Support My Blog

Friday, January 31, 2020

SEJARAH VARIETI NANAS MD2

SEJARAH NANAS VARIETI MD2 selalu ditanya oleh ramai penanam dan peminat nanas varieti ini kepada penulis blog apabila mereka berpeluang bertanya. Artikel ini merupakan urutan artikel mengenai tanaman nanas dalam blog anim agro technology yany kini melebihi 200 artikel semuanya yang saya telah tulis sebelum ini. Mengikut seorang saintis bernama Williams and Fleisch (1993) telah melaporkan dimana PRI hybrids (PRI - Pineapple Research Institute) telah membuat penyelidikan dan kajian nanas ini kerana hasilnya apabila dibandingkan dengan nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ ia dilaporkan mempunyai ciri-ciri khas untuk dimakan segar. Nanas MD2 kini didakwa mempunyai daya ketahanan kepada serangan penyakit Reput Phytophthora, Layu Nanas, Nematod, Penyakit Pink dan Bintik Coklat perdu serta mengandungi tahap bahan vitamin A dan C yang lebih tinggi. Nanas MD2 juga kurang kandungan asid jika dipetik musim sejuk dimana ia sesuai juga untuk dipetik tujuan untuk ditinkan. Nanas ini mempunyai kadar pertumbuhan lebih cepat, hasil tinggi dengan citarasa serta aroma yang khusus (distinctive flavors). Nanas MD2 (Ananas comosus) semasa proses pemilihan biakbaka melalui kaedah pemilihan intensif akhirnya dapat dilihat bagaimana varieti ini didakwa berjaya menggantikan vatieti ‘Smooth Cayenne’ sama ada untuk kegunaan segar atau ditinkan. Selepas lebih daripada 50,000++ benih sulur nanas ini di pilih daripada setiap pokok induk yang dilakukan biakbaka bersilang iaitu daripada tahun 1960'an sehingga awal 1970an alan tetapi ia masih gagal untuk menghasilkan baka nanas yang boleh di terima dalam industri. Pihak PRI kemudian menghentikan program biakbaka nanas pada tahun 1972 dan malang sekali apabila Stesen Biakbaka tersebut telah ditutup pada tahun 1975.  Bagaimana pun sulur benih dan baka-baka tersebut telah diserahkan kepada Maui Pineapple Company pada tahun 1985 setelah pemilihan varieti nanas dibuat oleh PRI kepada beberapa syarikat untuk tujuan dikomersilkan. Dr. David D.F. Williams dan pembantunya iaitu Frank Bermudas bersama Toshio Minagawa kemudian melakukan banyak biakbaka melalui kacukan silang nanas ini pada tahun 1970 dimana hasil kerja mereka bertiga ini menjadi sejarah akan kelahiran nanas MD2.  Ia merupakan kacukan diantara baka nanas  PRI hybrids 58-1184 dengan baka 59-443 yang mana dari kedua baka ini mempunyai ciri-ciri superior tetapi masih menghadapi masaalah bagaimana nanas jenis ini boleh dikomersilkan. Benih hasil kacukan silang ini ditanam pada tahun 1971 dan daripada banyak progeni dipilih hanya dua (2) yang memberikan ciri terbaik untuk menghasilkan buah nanas pada tahun 1973. Setelah melalui proses biakbaka dan pemilihan teliti berterusan mereka khhirnya berjaya maka mereka selaku penyelidik dimana memilih Nanas baka Nombor 50 dan 114 iaitu 73-50 dan 73-114. Peratus baka induk kedua klon nanas ini memang agak kompleks iaitu gabungan diantara ciri-ciri  baka induk ‘Smooth Cayenne', Smooth Guatemalan, ‘Ruby’ (Baka Klon ‘Spanish’), ‘Queen’ dan ‘Pernambuco’ (Williams and Fleisch, 1993). Kedua baka ini bagaimana pun dilihat mempunyai 50% ciri 'Smooth Cayenne' dimana ia adalah signifikan untuk pasaran di Hawaii dan USA sebagai sejenis nanas yang berpotensi untuk dimajukan (Armstrong et al., 1979; Seo et al., 1973). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai sejarah nanas MD2 yang selama ini menjadi varieti nanas yang popular di komersilkan didunia serta di Malaysia juga untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. 

