu memudarkan parut jerawat sebanyak 14%. Ramuan semula jadi itu yang dianggap salah satu herba ajaib banyak memberi kebaikan terutama kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan individu. Malah banyak penemuan atau kajian terhadap kunyit mendapati ia seperti bahan alami lain yang aktif sebagai ramuan produk aestetik mempunyai sifat antioksidan, antiradang dan antibakteria termasuklah sebatian aktif polifenol. Bahan sebatian aktif inilah banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kerana dikatakan menyumbang kepada 'sifat' kunyit iaitu antitumor dan antioksida. Maka tidak hairanlah penggunaan pupur atau bahan penjagaan dan rawatan wajah berasaskan herba itu dapat memberi banyak kebaikan. Diperincikan kebaikan kunyit andai diamalkan dalam penjagaan wajah wanita: Pertama dimana kunyit mengurangkan masalah jerawat dimana semakin lama ia digunakan, maka manfaat daripada kunyit ini mungkin akan mencapai tahap maksimum. Kunyit yang mana ia mempunyai antioksida dan antiradang membolehkan isu kesihatan kulit wajah dapat ditangani terutama jerawat. apa pun berbanding penggunaan bahan bukan alami, kesan pemakaian kunyit lebih selamat. Perlu di pastikan guna kunyit dengan kualiti dan kuantiti betul bagi mengelakkan tidak timbulnya masalah tertentu. Kedua dimana kunyit untuk memudarkan parut jerawat dan kebaikan lain yang boleh dicapai menerusi pemakaian kunyit apabila dikatakan mampu memudarkan parut jerawat yang hitam. Tabiat buruk terutama individu yang mengalami masalah jerawat yang gemar menyentuh sehingga menyebabkan ia luka dan berparut. Apa pun keadaan ini meninggalkan parut hitam dan dikatakan amalan mengenakan kunyit sebagai pupur boleh memudarkan kesan parut terbabit. Ketiga dimana didakwa kunyit mampu membunuh bakteria kerana selain kunyit ada sifat antioksidan serta antiradang, kunyit juga memiliki satu lagi kelebihan paling penting untuk lawan masalah jerawat iaitu antibakteria. Salah satu punca utama masalah jerawat ialah jangkitan bakteria bernama Propionibacterium acnes (P. acnes). Jadi, membunuh bakteria ini sangat penting. Meskipun kunyit boleh menangani bakteria itu akan tetapi kesesuaian masih bergantung kepada 'keserasian' kulit individu. Sebaiknya dapatkan saranan daripada doktor untuk penggunaan kunyit pada wajah. Keempat adalah dimana kunyit merawat kesan alergi iaitu ia satu alternatif dalam menangani kesan akibat daripada reaksi alergi pada wajah dan bahagian kulit tubuh yang lain ialah menggunakan serbuk kunyit. Papa pun rempah ini mampu berfungsi hampir sama dengan antihistamin untuk 'menghalang' aktiviti protein yang menjadi punca radang dan rengsa pada kulit. Secara tidak langsung ia membantu merawat kesan alergi kulit. Fakta ke lima adalah dimana kunyit membantu menangani masalah garis kedutan wajah kerana faktur peningkatan usia adalah fenomena semula jadi. Namun tidak semua boleh menerima masalah muncul garis kedut pada kulit wajah. Didakwa dengan kunyit dilaporkan yang ia mungkin boleh membantu mengurangkan garisan kedutan ketara. Elemen dalam kunyit seperti sejenis polipenol boleh bertindak memperbaiki tekstur kulit dengan baik. Kesannya, garis kedutan itu mungkin boleh hilang dengan rutin amalan tertentu.
Banyak laporan yang menyatakan dimana 'Kunyit agen pencerah kulit' dan menjadi satu produk kepada industri komestik. Ramai yang mungkin kurang pasti akan laporan dimana bahan pencerah semula jadi untuk kulit wajah juga boleh didapati di dalam dapur iaitu sama ada semua percaya atau tidak iaitu bahan masakan seperti KUNYIT mampu mencerahkan kulit. Kandungan herba itu yang memiliki antioksida boleh memperlahankan kerosakan pada sel kulit selain boleh membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Langkah yang mudah penggunaan bahan terbabit dalam penjagaan kulit di rumah adalah dengan penyediaan pupur. Dikongsikan dua pupur yang boleh disediakan berasaskan herba terbabit pertama adalah jenis Pupur khusus digunakan untuk Terapi Kulit Sensitif dan terlalu kering. Caranya dengan menggunakan 1 sudu besar lemon, 3 sudu besar susu dan 1/4 sudu besar serbuk kunyit. Campurkan semua bahan dan digaul sehingga sebati. Letak dan sapu rapi sehingga menutupi keseluruhan wajah. Biarkan ia sekitar 20 hingga 20 minit sebelum dibilas. Dilaporkan yang kunyit adalah diantara herba penting mampu merawat kulit. Kedua adalah jenis pupur khusus untuk rawat kesegaran dan ketegangan kulit muka dengan teknik menggunakan bahan 1.5 sudu besar kunyit segar sudah dikisar. Ambil 1 sudu besar madu organik, 1 sudu besar santan dan 1 sudu kecil minyak oren. kemudian diletakkan kunyit dikisar bersama madu dan santan lalu dikacau sebati. Kemudian tambahkan minyak oren dan kacau sekali lagi. Jika mahukan bancuhan pupur tidak terlalu tebal, boleh laras menerusi pertambahan susu segar mengikut kepekatan diingini. Perlu diingatkan cuci muka daripada kotoran mahupun solekan terlebih dahulu. Barulah pakaikan pupur keseluruh muka terutama bahagian yang mempunyai bekas jerawat atau tekstur. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Boleh mengulang pakai untuk kesan lebih baik.
