mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 12, 2020

PANDUAN MENTERNAK BELANGKAS

PENTERNAKAN BELANGKAS (Tachypleus gigas) kini adalah merupakan satu bidangusaha akuakultur yang mempunyai potensi tinggi di Malaysia berasarkan kepada nilai makanan dan khasiat darah birumya. Dalam info mengenai Panduan Ternakan Belangkas yang disediakan pihak Jabatan Perikanan dan beberapa Universiti Tempatan boleh dijadikan panduan kepada bakal penternak belangkas. Sebenarnya nilai tinggi dalam bidang perubatan dijangka mengubah nasib haiwan yang dulu dibiarkan sahaja iaitu `belangkas’ kepada pengkomersilannya. Haiwan tersebut yang sebelum ini hanya dijadikan umpan menangkap ketam oleh nelayan atau dibiarkan mati kekeringan jika tersangkut di jaring nelayan kini sudah ada nilai komersil. Dalam pada itu penulis blog berpendapat dimana mungkin kini ramai yang akan membuka mata dengan potensi belangkas apabila diberitahu darah biru haiwan itu mampu mencecah sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Dalam rujukan daripada Dr Zaleha Kasim, ketua Program Sarjana Sains (Akuakultur) Struktur C, Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu iaitu institusi yang bertanggungjawab mengkaji potensi belangkas untuk dikomersilkan, dia berpendapat tidak mustahil haiwan itu menjadi buruan di masa hadapan. Lazimnya terdapat dua jenis belangkas di Malaysia. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah Tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah Carcinoscorpius rotundicauda. Dalam pada itu haiwan ini merupakan arthropod laut yang bentuk badannya mirip kepada `steel helmet’ tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tuliskan bagaimana menternak belangkas berdasarkan lawatan persendirian dan juga kertas teknikal jabatan terlinat untuk bahan bacaan dan rujukkana anda semua.

Belangkas didakwa mempunyai nilai tinggi untuk bahan kesihatan dan bahan untuk pembuatan komestik. Aktiviti kajian masih di peringkat awal namun potensi haiwan itu dalam sektor perubatan dan kosmetik adalah tinggi menurut Dr Zaleha. Kini masih tidak ramai yang tahu bahawa haiwan belangkas sebenarnya haiwan yang boleh dimakan dan keenakan daging dan telurnya menjadi rahsia segelintir penduduk di beberapa kawasan sahaja. Memang di Kota Tinggi, Johor haiwan belangkas menjadi hidangan istimewa sehingga ada restoran yang menyediakan masakan asam pedas belangkas dan sambal tumis pedas belangkas. Bagaimana pun didakwa dimana penduduk di sana beritahu, jangan heboh-heboh, takut nanti teruk Kota Tinggi `diserang’ peminat dan mereka yang ingin menikmati akan keenakan belangkas. Kenyataan itu kini memang benar berbanding dengan ia mula diperkenalkan semenjak 15 tahun dahulu semasa penulis blog bekerja di Negeri Johor. Saya bersama Hj Sanusi Jamari suka makan asam pedas belangkas waktu itu dan memang mudah dan murah tidak seperti sekarang. Namun dalam segi perubatan didakwa darah belangkas mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

Terkini dicipta malalui inovasi akan Kit Anti Toksin yang mana ia  sudah dikembangkan dan digunakan di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988. Dalam pada itu di Jepun pula wujud tabiat memakan ikan mentah rakyat negara itu menjadikan kit berkenaan amat penting. Biasanya ikan yang baru didaratkan akan diuji dengan kit berkenaan bagi memastikan ia tidak mengandungi bakteria atau toksin dan selamat dimakan mentah-mentah. Di Malaysia juga memang kita sudah mampu mengeluarkan produk serupa untuk dipasarkan termasuk di peringkat antarabangsa, cuma bimbang bekalan belangkas tidak mencukupi jika ia dibuat secara besar-besaran. Daripada segi pasaran, ia memang luas. Dilaporkan dimana untuk mendapat satu liter darah belangkas didakwa memerlukan sekurang-kurangnya 115 ekor belangkas bersaiz kecil yang banyak diperolehi di perairan di Semenanjung dan 45 ekor bagi belangkas bersaiz besar yang biasanya terdapat di perairan Sabah. Darah berwarna biru belangkas diambil tanpa membunuh belangkas tersebut (Sila lihat foto disebelah). Daripada seekor belangkas, kita hanya ambil sedikit sahaja darahnya tanpa membunuh haiwan itu. Proses itu hanya diulang tiga bulan sekali bagi mengelak kesan negatif pada haiwan berkenaan. Usahawan IAT kini sedang giat menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenali dengan lebih dekat selain meneruskan kelangsungan spesis haiwan yang juga digelar fosil hidup berikutan rupanya yang seolah-oleh haiwan daripada zaman pra-sejarah. Mereka diberi tumpuan untuk menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi. Terkini usahawan dan saintis tempatan telah mengadakan kerjasama dengan saintis daripada India untuk mencipta ubat diabetis dan mencari penawar kanser daripada belangkas. Belangkas adalah haiwan unik dan agak sensitif, sukar untuk hidup di lokasi lain selain habitat asalnya. Bagaimanapun, kita cuba cari kaedah yang sesuai untuk menternak belangkas dalam sangkar. Satu program perintis penternakan belangkas diadakan dibeberapa lokasi di Johor, Kelantan dan Terengganu bagi memajukan teknologi penternakannya.

Mengenai program perintis menternak belangkas di Pasir Putih, Kelantan dikaji amalan teknologi penternakannya. Kini dilaporkan seramai seramai 500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh telah dipilih untuk memelihara belangkas dalam sangkar dengan setiap peserta dibekalkan 500 ekor belangkas. Proses memelihara belangkas oleh nelayan itu akan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada UMT. Penternak terlibat dalam industri ini didakwa telah menerima pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM1,200 setiap musim penuaian. Penternakan belangkas ini sudah tentu memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada nelayan selain membantu pemuliharaan belangkas. Potensi besar belangkas perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan bidang perubatan dan juga memberi manfaat kepada penduduk tempatan sendiri.Insititusi itu juga telah menggunakan geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan. Telah dibina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan. Kolam ternakan daripada simen konkrit dibuat untuk meletakkan induk belangkas dan dimasukkan air sedalam beberapa inci dengan ditabur pasir pada dasar kolam. Biasanya selepas pembenihan anak belangkas yang berusia tujuh bulan akan di lepaskan ke laut semula atau diletakkan didalam kolam. Projek ini dapat membantu bagi nelayan sebagai sumber rezeki. Biasanya belangkas yang matang berusia 10 tahun ke atas dimana dalam masa tersebut belangkas akan menukar kulit beberapa kali. Projek ini juga menjadi tumpuan pelancongan dan ada juga yang menjadikan sebagai tempat tunjuk ajar cara-cara menternak belangkas. Kepada mereka yang berminat menternak belangkas boleh membuat lawatan kelokasi. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA BELANKKAS... LIAR DIJUMPA...
KINI DITERNAK... TEKNOLOGI SUDAH ADA...
BOLEHDITAMBAH..JUMLAH PENTERNAKNYA...
TAMBAH PENDAPATAN... NELAYAN DISANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precunt 3, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...