Diantara tahun 1973 dan 1980 penanaman ujian kedua hibrid nanas ini serta beberapa varieti nanas lain dijalankan bertujuan memilih variti nanas unggul dilakukan di Maui, Hawaii. Kemudian sekitar tahun 1978 hingga 1980 penanaman dilakukan oleh Ladang Del Monte di Oahu, Hawaii. Varieti ini kemudian telah pun diistiharkan (released) oleh PRI kepada Syarikat Del Monte Corp dan juga Maui Pineapple Co. untuk penelitian lanjut pada tahun 1980. Akhirnya pada tahun 1981 Del Monte telah memberikan nama baka 73-50 sebagai Nanas “MD-1", walau pun ia tidak dikenali diluar Del Monte diluar. Kemudian baka 73-114 dinamakan Varieti “MD-2". Kedua-dua varieti ini diberikan nama isteri kepada Pengurus Besar Del Monte Hawaii iaitu Frank Dillard’s wife Millie. Ia adalah singkatan kepada 'Milie Dillard' atau 'MD' dan kekal sehingga artikel ini ditulis. Pemberian nama MD ini diterima oleh penyelidik Del Monte iaiitu George M. Yamane dan pembantunya Calvin Oda. Nanas Hibrid 73-50 telah pun di patentkan sebagai Nanas Hibrid dimana ia juga diberikan dengan nama ‘CO-2’ (Chan et al., 2003). ‘CO-2’ bagaimana pun mempunyai kejayaan yang terhad penanamannya dan ia kemudian terus menggunakan nama MD2 sehingga kekal sekarang. Varieti nanas ‘MD-2’ yang mempunyai ciri cepat kadar pertumbuhannya dan tahan kepada banyak penyakit biasa nanas mampu memberikan hasil tinggi dan buah yang berkualiti premium. Antara kualiti premium termasuk warna isi kuning keemasan, warna kulit luar yang berwarna kuning keemasan dan kandungan bahan pejal (solid content) yang lebih tinggi daripada jenis ‘Smooth Cayenne'. Ciri lain adalah kandungan asid lebih rendah terutama apabila ia dituai musim sejuk, kandungan vitamin C lebih tinggi dan ia juga ada jangkamasa pasca tuai yang lebih lama (longer post-harvest shelf life). Pada masa itu hingga kini pun belum ada varieti nanas hibrid seumpama kultivar MD2 untuk pasaran antarabangsa termasuk kualiti penyimpanan didalam peti ais. Perkara ini memyebabkan penyelidik Yamane dan Oda percaya nanas ini sangat digalakkan penanamannya untuk pasaran eksport masa itu. Beberapa kontena benih MD2 dihantar ke ladang nanas Del Monte’s Philippines sebagai syaikat subsidiari pada tahun 1983-84 untuk dikomersilkan. Percubaan pemasaran nanas MD2 ini dilakukan di Jepun walau pun pada peringkat awal agak perlahan penerimaan pengguna. Ini disebebkan pengguna masa itu lebih biasa dengan citarasa nanas 'Smmooth Cayenne’ yang lama dipasaran Jepun dan didakwa tidak mengambil masa lama pengguna terima. 

Syarikat Del Monte memperluaskan business buah nanas mereka dengan menghantar benih nanas MD2 keladang nanas terbiar di Costa Rica lewat tahun 1970'an. Syarikat ini mengambil beberapa ratus hektar ladang nanas terbiar di Costa Rica pada lewat 70'an berasaskan kepada ilmu dan varieti baru. Del Monte pokok nanas sedia ada dana menggantikan dengan nanas hebat PRI ‘Smooth Cayenne’ iaitu jenis Champaka F-153 yang sebelum ini luas ditanam di Hawaii dan di Maui oleh  Del Monte. Bagaimana pun kedua jenis nanas Champaka F-180 dan PRI ‘Smooth Cayenne’ kurang berjaya dimasa itu. Kemudian itu Syarikat mencuba menanam nanas F-180 dikawasan sejuk di Queensland, Australia dan menjadi klon utama di sana. Kemudian penyelidik syarikat iaitu Yamane menanam nanas MD2 yang dibawa dari Hawaii ke Costa Rica iaitu pada pertengahan tahun 1980s. Kemudian  dilaporkan dimana nanas MD2 telah berkembang luas penanamannya dan berjaya di usahakan di Costa Rica tetapi bukan untuk petani biasa (Hanya Del Monte yang ada hakmilik). Kemudian Frank (2003) telah membuat jangkaan pada 1980 hingga 1990 permintaan nanas MD2 meningkat dan ia benar berlaku. Ia dipasarkan oleh syarikat tukarnama iaitu Del Monte Tropical Fruit (Fresh Del Monte Produce, 2009) beribupejabat di Boston dan di Florida, USA dibawah jenama Del Monte Gold Extra Sweet (Kotak pembungkusan nanas kali pertama dilabel dengan Nanas MD2) seperti dilaporkan D. Bartholomew. Hasil percubaan pemasaran nanas MD2 kemudian didapati sangat baik dan Del Monte mendapat jenis nanas premium ini sesuai untuk diperluaskan penanamannya. Ia mencecah pasaran Eropah dan USA dalam masa singkat.

