HARGA BAWANG NAIK MENDADAK?... Itu laporan akhbat Berita Harian dan beberapa buah akhbat lain serta dilaporkan dalam media eletronik di negara kita baru-baru ini. Trend turun naik bawang merah dan bawang besar memang berlaku beberapa tahun sekali cuma kadar kenaikan mendadak menjadikan ramai orang akan menjadi panik. Kini berlaku lagi isu tersebut dimana orang ramai terus merungut berikutan kenaikan mendadak harga bawang merah India sejak beberapa minggu lalu kerana bekalan didakwa semakin kurang. Pemborong dan peruncit pula tidak ada pilihan dan terpaksa meletakkan harga yang mahal kerana mendakwa mereka juga memperoleh bekalan daripada pembekal pada harga tinggi. Tinjauan BH di beberapa negeri semalam mendapati harga runcit sekilogram bawang merah India antara RM10 - RM15 sekilogram berbanding antara RM5 - RM8 sekilogram sebelum ini. Menurut seorang pemborong di Kangar En Shahrudi tidak mustahil harga bawang merah India melonjak kepada RM20 sekilogram dalam masa terdekat jika masalah bekalan tidak diatasi segera. Dakwa beliau tiga hari lepas pekerjanya terpaksa ke Pulau Pinang bagi mencari bawang merah, namun tidak mendapat sebarang stok kerana pembekal di negeri itu juga kehabisan bekalan. Beliau berniaga runcit di kedainya di Bintong, Perlis. Dalam pada itu di sekitar Kangar, peruncit menjual bawang merah antara RM10 -RM12 sekilogram. Laporan di Seremban didapati tidak pernah harga bawang merah naik sehingga antara RM11 ke RM14 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini. biasanya bawang jenis lain seperti bawang dari Belanda, Pakistan dan China untuk keperluan masakan harian. Harga bawang merah mula naik sejak awal November lalu, tetapi kenaikannya dalam lingkungan RM9 sekilogram. Ada peniaga laporkan dimana sudah lebih sebulan mereka tidak menjual bawang merah itu kerana harganya mahal. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu kenaikan harga bawang merah mendadak dan bagaimana menanam bawang merah sendiri untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Wartawan BH membuat tinjauan di Alor Setar iaitu di Pasar Besar mendapati harga bahan itu sekitar RM12 sekilogram. Menurut peniaga Pn Zaiton Saad ada mendakwa dia terpaksa menjual bawang merah pada harga itu akibat tindakan pemborong menaikkan harganya sejak sebulan lalu. Hari ini (semalam) pemborong menjual 1.4 kilogram (kg) bawang merah pada harga RM11 berbanding hanya RM3 sebelum ini (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu seorang pemborong bernama En Tan Gim Teong juga mendakwa harga bawang ketika ini adalah tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Dakwanya bawang merah dia jual pada harga RM10 seguni kecil yang beratnya kira-kira 1.2kg, bawang besar pula RM5 lebih dan bawang putih RM7.20. Tambahnya cuma bawang Holland murah sedikit iaitu RM16.50 bagi setiap guni 8kg. Di Kuala Lumpur pula peniaga terpaksa menaikkan harga bawang merah sejak beberapa bulan lalu kerana bekalan terhad. Kini rata-rata peruncit di sekitar Bangsar menjual bawang merah antara RM12 - RM15 sekilogram. Bawang besar terpaksa dijual RM5 sekilogram, berbanding sebelum ini sekitar RM2 sahaja, manakala bawang merah hanya RM8 akan tetapi sekarang dijual dengan harga RM13 iaitu peningkatan RM5. Kepada seorang peniaga ayam penyet dikenali Indah Sakinah dakwa dia terpaksa membeli juga bawang merah walaupun sedar harganya semakin mahal sejak sebulan lalu. Sementara itu di Pasar Segar Terus Segar dilaporkan harga bawang merah India naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini.
Tinjauan di Ipoh dilaporkan dimana para peniaga Pasar Besar Ipoh mereka terpaksa menaikkan harga bawang merah RM10 satu kg berbanding RM5 sekilogram sejak dua minggu lalu. Kalau sebelum ini bawang besar dijual dalam harga cuma RM2.50 hingga RM3 sekilogram (kg) tetapi sejak dua bulan lalu kita terpaksa menaikkan harga kepada RM7 sekilogram. Memang banyak rungutan pembeli setiap hari terpaksa menghadapi mereka. Penjual terpaksa mengambil bekalan bawang besar dari China dan Pakistan kerana terputus bekalan dari India sejak dua bulan lalu. Di Kuala Terengganu pula beberapa peniaga Pasar Payang termasuk Pn Khatijah berkata harga bawang merah naik mendadak sehingga terpaksa dijual RM12 sekilogram. Harga yang mereka ambil daripada pembekal adalah RM40 bagi 4kg dan itu belum berat bersih lagi (sebelum dipilih yang tidak elok). Ini adalah kenaikan harga bawang merah paling tinggi sepanjang lebih 20 tahun saya berniaga dan biasanya kami jual antara RM3 hingga RM4 sekilogram. Tinjauan BH di beberapa pasar raya besar mendapati tiada bawang merah India dijual berikutan kesukaran untuk mendapatkan bekalan daripada pemborong. Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi. Apabila ada kes bawang dari China banyak guna racun, kita jadi takut untuk membeli bawang dari sana. Tetapi memang pun banyak bawang merah di Malaysia kita import dari China. Antara penyelesaian mudah adalah kita tanam sendiri bawang merah. Perlu tahu bahawa hasil bawang itu tidak akan sebanyak hasil dari negara asal. Tapi tidak juga bermakna kita tidak boleh menanam bawang merah sendiri untuk kegunaan sendiri.
