Support My Blog

Monday, January 20, 2020

PENDEBUNGAAN DAN PEMBENTUKAN NANGKA

PENDEBUNGAAN DAN PEMBENTUKAN BUAH NANGKA  merupakan satu proses yang unik dan perlu kita fahami secara saintifiknya. Artikel ini adalah adaptasi daripada posting rakan FB Nur Hafizah yang saya baca dan membuat penulisan semula agar prkara ini dapat dijelaskan dengan baik kepada semua pembaca. Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus) adalah pokok jenis monoecious di mana kedua-dua bunga jantan dan bunga betina berada di pokok yang sama. Bunga betina nangka adalah lebih besar saiznya berbanding bunga jantan. Permukaan jambak bunga betina kelihatan berbiji-biji. Jambak bunga betina ini adalah terdiri daripada kumpulan bunga-bunga betina yang berkumpul pada paksi. Nangka juga merupakan sejenis buah dari jenis tanaman buah-buahan tropika yang kini semakin popular di negara kita. Pokok nangka kini ditanam secara komersil terutama di Negeri Pahang dibeberapa buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Terdapat seluas 5097 hektar tanaman nangka dengan pengeluaran sebanyak 30,150 metrik tan di Malaysia pada tahaun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri Pahang terdapat seluas 2,145 hektar tanaman nangka dilaporkan pada tahun 2018 (Hasil sebanyak 9,218 metrik tan). Negeri Pahang akan menjadi pengeluar utama nangka di Malaysia. Apabila keseluruhan kawasan TKPM dan kawasan tanaman nangka swasta di Pahang matang, maka anggaran jumlah hasil boleh mencecah sebanyak 6.35 juta metrik tan bernilai sebanyak RM78.6 juta setahun. Harga ladang buah nangka masa kini diantara RM0.80 - RM2.00 sekilogram bergantung kepada varieti, kualiti dan musim pengeluaran. Daripada pemerhatian penulis mendapati kemuncak pengeluaran hasil nangka di Pahang adalah daripada bulan November - Januari dengan puncaknya pada Disember. Antara beberapa varieti popular tanaman nangka yang ditanam seperti Varieti Nangka Tekam Yellow (J33), Nangka Mastura (J37), Nangka Mantin (J32) dan beberapa lagi. Nangka Tekam Yellow kini menguasai lebih daripada 70% yang dumajukan diseluruh negeri Pahang. Anda boleh baca artikel mengenai nangka Tekam Yellow dari tulisan saya sebelum ini (Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini)Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana proses pembentukkan bunga dan pembentukkan buah nangka yang saintifik dari beberapa sumber pengkajia botani untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.



Tanaman nangka memang unik kerana buah nangka itu sendiri terdiri daripada banyak bunga didalamnya. Terdapat dua jenis bunga pada pokok Nangka iaitu iaitu dimana 
Bunga Jantan dan Bunga Betina apabila pokok nangka bersedia untuk berbuah. Point ia keluat pada dahan atau batang pokok nangka ini biasanya pada lokasi yang sama atau berhanpiran dengan yang telah keluar sebelumya. Lazimnya saiz bunga jantan lebih kecil berbanding saiz bunga betina. Penulis blog dapati juga dimana selalunya bunga jantan akan terbentuk dan matang dahulu dan baru diikut oleh bunga betina. Saiz bunga jantan adalah lebih kecil berbanding bunga betina dan mempunyai permukaan yang lebih licin. Pada peringkat awal, bunga jantan yang mempunyai stamen ini ditutup oleh perianth (seakan kelopak). Dalam pada itu semasa anthesis, stamen akan keluar dan muncul di permukaan jambak bunga jantan. Permukaan bunga jantan akan mula nampak kekuningan menandakan kemunculan debunga pada stamen. Debunga ini adalah melekit, berbentuk spherical dan berwarna kuning.


Lakaran bunga jantan disebelah ada menunjukkan dimana jambak bunga terdiri dari kumpulan bunga jantan yang setiap satunya adalah juga mempunyai stamen. Biasanya stamen ini akan mengeluarkan bau yang wangi bagi menarik agen pendebungaan. Masa kemuncak anthesis adalah pada jam 1 dan jam 3 petang. Bunga jantan kemudian melalui proses mereput dan gugur setelah ia selesai membebaskan debunganya sehingga selesai. 
Proses ini berlaku mengikut persekitaran seperti faktur cuaca dimana ia cepat atau lambat merepat. Jambak bunga jantan yang telah mula mereput bermula dengan ada tompok-tompok hitam dibeberapa bahagian dan kemudian melebar sehingga pada keseluruhan putik bunga jantan itu mereput dan gugur akhirnya. Sementara itu lazimnya bunga betina yang telah didebungakan akan menghasilkan aroma tertentu dan terus dengan berwarna hijau dan sihat. Bagaimana pun jika ada bunga betina yang tidak berjaya didebungakan ia pun akan melalui proses sama dimana bunga tersebut akan tidak menjadi buah akhirnya. 


Bahagian ovari dan stil bunga betina turut ditutup oleh perianth. Permukaan jambak bunga betina akan dipenuhi oleh stigma yang berwarna krim keputihan apabila matang. Stigma ini berada dalam fasa reseptif selama 28 hingga 36 jam. Jika dteliti menggunakan kanta pembesar atau mikroskop dilihat dimana pada permukaan bunga betina kelihatan stigma yang berwarna krim keputihan yang mana ia akan dilihat sebagai masih segar atau hidup (Penulis sebelum ini tidak perasan semasa melihatnya dengan mata kasar). Kalau anda lihat foto disebelah bru nampak bahawa memang setiap 'duri' yang terbojol daripada buah nangka adalah satu ovari dalam buah nangka. Ini jelas dapat dilihat dimana stigma kelihatan pada setiap kuntum bunga betina. Dalam pada itu rupanya akhirnya akan dapat dilihat dimana bunga akan melalui proses pendebungaan jenis bersilang melalui bantuan angin dan serangga. Pembentukan buah akan mengambil masa lebih kurang 5 ke 7 bulan selepas ianya berjaya disenyawakan bergantung kepada alam sekitar. Pendebungaan berbantu dapat dilakukan dengan mengambil jambak bunga jantan dan digeselkan pada permukaan jambak bunga betina. Bunga betina yang tidak melalui proses pendebungaan dan persenyawaan dengan sempurna akan gugur dari pokok sebelum buah ini matang. Buah nangka adalah buah yang terbentuk hasil gabungan dari beberapa kuntum bunga serta empulurnya yang berisi dan kenyal. Bahagian isi buah yang sedap dimakan itu adalah hasil pengembangan bahagian perianth yang mengandungi komponen gula. Bahagian kulit pada buah nangka adalah hasil penebalan stigma bunga. Baru amat jelas dimana sebenarnya apa yang dilihat dari buah nangka dimana setiap "duri" mewakili sekuntum bunga betina nangka. Isi kuning nangka adalah perianth bunga betina yang mengembang. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca anim agro technologgy kali ini. Wasallam!!.
BUNGA NANGKA... UNIK CARANYA...
ADA BUNGA JANTAN...JUGA BETINA...
PENDEBUNGAAN ... KENA BERJAYA...
BUAH TERHASIL... MANIS RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...