Pada tahun 1993  sehingga 2003 pun masih banyak penelitian dilakukan berkaitan nanas MD2 (Frank, 2003; Janick, 2003; Greig, 2004) dimana ia mampu memberi impak kepada syarikat tertentu sahaja. Maka ia tidak banyak dipersoalkan ketika itu kerana ia merupakan satu perniagaan yang sangat baik. Kini nanas MD2 sudah diterima sebagai nanas premium dan semala lebih 10 tahun masih kekal sebagai nanas berkualiti premium. Kehadiran nanas MD2 telah hampir 'melenyapkan' nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ yang sebelum ini mendominasi pasaran nanas yang ditanam diseluruh dunia untuk jangkamasa yang lama. Kemudian syarikat  Fresh Del Monte Produce (nama ditukar pada 1996) merupakan pemilik tunggal nanas MD-2 dengan perolehan syarikat meningkat daipada USD 200 juta (1996) kepada USD440 juta (2002). Bagaimana pun kemudian ia telah mengalami kerugian teruk tahun berikutnya (Frank, 2003). Nanas jenis ‘MD-2’ kemudian telah berkembang dan ditanam oleh banyak syarikat dan usahawan biasa sama ada ianya berskala kecil atau besar. Kebanyakan nanas ini dieksport keluar negara temperate sebagai nanas segar seperti ke USA, Europe, England, Japan, Korea, Hong Kong, China, Singapore dan the Middle East. Statistik juga menunjukkan sukar menentukan akan keluasan penanaman nanas MD2 sebab ia ditanam dan dipasarkan secara persendirian dan syarikat multinasional. Masa itu dilaporkan keluasan MD melebihi 60,000 hektar (FAO: Agriculture Stat 2007) dimana di Costa Rica sahaja terdapat seluas 42,500 ha. Sehingga artikel ini di tulis Costa Rica merupakan pengeluar nanas terbesar di dunia dengan kebanyakannya adalah dari jenis MD-2’. Negara lain yang dilaporkan menanam nanas ‘MD-2’ termasuk negara Ecuador (5,850 ha), Honduras (2,800 ha), Guatemala (500 ha), Panama (1,600 ha), Brazil (500 ha), Ghana (600 ha), Cote d'Ivoire (500 ha), Hawaii (about 820 ha) and Philippines (10,000 ha di Kawasan Davao dan Bukidnon). Malaysia hanya memulakan penanaman nanas MD2 sekitar tahun 2005 apabila benih tersebut dibawa masuk daripada Filipina. Terkini penulis blog menganggarkan jeluasan nanas MD2 di Malaysia mencapai keluasan 3,500 hektar (Sumber: Laporan Ex-KP LPNM, 2019). Penanaman nanas MD2 di jadikan sebagai Program Sumber Kekayaan Baru Negara sejak 2018 dan menerima banyak galakan kerajaan.