Penulis blog kongsi info mengenai botani bawang merah untuk dirujuk surirumah yang mana mereka mamu menanam sendiri. Bawang Merah (Allium cepa cv. aggregatum) merupakan tumbuhan umbisi daripada keluarga Alliaceae dimana ia juga dipanggil sebagai Bawang merah, bawang India atau shallot (Inggeris). Biasanya kaedah pembiakan bawang ini melalui biji benih ataupun bebawang (bulbs). Kalau hendak saiz bawang menjadi besar pastikan ia mendapat cahaya matahari perlulah penuh atau 100%. Anda boleh menanam dikebun atau pun didalam batas atau dalam pasu atau diatas kotak telur ayam terpakai. Daun bawang yang ditanam dikebun mampu menghalau serangga perosak kerana baunya yang kuat. Penanaman bawang merah di Malaysia tidak dilakukan kerana kos pengeluaran tinggi, hasil rendah dan mengimport lebih murah dari menanam sendiri. Bawang tidak membesar seperti yang dikehendaki kerana bawang perlukan cahaya matahari 13 jam bagi menghasilkan bebawang berkualiti. Malaysia hanya menerima di antara 6-8 jam pancaran cahaya matahari yang menyebabkan bawang berbunga awal. Untuk elak bawang berbunga awal sebaiknya bagi menanam bawang memerlukan cahaya lebih daripada itu. bagaimana pun di Indonesia ada varieti bawang merah yang sesuai dengan cuaca tropika dengan hanya 6 - 8 jam sinara matahari. Punca bawang India sebagai pengeluar bawang terbesar kerana negara sana menerima cahaya 12-13 jam sehari pada musim panas.
Penanaman bawang merah bagaimana pun sesuai dilakukan dinegara kita untuk mengurangkan kebergantungan import. Apa perlu dilakukan bagi penanaman paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga < 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang. Benih atau penyediaan bebawang bolehlah dibeli dari pasar kemudian dipotong 1/3 untuk percambahan bawang cepat. Bagaimana pun bagi kaedah penanaman skala besar dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang. Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut pengalaman penulis blog sendiri yang pernah menanam bawang di Mersing seluas 4 ekar dulu biasanya dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul. Tanah perlu dikambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang. Jarak penanaman adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok). Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas. Boleh selang-selikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kobis, ataupun sawi. Bawang memang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau.
Pembajaan disepanjang tempoh penanaman bawang sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman. Baja NPK yang disyorkan N 150 kg/ha P 150 kg/ha K 150 kg/ha dan bagi tujuan pembajan pertama boleh bubuh 100 kg N/ha atau NPK hijau (15:15:15). Baja kali ke dua pada minggu ke-5 selepas pembajaan pertama iaitu kadar sebanyak 50 kg N/ha atau 2 g/bawang. Manabur baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi bawang dan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang dan akarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja. Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang dimana ia memang sesuai untuk dibuat bersama cucur. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari sebaiknya pada waktu pagi sekali dan kemuidan sekali lagi pada waktu petang. Amalkan mencantas kuntum bunga bawang. Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benih berkualitim sedangkan di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi memang di negara kita tidak sesuai untuk menanam bawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga. Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapat menghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrient disalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut. Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia untuk potong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga bawang adalah daun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi kumtum bunga. Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja. Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tidak disukai serangga. Sangat sesuai dijadikan tanaman penghalau (repellent crop). Bagaimana pun penulis blog dapati ada serangan penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yang menyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan. Kawalan dengan merendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas. Penuaian bawang merah setelah hampir semua daunnya rebah (35-45 hari selepas bawang bercambah). Seeloknya tuai 2-3 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benar-benar kering dan mudah disimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti. Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai dan bawang boleh dicabut, dikeringkan dan dibersihkan sebelum dihantar untuk dijual. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HARGA BAWANG... NAIK BERGANDA...
IA DIIMPORT... DARI LUAR NEGARA...
DARI CHINA.. ATAU PUN DARI INDIA...
TANAM SENDIRI...SEMUA KENA CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.