Kisah bagaimana 'Air kunyit rahsia Uwan 102 tahun' sesuai di korek rahsianya seperti dalam laporan media tempatan. Dilaporkan kisah dari Tampin apabila warga senior tidak mengambil ubat moden selain mengamalkan minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara rahsia wanita warga emas ini kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 102 tahun. Apa yang lebih mengejutkan nenek Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit dan hanya mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur disebabkan faktor usia. Cucunya, Norazizah Mat Ripin juga beritahu berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalan neneknya itu, wanita itu dilahirkan pada 1921 namun dipercayai dilahirkan lebih awal dari itu kerana masalah pendaftaran pada ketika itu. Biasalah orang dahulu daftar kelahiran lambat, tapi yang saya diberitahu kemungkinan lewat setahun ke dua tahun. Uwan (Halipah) berkahwin ketika usia 16 tahun dan dengan lima kali perkahwinan sebelum dikurniakan empat anak dan kini mempunyai 11 cucu serta sembilan cicit. Neneknya itu yang mesra disapa Uwan Lipah itu seorang tukang urut serta bidan dan mungkin disebabkan dimana wanita berkenaan mengamalkan hidup sihat mengikut cara tradisional. Uwan banyak amalkan petua orang dulu-dulu dan antara yang menjadi amalannya ialah minum air kunyit dan halia akan tetapi sejak tiga tahun lalu yang dia tidak lagi meminumnya. Uwan juga tidak makan ubat moden dan jika demam atau badan dia tak sihat maka dia hanya minum air suam atau makan telur ayam kampung. Difahamkan Uwan tidak pernah Walau tidak pernah dimasukkan ke hospital dan dia tidak suka ke hospital. Dia kini tidak mampu berjalan kerana kedua-dua belah pahanya patah ketika berusia 90 dan 99 tahun. Jadi sekarang Uwan perlu dibantu untuk urusan harian. Rutin dan jenis makanan neneknya dimana dia yang kini wanita warga emas itu gemar makan udang masak lemak cili api dan teh susu namun dia tidak memilih soal makanan.
Artikel 'kunyit oh kunyit' di tambah lagi dengan kisah bagaimana seekor 'Gajah `dimandikan dengan serbuk kunyit' yang agak [elik di dengar. Ia berlaku di Malaysia apabila program itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Adabi yang menaja 40 kilogram (kg) serbuk kunyit setiap bulan kepada Zoo Negara untuk tempoh dua tahun. Perkara ini bukan hanya haiwan gajah sahaja malah pihak zoo turut selalu ia menggunakan kunyit sebagai alternatif untuk merawat kulit beberapa haiwan lain. Bagi Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana ketika mengulas tular gambar seekor gajah yang dimandikan dengan kunyit di Zoo Negara ia adalah satu yang logik. Kaedah melumurkan kulit pada gajah dan haiwan lain sudah lama digunakan cuma tidak dikongsikan kepada umum menerusi hebahan di laman sosial. Walau pun kini ada banyak maklum balas diterima selepas gambar berkenaan tular di laman sosial namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana proses itu dilakukan mengikut prosedur yang betul di ruang luas dengan bantuan kakitangan terlatih. Program itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Adabi yang menaja 40 kilogram (kg) serbuk kunyit setiap bulan kepada Zoo Negara untuk tempoh dua tahun. Proses rawatan kulit gajah itu bermula jam 9.30 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam dengan menggunakan 3.5 kg serbuk kunyit. Selalunya memang tiada masalah berlaku sepanjang proses berkenaan kerana ia dilakukan dengan bantuan tiga kakitangan terlatih. Tetapi ia mungkin janggal bagi orang awam kerana tidak pernah melihat kunyit digunakan bagi memandikan haiwan. Kaedah sama juga sudah lama dipraktikkan di India dengan tujuan untuk merawat kulit gajah dan haiwan yang lain. Biasanya bagi saiz gajah yang besar menyebabkan pihaknya perlu memandikannya berbanding sekadar menjirus saja. Apa pun selain merawat luka kecil dan gigitan serangga, kunyit juga bertindak sebagai antiseptik dan pemulih kulit yang baik. Sebenarnya bukan saja gajah tetapi kita turut menggunakan kaedah sama untuk haiwan lain di Zoo Negara seperti tapir. Sudah ditetapkan tempoh tertentu sebaliknya rawatan menggunakan kunyit itu dilakukan mengikut keadaan kulit haiwan berkenaan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA DI TANAM... 196 HA DI MALAYSIA...
KHASIAT KUNYIT...PELBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Safar 1446H).posted from
ILPP, Serdang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.