Selepas itu dilaporkan penanaman dan pengeluaran serta pasaran nanas MD2 terus meletup dan meningkat (Loeillet, 2008). Di Costa Rica sahaja pada 2006 mengeksport sebanyak 1.2 million metrik tan (MT) nanas segar iaitu kenaikan sebanyak 30% daripada tahun 2005. Kadar kenaikan eksport dari Costa Rica terus meningkat sekitar 25 - 30% setiap tahun dan menupakan satu kejutan didalam industri nanas segar itu sendiri. Exports nanas dari Costa Rica dilaporkan dikira dengan gandaan 2.6 kali semenjak tahun 2002 dimana ia adalah satu lonjakan yang diluar jangkaan untuk segmen nanas segar. Kadar penerimaan nanas MD2 bukan sahaja dari Costa Rica akan tetapi ia juga dinikmati oleh negara Cote d’Ivoire (Loeillet, 2008) dan negara Ghana. Pada tahun 2000 bagaimana pun negara Ghana telah mengalamii kemerosotan eksport nanas disebabkan banyak pengimport memilih MD2 sedangan di Ghana kebanyakannya adalah nanas ‘Smooth Cayenne'. Kemudian dengan bantuan kerajaan Ghana pada tahun 2002 sebanyak USD2 juta menukar nanas MD2 menggunakan benih Kultur Tisu dimana pada akhir tahun 2007 Ghana berjaya mengeksport sebannyak 42,000 MT nanas MD2 dipasaran dunia. Ghana mampu menjana sebanyak USD20 juta hasil eksport nanas ‘MD-2’ dimana kemudian Ghana diistihar sebagai pengeluar nanas ke 3 terhebat sebagai pengeksport ke EU (Ghana Export Promotion Council, 2008). 

Berdasarkan kepada pembentangan laporan pada Seminar Nanas Antarabangsa ini, penulis blog dapati memang cukup panjang sejarah perjalanan nanas MD2 sehingga artikel ini ditulis. Sebenarnya kemunculan nanas ‘MD-2’ adalah 'Tepat Masa' iaitu apabila citarasa pengguna telah bertukar daripada memakan nanas didalam tin (cannes pineapple) kepada nanas segar. Ia juga berkait dengan citarasa pengguna yang lebih suka makan buah dan sayuran segar untuk kesihatan. Kalau sebelum ini syarikat Del Monte berjaya menanam nanas ‘Smooth Cayenne’ di Costa Rica, berkemungkinan ada syarikat lain yang akan memperkenalkan nanas baka baik kepasaran dunia. Apa pun perlu diberikan kredit kepada syarikat Del Monte dan para saintik pembiakbaka mereka seperti Yamane and Oda yang berusaha keras membuat penyelidikan dan mempromosikan berama-sama pengurus syarikat sehingga berjaya. Mereka didakwa memang berja mempastikan (capitalize) nanas MD-2 dengan mengenalpasti citarasa pengguna (consumer preference) dengan menawarkan nanas MD2 terutama dipasaran USA dan Eropah. Strategi mengena apabila pengguna dia USA dan Eropah menerima nanas MD2 mana ia mudah untuk berkembang di Asia dan benua lain diseluruh dunia. Sebagai satu kebangnaan mereka kepada nanas MD-2 yang dibiakbaka dengan teknologi moden telah berjaya menggantikan nanas jenis ‘Smooth Cayenne' yang mana ia dibangunkan pada zaman Amerindians selepas zaman Colombus lagi sebagai kejayaan hebat di peringkat dunia. Walau pun jumlah pasaran nanas MD2 tidak dapat diketahui namun ada dakwaan dimana ia mencecah nilai melebihi USD 1 billion setahun (RM4.088 billion). Dr. David D. F. Williams telah diberi pengiktirafan berupa medal di Colorado pada Julai 2009 oleh Persatuan American Society for Horticulture Science (ASHS). Ini disebabkab hasil kajian beliau memperkenalkan nanasf PRI hybrid 73-114 yang kemudiannya dinamakan sebagai nanas kultivar ‘MD-2’. Ia juga diistiharkan oleh ASHS 2009 sebagai "Outstanding Fruit Cultivar". Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada laporan berkaitan nanas karangan dari buku Duane P. Bartholomew dan Robert E. Paull yang penulis blog ini ada membacanya beberapa kali. Diharap dengan penulisan yang saintifik ini maka lebih ramai rakyat Malaysia dapat memahami akan sejarah nanas MD2 dengan lebih jelas. Saya mengambil masa lebih 2 bulan untuk menulis semula artikel ini daripada beberapa buku rujukkan sehingga berjaya. Wasallam!!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
5 JamadilAkhir 1441H
(bersamaan 30 January 2020).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...